Hubungi aku

Monday, May 30, 2011

Senyum. Tak perlu kata apa2

Ujian dari Allah. Tu yang aku jawab kepada mak aku selepas kami bertemu sabtu lepas di Rawang. Emak menceritakan seminggu sebelum kereta aku pecah. motor abang aku di curi. Lepas tu kereta aku pecah. Yang terkini selasa malam rabu tu rumah akak aku [ula di pecah masuk. habis barang kemas hantaran perkahwinan terutamannya.

Kurniaan dari Allah. Itu yang aku mampu katakan apabila sahabat seperjuanganku Ammar selamat diijabkabulkan semalam dan aku menghadiri walimah di rumah isterinya Sahila di Muar semalam. Sahila pun sahabat seperjuangan juga. Ketika mereka sedang makan beradab pula Yong aku menelefon aku menyatakan bahawa Abang Harun aku selamat dikurniakan anak yang ke 2. Ini bermakna iainya telah menambahkan koleksi anak saudara aku kepada 13 orang. tahniah juga untuk diri aku.hehe

dalam perjalanan pulang pula kami meyinggah di Melaka untuk melawat ayah kepada seorang sahabat kami yang dimasukkan di wad ICU. Hingga ke KM 280 kat area nilai kereta yang aku naiki pula eksiden dengan 2 biji lagi kereta dihadapan. Ianya mengakibatkan WUH 9438 aku tu remuk teruk dibahagian bonet hadapan. Kereta dihadapan juga adalah sahabat yang sama konvoi dari pagi semalam. Alhamdulillah semua yang terlibat dalam kemalangan semalam selamat dan tiada cedera serius dilaporkan.

Ianya pula adalah ujian. Segala yang berlaku antara kita suka atau tidak ianya tetap yang terbaik untuk diri kita. Sudah menjadi kewajiban kepada kita untuk bersangka Baik dengan Allah. Mustahil Allah akan memberikan perkara yang tidak baik kepada kita. Atas diri kita kembali ingin menilai ianya baik atau buruk.

Semoga semua yang terlibat dalam peristiwa2 di atas terus tersenuym menghadapi apa yang berlaku.

Wallahualam..

5 comments:

  1. Tahniah!! Anda bakal menerima ganjaran dari Allah diatas kesabaran anda.. :)

    ReplyDelete
  2. senyum lebar-lebar.
    pahala pun lebar-lebar.

    insyaAllah.


    ^________^

    ReplyDelete
  3. (silingan)

    pengantin akad nikah ahad pagi lah. bukan jumaat. huhu..

    ReplyDelete
  4. kifarah dosa kita,,,,ada hikamah yang tersembunyi

    ReplyDelete
  5. Fifah : moga2 :-)

    Inah : tq betoikan. tak sia2 dyk sebelah pengantin ritu kan?hehe

    hilmi : muhasabah bersam :-)

    ReplyDelete