Hubungi aku

Sunday, March 18, 2012

Dia saudara baru seislamku


Hari ni aku di add oleh kenalan baru. Rupanya beliau bukan sahaja kenalan baru di facebook malah lebih bernilai beliau adalah saudara baru seakidahku. Syukur Allah memberinya Hidayah. Bersama kita mendoakan beliau istiqamah di jalan yang benar ini..

Muhasabah untuk diri kita semua. Jika beliau yg baru memeluk islam bermohon untuk dibimbingi dan berhasrat untuk memahami islam dengan lebih dalam. Mengapa tidak kita yang sedia ISLAM sedari kecil ini EGO untuk mendalami ISLAM??

Aku Chatting dengan dia lepas tu. Dia bekerja di Masai Johor. Alhamdulillah dia jelas mengapa dia memeluk islam. Aku pun berfikir apa yang aku boleh tolong dia. Ilmu tak seberapa. Jauh pulak tu. So ni je la yang mampu aku tolong aku emailkan kat dia bahan bacaan berikut. (Walaupun aku pun tak habis baca lagi.hehe)

1.Abu Urwah : Konsep2 Umum Islam
2.Fathi Yakan : Apa Ertinya Saya Menganut Islam
3.Syed Qutb : Manhaj Hidup Muslim
4.Al Maududi : Syahadatul Haq

Kepada kome2 yang menginginkan bahan bacaan di atas boleh bgtau kat aku kat aku email korang. Bagitahu kat email aku (ni_sape@yahoo.com). Bahan Bacaan adalah dalam format PDF. Moga sama2 mendapat manfaat. Untuk yang nak bahan bacaan tentang konsep dakwa pun ada..

Wallahualam..

1 comment: