Aku masih tak berkesempatan menulis entri sendiri dek kerana kesibukan menguruskan hidup aku. Aku hanya sempat melawat blog sahabat2 dan terjumpa satu kisah yang menarik ni. Semoga kita dapat manfaat bersama. Sebelum nak baca entri ni. Kalau nak baca yang tempat aku copy sila ke blog ni..
http://nurthaqifah.blogspot.com/
Nama Salman Al Farisi tidak asing lagi dalam golongan para pejuang dan pembela agama Allah. Ketakwaannya disegani di antara kaum muslimin. Keimanannya yang begitu mendalam bahawa hanya Allah yang Maha Besar, sementara yang lain begitu kecil di hadapannya. Demikian juga sikapnya menghadapi masalah-masalah yang bersifat keduniaan, termasuk urusan cinta.
Dikisahkan, Salman Al Farisi hendak melamar seorang gadis. Sebagai manusia biasa yang memiliki fitrah cinta, ia jatuh hati pada seorang muslimah solehah penduduk asal kota Madinah. Maksud suci ini kemudian disampaikan kepada Abu Darda’, seorang saudara yang dipertemukan atas nama aqidah.
Abu Darda’ dengan senang hati menerima permintaan Salman. Ia bergegas meminta saudaranya ini untuk menemui wali si gadis.
“Perkenalkan saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman yang berasal dari Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang mulia disisi Rasulullah SAW, bahkan ia diberi kehormatan sebagai ahlul-baitnya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini untuk melamar puteri anda, "ucap Abu Darda' menyampaikan maksud dan tujuan.
Lamaran itu bersambut, “Kami berasa dihormati kerana menerima tetamu dua sahabat Rasulullah yang mulia. Menjadi kehormatan pula bagi keluarga kami jika dapat memiliki seorang menantu dari salah satu sahabat Rasul yang agung. Akan tetapi, kami serahkan sepenuhnya jawapan kepada lamaran ini pada puteri kami.”
Setelah berbincang, ibu si gadis pilihan Salman itu mewakili untuk menjawab. “Mohon maaf sebelumnya jika apa yang kami sampaikan kurang berkenan. Dengan tetap mengharap redha Allah, puteri kami menolak lamaran Salman,” jawab si ibu.
Belum sempat Salman menjawab jawapan itu, si ibu meneruskan perkataannya. “Akan tetapi, jika Abu Darda’ mempunyai niat yang sama untuk melamar putreri kami, maka kami akan menerimanya,” kata si ibu.
Salman berasa kecewa. Kekecewaan yang amat sangat. Bukan sahaja niat menyunting si gadis ditolak, tetapi saudaranya Abu Darda' yang diminta untuk menyunting si gadis. Hati Salman sedang diuji.
”Allahu Akbar!” ujar Salman cuba melupakan gelora hatinya.
”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian,” ucapnya tanpa ragu.
Menakjubkan. Kekecewaan Salman bertukar kepada keikhlasan yang tiada tara. Salman Al Farisi dengan ketakwaannya yang tinggi memberikan pengajaran tentang sebuah kesedaran. Kesedaran bahawa cinta yang diinginkan tidak semestinya akan dimiliki. Kesedaran tentang bagaimana semestinya menyalurkan rasa cinta yang Allah kehendaki untuk kita.
Salman telah memberi pengajaran bahawa sebagai pejuang, kita harus bijak mengawal rasa cinta, bukan menurut kehendaknya. Kita harus mampu mengendalikan nafsu dan perasaan, bukan dikendalikannya. Sungguh indah bila mana cinta dan nafsu itu disertai dengan keimanan yang tiada taranya kepada Allah dan Rasulnya.
Dan semoga kita mendapat yang terbaik, yang dipilih Allah untuk menjadi teman di dunia untuk berjuang dalam agama dan menjadi ketua bidadari bagi seorang lelaki penghuni syurga di akhirat.
komen aku : Semoga aku ada sahabat yang seperti Salman. hehe
salam. ayat terakhir en.zul, "smoga aku mempunyai sahabat seperti salman.." lg bagus kalau tulis " smoga aku menjadi seseorang seperti salman.."
ReplyDeleteanon : saje je tulis gitu. Nak lihat sape yg tegur yg pertama.Tahniah2!!!huhu. Semoga kite sesame jadi cam Salman.(tu pun kalau awk ni adam gak.huhu)
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletekalau hawa.. salmaniah la ye... =)
pengajaran drpd cerita: walau sekuat manapun keinginan kita pada sesuatu, belum tentu kita akan memilikinya... kita hanya mampu merancang dan berdoa padaNYA YANG MAHA ESA, kerana DIA yang menentukan segala2nya...
jika kita tak berjaya memilikinya, jangan berputus asa, sebaliknya percayalah ada sesuatu yang lebih baik yang ALLAH telah sediakan untuk kita...
pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya... =)
"cahaya_ketenangan like this post"
ReplyDelete(komen ala2 fb..hehe...)
smoga kaulah salmanku wahai sahabatku..(senang sikit, hantaran dah ada owg support..haha)
ReplyDeleteslm abg zul...
ReplyDeleteehemm sy nk tny ckit boley?
sy ad seorg rumate yg very nice, cute, sweet n apa2 sja la.. baik, pdiam..
tp satu je masalah dia adlh dia x prnh mnunaikn solat... mase mula2 masuk kat ukm dlu, dia rajin lah jgak solat wlaopon jarang2 sgt... tp skang ni mmg 100% dia tggal kewajipan itu.. sy sbg rumate dia agk tkilan ttp sy x brani nk bsuara ap2 coz takut ini akn mhancurkn hub kami... ingin dmaklumkn dsini, dia bkn lah jnis gadis yg suka bsosial ataupon jnis dressing sexy... tudung yg dpakai pon jnis yg labuh... tp tu lah... fizikal je cantik, tp dalamn,,,,.....(dia bkn student fpi)
dia mrupakn bkas pelajar skolah agma dan yg mbuatkn sy hairan ialah dia sntiasa mgutuk2 kaum adam yg x pgi solat jumaat tu... argh??? kdg2 dia mbuatkn sy keliru.tp sy pendamkn sgala2nya...
so sy nk tny abg zul, ap hukum sy duduk sbilik dgn dia tp dlm msa yg sama dia x solat? adkah sy dikira bdosa besar?
mursyidah : tq d atas perkongsian..
ReplyDeleteInah : pengaruh2..
Aiman : Beres je.. bak balik kad CIMB hg..haha
Anon : Alamak. Susahnye. Mungkin awk boleh nasihat sebab sayangkan dia bukan dengan biarkan mcm tu. Tapi kalau kawan kita jauh dari agama kita patut menegur untuk kebaikan bersama..papehal boleh kontek YM a.zul terus. Semoga Allah berkati usaha kamu..=)
hahaha.. segan nk add ym abg zul..
ReplyDeleteanon : eh2..rupenya wujud lagi org yg lebih segan dr a.zul..hehe
ReplyDeletehermes handbags bag
ReplyDeletecurry 5
yeezy 500
kyrie 4 shoes
michael kors outlet
cheap jordans
air max 95
adidas zx flux
coach factory outlet
curry 6 shoes
replica kipling bags replica bags ru replica bags online shopping
ReplyDelete