PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, December 31, 2010

Oh Gadis Melayu

Oh Gadis Melayu...

Kemana pergi maruahmu?
Kemana pergi kehormatanmu?

Kemana pergi harga dirimu?
Kemana pergi AGAMAmu?

Auratmu sewenangnya didedah,
Mata sang teruna ghairah menadah,
Lantas siapa yang harus dipersalah??
Andai habis madu sepah bersepah??

Oh Gadis Melayu..

Kalian begitu mudah di pujuk rayu,
Hanya dengan ungkapan I Love You,
Lantas kalian terkulai layu,
Walau jejaka sekadar jentayu,

ISLAM telah menetapkan,
Di mana limitasi dalam berhubungan,
Bukan mengongkong hak asasi insan,
Namun tuk kebaikan di hari kemudian,

Oh Gadis Melayu..

Bukan mencaci bukan menghina,
Hanya mengkritik semoga terbina,
Harapnya menjadi peringatan berguna,
Kepada ALLAH dihanyakan kerana,







Wednesday, December 29, 2010

Tanah tumpahnya darahku!!!

Hari ahad lepas aku berpeluang untuk PERTAMA kalinya aku menonton perlawanan bola kat stadium yang melibatkan pasukan bolasepak malaysia. Sebelum ni kalau Perak turun je aku turun dengan semangat Skor Yob Skor. Tapi kali ni lain sangat sebab final ni. Dah la tiket harga 30 hengget..Nasib baik berbaloi2..

Aku sampai lambat hari tu akibat dari berkhidamat untuk family aku. Aku hantar adik aku mendaftar kat UPSI. Dah pukul 4 baru selesai semuanya. Rushing balik sini kena ambil kawan aku kat Seksyen 7 S.Alam dulu kejap. So aku sampai kat B.Jalil pun dah dekat nak maghrib dah. parking pulak lebih jauh dari sepelaung kut. Penat menapak la jugak. sampai je kat surau sebelah LRT tu tengok orang tengah solat jemaah, Alhamdulillah. Aku pun mencari kawan2 aku yang lain then kami solat maghrib dulu. settle solat maghrib aku ngan member aku pergi cari barang2 yang menonjolkan kami ni penyokong Malaysia. Kang x pasal2  diorang ingat kami ni penyokong Indonesia pulak.

Eh lupa pulak aku nak story yang aku pergi dengan kawan2 sekolah menengah aku. Aku, Afif, Aiman, Opie, Lie, Kar dan Raf.Kawan2 UKM pun ada pergi gak tapi aku memilih melepak dengan kawan sekolah. Maklum la lama dah tak jumpa.

Sambung cerita balik. Aku masuk stadium dah dekat pukul 8 dah. Tapi sememangnya sangat padat dan penuh hingga kami terpaksa tawaf stadium tu sampai lembik lutut la nak cari port tapi apakan daya hakikat orang datang lambat terpaksa tengok kat celah2 batu je. Dah la tu. Belakang port penyokong Indonesia pulak tu. Bikin pansa je. Rupanya ada hikmahnya sebab habis je 1st half  kami nak pergi solat Isya'  n surau tu ada kat belakang kami je rupanya. Tapi memang sikit sangat la jemaah yang datang. Tak sampai 1 saf pun. Time ni aku berimamkan penyokong indonesia. Ternyata Islam yang mampu menyatukan seluruh bangsa.

Selesai solat kami berusaha mecari port yang lebih baik. Alhamdulilah dapat gak menyelit2 masuk kat ruang utama. Walaupun kena berdiri tapi kami puas sebab gol 3 bijik tu. tak pasal2 mamat sebelah tu peluk2 dgn aku gak. Seronok punya pasal..Layan...

Selesai game kami memulakan sesi bergambar. Antara sesi kemuncak.haha.. Then kami pun calo pergi ke kereta. Akibat dari kereta yang banyak bebeno kami pun lepak2 je dulu. Lepas tu sambung melepak kat maple. Subuh jugak la aku sampai ke rumah..Nasib baik aku dah apply cuti awal2..


Oh Yeah!!!


Watak Utama

Kini menanti malam esok pulak untuk mengesahkan kemenangan Malaysia. Yeah!! go Malaysia.. walaupun korang takde pemain berkaliber macam aku,. Tapi aku yakin korang mampu berdikari tanpa aku.. Goodluck wira2 negara!!!


Monday, December 27, 2010

Bukti UMNO sayang Raja Melayu

Baru2 ni kita duk dihebohkan dengan sentimen Raja2 Melayu yang dimainkan UMNO. Watak mereka diolah oleh Media arus perdana seperti UMNO ni adalah Parti yang SANGAT2 menghormati institusi Raja Melayu. Namun mereka sengaja membuat rakyat lupa akan kebiadaban mereka terhadap Raja2 Melayu. Andai kata ada pejuang2 UMNO yang membaca artikel ni aku menjempuit korang untuk menafikan FAKTA SEJARAH yang akhbar korang yang pernah tulis dulu. Sekarang ni jom kita lihat contoh2 pengkhianatan UMNO terhadap Raja2 Melayu.

1.Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2.Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja.

3.Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka ketika Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang.

3.Umno membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan.

4.Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

5.Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan.

6.Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan .
Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah. Apabila Raja- Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.

7.Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Dr Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.

8.Menabal Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa .

9.Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)

10.Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

11.23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato’ Mohd Said selepas pilihanraya 2008

12.Penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan
hina Sultan. Pada Feb 2009.

13.Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis, bukankah ini derhaka namanya.

14.Tan Sri Rahim Tamby Chik meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993.

15.Dato’ Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta. (BH 11/2/93)
    Dah habis baca kawan2? sekarang anda dah tahu siapa yang menjadi pengkhianat Raja Melayu kan? Mereka berlagak macam mereka lah pendokong bangsa. Tapi hakikatnya ni yang terjadi. Depan Melayu cakap lain. Depan bangsa lain cakap lain. Aku bukanlah terlalu memperjuangkan bangsa. Tapi lagi bagus la dari orang yang kononnya memperjuangkan bangsa tapi hakikatnya??haprak!! Oleh itu untuk PRU akan datang terpulang kepada korang untuk memilih siapa. Antara BN yang telah tahu kehaprakannya ataupun ingin memberi peluang kepada PR untuk memerintah Malaysia..~~ Semoga ISLAM diletak ditempatnya~~

    Saturday, December 25, 2010

    Duit yang dialirkan...

    " Salam, Pas Johor memerlukan dana sebanyak mungkin utk digunakan dlm PRK Dun Tenang. DPP Kaw B.Pahat merayu kepada semua sahabat menyalurkan sumbangan kpd dana PRK Dun Tenang. sumbangan blh disalurkan melalui BIMB d no akaun 01032010028245 atas nama DPPKBP. Sumbangan anda amat d harapkan utk menambahkan dana PRK"

    Apa pandangan korang bila membaca mesej ni? Pasti ada yang berpendapat bahawa PAS ni adalah Parti yang miskin. Ya!! sememangnya Parti yang aku sokong ni adalah parti yang miskin. Parti yang mengharapkan sumbangan dari orang ramai untuk membawa perjuangan ISLAM. Apabila ditanya kepada Tuan Presiden (tak silap aku masa Fadzil Nor) dimana hasil dana PAS? Jawapan yang mudah di berikan. "BERADA DI DALAM POKET PEJUANG2 PAS"

    Sememangnya aku setuju dengan statement itu. Pejuang PAS tidak dimanjakan dengan kemewahan yang datang dari dana lain. Setiap seorang berusaha untuk menggerakkan Jemaah ISLAM ni. Pejuang PAS tidak dimanjakan dengan Persidangan Parti yang dibuat di PWTC dengan tinggal di hotel2 mewah. Pejuang PAS tidak dimanjakan dengan upah untuk menampal poster Pilihanraya. Tapi pejuang PAS di fahamkan kenapa kena buat itu dan ini. Untuk apa buat itu dan ini.

    Menyorot kembali kenangan ketika di UKM. Di UKM aku bukanlah pejuang PAS. Tapi Perjuangan yang mirip kepada PAS yang didokongi oleh GMUKM. Perjuangan yang menginginkan untuk melihat ISLAM berada di tempatnya. Andai kata ASPIRASI yang ingin membawa ISLAM nescaya aku akan turut bersama mereka. Aku berkawan dengan kedua2 jentera namun sangat ketara perbezaannya. Jentera mereka dimanjakan dengan makanan percuma setiap malam. Baju percuma untuk dipakai. Namun bagi GMUKM semuanya dari POKET SENDIRI. Teringat ketika aku bertemu dengan seorang abang yang dizamannya pejuang ISLAM menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan. Kata beliau ketika mereka berkumpul mereka mengedarkan uncang untuk sumbangan. Ketika sampai kepada urusetia, yang keluar dari uncang itu bukan sahaja  wang kertas malahan GELANG DAN RANTAI. Subhanallah..hebatnya kefahaman diorang. Tapi kefahaman kita??

    Mungkin kita tidak mampu untuk memberi sumbangan yang banyak namun walaupun dengan not RM10 beserta keikhlasan insyaallah kita mampu untuk mempersembahkannya dihadapan ALLAH kelak. Sekarang terlalu banyak tempat untuk kita menyumbang. Salah satunya yang di atas tu. Jadi aku yakin anda yang tengah membaca ni akan menyalin no akaun diatas dan akan menyumbang sekadar yang termampu untuk kepentingan ISLAM. Andai ini perkara yang tak pernah dilakukan maka lakukanlah sekarang. Kita mampu membeli topup berharga RM10 namun untuk ISLAM?? Kita mampu membayar court futsal namun untuk ISLAM?? Kita mampu untuk makan KFC namun untuk ISLAM??

    Bagi untuk adik2 yang masih berada di UKM. Sekarang adalah semester Pilihanraya. Terlalu banyak tugasan yang menagih masa dan tenaga kalian. Lagi cantik andai menyumbang RM10 time duit PTPTN masuk nanti. Kalau JPA mesti la lebih sikit. Masyuk tu..Bersama2 kita mengingati firman ALLAH.

    “Wahai orang-orang yag beriman, hendakkah kamu Aku tunjukkan perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itu lebih baik jika kamu mengetahuinya.” 
    (Surah al-Saff: 10)

    Wallahualam...

    Sunday, December 19, 2010

    Oh Nasi Lemak 50 sen..


    Awak cakap saya tak cantik?!"
    "Memang tak cantik pun. Dahi jendol, dagu leper. Hah tu apa tu? Nasi lemak 50 sen!"
    Begitulah satu babak dalam filem 'Cuti-cuti Cinta', dengan Farid Kamil sebagai pelakonnya menunjuk kepada buah d*** Nora Danish, yang dirujuk sebagai nasi lemak 50 sen!
    Apa kata kita?
    Pertama kali melihat iklan trailer filem tersebut, aku tak dapat tangkap dialog sebenar, sehinggalah aku menontonnya buat kali kedua.
    Lawak bodoh – itu yang pertama sekali terlintas di kepala. It's a lame joke, with double meaning. And more. it's not funny!
    Dialog itu bagi aku, masih boleh diterima, sekiranya Farid Kamil tidak menunjuk kepada 'ehem-ehem' Nora Danish. Tapi bila dah tunjuk tu, aku fikir budak kecik pun boleh faham!
    Ekploitasi Wanita
    Aku mula kenal perkataan eksploitasi wanita bila diminta membuat karangan berkenaan kesan baik dan buruk iklan di sekolah rendah. Dan masa itu, kakak aku yang memberi poin ini, aku tulis jugak walaupun aku belum faham benar apa maksud eksploitasi.
    Wanita memang sejak dulu sampai sekarang menjadi marketing tools, baik untuk iklan pakaian, iklan kereta, iklan kelengkapan rumah, hatta iklan minuman dan makanan sekalipun. Pendek kata, semua yang ada badan seorang wanita boleh dijadikan bahan penarik.
    Majalah, surat khabar, billboards, iklan TV, semuanya 'mempromosi kecantikan' wanita.
    Sasarannya? Tidak lain, tentunya perempuan sendiri, lelaki 'pencinta wanita', malah kanak-kanak juga!
    Pengaruh kepada kanak-kanak
    "Nasi lemak 50 sen tu t***k ke Ibu?"
    Apa kita rasa kalau tiba-tiba esok anak kita tanya macam ni? Marah?
    Kenapa tidak gelak guling-guling? Kan lawak tu. Kalau masa tonton iklan tu kita boleh gelak kenapa tidak kali ni?
    Janganlah murah sangat!
    Dan bagi perempuan (atau, wanita) pandai-pandailah katakan tidak pada eksploitasi-murah-melampau seperti ini. Itu kan aset kamu!
    Gela-gelak juga, tapi biarlah kamu tahu di mana sempadan untuk bergurau. Jangan sekali-kali benarkan lelaki melelong aset kamu semurah itu..
    ..dan sebaiknya tutuplah dada kamu dengan tudung selayaknya.
    "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (an-Nur: 31)

    Saturday, December 18, 2010

    Bulan-bulan yang dilupakan

    Ketika aku tiba di Johor awal minggu ni aku berkesempatan mendengar kuliah maghrib di Masjid Pasir Gudang. Tajuknya tentang bulan islam bersempena dengan tahun hijrah yang baru bermula ni. Ye. berapa kerat antara kita yang mengetahui hari ini berapa haribulan dalam kalendar islam. Berapa kerat antara kita yang tahu dia lahir berapa haribulan dalam kalendar hijrah. Ustaz itu melemparkan persoalan dalam kalendar islam ada 4 bulan yang dianggap bulan suci. Apa dia?? masing2 tediam. Aku pun tak berapa tahu. Yang aku tahu bulan Muharam dengan bulan Zulhijjah je.

    Dipendekkan cerita. bulan yang dimaksudkan adalah bulan Muharam, Rajab, Zulqaedah, Zulhijjah. Lupa pulak aku nak cakap apa yang dimaksudakan dengan bulan suci ini. Bulan suci ataupun bulan haram ini adalah bulan yang diharamkan bereperang dan dianjurkan untuk beribadat lebih dan meninggalkan perkara haram sangat ditekankan dalam bulan2 ini.

    Sebenarnya sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW lagi telah ada bulan suci ini. Ada sebab kenapa bulan ini dilarang bereperang. Kalau kita lihat bulan Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharam adalah 3 bulan yang berturut2. Hal ini semua disebabkan oleh ibadah haji di Makkah. Jika zaman dahulu kalau orang seluruh tanah arab nak pergi mengerjakan haji mereka mengambil masa berbulan2 untuk melaksanakannya. Makanya diorang sepakat mengiktiraf bulan Zulqaedah diharamkan berperang sebab itu adalah masa untuk memulakan perjalanan pergi yang mengambil masa lebih kurang sebulan. Bulan Zulhijjah pula adalah sebab itu bulan diorang dah sampai Makkah dan mengerjakan ibadah haji dan seterusnya bulan Muharam adalah bulan untuk perjalanan pulang. Maka lengkaplah 3 bulan yang diharamkan berperang ni. Tapi persoalannya bagaimana pula dengan bulan Rajab? Menurut ustaz tu bulan Rajab juga dikategorikan sebagai bulan haram sebab kedudukan dia yang terletak tengah2 antara ibadah haji tahun ni dan ibadah haji pada tahun depan. Kira pertengahan tahun la. Bulan ni adalah masa orang arab dulu untuk melahirkan rasa rindu diorang kepada tanah suci Makkah.

    Barulah aku tahu tentang 4 bulan suci ni. So, korang boleh google sendiri la tentang ayat2 Al Quran yang cerita tentang bulan2 haram ni. Antaranya..

    Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.”

    ( At Taubah: 36)

    Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. 

    (Surah Al Maidah : 2)


    Kembali kepada persoalan tarikh lahir dalam kalendar hijrah tadi. Aku pun baru je tahu yang aku lahir pada bulan suci!!Yeah!! best2..haha...Tarikhlahir aku adalah 4 Rajab 1408H. Maka ini bermaksud aku telahpun berumur 24 tahun dalam kalendar hijrah. Huiyo... ni bermaksud semakin matang la aku. 2 tahun beza tu.. So korang pulak macam mana? bukan susah nak kira. boleh convert kat macam2 website sekarang ni. Aku buat kat website ni

    http://www.islamicity.com/PrayerTimes/defaultHijriConv.asp

    So dimana pengetahuan kita tentang kalendar hijrah??kita kena juga tahu tentang kalendar hijrah ni. terlalu banyak yang kita tak tahu tentang kalendar hijrah ni. Kalau tiba2 orang tanya bulan 10 dalam kalendar hijrah bulan apa? tak ke terkial2 kita kena bernyanyi lagi raihan dalam hati kita "Muharam, Safar, Rabi'ulawwal, Rabi'ulakhir, Jamadilawwal, Jamadilakhir, Rajab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulqaedah, Zulhijjah...." La..bukan main havoc lagi kita sambut tiap2 tahun. Itupun tak tahu rupanya..haha

    Oleh itu, Aku menyeru aku dan kamu semua agar jangan melupakan kalendar hijrah. Tak salah kita untuk mengingati kalendar Masihi tapi tak wajar juga kita melupakan kalendar Hijrah..

    wallahualam...

    p/s : Korang boleh tambah pengetahuan dekat blog ni
    http://myislam.blogspot.com/2006/11/bulan-ramadhan-tidak-termasuk-bulan.html
    http://www.suaramedia.com/artikel/14-kumpulan-artikel/23641-keutamaan-empat-bulan-suci-serta-amalan-yang-dianjurkan.html

    Thursday, December 16, 2010

    Dia sudah. bagaimana pula kita???

    Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu mendermakan satu pertiga wang simpanannya kepada PAS sebagai tanda syukur kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menutup fail dakwaan rasuah terhadap beliau dan menantunya.

    Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam usaha memperjuangkan Islam.

    NONE"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya di Kota Bharu, hari ini.
    Mursyidul Am Pas itu berkata, tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji melibatkan kos RM65,000 tahun lalu.

    Nik Aziz berkata, dakwaan berhubung rasuah yang dilempar ke atasnya sebelum ini adalah berpunca dari rasa benci pihak tertentu lantaran kecekalannya memperjuangkan dasar Islam.

    "Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran.

    "Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan itu," katanya.
    azlanMenurut Nik Aziz, beliau juga tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menimbulkan masalah kepada pentadbiran PAS Kelantan diterajuinya.

    "Soal menantu saya nak ambil tindakan itu dia punya pasal. Saya tidak bercadang nak ambil apa-apa tindakan balas, cukuplah mereka insaf dan kesal dengan perbuatan itu," katanya.

    Semalam, SPRM membuat keputusan menutup kes membabitkan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu.

    Sunday, December 12, 2010

    Pesta Buih --> Virus Wahan --> TAKUT MATI

    Parti buih ataupun "Bubble party" dalam "mother tounge" aku adalah perkara yang sinonim di negara barat. Tapi dekat malaysia pun dah ada dah. Biasa la.. Malaysia kan negara membangun. kalau tiada pesta2 macam ni, kuno la. Tak up to date la kan. Tapi bukan tu yang aku nak ceritakan. Tapi nak cerita tentang pesta buih yang lain. mari kita merujuk hadith nabi ni..

    “Akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan”. Salah seorang sahabat bertanya: “apakah karena jumlah kami dimasa itu sedikit”. Rasulullah menjawab : “jumlah kalian banyak tapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian.” Lalu ada yang bertanya lagi :“apakah penyakit ‘wahan’ itu ya rasulullah?” Beliau bersabda : “ Cinta kepada dunia dan takut mati!”. (Silsilah hadist shahih no.958).

    Ya. Lihatlah kalian semua. sememangnya terjadi kini apa yang diungkapkan oleh junjungan besar kita lebih 1400 tahun dahulu bahawa kita ni ibarat buih2 di lautan. Jangan kata menanti kapal sebesar Semenanjung Malaysia menghentam, bahkan cukup sekadar ranting kayu yang kecil sudah mampu memecahkan buih2 di lautan itu. Mereka tidak perlu meghantar batalion askar untuk menghancurkan kita. Cukuplah dengan memberi sebiji bola pun mampu membuatkan beribu buih2 itu meninggalkan solat maghrib. Mereka hanya perlu memberi telefon bimbit sudah mampu membuatkan kita bergayut dengan ajnabi sehingga ke subuh hari. Merka hanya perlu memberikan McD untuk membuatkan sang anak2 buih akan meronta untuk singgah membeli makanan jasmani tapi mustahil akan meronta untuk menyinggahi masjid mengambil makanan rohani TANPA PERLU MEMBELI!!.

    Lantas akan Allah tanamkan dihati kita akan penyakit wahan itu. Penyakit yang semakin menular dalam kalangan umat islam a.k.a buih ini. Tak perlu la nak berhipokrasi wahai aku dan kamu. Sebab aku pun sama je macam kamu. Siapa antara kita yang tak takut mati?? rata2 kita lebih sayangkan kehidupan dunia kita berbanding membuat persiapan untuk menghadapi saat yang pasti tiba itu. Tapi sudah lupakah kita dengan kalam Allah yang mengatakan bahawa andai kita lebih mencintai dunia ini lebih daripada Allah, Rasul dan Jihad dijalannya maka kita akan menunggu saat pembalasan dari Allah??

    "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)" 
    (At Taubah : 24)

    Oleh itu tibalah saat untuk kita mengkoreksi diri. Jangan sesekali berfikiran bahawa masa sudah terlambat. Aku dah terlalu banyak melakukan dosa. Tiada peluang lagi bagi aku. Semua itu adalah alasan untuk kita melengahkan masa untuk bertaubat. 

    "Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). (Surah Hud :3)

    Oleh itu, aku kira kini bukan lagi masa untuk mengikut liuk lentok sang2 buih yang lain? Kini sudah tiba masanya untuk kita berubah dari menjadi buih kepada benda yang lebih gagah dan perkasa. Kini sudah tiba masa untuk kita membuat persediaan bagi menghadapi mati. Bukan masa mengejar dunia lantas melupakan ukhrawi. oleh itu...BERHIJRAHLAH!!!

    Wallahualam...

    Monday, December 6, 2010

    Selamat melupakan azam tahun ni.

    Bismillahirrahmanirrahim...

    Korang mesti dah tahu apa yang aku akan tulis kali ni. Mungkin juga korang sudah mula muak dengan retorik2 yang dicipta dan dilaung2kan pabila menjelangnya cuti Ma'al Hijrah ini. Ye!! menyambut tahun baru. Azam tahun baru. Itu yang akan terlintas diminda kita. Inilah masalah kita apabila ianya hanya melintas di minda tanpa melintas lantas tersemat dihati!!. Oleh itu aku cuba membawa aku dan korang semua untuk melintaskna apa yang WAJAR di lintas dan disemat di dalam hati kita.. Ikut Step2 ni.

    1. Kosongkan fikiran anda!!
    2. Kan aku kata kosongkan fikiran..DEGIL!!.tenangkan fikiran...
    3. Pejam mata anda.. Bayangkan segala Dosa yang korang dah buat. Tinggal solat, Menipu, Mengumpat, berdating,Tengok blue, Mencuri, Menfitnah dan seangkatan dengannya.
    4. Baca dan HAYATI doa akhir tahun ini..

     "Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
    Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
    Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka"


    5. Bayangkan apa yang korang perlu dan MESTI buat untuk memperbaiki kesilapan tahun lepas.
    6. Baca dan HAYATI doa akhir tahun ini.

    "Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
    Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
    Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka"

    7. Pejamkan mata. Bayangkan azam. Sematkan dalam hati korang punya azam.
    8. Lafazkan Bismillahirrahmanirrahim..dengan ini aku "Nama Korang" Berazam untuk "apa yang korang azamkan" hanya semata2 kerana ALLAH. Semata2 kerana ALLAH. Semata2 kerana ALLAH. Kerana ALLAH sahajalah yang mampu memberi kekuatan kepadaku...

    Semoga ALLAH mempermudahkan AZAM kita..

    wallahualam...

    Saturday, December 4, 2010

    Membuka lembaran baru

    Setelah tertangguh lebih kurang sebulan akhirnya malam ni aku lancarkan juga blog baru aku yang lebih berbentuk keusahawanan. Aku rasa tak perlu la nak cerita kenapa kena menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Semua dah tahu berapa percent rezeki yang disumbangkan dari perniagaan ni. Sememangnya aku lebih suka berniaga berbanding makan gaji. Tapi buat masa sekarang ni makan gaji yang lebih diutamakan. Untuk masa depan belum tahu lagi. Mungkin ni memang minat keturunan kut sebab abah aku sememangnya peniaga tegar. Bukan lah peniaga terlalu berjaya. Tapi hasil perniagaan tu la yang berjaya membesarkan kami 12 adik beradik ni. bermula dari berniaga Padi bertukar ke menjual Ikan Keli.Kalau aku ni, kira dibesarkan dan dibayar yuran2 belajar pakai duit jual ikan keli la.Selain tu macam2 lagi la bisnes kampung yang abah aku buat. Durian la, Asam la, ikan kering la. entah apa2 lagi entah. Macam2 ada woo...

    So sekarang aku mula mengikut jejak abah aku dengan lebih menggunakan teknologi. Budak bandar la katakan.haha. Konsep yang aku cuba ketengahkan kat kedai online aku yang bernama "Zul Hypermarket" adalah lebih kepada untung di dunia dan akhirat. Aku untung korang pun untung. win win situation..cewwah..poyo la pulak. Bab harga pulak aku cuba tawarkan serendah yang mungkin. Kalau boleh lebih rendah dari harga pasaran. Tapi kalau tak boleh. Apakan daya. Baru mula berjinak2...

    Aku mengharapkan kawan2 aku semua memberi sokongan kat aku. Aku tau korang semua kawan2 yang baik kan??hehe.. Kalau ada yang nak kritik tu juga dialu2kan untuk memperbaiki blog baru aku tu. Lagi satu doakan jugak aku seimbangkan dengan blog aku yang asal ni. Insyaallah blog  ni akan kembali bernyawa tak lama lagi.. Kepada pembaca sekalian yang nak melawat Zul Hypermarket tu boleh la melawat ke http://bershoppingdiikutsukaatiaku.blogspot.com/

    Oleh itu Selamat BERSHOPPING!!!

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Share link korang