Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A Samad Said
bila a samad said kuar tv pakai baju kuning n join bersih, aku terpikir. ini perkara betul!..
ReplyDeleteaku macam terkasima jugaklah.
awalnya aku x tau apa itu bersih n aku x mau amik tau..sbb aku x tau politik. tp bila a samad said join bersih, i should look n search wat is BERSIH. walaupun perhimpunannya dh tamat..
p/s: sori kalau ayat ni x berapa nak paham..
betoi..nature of youngster...seeking 4 d truth :-)
ReplyDelete