PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, August 13, 2015

5 SEBAB LELAKI INI KEKAL DENGAN PAS (No 3 paling win!)


Pertamanya. Selamat datang ke blog aku. Lama tak happdettt…haha

Sebenarnya tajuk ke atas ni bajet je lebih. Sengaja nak menggedik buat gaya macam entry the vocket. Haha. Yang lelaki dimaksudkan adalah aku le.

 So hari ni aku just nak share sebab apa aku memilih untuk bersama PAS dan terus BERSAMA sehingga kini.

1.     DASAR DAN TUJUAN PERJUANGAN YANG JELAS

Nampak macm cliché kan? Tapi ini lah hakikat yang semua perlu terima. Dengan dasar dan tujuan yang jelas lah yang membolehkan sesiapa sahaja kekal beristiqamah. Dasar PAS adalah ISLAM manakala seruan adalah Allahuakbar.

Tujuan PAS pula adalah

1)    Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
2)     Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Maka sudah terang lagi bersuluh. Selagimana semua ini tidak lari dari perjuangan. Maka tiada sebab untuk aku berpindah bahtera.

2.    DI TUBUHKAN HASIL IJTIMAK ULAMA TANAH MELAYU

Korang boleh singkap sejarah penubuhan PAS. Siapa yang berijtimak bersama-sama walau datang dari pelbagai ceruk tanah melayu? Mereka inilah begitu gigih untuk bersama dan menggerakkan satu gerakan islam demi mendaulatkan islam di tanah melayu. Mereka ini tidak lain adalah ulama’ tanah melayu ketika itu. Aku yakin dan percaya dengan keputusan bersama ulama’ melayu ketika itu insyallah ada barakahnya.

3.    MEMPUNYAI 3 ELEMEN DALAM PERGERAKAN

Ini yang paling ketara yang membezakan PAS dengan gerakan islam lain mahupun parti politik lain. Boleh dikatakan semua gerakan islam memilih Dakwah dan Tarbiah sahaja.  Parti Politik pula memilih Siasah sahaja.  Namun berlain dengan PAS. PAS membawa ketiga-tiga elemen tersebut sekaligus tanpa meninggalkan salah satu. Dakwah , tarbiah dan siasah berjalan seiring bersama!. Aku yakin 3 perkara inilah yang mampu menjadi formula untuk membawa islam ini ke puncaknya. 

4.    PAS BUKAN SEMPURNA

Ya. Betul. Aku setuju 100% mengatakan PAS bukannya sempurna.  PAS bukan baik sangat pun. Ahli dalamnya pun bukannya semua malaikat. Namun aku percaya PAS yang paling baik dan sempurna antara kesemua parti politik. Kelemahan-kelemahan yang ada pada PAS ini lah yang lebih menguatkan azam aku untuk bersama dengan Gerakan Islam ini. Bukan nya apa. Kelemahan-kelamahan ini lah yang membuka ruang kepada aku untuk beramal soleh sedaya mampu.

5.    DI PIMPIN OLEH ULAMA’ SIASI

Semua mengetahu bahawa politik adalah suatu bidang yang sangat licik. Dalamnya ada kekotoran. Oleh itu untuk memastikan langkah politik kekal dilapik dengan nas agama, Perlu ada golongan yang mampu memandu kita dan membuat bacaan politik dalam neraca agama. Tidak dapat tidak mereka adalah dari golongan ulama'. Bukan sahaja ulama' yang faqih ilmu agamanya. Malah ulama' yang mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang siasah ini. Antara contoh paling mudah untuk kita ambil Tuan Guru Hj hadi Awang. Benar. kadangkala langkahnya tidak populis dalam masyarakat kita. Namun langkahnya jelas berdasarkan ilmu agama bersulam pengalaman luas beliau. Moga Allah panjangkan umur beliau.

Biar siapa juga terpilih untuk memimpin. Akanku angkat dia agar membawa mesej Islam ini


Ok. Cukup aku kongsikan 5 sebab terlebih dahulu.  Doakan aku dan kamu agar istiqamah di jalan juang ini. Kita bukan nak apa pun apabila bersama dengan PAS ini. Kita ingin jadikan ia sebagai tempat untuk kita beramal soleh dalam usaha untuk mengejar syurga Allah semata.

Ya muqallibal Qulub,
Thabit qulubana ‘ala dinika wa ‘ala thaatika.

- Ahmad Zulqurnain Ghazalli-
Ahli Biasa Parti Islam Semalaysia (PAS)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang