PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, May 31, 2012

Pabila Anjing dan Kucing hirup kopi Radix


Ketika Mike (si kucing jantan) melepak dengan Sam (si anjing  jantan) sambil menghirup kopi radix 3 in 1 tiba2 lalu seekor anjing betina yang agak comel sambil menundukkan pandangan.


Mike :  Sam.. ko tengok awek depan kita ni. Cun siot….

Sam  : Eh. Ko ni. Lebih2 pulak. Ni spesis aku la weh. Jangan ngade2 nak takel. Bagi aku takel dulu lah.


Dengan tiba2 lalu pula seekor kucing  betina yang amat meletopz mengalahkan janda berhias di hujung kampung.

Sam : Ha… yang ni baru betul2 spesis ko. Baru la ibarat pinang dibelah dua. Kahkah

Mike : Ah. Ape pulak. Aku kenal la betina nih. Deret keluar dengan jantan je. Dia ni langsung tak jaga
batas dengan jantan lain.

Sam : Hamboiii ko ni Mike macam Imam muda pulak aku tengok. 

Mike : haish.. Ko ni.. Mesti la weh. Bukan benda cikai je ni. Ni la bakal mak kepada anak2 aku nanti. Baik
aku kawen dengan spesis anjing macam ko lagi bagus dari aku kawen dengan kucing macam ni.

Sam : Tu la pasal. Aku tengok sekarang ni. Banyak gila betina2 yang senang je jantan nak usung. Tak kira la jantan tua ke. Jantan kulit gelap ke.

Mike : Hmm… Entah la Sam. Tapi kan. Aku rasa diorang tak buat apa2 pun. Just keluar je. Ye dok??

Sam : Ah. Jadahnye.. Tak kira la keluar je ke buat apa ke. Tapi batasan tu tetap kena jaga. Ni slumber je bertepuk tampar. Tak boleh bayang la kalau bakal bini aku buat macam tu. Tobat lahum aku taknak
kawen dengan orang camni.

Mike : Takpe la  Mike. Moga2 diorang ni dapat hidayah. Kita ni pulak kena la jugak berubah jadi baik. Baru la boleh dapat bini baik nanti ye dok?

Sam : Betoi3x…. Itu punya jam baru la betoi2 pinang di belah dua… osemmmm beb..

Mike : Ok la weh. Aku nak gerak ni. Nak pergi beli friskies untuk adik bongsu aku… chow….

Sam : Ok2.. jangan lupa tapau lebih. Boleh la aku tumpang sikit.. haha…

Cantik juga awek ni pakai tudung. kahkahkah

****End****

Ngarut je kan dioalog aku kat atas ni? Haha.. Korang layan je la ek. Nasib la. Sape suruh jadi pembaca blog aku. Kahkahkah… btw semoga aku dan korang semua kuat untuk menjaga batasan pergaulan antara kita.

Wallahualam…

Monday, May 28, 2012

Jangan duduk di pintu "RUMAH"

Dalam tidak sedar sebenarnya kita tidak masuk ke dalam "rumah" ISLAM pun. Kita hanya duduk di muka pintu. Apabila ingin mengambil sesuatu kita masuk ke dalam "rumah" tersebut. Lepas tu kita kembali duduk di muka pintu.

Kita bukan sahaja tidak masuk "rumah" islam secara menyeluruh. Malah lebih malang lagi kita membuatkan orang lain terhalang dari memasuki "rumah" tersebut dek kerana akhlak buruk kita di muka pintu tersebut...

Jom masuk "RUMAH" secara menyeluruh!!!

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan memang musuh kamu yang nyata.

(Al Baqarah 208)

Friday, May 25, 2012

Geobencana : Siapa berikutnya?? Malaysia??


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamduilillah bersyukur ke hadrat Allah swt.. Semalam aku bersama rakan se G&P (Apiz, Shi, Akie, Fariza) aku sempat menghadirkan diri ke satu talk yang dianjurkan oleh Persatuan Geologi Malaysia dengan kerjasama Program Geologi UKM yang bertajuk “Geobencana Gempa Bumi & Tsunami-Peringatan Dari Al Quran & Al- Hadith”. Talk ni disampaikan oleh pensyarah aku time degree dulu. Dr Tajul Anuar Jamaluddin merangkap pembaca thesis aku dan juga merangkap jua oghang kampung teman. Atey oghang peghok juge ni yob. Boleh le teman numpang bangge!! Hehe..


  
Dr Tajul sedang memberi ceramah

Kehadiran yang melimpah ruah hinggakan tiada tempat duduk. Cayalah!!

So aku pun teringin nak sampaikan sedikit ringkasan daripada apa yang aku dapat pada hari semalam.

Bermula dengan menyampaikan maksud Geobencana dulu ye. Geobencana bermaksud proses semulajadi bumi yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa, kemalangan jiwa, kerosakan harta benda dan ekonomi serta boleh menjejaskan kualiti alam sekitar. Kalau diikutkan statistic pula sememangnya saban tahun berlaku peningkatan kejadian geobencana ini berlaku. Ada bebrapa factor yang dikaji oleh saintis yang dikatakan menjadi punca kepada kejadian geobencana ni. Nak aku tulis kat sini ke? Tak payah la ye. Kome pergi google sendiri je la.. Haha.. (Sebenarnya ni alasan akibat tak sempat menyalin. Haha). Tapi secara teorinya keseluruhannya boleh dikatakan menyatakan berpunca dari factor semula jadi dunia itu sendiri. Tak kira la yang kata tentang pemanasan global ke sebab fault zone ke ape ke.. Kira masing2 ada hujjah tersendiri.

Lepas tu Dr Tajul mengupas sedikit tentang kebenaran dan kehebatan Al Quran yang berkatian dengnan bumi. Ada la beberapa hujjah yang dibawakan. Antaranya tentang kejadian gunung, 7 lapisan bumi dan langit, Teori Hanyutan Benua dll.  Aku pergi laju sikit ke point sebenarnya la terus yek. Memandangkan kome ni bukan yang jenis yang suka membaca artikel yang panjang berjela kan?? Haha

Kita singkap sedikit sejarah umat terdahulu mengenai geobencana ni. Sejarah membuktikan banyak kaum yang dihapuskan dengan diturunkan geobencana (boleh dibaca sebagai bala) kepada kaum tersebut. Siapa tidak tahu mengenai kaum Nabi Luth, kaum Nabi Hud, kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Soleh. Ni antara umat yang terhapus akibat dari geobencana ni.

Mengapa hingga terjadi begini? Balakah?

Persoalan yang timbul adakah benar geobencana ini hanya berlaku akibat dari proses semulajadi semata2? Ataupun sebenarnya ada factor lain yang kita sebenarnya mungkin juga kita tahu namun kita just buat2 tak tahu je. Ni aku kongsikan kat korang.

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

(Al-Ankabut : 40)

Jelas bukan?? Sebenarnya bukan salah orang lain. Semuanya salah kita. Kita yang menganiayai diri kita sendiri. Maka Allah datangkan geobencana yang juga telah dinyatakan di dalam ayat di atas. Benar. Sebenarnya permasalahan geobencana ini asalnya datang dari tangan umat itu sendiri. Ketika umat semakin lalai maka Allah menghantarkan geobencana ini sebagai peringatan kepada umatnya.

Hebatnya Allah swt

Dr Tajul juga ada menyentuh mengenai gempa bumi yang berlaku di Padang tidak lama dahulu. Beliau juga berkesempatan untuk melakuakn fieldwork disana. Selain dari kaitan masanya dengan ayat Al Quran yang telah pun ramai orang kongsikan di facebook, beliau juga mengaitkan dengan permasalahan umat disana. Sekadar sebagai peringatan kepada kita yang semakin jauh dari agama ni. Di sana sememangnya Dr Tajul dapat melihat permasalahan umat dari perkara asas iaitu sembahyang hinggalah ke permasalahan muamalat dan penjagaan aurat. So no wonder la tempat asal usul ulama’ hebat nusantara iaitu Buya HAMKA ini di timpa geobencana (baca sebagai bala) oleh Allah swt. Ni la akibatnya apabila islam tidak di amalkan. Nah. Sekarang lihat. Siapa yang menjadi punca? Bukankah manusia itu sendiri???

Di bawah ni aku sertakan lagi dallil2 yang di bawakan oleh Dr Tajul yang menyatakan punca berlaku geobencana ni.

(keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.

(Al-Anfaal : 54)

Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.

(Al Qashash : 59)

Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka. Pada hari mereka melihat azab yang diancamkan kepada mereka (merasa) seolah-olah tidak tinggal (di dunia) melainkan sesaat pada siang hari. (Inilah) suatu pelajaran yang cukup, maka tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik.

(A l- Ahqaf : 35)

Apakah mereka (kaum musyrikin) yang lebih baik ataukah kaum Tubba' dan orang-orang yang sebelum mereka. Kami telah membinasakan mereka karena sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa

(Ad Dukhan : 37)

Seterusnya hadith yang menyatakan tentang Gempa Bumi pulak.

Saiyyidina Anas R.A telah mengunjungi Saiyyidatina Aisyah R.A di dalam sebuah majlis, dan di dalam majlis itu telah bertanya seorang lelaki, “Wahai Ummul Mukminin, ceritakan kepada kami tentang gempa bumi”. 

Beliau berkata : “Apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tempat selain daripada rumah suaminya, terkoyaklah apa yang ada antaranya dan antara Allah daripada hijab (pendinding daripada azab), apabila perempuan memakai bau-bauan bukan untuk suaminya, maka baginya neraka dan kehinaan, dan apabila dihalalkan zina, meminum arak dan memukul alat muzik, maka ia telah menjadikan Allah Ta'ala di langit-Nya berfirman kepada bumi, “ Gegarkan mereka”, sekiranya mereka tidak bertaubat dan meninggalkan maksiat, mereka akan dibinasakan dengannya oleh Allah Ta'ala". 

Maka bertanya pula Anas R.A. : “Apakah itu hukuman terhadap mereka (penduduk yang ditimpa gempa bumi)?" Aisyah R.A. menjawab : "Ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kepada orang mukmin. Ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas orang kafir”.

"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)".

(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Ok. Sekarang sudah jelas mengenai punca sebenarnya berlakunya geobencana ni. Aku tertarik untuk memberi pandangan mengenai kejadian gempa yang berlaku di bukit tinggi, Pahang. Kalau ditanya kepada geologist semestinya akan menjawab ianya berpunca dari sesar bukit tinggi. Tapi sengaja ingin aku membuka minda kalian. Adakah mungkin ianya adalah peringatan dari Allah apabila di sana terdapatnya pusat judi di Genting Highland?

Seterusnya mengenai kemungkinan berlakunya kejadian gempa major di Malaysia. Adakah kemungkinan yang akan berlaku di Malaysia? Aku bersetuju dengan pendapat Dr Tajul mengenai Malaysia di himpit oleh beberapa plat di segenap penjuru. Mungkin saja sesar2 yang tidak aktif akan kembali aktif apabila terus menerus dihimpit oleh plat tektonik di sekitarnya. Sori la kepada kome yang bukan geologist. Tak tau nak terang lagu mana. Haha. Buat2 paham je la ye. Itu dari sudut geologinya. Bagaimana pula dari sudut kemungkaran yang berlaku di Malaysia? Aku pulangkan persoalan ini kat kome untuk menjawabnya dengan berpandukan hadith di bawah.

Kome cari Malaysia pastu buat2 paham tengok pergerakan plat tektonik nih


Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Hamekkk Korang. Dalam 15 ni ada tak satu yang korang boleh nafikan tidak ada di Malaysia ni?? Yang aku boldkan tu adalah yang aku sangat2 setuju dan sangat jelas berada di Malaysia ni.

Inginkah kita menjadi SAMPAH??

Wah. Macam panjang la pulak aku cerita kali ni. Tak pe la. Harap2 kome kuat untuk baca sampai habis. Hehe. Ada lagi banyak benda yang sangat menarik diceritakan oleh Dr Tajul. Tapi aku memfokus untuk cerita tentang ni je la ye. Lagi pun aku belum dapat lagi powerpoint dari Dr Tajul. Yang kat atas ni yang aku sempat catit. Tak banyak sangat sebab dakwat pen tersekat2. Uhuk… Lagi satu alasan yang aku reka. Haha.

Ok cukup sekadar itu untuk kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menyedarkan kita yang sudah tak berapa nak sedar diri ni. Akhirnya aku walaupun sebagai geologist dan mampu menerangkan kejadian geobencana ini dari sudut saintifiknya namun aku tetap ingin menekankan kat sini bahawa tiada geobencana yang berlaku jika bukan disebabkan oleh tangan2 kita sendiri yang semakin jauh dari Allah swt.

Yang ni memang betul2 akhir. Hehe. Tahniah diucapkan kepada Persatuan Geologi Malaysia dan Program Geologi UKM. Tahniah juga kepada Tuan Penceramah Dr  Tajul yang berkongsi pencerahan yang amat baik kepada golongan penuntut ilmu sekular seperti kami nih. Alhamdulillah satu langkah yang amat baik dimulakan oleh para saintis ini. semoga kita tergolong dalam golongan Ulil Albab Yang di dambakan..

Wallahualam…








Wednesday, May 23, 2012

#12 Wordless Wednesday : Anda sedang diilusioptikkan

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan   

Monday, May 21, 2012

Hari2 makan meggi untuk kawen


Bismillahirrahmanirrahim..

Sekarang ni mesti kome dihujani dengan jemputan walimah yang berlonggok2. Kejap dari utara kejap dari selatan, tengah, tenggara mahupun timur laut Malaysia. Ye dok? Aku pun sama. Adoi.. Banyak sangat jemputan yang bakal dan yang dah terlepas pun ada.

Aku tertarik apabila dikhabarkan tentang rakan aku di UKM yang telah selamat dinikahkan dengan rakan seperjuangan di UKM. Apa yang tertariknya? Yang tertariknya adalah mengenai "wang hantaran" yang diletakkan. Hanya meletakkan RM 1000 untuk mempermudahkan urusan yang baik ini. Allahurabbi.. Respond pertama aku adalah… 

“mahal sungguh ***(nama gadis tersebut)”

Permudahkan jangan disusahkan

 Optimisme aku

Sejak dari dahulu lagi. Dalam persembangan aku dengan kengkawan aku, aku sering cakap tentang benda ni. Aku optimis mengatakan bahawa masih terdapat gadis yang tidak meletakkan harga dirinya pada suatu adat yang bernama “wang hantaran”. Bagi aku semakin murah perempuan itu meletakkan jumlah “wang hantaran” adalah menunjukkan dia adalah lebih mahal. Mahal di sini adalah mahal jiwa nya. Langsung tidak memikirkan pandangan orang terhadap dirinya tapi lebih dari itu memandang jauh kepada kemampuan bakal suami tercinta. Dia mempunyai jiwa yang besar. Dia permudahkan yang wajar dipermudahkan.

Bukan jual anak tapi nak tengok kesungguhan

Hahaha. Ni lah statement yang biasa kita dengar. Nak tengok kesungguhan konon. Atau ingin mendabik dada harga siapa yang paling mahal? Atau at least sama taraf dengan kawan2 perempuan yang lain? Adakah tepat jika kita ingin melihat kesungguhan bakal suami kita hinggakan sanggup mereka berhutang yang disertakan dengan bunga ribawi? (Erkk… sejak bila aku tergolong dengan orang pempuan nih? Haha). Bagi aku aku lebih prefer kesungguhan yang si suami perlu tonjolkan ialah menyediakan kehidupan yang selesa selepas bernikah. Ni x. Dah habis berhutang piutang buat majlis pastu nak masuk rumah macam masuk time masuk rumah sewa dengan kawan2 bujang dulu. KOSONG. Lagi satu adalah kesungguhan si lelaki melengkapkan diri untuk menjadi imam kelak. Tambah ilmu tingkatkan iman. Hadami apa yang perlu di buat untuk membawa pelayaran menuju mardhatillah.. Kesungguhan tu lagi penting. Ye dok??

Peranan bakal suami

Perg. Sub topic kat atas ni macam gaya aku dah pun ada pengalaman jadi suami. Haha. Bagi aku si bakal suami pula tak boleh terasa lega dengan  “wang hantaran”  yang rendah. Kesungguhan itu tetap perlu ditonjolkan. Korang buat la status kat facebook macam ni “Hari2 makan meggi untuk kawen”. Siap tag bakal mertua lagi. Amacam. Cun x idea aku??haha.. Aku memandang ada persedian yang lebih penting dari menyediakan  “wang hantaran”. Persediaan diri sebagai bakal ketua keluarga tu yang lebih penting. “wang hantaran”  tu just starting point je. Kesungguhan mempersiapkan diri dan kesungguhan menjaga bakal isteri tu yang perlu dititikberatkan. Lebih kurang macam point aku kat atas ni la.. Bersungguh-sungguh nak jadi suami yang BENAR2 SUAMI

Bukan masalah pengantin Tapi keluarga.

Adoish… Ni yang aku tak boleh nak komen apa2. Yang aku boleh cadangkan just korang try story pelan2 dengan keluarga. Kalau tak jalan jugak. Korang kongsi je duit. Sorang 5k. So total boleh jadi 10k. Ok la jugak tu kan. Tapi jangan la bagitahu kat family korang pulak. Lagi satu cadangan. Nanti anak2 korang pulak jangan letak harga yang mahal2. Kita ni selaku golongan muda akan jadi golongan tua jugak. So time jadi golongan tua nanti korang jangan menyusahkan golongan muda pulak.

Penutup : Khas untuk gadis sekalian

Rendahkan  “wang hantaran”  kalian kerana ianya menunjukkan mahalnya jiwamu. Ubahlah persepsi masyarakat di sekitar korang. Berbanggalah dengan  “wang hantaran” yang rendah dari kalian. Katakan…

“Aku meletakkan  “wang hantaran”  yang rendah adalah kerana aku ingin menghalalkan perhubungan ini secepat mungkin. Mana mungkin aku akan menyusahkan bakal imamku pelengkap hidupku. Imam yang bakal memimpin tanganku untuk menggapai redha ilahi”

Biarkan dunia mengerti bahawa wanita itu mahal nilainya kerana rendah  “wang hantaran”

  

Wallahualam…

Peringatan : Mas Kahwin adalah syariat. Wang hantaran adalah adat.

Hadith untuk tatapan. ISLAM ITU MUDAH

Dari Riwayat Muslim, hadis Sahl bin Saad RA katanya :

Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata:
“Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu”.


Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.

Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:
“Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya”.


Nabi SAW segera bertanya: “Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan MAS-KAHWIN”.
Sahabat menjawab: “Tidak ada!”


Nabi SAW bersabda: “Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin”.

Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Nabi SAW dan berkata:
“Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin”.


Maka Nabi SAW bersabda lagi:
“Carilah walaupun sebentuk CINCIN BESI”.

Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:

“Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya”.
(Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan).


Nabi SAW bersabda : “Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai”.

Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Nabi SAW memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Baginda SAW memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Nabi SAW bertanya:
“Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?”


Sahabat tersebut menjawab: “Aku hafaz surah itu dan surah ini”.
Sahabat berkenaan menghitungnya, 

Nabi SAW bersabda lagi:
“Adakah engkau membacanya secara hafalan?”


Sahabat tersebut menjawab: “Ya!”




“Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz”.

Kredit : Melayu.Com


Thursday, May 17, 2012

Suatu kenangan di Kuala Krai


“228/46!! 224/52!! 226/46!!” Jerit Halim kepada rakannya di bawah.

“Ok dah cukup tu. Prof dah suruh naik bas. Ada lagi banyak lokaliti kita kena tengok lepas ni” sambut Mahmud dari bawah.

Begitu lah kebiasaan suasana yang dapat dilihat apabila pelajar Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia melakukan kerjalapangan ataupun lebih mudah diapanggil fieldwork. Bacaan jurus dan miring sentiasa menjadi maklumat utama yang perlu dicatat. Selain jenis batuan dan litologi yang terdapat di kawasan kajian. 

  
Pelajar leka membuat cerapan

Teknik mengambil bacaan Jurus dan kemiringan
Pada kali ini mereka akan mengkaji kawasan di sekitar Kuala Krai Kelantan. Fieldwork kali ini merupakan fieldwork terakhir yang akan mereka lalui bersama. Formatnya juga agak mencabar dengan diisi dengan aktiviti perkhemahan dan kawasan fieldwork yang mencabar fizikal dan mental. Kumpulan pelajar pula dibahagi kepada 2 kumpulan dengan kumpulan A akan menginap di hotel terlebih dahulu selama 3 hari dan kumpulan B pula akan menginap di khemah untuk 3 hari pertama dan akan bertukar untuk 3 hari terakhir.

“panas betul hari ni. Bagi sikit air ko tu weh. Dahaga siot” Pinta Mahmud kepada rakan baiknya.

“ish ko ni. Nasib baik ada kawan yang macam aku ni kan. Ambik ni. Jangan habiskan. Simpan sikit untuk ambik wudu’ karang.” Halim menjawab.

Sambil Mahmud meneguk air menghilangkan dahaga muncul pula Iskandar menaiki bas.

“Mane  lokaliti kita lepah ni Yob. Teman udoh nyepe ni” keluh Iskandar dalam loghat peraknya.

“Sepatutnya kita akan habiskan sepanjang jalan Sungai Sam – dabong ni dulu. Prof Hamzah kata sini memang kita dapat lihat jelas kesan proses metamorfisma sentuh selain kita dah dapat lihat batuan igneus volkanik yang tersingkap” Aini mencelah dengan tiba-tiba.

“Boooo… Orang tak tanya ko pun la minah skema oi..” Usik Syam yang amat terkenal dengan gurauannya.

Rakan-rakan lain yang sudah masak dengan gurauan Iskandar itu  menyambutnya dengan gelak tawa riang.

Suasana yang tadinya hingar bingar menjadi sepi seketika apabila semua pelajar mengambil kesempatan tidur seketika kerana lokaliti berikutnya mengambil masa 20 minit perjalanan menaiki bas.

Berehat sambil ke lokaliti berikutnya

Bagi Mahmud aktiviti fieldwork ini amat mendatangkan kepuasan dalam dirinya. Di samping dapat mendalami ilmu geology dengan lebih jelas mereka juga dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Siapa tidak tahu di Fakulti Sains dan Teknologi pelajar dari jurusan inilah yang mempunya binding group yang amat tinggi dek kerana kerap kali pergi berfieldwork.

“Ok. Sampai sini sahaja cerapan kita di sepanjang jalan Sungai Sam ke dabong ni. Malam ni kita jumpa di khemah untuk melengkapkan cerapan kalian.” Prof Hamzah berpesan kepada pelajarnya yang ternyata sudah keletihan berjemur seharian.

Mahmud yang sentiasa proaktif lantas bertanya “Prof ..Esok kita akan pergi ke meranduk Sungai Mei ataupun meyusuri Sungai Galas?”

“Esok kita akan ke Sungai Galas terlebih dahulu. Kalau boleh bawa bekalan makanan kerana kemungkinan tiada kedai untuk kita membeli makanan tengahari” Prof Hamzah membalas.

“Baik prof!” Pelajar menjawab kelesuan menandakan mereka sudah ingin pulang ke khemah.

******

Waaaaaaa!!!!!! “ Tiba-tiba terdengar jeritan dari kawasan perkhemahan pelajar wanita..

Syam dan rakan-rakan yang baru selesai mandi di Sungai berdekatan terdengar jeritan tersebut.

“Elle.. Ada pacat la tu. Perempuan ni memang macam perempuan betul lah” Seloroh Syam..

“Standard la bro.. Lu punya awek pun macam tu jugak ape?” Balas Vince kepada rakannya itu di sambut gelak tawa rakan-rakan mereka.

Selesai bermandi-manda pelajar lelaki bersiap-siap untuk ke surau yang berada tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk bersolat jemaah setiap kali mereka berfieldwork. Pernah satu ketika mereka menjadikan ruang tamu hotel di Port Dickson sebagai tempat untuk solat jemaah bersama-sama. Usai solat maghrib mereka sempat berkumpul sebentar untuk berbicara tentang perkara agama.

Pada malam ini giliran Halim untuk memberikan peringatan kepada rakan-rakannya..

“islam ini bukan susah. Kita hanya perlu mengamalkannya secara menyeluruh. Sebagai contoh untuk kita menjaga solat secara berjemaah dan diawal waktu pun kita mampu laksanakan. Dimana sahaja kita boleh laksanakan. Di tepi laut, di atas tanah, di atas batu dan sebgainya. Hakikatnya segalanya kita telah pun lakukan sepanjang kita berfieldwork bersama-sama”

Diskusi pada malam itu agak hangat dengan respond dan perkongsian yang pelbagai dari mereka. Isu yang disentuh amat bersesuaian dengan kapasiti mereka selaku manusia yang akan lebih banyak bekerja di lapangan. Juga disentuh sedikit mengenai kepentingan untuk mereka menjadi golongan ulil albab yang perlu sentiasa memikirkan tentang kehebatan kekuasaan Allah yang mencipta alam ini kerana geologist sememangnya golongan yang akan bekerja dengan alam.

Setelah selesai bersolat isya’ mereka menaiki bas untuk pergi ke pekan Kuala Krai untuk makan malam. 

“Bro. Ni first time fieldwork kita asing ikut kumpulan A dan B. Rasa rindu pun ada dengan kawan kita yang group A tu” Vince meluahkan rasa kepada Iskandar yang ternyata malas melayan perasaan rakan berbangsa cinanya itu walaupun dia turut merasai apa yang dirasakan oleh Vince.

Memang benar, akibat dari ikatan yang kuat antara mereka ketika berfieldwork maka apabila kumpulan pelajar dibahagi dua maka akan terasa sedikit kekosongan. Peluang untuk bertemu hanyalah pada malam hari apabila mereka keluar makan di pekan yang sama. Maka gerai tempat mereka berkumpul sudah bertukar menjadi gelanggang raja Lawak apabila masing-masing membuat lawak memecahkan perut.

Menjajahi kedai makan

******

“Bangun!!!! Subuh dah ni!! Bangun!!!”

Ali menjalankan tugas yang biasa dilakukannya apabila sudah masuk waktu subuh. Syam yang ternyata agak liat untuk bangun tidur menjadi mangsa Ali pada hari ini. Tubuh Syam di angkat hinga berposisi duduk sambil Ali mengomel agar rakannya itu bangun untuk solat subuh berjemaah. Ternyata usaha Ali itu tidak sia-sia apabila Syam dan sebahagian besar pelajar lelaki sempat bersolat subuh berjemaah walaupun ada yang masih belum mandi.

“Kak. Bagi saya lauk ayam dan sayur. Kuah asing ya” Pinta Iskandar kepada akak comel penjual Nasi berlauk di pekan Kuala Krai.

Tiba-tiba datang Mahmud menepuk bahun Iskandar. “Is… Tolong bayar untuk aku jap. Duit aku tertinggal kat beg pulak. Air mineral botol besar sekali tau. Terima kasih”

Hari ini mereka akan menyusuri Sg Galas. Satu pengalaman baru kepada mereka apabila akan mencerap menggunakan bot. Bekalan makanan sudah tersedia. Namun ada satu perkara yang merungsingkan mereka.

Sebelum Menaiki Bot

“kat mana kita nak solat zohor nanti ni?” Rungut Halim kepada Mahmud.

Dengan tenang Mahmud menjawab “Insyaallah Allah akan permudahkan. Ada je tempatnya. Kalau teruk sangat. Kita solat je atas bot”

Ceria di dalam bot

Ternyata telahan Mahmud tepat. Dalam pertengahan jalan mereka mencerap kesan-kesan metamorfisma rantau di sepanjang Sungai Galas, Mereka berhenti untuk berehat di Kampung kecil bernama Kg Bahagia. Terdapat satu rumah kedai papan milik melayu yang menjadi tumpuan mereka.

Bahagia di Kg Bahagia

“Pakcik, kami nak tumpang solat sebentar boleh?” Halim memberanikan diri memohon kebenaran.

“Oh. Sila lah naik ke atas rumah pakcik ni. Boleh. Takde masalah” pakcik kedai memberi kebenaran.

Mahmud dan rakan-rakan yang lain membontoti Halim naik ke atas rumah. Mahmud teringat akan pepatah orang dahulu. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Kalau benar kita ingin melaksanakan solat insyaallah tiada apa yang mempu menghalang.

Selesai makan tengahari dan bersolat mereka sambung menaiki bot menyusuri Sungai Galas. Nasib mereka agak baik hari ini apabila kebanyakan singkapan yang tersingkap di tebing sungai dapat dicerap  akibat air yang agak sedikit surut. Maka mereka dapat melihat dengan jelas batuan yang terdapat di sepanjang Sungai Galas dengan mineralogi yang menjadi petunjuk akan perubahan zon metamorf yang dibatasi garisan isograd setiap gred metamorfisme. 

Singkapan di dalam sungai yang terdedah

******

“Kelakar betul Hashim tadi kan? Gaya macam nak jadi hero Malaya. Tengok-tengok dia yang lari dulu. Bikin lawak je dia tuh. Haha” Iskandar memulakan bicara dengan Mahmud yang khusyuk melengkapkan peta cerapan.

\
Khusyuk melengkapkan peta cerapan

“Oit. Hati-hati sikit. Aku kat belakang ni. Dah lembu tu kejar aku . Aku pun lari la” Tiba-tiba Hashim mencelah.

“Hahahaha.. Sudah la ko. Tadi gaya macam nak menyelamatkan Su je. Tengok-tengok ko yang lari dulu. Siap berjaya lompat pagar yang tinggi pulak tu” Mahmud menambah apabila konsentrasinya terganggu.

Begitu la kebiasaan rutin mereka. Gurauan menjadi satu makanan ruji bagi mereka. Ada sahaja rakan yang akan dibahan untuk dijadikan bahan tawa. Kali ini Hashim menjadi mangsa akibat insiden beliau lari lintang pukang apabila dikejar lembu ketika dalam perjalanan pulang dari surau sebentar tadi.

******

Hari ini merupakan hari terakhir mereka berkhemah. Hari in juga merupakan hari terakhir mereka akan mencerap batuan metamorf. Esok mereka akan bertukar dengan kumpulan A yang ditugaskan untuk  mencerap batuan igneus. Sungai Mei menjadi lokasi kajian hari ini. Persiapan yang lengkap telah tersedia. Rata-rata pelajar terutamanya pelajar perempuan telah bersedia dengan garam di stoking dan penyembur anti pacat. Sungai Mei dikhabarkan “dijaga” oleh pacat yang dikatakan bertaraf komando. Di tambah dengan malam semalam hunjan renyai pasti akan membuatkan pacat-pacat akan keluar mencari rezeki harian.

Kepenatan berperang dengan pacat

“Wah. Cantik betul singkapan kat sini. Mineralnya pula jelas” Mahmud melahirkan rasa takjubnya kepada Halim. 

Singkapan yang cantik

“Betul tu. Aku tak sabar nak sampai ke hujung sungai. Kalau kita bernasib baik kita boleh dapat tengok mineral garnet yang sangat jelas” Halim memberi respond.

Ternyata manusia yang bernasib baik hari ini adalah Vince. Beliau menjadi tumpuan apabila menjumpai mineral yang dimaksudkan yang menandakan mereka telah pun sampai ke gred metamorfisme yang tinggi iaitu sudah melangkaui isograd garnet.

Kini semua pelajar telah berkumpul di penghujung Sungai Mei. Prof Hamzah mengarahkan mereka untuk singgah makan tengahari dan berehat sebentar kerana hujan renyai telah turun.

Namun keseluruhan pelajar lelaki memilih untuk bersolat terlebih dahulu. Dengan berlapikkan baju hujan 7 Eleven menjadi sejadah mereka melaksanakan tanggungjawab didalam rintik hujan.

Selesai bergambar mereka berpatah balik merintis Sungai Mei. Walaupun kali ini agak penat namun mereka berasa puas dengan pengalaman baru yang mereka perolehi. Rata-rata melahirkan rasa gembira dan seronok mereka apabila mengharungi aktiviti yang mencabar ini.

Bergambar di penghujung rintisan

 Penat namun tetap ceria

******
Malam ini mereka akan bertukar giliran dengan rakan mereka dari Kumpulan. Maka tiada lagi pacat yang mereka akan tempuhi. Selpas ini mereka akan mencerap di lokaliti air terjun pula. Dengar khabar dari rakan mereka. Mereka berpeluang mandi air terjun setelah selesai mencerap singkapan dan melengkapkan peta batuan igneus….

******End******

Nantikan bahagian kedua cerpen tak berapa best aku  ni… Penat juga menulis cerpen ni.. haha..

Wallahualam…

Credit to my coursemate, collegeae merangkap my housmate Muhammad Hafiz Jahuri kerana menambah koleksi gambar-gambar di atas..  Gambar terakhir menujukkan beliau berbaju biru masih nampak kurus keding. Haha.


























Tuesday, May 15, 2012

Nota Hati Buat Guru

Ku titipkan puisi ini untuk insan-insan yang bergelar guru diluar sana...

Jika hari ini…..

Anakmu ini megah sebagai jurutera,
Tidak dilupa akauntan si juara mengira,
Lebih dikagumi doktor yang berkhidmat tak kira masa,
Jua ustaz yang dihormati selaku golongan agama,
Tidak kurang juga yang menjadi pendidik si anak bangsa,
Masih ada juga yang bergelar mahasiswa di serata negara dan dunia,
Juga seluruh natijah insan hasil  didikan kalian

Semegah manapun kami berdiri kini,
Hari itu tetap kami kenangi,

Hari di mana dikau mendidik kami erti kehidupan,
Menyuluhkan ilmu dalam belantara kejahilan,

Terkadang menjadi ibu, bapa dan sahabat,
Tanpa jemu melantunkan nasihat,

Hari kami dileteri, diherdik dan didenda,
Semata ingin melihat kami berjaya,

Ingin dinoktah tutur bicara,
Dengan menyuratkan apa dirasa ,
Rasa terima kasih tidak terhingga,
Di atas didikan azimat berguna…

Monday, May 14, 2012

Apabila Gadis melayu lagi teruk dari Minah Bangla


“Itu perempuan dekat Bangla sana banyak malu kalau pakai ini macam. Tapi saya tengok sini punya perempuan pakai banyak seksi. Sana puna kalau pakai ini macam itu orang duduk kampung sudah kasi halau sama dia. Itu mak bapak pun malu sama dia punya anak perempuan”

Lebih kurang begini statement yang aku dengar dari Mat Bangla tempat aku kerja sekarang. Adushhh.. malu je rasanya. Kalau dilihat dari maju nya sesebuah Negara tu memang Malaysia ni maju dari Bangladesh. Mana taknya. Diorang ni yang dikategorikan sebagai General Worker dalam site daily report ni sanggup datang sini semata-mata nak cari duit. Kira Malaysia ni macam lubuk menacari duit la bagi diorang.

Terfikir juga aku. Kalau la keruntuhan akhlak menjadi nilai yang perlu dibayar untuk mengecap sebuah kemajuan. Baik kita persetankan sahaja kemajuan tersebut. Baik la jadi orang yang makan nya kais pagi makan pagi, kais petang tak sempat nak kais pun. Haha. Itu adalah lagi baik dari runtuhnya akhlak sesebuah bangsa atau lebih tepatnya akhlak umat islam di Malaysia.

Sebenarnya apa masalah yang kita hadapi? Ketidakseiringan. Itu punca yang berlaku sekarang ni. Kita maju dari sudut duniawinya. Namun kita tidak seiringan maju dari sudut ukhrawinya. Pembanggunan rohani seringkali diketepikan oleh rakyat Malaysia. Tak payah pergi jauh. Apa yang kita sebagai ibu bapa. Ops.. Silap. Aku belum jadi bapa. Haha. Biasanya Ibu bapa lebih risau jika anak mereka tidak lulus periksa ataupun dapat ditempat tercorot melangkaui kerisauan mereka apabila anaknya masih gagal membaca Al Quran. Sejak kecik kita dinilai berjaya apabila berjaya dari sudut kemajuan dunia hinggakan kemajuan rohani kita abaikan.

Dah cukup cakap tentang Malaysia. Nih nak cakap kat gadis2 pulak. Korang takde rasa malu ke kalau sampai macam tu sekali Mat bangle ni buat bandingan kat korang. Adeh… Aku yang lelaki ni pun tumpang malu gak.. Cakap banyak pun tak guna jugak.. Satu slogan khas untuk gadis2..

Tutup Aurat Pasti Selamat!!

Cun kan awek ni? Rasa nak takel pun adaaaa....

Wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang