Hubungi aku

Friday, May 3, 2013

Sekitar "flashmob" Anak Muda Parit


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah dah sampai ke Kg aku, Parit Perak. Sekarang ni kempen giat dijalankan. Yang terbaru tadi siang aku sempat ber”flashmob” bersama Anak Muda kawasan Parit. Sangat osssseeeem habaq hang!!

Bermula dengan flashmob kat masjid Parit setelah selesai solat jumaat. Memang terrrbaekkk… Ramai
sangat pakcik makcik orang kampong yang memberi sokongan kepada kami…

Seterusnya kami bertukar tempat ke simpang empat Parit. Dekat mercu tanda Parit. Iaitu di Jam besar Parit. Kat sini memang pergghhh… India, Cina, Melayu. Bak kata orang semua orang le yang memberi hon kepada kami. Tak terlepas juga anak muda BN yang menyokong kami walaupun mereka bekerja untuk BN. Paling aku rasa kagum adalah apabila ada makcik berhenti dan menyuruh anaknya member iwang kepada kami. Kata anaknya “ini infaq” Allahuakbar… begitulah resmi orang PAS tidak jauh dari perkataan infaq.

Seterusnya kami bertukar tempat ke Seri Iskandar. Start dalam pukul 5 petang. Kat simpan empat depan tesco.  Kat sini lagi terbaikk.. Dengan tiba2 datangnya kawan2 dari taman berdekatan turut serta bersama ber’flashmob” bersama kami. Kat sini sambutan sangat sangat sangat sangat menggalakkan (berapa banyak kali sangat daaaa). Tengah rancak kami menerima hon dari motor kecil motor besar kereta kecil kereta besar dan lori kecil dan lori besar. Tiba2 hujan lebat. Tapi seriously wa cakap sama lu. Kami tak berganjak. Terus berdiri di dalam hujan lebat untuk menyatakan pendirian kami untuk mengubah kerajaan sedia ada. Hingga lah ke pukul 7. Kami berhenti dan esok akan lakukan lagi di simpang empat bota kanan.

So aku mewakili anak muda parit mengajak kome semua bersama kami untuk terus manyatakan pendirian untuk mengubah kerajaan sekarang dan diganti dengan kerajaan yang sedia ada.


INI KALILAH KEME UBOH!!

TAKBIR!!

p/s:  Maaf gambar tak berapa ada. Video pun tak keluar lagi.

Nantikan video dari Anak Muda Parit.

setakat ni. ni je gambor yang ada. tu pun aku jumpa kat fb calon parlimen parit





No comments:

Post a Comment