PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, January 31, 2013

Lagu tema perkahwinan kami

Bismillahirrahmanirrahim...

Malas nak tulis panjang2 kali ni. Just nak share kan lagu tema perkahwinan aku dengan Puan Aida Rahayu yang comey lotey tu ^^

Disebabkan wife aku ni memang bidang dia dah editing video ni. So dia dah buatkan video tentang kami berlatarbelakangkan lagu ni. Boleh la menonton sambil menghayati liriknye ye...

video


Tajuk : Mengukir Cinta Di Belahan Jiwa
Artis : Al Maidany

Lirik :


Bila yang tertulis olehNya engkau yang terpilih untukku
Telah terbuka hati ini menyambut cintamu

Di sini segalanya kan kita mula
Mengukir buaian rindu yang tersimpan dulu
Untuk menjadi nyata dalam hidup bersama

Izinkan aku untuk mencintaimu
Menjadi belahan di dalam jiwaku
Ya Allah jadikanlah ia pengantin sejati
Di dalam hidupku…(izinkan aku)

Wahai yang dicinta telah kurela
Hadirmu temani relung hatiku
Simpanlah jiwaku dalam doamu
Kan kujaga cintamu

Wahai yang dicinta telah kurela
Hadirmu temani relung hatiku
Simpanlah nafasku dalam hidupmu
Kan kujaga setiamu


"..Isteriku..ku tahu engkau bukanlah yang sempurna..
Yang dihadirkan untukku...
Namun.. berikanlah aku kerelaanmu...
Untuk menjadi kesempurnaan...
Di dalam hidupmu...
Untuk hari ini dan selamanya...
Di dalam hidup kita...
Kerna aku ingin mencintaimu dengan imanku..."



Apapun adanya dirimu
Ku akan coba untuk tetap setia
Begitu pula pada diriku
Terimalah dengan apa adanya....

Selamat datang di separuh nafasku...
Selamat datang di pertapaan hatiku...


Sekian buat kali ini. Moga kami terus bercinta hingga ke syurga.

Wallahualam...

Tuesday, January 29, 2013

Buat yang nak kawen n dah kawen


Bismillahirrahmanirrahim..

Macam lama je tak update kat blog aku ni. Al maklumlah orang tengah mabuk bercinta. kahkahkah… Bukan apa. Sebenarnya banyak benda yang aku kena uruskan sebelum majlis yang akan berlangsung kat perak 10hb 2 ni. Di tambah dengan bz nak masuk rumah baru kat Ampang. So ni baru ada kesempatan nak menulis.

Untuk kali ni aku nak ceritakan tentang Seminar Baitul Muslim yang di anjurkan oleh company wife aku. Detail program adalah seperti berikut (skema kejap)

Nama Program       : Seminar Baitul Muslim 2.0
Tarikh                    : 16 & 17 Februari 2013
Masa                     : 8.30 pagi – 10.00 malam
Tempat                  : Putrajaya International Convention Centre (PICC)




Kenapa kena pergi?

Seminar ni sangat bagus untuk orang yang ingin mengetahui tentang membina dan mengekalkan hubungan mengikut syariat. Penceramah pulak memang tip top. Pengisian pulak mencangkupi perhubungan sebelum nikah dan juga selepas nikah hinggalah ingin membesarkan anak2.

Ada apa dengan SBM 2.0?

Sini aku nak cerita sikit apa benda yang ada dalam seminar ni. Banyak gila weh. Aku pulak pegi elaborate lebih2 sikit. Harap kome semue tabah dan terus gigih untuk membaca sampai la terjumpa gambar aku dengan bini aku.kahkahkah... Goodluck!!

Hari Pertama (16 Feb 2013)

Cari Jodoh : Langkah 1,2,3..
Penceramah : Ust Pahrol Md Juoi

Slot ni memang amat penting. Sekarang ni orang banyak salah anggap tentang cara nak cari jodoh. Takel kat bus stop, chat kat facebook, letak surat bawah meja, ajak pergi dating, bukak akaun tagged, chat kat mirc dll lagi. So kat sini kome akan dijelaskan oleh Ust Pahrol yang femes memes tu tentang konsep dan kefahaman sebenar tentang jodoh menurut islam.

Pengurusan Jiwa
Penceramah : Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh 

Yang ni bab pengurusan jiwa. Time sebelum kawen ni memang masalah hati senang membarah. Bukan senang nak mengawalnya. Serius wa cakap lu. Sebab aku pun alami. So molek benorle kome dengor pengisian ni.


Fulus Oh Fulus
Penceramah  : Tuan Suzardi Maulan

Ni pun slot yang penting terutama buat lelaki2 hensem yang seangkatan dengan aku. Haha. Kita lelaki ni memang kena bijak merancang duit untuk persediaan sebelum mahupun pun selepas pernikahan. Slot ni akan disampaikan oleh Tuan Suzardi

Slot Sebelum Aku Menikah
Penceramah : Hilal Asyraf

Slot ni pulak untuk yang nak tahu pengalaman si Hilal Asyraf ni tentang fasa2 sebelum dia menikah.. Menarik juga nak diambil sebagai panduan. Kalau rasa tak berapa menarik. Boleh dengar aku pulak share  tentang baitul muslim aku. Tapi sila datang ke rumah aku bawak pengeras ayam panggang beserta pulut kuning. kahkahkah

Kau dan aku berbeza : I drive, U Baca Peta
Penceramah : Ustaz A. Ubaidillah Alias dan Puan Wardina Safiyyah Fadlullah
Moderator : Tuan Amin Idris

Yang ni bab nak memahami dan mengurus perbezaan antara lelaki dan perempuan. Memang berbeza dua makhluk ni. Biasa sangat terjadi masalah komunikasi anatara dua makhluk ni. Yang ni cakap lain yang tu paham  lain. Tu la pasal kena datang dengar 2 penceramah yang berbeza gender ni nak habaq apa kat hangpa..


Hari Kedua (17 Feb 2013)

Oh Mertuaku
Penceramah : Ustaz Pahrol Md Juoi

Waa… Ni bab yang amat cocok untuk aku. Haha. Ye la. Bukan senang nak membina hubungan yang baik dengan mertua. Kalau pasangan kita sayang kat kita je belum cukup. Kena buat sampai mertua pun sayang kat kita. Buat sampai kita anggap dia macam ibu bapa kandung dan diorang pun anggap kita macam anak kandung.

Rumahku Syurgaku
Penceramah : Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

Ni pulak bab nak menguruskan rumah tangga. Bukan untuk mengKURUSkan segala aspek dalam rumahtangga tu. Tapi cuba untuk menGEMUKkan aspek2 penting dalam rumah tangga termasuk bab kewangan. Juga cara2 untuk menyelasaikan konflik dalam rumahtangga.

Tarbiyatul Aulad
Penceramah : Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Yang ni kepada bapak2 n ibu2 yang ada anak mahupun yang nak ada anak. Amat baik dan sangat perlu untuk di dengar. Perkara yang harus di ingat adalah Baitul Muslim perlu berfungsi sehingga melahirkan individu2 muslim yang ditarbiyah dan bersifat  haraki dalam masyarakat. Maka tidak dapat tidak tarbiyah dari rumah adalah input yang amat penting dalam mencapai matalamat ini.

Bercinta Sampai Ke Syurga
Penceramah :  Ustaz Muhidin Mokter dan  Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Bukan senang nak memupuk rasa cinta di dalam rumah tangga. Permulaan mungkin indah. Namun di pertengahan jalan nanti kompom banyak halangan harus d tempuh. So untuk terus menyemai rasa tersebut antara suami isteri dan anak2 maka penceramah2 ni akan berkongsi pengalaman masing2 untuk d jadikan panduan.

Sharing Moment : Melentur Buluh
Penceramah :  Ibu Wirianingsih

Yang ni memang ossemmm habaq hang.. Ibu Wirianingsih ni di terbangkan dari Indonesia khas untuk kita. Istimewanya wanita ini adalah beliau Berjaya mendidik anak2 dia yang seramai 10 orang itu bukan untuk menjadi johan Maharajalawak. Tapi semua sekali berjaya di bentuk untuk menjadi Huffaz!! Allahurabbi!!.. Semoga ada manfaat untuk kita kelak.

Akhirul kalam

Pergh.. Boleh tahan panjang entry kali ni. Sampai terhakis huruf2 kat keyboard aku ni. Haha.. Cakap banyak tak guna. Sekarang masa untuk korang mendaftar.. Slik ke link ini untuk mendaftar


Kalau nak tahu lagi lanjut pulak boleh masuk ke link ini


Sekian..

Yang Benar
............................................................
(Staff ipar One Heart Creative Solution)

Di inspirasikan oleh : Isteri Tercinta.. Puan Aida Rahayu Mohd Badri  ^^

1st time joint event one heart.
Seminar Produktif Muslim
                   

Monday, January 21, 2013

Akhirnya Baitul Muslim terbina...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Pada tarikh 13.1.13 yang lalu aku telah selamat diijabkbulkan dengan isteri tercinta Aida Rahayu dengan sekali lafaz.Sudah genap 8 hari bergelar suami orang. Namun belum sempat lagi aku nak share apa2 tentang perkahwinan aku.

Untuk kali ni takde apa pun nak cerita. Just nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan2 dan saudara mara yang hadir ketika majlis berlangsung. Tidak dilupakan kepada yang dikejauhan namun tidak lokek memberi ucapan dan paling penting iringan doa yang diharap agar menambah lagi barakah di dalam perkahwinan kami ini

Sedikit gambar untuk tatapan pembaca blog aku.

Nasib baik aku tinggi sikit. Baru nampak secocok. haha

Antara sunnah yang aku cuba lakukan

Hijau itu indah. Hijau itu PAS. haha

Sebahagian famili besar aku yang sempat bergambar


Orang candid. Nampak macam sweet la pulak. kahkah

Sekian sahaja dari aku kali ini. Doakan kami semoga berbahagia hingga ke syurga.

Moga Allah Redha



Thursday, January 10, 2013

Baitul Muslim : Mohon Dengan Sangat



Bismillahirrahmanirrahim…

Kini hanya tinggal 3 hari lagi je. Hati berasa bimbang mengenangkan tanggungjawab yang bakal dipikul. Berasa risau mengenangkan diri yang tak sempurna. Takut jika redha Allah tidak bersama.

Setelah sekian lama menjaga hubungan ini. Insyaallah pagi ahad nanti aku dan Aida Rahayu akan diijabkabulkan. Kami telah mencuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan ini mengikut apa yang syariat gariskan. Kini hanya mampu berserah kepada Allah

Risau rasa dihati. Takut sangat andai hubungan ini tidak diberkati. Ke sana sini aku momohon nasihat daripada sahabat2 seperjuangan. Nasihat dari mereka2 yang aku hormati. Mengharapkan doa dari saudara dan kenala.

Kini tiba giliran kalian. Dengan rendah diri aku memohon agar kalian lafazkan doa untuk kebahagiaan kami kelak. Doakan agar pernikahan ini adalah pernikahan kerana Allah. Pernikahan yang diberkati Allah, Pernikahan yang ada redha Allah di dalamnya. Pernikahan yang mampu untuk memperkuatkan diri kami dalam agenda dakwah dan tarbiyah. Pernikahan yang mampu membuatkan kami thabat dalam perjuangan Islam. Pernikahan yang akan melahirkan zuriat2 yang akan menjadi mata rantai perjuangan kelak.

Mohon doakan kami. Mohon doakan kami. Mohon doakan kami.

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ.
“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke syurga dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin –

Terima kasih di atas doa kalian. hanya Allah sahaja mampu membalasnya.

 Wallahualam..



Tuesday, January 8, 2013

Dr Mashitah... sila baca blog aku

Bismillahirrahmanirrahim...

Adohaiiiii... Geram la pulak aku.. Ni la masalah bila nak mengcover kesilapan yang telah dilakukan... Kome tau ke tentang ape ni? Ni kes Dr Mashitah le... demmm.. kepala bana betoi la Doktor Falsafah sorang ni... masalah bermula apabila dia "tersilap" langkah hingga tersebar gambar ini.



Lepas tu orang duk tanya kat paper pulak kat dia. Dia menjawab begini.


Ok. Aku tak nafikan ada pendapat sebilangan kecil ulama yang cakap boleh. Tapi Jumhur kata tak boleh. Lagi pulak kat Malaysia ni kita duk pegang mazhab Syafie. So kalau agak2 pelik sikit pendirian tu jangan la kelirukan orang awam.

Aku tak risau kalau orang yang baca tu adalah orang yang mengaji. Apa pulak jadi kalau orang yang baca tu adalah orang yang tak tahu sangat bab agama ni. Bebudak sekolah yang baru berutus surat cinta ke. Remaja yang belajar2 dating kat taman bunga ke. Aduyaiiii.. Masalah tu yob...

Kalau kita baca balik yang dia hightlightkan tu. haram jika boleh menimbulkan fitnah.

Sedar la diri tu sikit. Ko tu pemimpin masyarakat. Orang tengok ko. Ko ada pengikut. Kena la pikir benda tu. tak ke sekarang dah jadi fitnah kat ko je.. (gaya cakap macam Mashitah ada kat sebelah aku.haha)

Kita semua ni jenuh la nak bagi paham kat masyarakat yang haram bersentuh dengan bukan muhrim. yang kes calon PAS dulu. Puan Normala salam time berkempen. Tu dalam pakai sarung tangan tu. Tu pun diorang nak kecoh. Tapi camtu baru la orang faham betapa tinggi nya nilai wanita dalam islam..Ni tak. lagi kompiuskan orang je Doktor kita ni.

Haish... cakap banyak pun tak guna. Kesimpulannya sama2 la kita usahakan agar Dr Mashitah ni kembali menjadi Dr Mashitah yang dulu. Ada satu je caranya nak bagi dia insaf. jauhkan dia dari harta dan pangkat. Camne nak bagi jauh dari harta dan pangkat?? Senang je yob!! Kome undi je Pakatan Rakyat nanti. Kompom dia takde pangkat n harta dah nanti. Kahkahkah...

Wallahualam...

Monday, January 7, 2013

Perancangan Picnic Sabtu ni di HKR (HimpunanKebangkitanRakyat)


Bismillahirrahmanirrahim...

Ni aku share perancangan AJK. Aku takatu lagi pegi ke tak. memang nak pegi. lari2 kejap. AKu ada majlissikit petang tu sebelum majlis besar esoknya. Doakan aku ada peluang untuk bersama2 kalian sabtu ni



PENGUMUMAN JAWATANKUASA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

semua yang akan turun sila ambil perhatian untuk mengelakan kesesakan sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur sila jangan buat ganguan jalan sila jangan jamkan jalan raya

perhimpunan ini dijalankan dengan aman perhimpunan ini dijalankan dengan santai suasana pesta suasana bersama kaum keluarga

PANTAI TIMUR - dari pantai timur - dari kelantan - terangganu - dari pahang ambil komuter ambil lrt di wilayah gombak berhenti di masjid jemek dan bergerak dari sana ke stadium merdeka

PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK sila ambil komuter di slim river di tanjung malim di rawang dan kawasan-kawasan yang sama berkumpul di masjid negara dan bergerak ke stadium merdeka

NEGERI SEMBILAN naik komuter dari seremban kajang bangi cuba jangan bawa kereta ke dalam kota

SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM sila ambil komuter sila ambil lrt berhenti di universiti berhimpun di masjid universiti malaya bergerak ke brickfeilds warga aman sedang menungggu

MAHASISWA dan ANAK MUDA berkumpul di masjid UM bergerak bersama-sama menuju brickfeilds

HIMPUNAN HIJAU berkumpul awal di KLCC

ROYALTI berkumpul awal di KLCC

MUFAKAT berkumpul di jalan sultan

SAMM berkumpul di kelab sultan sulaiman

WARGA YANG LAIN datang terus masuk ke stadium merdeka

NOTA sila berkumpul lebih awal dan mula bergerak ke stadium merdeka

NOTA sila layari semua laman pro pakatan para pemilik laman para bloger anti united malays national orgnisation sila sebarkan maklumat ini

ANAK ANAK MUDA yang bijak desin flyer yang bijak dengan media baru sila sibuk dan gempur alam siber sila gempaq dengan #kl112 sila buat heboh

Friday, January 4, 2013

Amanat Hadi dan Jurulatih Hoki

Bismillahirrahmanirrahim..

Isu Amanat Hadi kembali berbunyi. bosan pulak aku.padahal isu la.. so aku saja je buat satu analogi kat sini. selamat membaca!!

SMKP dan SMKU adalah dua sekolah yg mmg sejak dahulu bermusuh dlm sukan hoki.

20 tahun yg lalu jurulatih SMKP memberi amanat kpd pemainnya agar bermain mengikut peraturan yg betul.jgn pakai peraturan sendiri macam SMKU

Kini tiba2 SMKU kembali memutarbelit isu amanat tersebut.apabila jurulatih SMKP meminta untuk d berikan masa untuk menerangkan kepada penonton beliau d halang.

Lebih pelik lg apabila SMKU mengadakan perbincangan d hadapan penonton mengenai amanat tersebut tanpa kehadiran jurulatih yg memberi amanat.lagi membelitkn keadaan adalah yg d jemput hanyalah si pemutarbelit dr SMKU.

#sukan hoki ni memang pelik n mengelakarkan penonton.haishh..

Tuesday, January 1, 2013

Gambar sekitar Ambang 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Masuk juge kite ke tahun 2013 ni ek. Semalam aku sambut dalam kereta je sebab nak pergi XPDC kat Putrajaya tapi jalan jem giler... last2 XPDC dakwah kami jadi XPDC dalam kereta je la.. haha..,

So aku ngan geng Pemuda PAS BTR pun balik ke markaz je la sebab ada Qiam n munajat. Selesai kuliah subuh tadi kami nak pergi sarapan. Tengok2 helmet kat motor aku kena cantas, memang terbaaekkk. Tu kafarah dosa namanya..huhu... Moga2 dosa sepanjang 2012 diampunkan.. Btw rasa macam kacak la pulak bawak motor kt MRR2 tanpa helmet. rasa macam berjalan2 pulang dari sarapan kat kampung halaman pulak.. haha

Semalam macam2 tempat ada buat sambutan. Tapi paling menarik ofkos la yang dekat Shah Alam. memang terbaeeek habaq hang... ada lagi tempat lain yang powerrr...korang cari la sendiri ye... kat sini aku nak share gambar2 yang orang share kt FB pagi ni.. aku sedut lantas hembus semula ke blog aku.haha


Ni antara barisan manusia femes yang buat pahala kat dataran Shah Alam..oseemmmm!!!

Yang ni permandangan kat dataran Shah Alam

lagi permandangan. Dengar cerita 120k hadirin...powerrr dowhhh...

Yang ni pulak live TV1 anjuran syaitan dikenali kat I City kot Vs Big Boh kemah keming

Ni 2 tempat yang powerrr.. Kat Gombak pun power gak retis2 yang datang... 

 No konsert Ambang kat Putrajaya.. demmm..ramai jugak.. dasar Nasi Ambang betoi!!! Harap2 tahun depan dah bertukar jadi kuliah agama. dari aku pun boleh jugak la..haha

Ni aku tak tau kat mane.. Yang pasti..kosong..kosong...kosong...

 

Ni geng Nisa' gombak. Tak tau apa yang spesel. Menggedik nak share je,, uhuk...

 Ok. Sekian...
 Selamat Tahun Baru Yob!!
Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang