PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, June 29, 2012

Euro, Bola, Futsal dan Aku.....

 Sebelum korang meneruskan pembacaan :

PERINGATAN!! Artikel ini tidak memberi faedah untuk dibaca. Tapi kalau kome nak baca. Dipersilakan.... kahkahkah

Selesai menonton perlawanan Semi Final antara Italy dan German. Ternyata kelebihan yang dimiliki oleh ketajaman penyudah Super Mario telah membawa Italy ke pentas final. Walaupun aku menyokong German dengan tenaga "Orang Muda Geng Kitey" nye tapi melihat kepada permainan yang cantik dari Itali maka aku mengakui mereka layak untuk menang. Di tambah lagi dengan selautan pasifik pengalaman yang dipunyai oleh perancang utama Pakcik Pirlo dan kecekapan Pakcik Buffon..

Tapi takpe. pasukan feveret utama aku dah pun menanti kat final. Spain yang memang pasukan yang amat tenang dan pantas di jentera tengah yang semalam telah menewaskan Portugal dalam penetuan sepak penalti. game yang agak membosankan dan lama tu telah membuatkan aku menguap2 di site MRT. haha. Dengan corak permainan yang dikatakan "PAS dulu kini dan selamanya" (Passing bola je kojenye) di harap mampu menjadi formula menewaskan Itali nanti. Yeaah.... Cuma kena tambah sikit dengan ketajaman top striker deme yang agak kurang menyengat akibat ketiadaan David Villa.

Ok. Habis dah cerita tentang euro. Cerita tentang aku pulak. Sesiapa yang mengenali aku dengan rapat mesti akan tahu yang aku ni bukan jenis kaki bola yang suka tengok bola. EPL ke Champion League ke memang aku tak berapa nak layan pun. Yang aku suka hanya bermain bola dan futsal. Cuma kadang2 je aku ambik pot tentang dunia bola ni. Setakat benda2 biasa aku tahu le. Tapi kalau korang tanya aku sapa bek kiri pasukan Wigan memang aku tak tahu le...

Bola Malaysia pun layan sikit2 je.

Ni aku sengaja nak bercerita tentang aku dan bola. Ye la. sambil2 nak tunggu subuh kan. Sejak kecik dulu memang aku memang suka main bola. sejak tadika lagi aku main dengan abang2 besar. Kadang2 ada perlawanan persahabatan antara kampung yang tiang gol nya kami buat sendiri pakai buluh dan kayu bambu. Haha.

Kalau zaman sekolah dulu bila dapat jadi pemain bola sekolah ni macam femes sikit la kan. So atas usaha untuk femes maka aku pun jadi la jugak wakil sekolah sejak bawak 12 tahun di SKLLK dan seterusnya di SMKA Kerian pulak main untuk bawah 15 dan seterusnya bawah 18. Posisi aku mesti la selaku pemain tengah. Kira permainan aku persis gaya Xavi Hernandez la. Haha. Antara pertandingan yang agak terkilan adalah time aku main bawah 15 untuk SMKA Kerian. Time tu kami dapat masuk Semi Final. Tapi aku tak dapat main sebab time tu clash dengan pertandingan Sepak Takraw peringkat negeri. Atas sebab wakil daerah akan lebih femes dari wakil sekolah maka aku memilih untuk wakil daerah dalam sepak takraw. Haha. Pertandingannya juga di buat di daerah kerian ketika itu. Time tu aku dah siap mintak kebenaran dekat coach takraw lagi nak excuse pergi main bola. Tapi rupanya game nya pun bertembung la pulak. Keputusan Semi tu ternyata tidak memihak kepada kami. So nampak tak peranan aku kat pasukan tuh? haha.. Takde la. dah memang lawan kuat kooott...



Bawah 15 SMKAK.  Aku adalah pemain paling kecil dan lincah. Haha

Masuk je matrikulasi aku main bola petang2 dan just main untuk wakil kuliah je. Lagipun time tu aku lebih tumpu untuk Sepaktakraw untuk main kat KAKOM (Karnival Kokurikulum Matrikulasi).Time zaman matrik ni la aku first time main futsal. Tapi tu je la sekali sampai la habis matrik.

Kat Universiti la aku mula aktif bermain futsal. Baru je sehari habis minggu orientasi (MMP) aku dan jejaka kacak KIZ lain telah "dipaksa" untuk bermain futsal bersama senior. Dari situ bermula aktiviti malam aku yang kerap kali dipenuhi dengan futsal. Time 2nd sem 1st year tu yang paling giler. Setiap minggu paling kurang sekali. Kadang2 tu sampai 2 3 kali dalam seminggu.

Hingga lah sekarang aku masih aktif bermain futsal. At least seminggu sekali aku main futsal samada dengan kawan se G&P, SeGeologist UKM mahupun SeKIZ. Jadi la nak cari peluh. Paling tidak, aku dapat memantainkan berat yang ideal aku nih. haha.

Dengan geng Geo UKM time semua masih kurus

Dengan geng G&P. No 4 futsal anjuran MK Land

Cukup la cerita tentang aku buat kali ni. Lain kali aku cerita lagi ye. Cewwaahhh.. gaya macam ramai je yang nak dengar aku bercerita.. haha. Okeh... cabut dulu... adiossss....

p/s : Harap2 nanti dah tak bujang nanti. Bini tak marah kalau aku nak pergi main futsal. kahkahkah




Sunday, June 24, 2012

Komen pakai FB+Page. Sila tolong aku.

Bismillahirrahmanirrahim...

Lepas tengok kemenangan Spain di dalam game yang agak membosankan tadi. Aku bertindak ntuk mengupdate sedikit gadget2 yang ada dalam blog ni. sambil2 nak tunggu subuh la katakan.

Ada 2 benda yang aku tambah :

Pertamanya komen dari pengguna  facebook. So lepas ni kome boleh je komen pakai ID facebook kome. So macam senang la jugak kan. Tapi ada masalah yang aku hadapi. Aku tak tahu macam mana nak tukar gambar We <3 Comment kat gadget tuh. macam jiwang la pulak. haha.Ada sesapa yang boleh tolong??

Lagi satu aku tambah page kat atas bog aku ni. Tapi tetap ada masalah jugak. Aku tak tahu nak edit bagi lawa sikit. Adoi. Buta I.T gak aku ni rupanya. Ada sesapa boleh tolong buat kali kedua??

Sekian. selamat melihat blog aku yang sedikit baru...

sekian...

opsss.. Aku nak kongsi kat sini apa yang aku tulis kat page aku. Ini atas tujuan perkenalan ye...
----------------------
Waaa......

Pewwwit... Ada orang nak berkenalan dengan aku siot. haha.

Terima Kasih bangat sebab korang ada perasaan nak berkenalan dengan manusia bernama Ahmad Zulqurnain Bin Ghazalli ni

Perkara pertama korang nak tahu mesti umur aku kan? So korang boleh kira sendiri la berdasarkan tarikh lahir aku iaitu 21 Februari 1988 dan di besarkan di Bandar Metropolitan Layang-layang Kiri, Parit perak. Atey teman ni oghang peghok yob oi!!

Bercakap pulak pendidikan aku. Aku bermula mengenal ABC dan Alif Ba Ta mahupun 1 2 3 adalah di Tadika Pasti Kg Selat. Berbekalkan Kopiah Pasti tu aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Sek Keb Layang-layang Kiri sampai la ke darjah 6. Akibat daripada keputusan UPSR yang tak memberangsangkan. Aku telah ditendang dari Kampung halaman dan terpaksa membawa diri yang lara ke SMK Agama Kerian. 5 tahun aku memakai baju batik berwarna ungu di sekolah tersebut akhirnya aku berjaya mengambil keputusan SPM aku dengan rambut botak akibat didonggolkan oleh jurulatih di PLKN Segari. Hasil keaktifan memonteng kelas akhirnya aku berjaya sambung study di Kolej Matrikulasi Perlis. Setahun aku mengaji Sains Fizikal disana akhirnya aku dapat menyambungkan permusafiran pembelajaran  aku di Universiti Kebangsaan Malaysia di dalam bidang Geologi. Bidang yang aku pilih kerana namanya agak sedap. kahkahkah. 3 tahun aku di sana akhirnya terberanak lah seorang Geologist hasil proses persenyawaan antara peringkat2 pengajian aku.  

Sembang sikit tentang family. Family aku takde la besar sangat, Just 12 orang je dan aku adalah anak ke 10 juga merangkap anak yang "paling pendiam" dalam kalangan kami. Family pulak bukan dari golongan berada. Orang kampung la katakan. But i'm proud with my parent. 12 orang tu beeebb.. takde sorang pun dari kami yang tak jadi "orang". Special thanks to En Ghazalli and Pn Habesah. Love both of them!! ^^


Saja ambil gambar lama. Gambar time aku masih comel. haha
Tentang blog ini pulak. Blog ini terberanak pada tarikh 5 September 2009. Blog ini hanyalah medium aku untuk berkongsi rasa dan cerita. Di samping lebih besar dari itu agar mampu aku persembahkan di hadapan Allah swt kelak sebagai sekelumit ibadah dari hambanya yang serba hina ini. Dengan asbab blog ini juga aku mengharapkan agar aku terus istiqamah dalam pengislahan yang sedang aku sedang dan ingin terus lakukan ini. Juga aku amat bersyukur jika dengan sedikit coretan di blog ini mampu mengembalikan rasa bertuhan dalam diri seluruh pembca aku sekalian.

Salam Perkenalan Dariku..

Seorang manusia yang sama seperti manusia lain yang ditakdirkan hidup di muka bumi ini namun masih belum ditakdirkan untuk mati. Hakikatnya sememangnya dihidupkan untuk dimatikan. Oleh itu ingatkanlah aku tentang bekalan yang perlu disediakan untuk menghadapi saat yang telah dijanjikan. Bersama kita berkongsi perkongsian untuk dikongsikan sebagai bekalan di hari penghisaban bekalan..



Ahmad Zulqurnain Ghazalli
24 June 2012
7.42 a.m

Friday, June 22, 2012

Sains dalam Al Quran


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah..
Semalam seperti aku dan rakan serumah berjaya meneruskan aktiviti Usrah mingguan kami. Aku kira sudah beberapa bulan kami meneruskan aktiviti ini. Dari minggu ke minggu pelbagai tajuk yang kami cuba untuk kupaskan. Dari tajuk aqidah, ibadah dan segala tajuk yang agak berat mahupun santai.

Semalam satu tajuk yang agak menarik untuk dikongsikan. Tajuk yang dicadangkan oleh Pau adalah mengenai Sains dan Al Quran. Almaklumlah rumah ni semuanya terlahir dari aliran sains. Saintis la katakana. Haha . So amat bersesuaian la tajuk yang kami pilih ni. Aku, Apiz dan Pau berlatarbelakangkan geologi. Manakala Aiman pula berlatar belakangkan Sains Teknologi.

Seusai bertadarus, Pau memulakan perkongsian mengenai kejadian Gunung yang sentiasa bergerak. Nampak sangat mamat nih seorang geologist kan? Haha. Apiz pula memilih untuk mengetengahkan mengenai kehebatan Besi manakala Aiman pula tentang teori big bang. Aku pula tentang  titik terendah bumi. Selain tu ada pelbagai contoh lagi yang kami kongsikan yang aku rasa kome pun udoh biase bebenor dengor maupun bace tentangye. So aku tak berhajat untuk berkongsi tentang intipati tersebut. Korang dah besar dan dah mumaiyiz so korang google la sendirik ye..

Yang ingin aku sentuh adalah mengenai bagaimana kita melihat kehebatan Al Quran apabila banyak sekali maklumat sains telah pun tertulis di dalamnya. Adakah rasa takjub itu memangkin meningkatnya iman kita ataupun hanya berlalu macam tu sahaja?

Kita berasa hebatnya Al Quran apabila secara tepatnya menceritakan tentang pembentukan bumi, Begitu juga tentang pembentukan manusia, Semuanya kita rasa hebat. Tapi bagi aku rasa takjub dan hebat itu adalah sampah semata2 jika langsung tidak meningkatkan iman kita kepada Allah. Ianya sama je dengan kita rasa takjub dengan larian kencang dan jaringan Cristiano Ronaldo dalam aksi euro minggu lepas. Haha. So ayuh sertakan ketakjuban kita dengan pertambahan iman kita yang sedia tipis ini.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

(Al Imran : 190-191)

Ni petikan ayat Al Quran yang aku sempat bawakan semalam. Aku rasa ini lah peluang yang amat baik kepada kita untuk menjadi golongan Ulil Albab. Setiap apa yang diciptakan di bumi dan di langit pasti dan pasti mampu mendorong kita menjadi golongan  yang senantiasa mengingati Allah swt setiap masa. Hadami sahaja setiap kajian mengenai Sains dan Al Quran. Seharusnya ianya akan menatijahkan perasaan bertuhan dalam diri kita. Mana mungkin Al Quran ini ditulis oleh manusia apabila ianya ternyata terbukti membawakan maklumat yang jauh melangkaui zaman.  Pastinya ianya dari Tuhan semesta alam.

Aku ada buku ni. Sapa nak pinjam boleh roger aku

Panjang cerita pun boring jugak kome nak baca kan? So secara kesimpulannya seharusnya melalui pembacaan kita mengenai Sains dan Al Quran akan meningkatkan iman kita kepada Allah lantas akan melahirkan perasaan rasa bertuhan dalam diri kita. Namun untuk pergi kea rah itu, kita harus bersedia untuk membaca dan mengkaji terlebih dahulu. Kita harus berusaha untuk cuba mencari maklumat yang mampu mendekatkan diri kita kepada yang Maha Pencipta. Kerana imanilah bahawa apabila kita mendekati Allah swt maka Allah swt akan lebih mendekati kita.

Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,ALLAH s.w.t berfirman:Sesungguhnya,Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku,adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku,jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik ( iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa).Apabila hambaku mendekatiku sejengkal,maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa.Dan apabila dia datang mendekati akudengan berjalan,maka Aku dekati dia dengan berlari.

(Hadith Qudsi)

Wallahualam…

P/s : Ape lagi kome?? Ce kome cari cepat tentang Sains dan Al Quran nih… Bestt woooo….








Thursday, June 14, 2012

Perginya Seorang Murabbi

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini adalah hari yang sayu buat seluruh pendokong gerakan Islam tertamanya Jemaah Parti Islam Semalaysia (PAS). Hari ini kira2 jam 6.15 petang tadi Allah telah mengambil kembali seorang tokoh gerakan yang mahsyur di bumi bertuah ini.Beliau yang dinobatkan sebagai Murabbi PAS sepanjang zaman meninggal dunia di kediamannya dan dijadualkan solat jenazah akan diadakan pada esok hari jam 9.00 pagi. semoga Allahyarham yang telah banyak sumbangannya dalam perjuangan islam di tanah air ini ditempatkan bersama golongan ahli syurga kelak. Al Fatihah....

Maksudnya:
Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburnya, mandikan dia dengan air salju dan air yang sejuk. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kekotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), isteri (atau suami) yang lebih baik daripada isterinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke syurga, peliharalah dia dari siksa kubur dan neraka.” (Muslim 2/663)


Sedikit maklumat mengenai Almarhum...

Nama Abuyya al-Syeikh Yahya Othman lebih mashyur di negara-negara Arab berbanding dengan tanahairnya sendiri, Malaysia. Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Islam di Mekah dan juga Mesir serta begitu amat fasih berbahasa Arab.

Bersihnya wajah sang Murabbi


 Kefasihannya sering membuatkan ramai dikalangan orang-orang Arab begitu segan terhadap beliau. Tokoh ini pernah berjawatan pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978. Demi perjuangan Islam, al-Syeikh Yahya Othman sanggup meninggalkan jawatannya (sebelum sempat pencen sebagai seorang pensyarah) dan bertanding untuk kalah pada ketika itu. Setelah beberapa kali masuk bertanding dan kalah, beliau tidak pernah kenal erti perit dalam usaha menegakkan panji-panji Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Akhirnya Abuyya al-Syeikh Yahya Othman menang dalam pilihanraya pada tahun 1990 dan 1995 dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan dalam tempoh tersebut. Dalam struktur organisasi parti, beliau pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun. Selain itu, tokoh pendidik ini juga merupakan ahli Majlis Syura Ulama’ (pernah jadi setiausahanya yang pertama), AJK Dewan Ulama’ PAS Pusat, AJK PAS Pusat, Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra, pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi.  Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah.




Sumber : http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2011/06/26/al-syeikh-yahya-othman/

Jemput juga menonton video khas buat Almarhum...

http://www.youtube.com/watch?v=yDO7_NfximI

Semoga semangat roh tarbiyah dari beliau akan terus subur mewangi dalam kalangan ahli Gerakan Islam di Malaysia.. 

Friday, June 8, 2012

Dia diperkosa secara beramai2


Kelmarin selesai aku bermain pingpong dengan member2 ofis aku, Penat giler.. Al maklum la main nonstop la katakan. Itu la nasib orang yang asyik menang kan. Kena stay. (Ayat bongkak.haha). Penat sangat punya pasal, aku singgah kat kedai mamak Aloha kat area ofis aku. Beli 100+. Sekejap je habis. Akibat dari penat yang amat aku bertindak untuk singgah kat kedai depan rumah aku pulak. Beli 100 botol besar dan livita. Ketika brader kedai tu nak kira berlaku sedikit dialog aku dengan dia.

Aku : Bang. Tak payah plastik. Saya taknak.
Brader kedai : Taknak plastik? (dengan wajah sedikit terkejut). Ok.

Mungkin sahaja dalam hatinya cakap. “Fuhhh… Jimat plastic aku hari ni..” haha

Sebenarnya lama dah aku amalkan benda ni. Biasa jugak pekedai terkejut. Brader ni antara yang masuk dalam list. Benda ni lah yang aku nak cerita sebenarnya. Yang mukaddimah di atas hanya semata2 ingin menunjukkan aku komited untuk menguruskan badan. Haha

Gambar time G&P Olypmpic tahun ni.

Sekitaran kita tanggungjawab kita.

Selaku orang yang bekerja dengan bumi aku dapat melihat betapa banyaknya bumi kita ni dirosakkan oleh tangan manusia. Tapi sekarang ni kita sentuh dulu tentang benda yang simple yang kita boleh buat untuk menunjukkan kita menyayangi bumi kita. Hari2 kita membeli barangan di kedai. Bukan susah pun. Kita just perlu menolak untuk diorang masukkan barangan yang kita beli  kat dalam plastic. Terpulang lah jumlah yang korang mampu nak pegang pakai tangan je. Setakat ni aku buat kalau 2 3 benda tu aku pegang je. Pastu terus letak dalam kereta ataupun raga motor. Ni tak. Kadang2 tu beli air setin pun nak beria letak dalam plastik. Kalau korang nak lagi power. Korang bawa je beg recycle tu kemana2. Baru la boleh dikatakan aktivis alam sekitar. Ye dok??

Ke arah bumi lebih hijau

Sivikkan diri anda

Cakap pula tentang sampah. Kalau nak cakap buang sampah merata2 tu macam gaya cikgu sekolah cakap kat anak murid pulak. Aku pun kadang2 terlepas jugak buat benda tu. Buang sampah merata2. Tapi kadang2 tu bukan sebab aku nak buang. Tapi cari tong sampah tak jumpa2!! (Alasan sikit.hehe). Ini lah kesedaran sivik yang perlu kita ada.  Dah la mengada2 nak ambik plastik kat kedai walaupun tak penting pun. Pastu buang plastik tu ikutsukaatikkorang pulak tu. Ce simpan dulu sampah tu dan cari tong sampah baru buang. Kan senang. Tiba2 teringat kat sampah yang ada dalam raga motor aku sekarang ni. Lupa pulak nak buang tadi. Nyenyak lah korang tido kat situ ye encik sampah sekalian. Haha

  
Smart jugak gambar nih
 
Etika Vs Akhlak

Ni yang aku perasan dalam kerja aku sekarang. Kalau bab environmental issue ni bukan main lagi diambil perhatian. Memang ni kaw2 punya la. Semua alat engine yang menggunakan minyak perlu ada drip tray kat bawah dia. Hatta ada setitik minyak yang menitis di tempat kerja akan mengundang bebelan dari HSE department. Ni la dikatakan etika bekerja. Namun sejauh mana etika tersebut diimplementasikan dalam kehidupan? Islam takde suruh kita jaga alama sekitar ke? Tak guna kalau kita duk sibuk jaga lama sekitar kat tempat kerja tapi dah lepas kerja dan dah tak terikat dengan etika kerja maka semunya hilang. Itu la masalahnya apabila etika kerja hanya menjadi etika tanpa menjadi akhlak!!

Islam itu syumul.


Kesimpulan

Sebenarnya bukan susah sangat nak jaga alam sekitar ni. Banyak benda2 yang simple yang kita buatkan. Bukan sahaja ianya member manfaat kepada alam sekitar malah juga kepada kita. Lebih hebat dari itu ianya akan dikira sebagai ibadah jika kita berniatkan dan memahami bahawa islam adalah agama yang menitikberatkan mengenai alam sekitar. Aku tinggalkan sepotong hadith untuk renungan bersama…

Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya.
(Al-Tirmizi)

Semoga kita menjadi pengurus yang baik kepada Alam sekitar..

Jangan sesekali kita menjadi pengurus yang rakus memperkosa kesucian alam sekitar!!
 
Wallahualam…

Sunday, June 3, 2012

Aku tak nak kahwin dengan awek aku


Contaractor : Eh. Takkan takde awek lagi. Nak kata muka tak hensem dah memang hensem
Aku : Memang takde. Apa barang awek2 ni. haha
Contaractor : Janggut pulak sejemput. Mertua kompom suka punya. Ko jangan kawen lambat2. Rugi je…

Lebih kurang macam tu la dialog aku dengan brader lori dekat tempat aku kerja. Bukan main lagi dia puji aku kan.  Macam nak blushing sekejap pun ada.kahkahkah. Sebenarnya ini bukan kali pertama. Sudah banyak kali persoalan yang sama muncul dan aku pun yakin korang pun alami benda yang sama. Kalau korang bukan jenis yang berkapel la..

Takkan la takde awek /pakwe lagi kut?

Terasa ringan je nak balas.

Eh. “Memang wajib ada pakwe/makwe ke ek?”

Mentaliti yang salah

Mentaliti sebegini sebenarnya semakin subur dalam pemikiran orang kita sekarang ni. Adalah suatu benda yang pelik jika seseorang tu takde awek/pakwe. Tambah lagi parah apabila mereka mengaitkan dengan soal perkahwinan. Seolahnya dengan adanya awek/pakwe  baru la perkahwinan tu menyusul kemudian. Rata-rata orang memandang orang yang berkahwin pasti akan memegang title pakwe dan makwe terlebih dahulu. Padahal dalam buku teks Pendidikan Islam dulu takde pun state menatang ni sebagai syarat sah perkahwinan. Haha.

Aku juga pernah ditanya oleh KAWAN ANAK SAUDARA aku yang baru sahaja SEKOLAH RENDAH mengenai ni. Tanya mereka. “Acik.. Acik takde awek ke??” Oh parahnya dunia. Budak sekecil itu sudah sibuk soal pakwe dan makwe ni. Haishhhh…

Kahwin Vs Couple

Situasi 1

Anak : Mak. Saya bercadang untuk kahwin hujung tahun ni.
Mak : Eh kamu ni.. baru 21 tahun dah nak kahwin. GATAL!!

Situasi 2

Anak : Mak. Perkenalkan awek saya. Danisha. Kami kawan sekuliah..
Mak. Oh. Cantik orangnya.. Jemput la masuk Danisha…

Ni lah mentality orang kita. Menghalalkan couple. Tapi bila bicara soal perkahwinan maka mula la dilabel GATAL!!. Kerana apa jadi begini? Tu la pasal. Macam perenggan kat atas. Orang duk pandang kena bercouple dulu sebelum kahwin.

Say "Boleh blah" to Couple

Aku rasa tak perlu kot aku duk perjelaskan tentang pengharaman couple ni. Semua orang dah tahu tapi mungkin tak mampu nak melawan gelodak jiwa je. Haha. Cuma aku menasihatkan aku dan kamu supaya sama2 la kita berdoa agar dihindarkan dari rasa ingin bercouple. Kalau agak2 dah tak tahan sangat. Kahwin je terus. Biar orang level korang gatal pun takpe.. Ade beran??

Katakan boleh blah kepada Couple

Kesimpulan

Untuk berkahwin kita tidak perlukan aktiviti bercouple. Yang kita perlukan adalah satu perhubungan yang diredhai Allah. Aku optimis korang  tidak perlu mengahwini awek/pakwe korang. Tetapi korang akan mengahwini  bakal pelengkap hidup korang. 

Sweet jugak buat gini. Tapi dengan bini la... hehe

Untuk sesape yang ada awek ataupun pakwe tu. Ce cuba buat kezuuuutan kat pasangan korang. Korang cakap macam nih….

Awak… Jom kahwin!! Kalau awak taknak, kita putus je. Sebab saya lebih sayangkan Allah berbanding sayangkan awak…

Goodluck!!!

Jemput menonton Video ni.. Kawan aku ade berlakon. Aku tak boleh lagi. Sebab takde pasangan. haha..

http://www.youtube.com/watch?v=7K6H-ruFZzQ&feature=g-upl

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang