Hubungi aku

Monday, December 6, 2010

Selamat melupakan azam tahun ni.

Bismillahirrahmanirrahim...

Korang mesti dah tahu apa yang aku akan tulis kali ni. Mungkin juga korang sudah mula muak dengan retorik2 yang dicipta dan dilaung2kan pabila menjelangnya cuti Ma'al Hijrah ini. Ye!! menyambut tahun baru. Azam tahun baru. Itu yang akan terlintas diminda kita. Inilah masalah kita apabila ianya hanya melintas di minda tanpa melintas lantas tersemat dihati!!. Oleh itu aku cuba membawa aku dan korang semua untuk melintaskna apa yang WAJAR di lintas dan disemat di dalam hati kita.. Ikut Step2 ni.

1. Kosongkan fikiran anda!!
2. Kan aku kata kosongkan fikiran..DEGIL!!.tenangkan fikiran...
3. Pejam mata anda.. Bayangkan segala Dosa yang korang dah buat. Tinggal solat, Menipu, Mengumpat, berdating,Tengok blue, Mencuri, Menfitnah dan seangkatan dengannya.
4. Baca dan HAYATI doa akhir tahun ini..

 "Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka"


5. Bayangkan apa yang korang perlu dan MESTI buat untuk memperbaiki kesilapan tahun lepas.
6. Baca dan HAYATI doa akhir tahun ini.

"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka"

7. Pejamkan mata. Bayangkan azam. Sematkan dalam hati korang punya azam.
8. Lafazkan Bismillahirrahmanirrahim..dengan ini aku "Nama Korang" Berazam untuk "apa yang korang azamkan" hanya semata2 kerana ALLAH. Semata2 kerana ALLAH. Semata2 kerana ALLAH. Kerana ALLAH sahajalah yang mampu memberi kekuatan kepadaku...

Semoga ALLAH mempermudahkan AZAM kita..

wallahualam...

No comments:

Post a Comment