Hubungi aku

Monday, September 10, 2012

"EGO" sang pemutus ukhwah



Bismillahirrahmanirrahim…

Aduhhh.. Sabor je le yob oi!!. Rasa geram ada. Perasaan bercampur baur. Kecewa. Sedih. Geram. Menyampah. Kasihan. Semua ada.

Ini la yang aku rasa apabila bertembung dengan seorang yang aku kira agak tinggi egonya. Habis sopan dah ayat aku buat. Namun balasan yang diterima tetap sama. Paling sadis apabila aku pula di copkan sebagai balaci. Apakan daya. Senyum je la yang mampu aku berikan. Lantas aku mengupdate status kat facebook semalam.

 Komen Mohd Idris tu memang tak boleh blah. haha

Bagi aku ego adalah punca segalanya. Kisahnya adalah apabila 2 pihak bertelagah. Dan aku cuba bertindak untuk menjadi pendamai. Pada asalnya nampak seperti semakin reda. Namun ternyata sangkaan aku meleset. Sebelah pihak dah ok. Sebelah lagi pulak tak ok2. Biar lah. Aku sudah mencuba untuk menghubungkan silaturrahim tersebut. Tetapi apakan daya. Aku hanya seorang hamba. Cewwahh..

Ok. Kini kita bercakap soal ego pulak. Ego ni bukan untuk di hapus. Tapi bagi aku ia patut diurus. Ego juga perlu pada tempat dan ketika yang sesuai. Tapi jika ego ni menjadi punca perbalahan antara kita dan kawan kita maka haruslah kita merendahkan tahap ego kita.

Anggap kita sentiasa betul= EGO

Apabila sampai satu tahap merasakan segala tindakan kita itu adalah benar. Itu adalah sign of ego dalam diri kita. Kita dengan pantasnya menolak pendapat orang lain. Malah lagi teruk apabila kita memperlekehkan apa yang diperkatakan oleh rakan kita. Itu yang aku alami baru2 ni. Apa sahaja yang aku katakan. Semuanya tak lut. Ada je salah nya. Memang betul2 menguji kesabaran. Aku rasa aku ni dah ketogori orang yang agak kuat bersabar kot melayan kerenah kawan2. Pun gagal jugak. Adeh.. memang loserrr betoi aku ni.. Ceh.

Hopefully

Apa solusinya?

Aku rasa aku dah tak terdaya dah. Biar sahaja lah. Apa yang mampu aku lakukan adalah berdoa. Maka sebelum aku tido semalam aku sempat mendoakan dia agar Allah buka kan pintu hati dia. Oleh itu. Aku harap kome yang dah terbaca entry ni sampai ke penghujung agar turut mendoakan kawan aku ni agar Allah bukakan pintu hati dia dan direndahkan sedikit tahap egonya.. Tu la pasal. Sape suruh rajin sangat baca blog aku. Kan dah kena. Haha

Thanks yaaa!!!

Wallahualam…

3 comments: