PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Tuesday, November 30, 2010

Melayu

melayu



melayu










melayu

































melayu



















melayu















melayu









Ada apa dengan Melayu kalau ISLAM tak terjaga????

Thursday, November 18, 2010

Korban 4 what??


Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar....
Lailahaillahhuwallahuakbar...
Allahuakbar  wa lillah ilhamd...

Alhamdulillah hari ni kita menyambut Hari Raya Aidil Adha. Beryukur kita kerana hari ini juga begitu banyak kerbau dan lembu yang ditumbangkan oleh umat islam yang sedar akan kelebihan melakukan ibadat korban..Alhamdulillah juga kita masih lagi ditakdirkan untuk bersama menghayati semangat pengorbanan UNTUK ISLAM oleh Nabi Ibrahim satu ketika dulu.

“Apabila tibanya eiduladha, ramai tertanya2 apa yang patut dikorbankan? Sesungguhnya tidak cukup sekadar binatang ternakan, kita patut korbankan apa yang kita sayang untuk islam” – Hassan Al Banna-

Seawal pagi tadi aku telah dapat mesej ini dari teman seperjuangan  yang banyak memberi nasihat kat aku terutama ketika sedang moral down..Ada lagi sambungan mesejnya iaitu pesanan “Jangan berkira2 untuk Islam”. Ya jangan berkira2 untuk Islam. Satu ayat yang penting kepada kita semua. Kita seringkali berkira2 untuk Islam namun Allah tak pernah walau sekali berkira2 untuk kita..

Untuk entry kali ini aku ingin mengajak semua pembaca blog aku yang tak seberapa ini supaya menghisap diri kita sendiri apakah pengorbanan apakah yang kita telah buat untuk Islam?? Cuba kita mengambil ibrah dari kisah penyembelihan Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim. Apabila mendapat saja mimpi yang memerintahkan untuk mengorbankan anaknya maka lantas si Ayah melaksanakan apa yang telah diperintahkan  oleh Sang Pencipta setelah bertanya sendiri kepada sang anak.  

Dan belanjakanlah (harta benda) kamu di jalan Allah,dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kamu,kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (al-baqarah 195)

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu dijalan Allah.yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (At-Taubah 341)

Nah..lihatlah kita semua. Sudah Beribu tahun ayat2 ini diturunkan. Namun  kita masih lagi berkira2 untuk bekorban demi Islam. Begitu ramai antara kita yang mengorbankan masa untuk harta namun begitu sedikit yang berkorban demi pahala. Begitu ramai antara kita yeng mengorbankan harta untuk dunia namun begitu sedikit yang mengorbankan harta demi akhirat. Apa la sangat yang telah kita korbankan untuk agama kita ni. Kalau dari segi masa untuk meluangkan masa selama tak sampai 10 minit untuk yang fardu pun kita tak mampu ni kan nak berbicara tentang mengorbankan nyawa untuk Islam. Nak masukkan not RM1 kat masjid setiapkali solat jumaat pun kita keberatan ni kan nak mengorbankan seluruh harta dan meninggalkan hanya Allah dan Rasul sahaja untuk kita seperti Khalifah yang sulung Abu Bakar As siddik.

Untuk aku, kamu, dia dan mereka sekalian.  Harap2 korang semua ingat akan persoalan ini...APA YANG KITA KORBANKAN UNTUK ISLAM??  Adakah menyamai dengan pengorbanan kepada harta?? Menyamai pengorbanan kepada yang dicinta?? Menyamai pengorbanan kepada kerja?? Menyamai pengorbanan kepada akedemik?? Menyamai pengorbanan kepada keluarga?? Bukan niat untuk menganaktirikan pengorbanan kepada semua ini namun disamping mengorbankan untuk yang ini kita harus ingat akan keutamaan tanggungjawab untuk bekorban demi ITU. Kerana pengorbanan demi ITUlah yang  ingin kita persembahkan di Mahsyar kelak...

Oleh itu berbekalkan semangat  Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail aku menyeru diri aku dan korang semua untuk membulatkan tekad untuk mengorbankan masa, harta dan tenaga yang kita mampu untuk membantu mengembangkan syiar Islam ini. Jangan memberi alasan kita masih tak cukup ilmu tapi andai sekadar copy and paste artikel2 islamik di facebook anda pun dah cukup. Buat lah sekadar yang termampu wahai kawan2ku..so do it start NOW!!!

Wallahualam...

p/s : Selamat hari raya Aidiladha...

Tuesday, November 16, 2010

Hari raya Korban : Terima Kasih Muslimat

Artikel ini aku copy dari sini..so elok korang baca kat situ je dari membaca di blog aku... http://www.harakahdaily.net

Seringkali kita dipaparkan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Ismail a.s. apabila menjelang kedatangan Eidul Adha. Peristiwa yang menggambarkan keimanan yang kental dan keyakinan yang jitu, ketaatan dan pengorbanaan diantara seorang ayah dan anak lelakinya terhadap perintah Allah s.w.t merupakan suatu kisah teladan yang unggul bagi panduan kita mengharungi kehidupan di dunia ini.
Sayangnya kita jarang sekali mendengar ataupun terlalu sedikit saja para penceramah yang telah menyentuh dengan huraian yang mendalam peranan dan pengorbanan Siti Hajar sebagai seorang isteri dan ibu dalam peristiwa tersebut. Seharusnya kita hayati bagaimana ketabahan dan ketaatan seorang isteri bersama anak yang masih kecil ditinggalkan oleh suaminya di suatu lembah padang pasir yang kering kontang tanpa penduduk semata-mata untuk menyempurnakan perintah Allah s.w.t.
Sesungguhnya jika kita mengambil iktibar dari peristiwa tersebut di dalam konteks kegiatan dakwah haraki, peranan dan tanggungjawab Muslimat adalah amat besar serta tidaklah mudah tanpa pergantungan kepada pertolongan dari Allah s.w.t. Peranan, sikap dan tindakan yang telah ditunjukkan oleh Siti Hajar itu sudah cukup untuk kita teladani. Tanpa keimanan yang penuh ikhlas, keyakinan yang jitu, kesetiaan kepada suami, dapat diragui bahawa Siti Hajar berjaya mengharungi segala cabaran yang terbentang di depan matanya.
Sebenarnya dari teladan yang ditunjukkan oleh Siti Hajar itu peranan besar Muslimat adalah sebagai pembantu dan pelengkap terhadap amanah dan tanggungjawab perjuangan Islam bukannya pesaing.
Firman Allah s.w.t , pada surah at-Taubah, ayat 71 yang bermaksud:“ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”
Jelaslah juga dari pengertian ayat tersebut bahawa Allah s.w.t mengiktiraf peranan besar yang mesti dilaksanakan oleh Muslimat walaupun bentuk tugas dan skop yang berlainan. Bagi Muslimat PAS, kita yakini bahawa segala perancangan dan usaha-usaha yang telah dan akan kita laksanakan adalah selari dengan semangat ini. Natijahnya adalah bahawa tiada siapa yang boleh meragui kesetiaan dan sumbangan besar Muslimat terhadap perjuangan PAS dalam mengharungi segala cabaran yang mendatang.
Justeru itu, dalam kita perlu sedari juga bahawa di dalam usaha-usaha kita meneruskan perjuangan ini kita sentiasa memerlukan pertolongan dari Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t, pada surah Muhammad, ayat 7 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
Pada pandangan jumhur ulama bahawa tindakan kita bergerak dalam jamaah Islam, isitiqamah dan bersungguh-sungguh melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita adalah satu manifestasi “menolong agama Allah”. Jika kita dapat menghayati dan berjaya melaksanakan tututan jamaah dengan ikhlas, maka layaklah kita mendapat pertolongan dari Allah s.w.t.
Oleh itu dalam era Pakatan Rakyat kini di mana PAS adalah komponen sebuah parti pemerintah di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, peranan Muslimat adalah berlainan daripada masa-masa lampau. Kita perlu pastikan bahawa peranan kita didalam melaksanakan tugas selaku Ahli Parlimen, anggota Exco, Adun atau Ahli Majlis kerajaan tempatan serta JKK selaras dengan matlamat parti kita dan tuntas dengan permuafakatan dalam tuntutan Pakatan Rakyat.
Peranan PAS adalah penting dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tetapi perlu diingat bahawa didalam kegairahan kita melaksanakan tugas-tugas kepada rakyat semua aktiviti dan tuntutan jamaah kita juga perlu berjalan seiring dan tidak dikesampingkan. Parti kita mesti diperkukuhkan agar ianya dapat berperanan dengan efektif pada permuafakatan kerajaan Pakatan Rakyat. Parti yang lemah akan mengakibatkan kerajaan jadi kucar kacir. Tiada kerajaan tanpa parti.
Akhir kata pada kesempatan ini saya bagi pihak Dewan Muslimat PAS Pusat ingin mengucapkan selamat menyambut Eidul Adha dan hayatilah pengorbanan serta ketabahan Siti Hajar dalam semua aspek kehidupan kita, kepada seluruh kepimpinan Dewan Muslimat di pelbagai peringkat, pendokong dan penyokong PAS di seluruh Malaysia.

 

Monday, November 8, 2010

Kepada muslim yg x mengerti ISLAM..SEDARLAH!!!

Artikel ini aku copy dari blog http://kalamkhalifah.blogspot.com so aku menyarankan korang membaca di blog beliau la..lagi pun aku x copy semua...huhu

DALAM satu kelas seputar perbincangan undang-undang. Selepas pensyarah membicarakan mengenai undang-undang tertinggi dalam negara ini dengan menyatakan ianya adalah Perlembagaan Malaysia. Seterusnya isu keberkesanan undang-undang yang sedia ada itu dibahaskan.

Pensyarah membuka soalan, "Menurut pandangan kamu, apakah undang-undang kita berjaya menyekat dan mengurangkan jenayah dalam negara kita?"

Jawapan yang pelbagai diterima daripada para siswa jurusan Pentadbiran Awam secara pengajian luar kampus itu.

"Undang-undang kita adalah peninggalan penjajah, ianya adalah hasil daripada perbincangan Suruhanjaya Reid. Ternyata ianya gagal." Kata salah seorang pelajar.

"Kadar jenayah dalam negara kita semakin teruk. Negara kita sudah tidak aman. Undang-undang kita sudah tidak praktikal," tambah seorang lagi.

"Undang-undang kita hanya membela pihak-pihak yang tertentu sahaja dan sentiasa berubah mengikut rentak pemerintah semasa." Sedikit keras lontaran pandangan itu.

Si pensyarah hanya mampu mengangguk-angguk.

Tidak semena-mena, salah seorang pelajar berbangsa Cina dalam kelas tersebut mengangkat tangan mahu bersuara.

Pensyarah memberikan laluan, "Silakan saudara."

Dia berdiri dan berpusing menghadap kepada audiens kerana beliau duduk di kerusi paling hadapan. Dia lantas berkata dengan lantang, "Saya kira undang-undang yang sedia ada tidak mampu menakutkan dan mencegah para penjenayah bagi melakukan jenayah. Kalau kita maklum, sebenarnya banyak kes yang berlaku adalah kes ulangan oleh penjenayah yang sama."

Keseluruhan kelas terdiam memberikan tumpuan kepada beliau, walau telor Cinanya sangat kuat namun dia cuba berbahasa Melayu sebaik mungkin.

Dia kemudian menambah, "Penjenayah juga tidak takut terhadap segala hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang kita. Setakat sebat 10 rotan denda RM5,000. Bukanlah sesuatu yang besar bagi penjenayah yang punya duit yang banyak. Justeru mereka tidak akan takut dan akan mengulangi jenayah tersebut."

Habis beliau berhujah segera di pensyarah berrtanya, "Jadi, kamu ada cadangan undang-undang apa yang lebih praktikal dan sesuai kepada rakyat Malaysia."

Jawabnya dengan tegas dan yakin,"????????????"
 .........................................................................................................................................................................................( nak tahu jawapan n sambungannya?? sambung di blog beliau)

Sunday, November 7, 2010

I'm Engineering Geologist

Dah lama aku tak mencoret kat blog aku ni.. Kelihatan seperti tak bermaya sudah. Mungkin setelah akibat dari ketiadaan internet Jaring UKM membuatkan aku agak sukar nak update. Kadang2 ada jugak online tapi perasaan malas pulak yang datang. Entah ke mana pergi matlamat utama membina blog ni dulu.. Insyaallah lepas ni akan kembalikan matlamat tersebut...doakan ye...

Untuk post kali ni aku cuma ingin menceritakan serba sedikit tentang kerjaya aku sekarang. Hal ini disebabkan terlalu ramai yang bertanya dan sedikit terkeliru dengan tugas aku. Ramai sangat ingat aku bekerja di Johor. Mungkin sebab projek pertama aku adalah kat johor dulu kut..

Aku bermula dengan company aku. Nama company yang aku bekerja sekarang ni adalah G&P Geotechnics Sdn. Bhd yang bernaung di bawah G&P Professional Sdn Bhd. Company ni punya core bisnes nye adalah geotechnic consaltancy. Lebih kepada as consultant kepada kerja2 sebelum pembinaan dilakukan seperti memastikan kawasan yang nak dibuat banggunan tu adalah stabil. Ada jugak consult projek seperti korang tengok kat tepi2 jalan yang ada konkrit and paip tu. Yang tu untuk kestabilan cerun. Untuk memastikan cerun2 tu tak runtuh dan menimpa korang. Position aku kat company ni just as engineering geologist je. Lokasi office aku pulak adalah dekat Bandar Tasik Selatan betul2 kat depan Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan.

Company ni memang banyak projek sampai ke Vietnam pun ada. So aku yang bekerja di bawah department geologist ni lah yang ditugaskan sebagai wakil syarikat ke site projek2 tu. So yang site tu la yang macam2 tempat. Setakat ni site yang aku pernah jaga adalah kat TTDI hillpark, Permas Jaya Johor, Desa Parkcity Kepong, MK22 Mont Kiara, Hospital besar Ipoh, Taman Equin S.Kembangan dan sekarang berada di Batu Feringgi Penang..

Kat penang ni je lain sikit kerjanya. Sebelum ni just pastikan contractor buat kerja Subsurface Investigation dengan betul je. Tapi sekarang ni kami sedang usahakan untuk buat terrain mapping kat kawasan yang nak dibuat resort kat B. Feringgi tu. Terrain Mapping ni penting untuk membolehkan hilly site area tu dibenarkan dibuat pembanggunan. At last kitorang akan come out dengan gred tempat yang berisiko untuk dibuat pembanggunan. Kalau 1 n 2 still boleh buat 3 still can consider but if gred 4 memang tak boleh buat la. Semua ni bergantung kepada Kerajaan tempatan. Kalau dulu kat Selangor gred 3 still boleh buat develoment tapi era Pakatan rakyat ni diorang bagi sampai gred 2 je. So ni membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat ni telus. Oleh itu undilah Pakatan Rakyat nanti..tiba2 ja!! hahahaha

Kembali kepada kerja aku. So korang faham dah kan tentang kerja aku terutamanya bila orang bertanya aku tentang kerja kat mana. Kena terangkan panjang lebar pulak. ye la office kat B.T.Selatan tapi site tu yang bertukar. So untuk memudahkan aku akan cakap aku kerja kat B.T.Selatan je la. Tapi ofis tu aku akan pergi sebulan tak sampai 5 kali pun kalau aku ada site bulan tu. Sebab aku akan pergi terus site je. Oleh itu boleh la pergi kerja lambat sikit.hehe

Setakat ni je la penerangan aku. Aku harap kawan2 aku dah faham tentang kerja aku. Ni asyik terkonfius je antara lokasi ofis n site aku. Kepada adik2 yang belum belajar kat Universiti jangan lupa mohon kos Geology terutama kepada berjantina lelaki kerana sungguh indah work as geologist ni..huhu

Sekian...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang