Hubungi aku

Sunday, June 3, 2012

Aku tak nak kahwin dengan awek aku


Contaractor : Eh. Takkan takde awek lagi. Nak kata muka tak hensem dah memang hensem
Aku : Memang takde. Apa barang awek2 ni. haha
Contaractor : Janggut pulak sejemput. Mertua kompom suka punya. Ko jangan kawen lambat2. Rugi je…

Lebih kurang macam tu la dialog aku dengan brader lori dekat tempat aku kerja. Bukan main lagi dia puji aku kan.  Macam nak blushing sekejap pun ada.kahkahkah. Sebenarnya ini bukan kali pertama. Sudah banyak kali persoalan yang sama muncul dan aku pun yakin korang pun alami benda yang sama. Kalau korang bukan jenis yang berkapel la..

Takkan la takde awek /pakwe lagi kut?

Terasa ringan je nak balas.

Eh. “Memang wajib ada pakwe/makwe ke ek?”

Mentaliti yang salah

Mentaliti sebegini sebenarnya semakin subur dalam pemikiran orang kita sekarang ni. Adalah suatu benda yang pelik jika seseorang tu takde awek/pakwe. Tambah lagi parah apabila mereka mengaitkan dengan soal perkahwinan. Seolahnya dengan adanya awek/pakwe  baru la perkahwinan tu menyusul kemudian. Rata-rata orang memandang orang yang berkahwin pasti akan memegang title pakwe dan makwe terlebih dahulu. Padahal dalam buku teks Pendidikan Islam dulu takde pun state menatang ni sebagai syarat sah perkahwinan. Haha.

Aku juga pernah ditanya oleh KAWAN ANAK SAUDARA aku yang baru sahaja SEKOLAH RENDAH mengenai ni. Tanya mereka. “Acik.. Acik takde awek ke??” Oh parahnya dunia. Budak sekecil itu sudah sibuk soal pakwe dan makwe ni. Haishhhh…

Kahwin Vs Couple

Situasi 1

Anak : Mak. Saya bercadang untuk kahwin hujung tahun ni.
Mak : Eh kamu ni.. baru 21 tahun dah nak kahwin. GATAL!!

Situasi 2

Anak : Mak. Perkenalkan awek saya. Danisha. Kami kawan sekuliah..
Mak. Oh. Cantik orangnya.. Jemput la masuk Danisha…

Ni lah mentality orang kita. Menghalalkan couple. Tapi bila bicara soal perkahwinan maka mula la dilabel GATAL!!. Kerana apa jadi begini? Tu la pasal. Macam perenggan kat atas. Orang duk pandang kena bercouple dulu sebelum kahwin.

Say "Boleh blah" to Couple

Aku rasa tak perlu kot aku duk perjelaskan tentang pengharaman couple ni. Semua orang dah tahu tapi mungkin tak mampu nak melawan gelodak jiwa je. Haha. Cuma aku menasihatkan aku dan kamu supaya sama2 la kita berdoa agar dihindarkan dari rasa ingin bercouple. Kalau agak2 dah tak tahan sangat. Kahwin je terus. Biar orang level korang gatal pun takpe.. Ade beran??

Katakan boleh blah kepada Couple

Kesimpulan

Untuk berkahwin kita tidak perlukan aktiviti bercouple. Yang kita perlukan adalah satu perhubungan yang diredhai Allah. Aku optimis korang  tidak perlu mengahwini awek/pakwe korang. Tetapi korang akan mengahwini  bakal pelengkap hidup korang. 

Sweet jugak buat gini. Tapi dengan bini la... hehe

Untuk sesape yang ada awek ataupun pakwe tu. Ce cuba buat kezuuuutan kat pasangan korang. Korang cakap macam nih….

Awak… Jom kahwin!! Kalau awak taknak, kita putus je. Sebab saya lebih sayangkan Allah berbanding sayangkan awak…

Goodluck!!!

Jemput menonton Video ni.. Kawan aku ade berlakon. Aku tak boleh lagi. Sebab takde pasangan. haha..

http://www.youtube.com/watch?v=7K6H-ruFZzQ&feature=g-upl

5 comments:

  1. Asas perkahwinan mestilah dibina di atas syariat Islam, bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu semata-mata..jika cara perkahwinan itu dibina dengan satu perhubungan yang diredhai Allah...inshaallah.. dpt lahirkan zuriat yg baek dan soleh..generasi inilah yg kita nak lahirkan tuk mase hdpn..

    ReplyDelete
  2. aku takde pakwe pun relaksss je.. hahaha...

    ReplyDelete
  3. Say "Boleh blah" to Couple
    agreed!
    jom kembali kepada fikrah islami yang sebenarnya.

    ReplyDelete