Hubungi aku

Monday, June 3, 2013

Menikmati HIKMAH dari Allah


Hari ni aku last day project kat Terengganu. So cadangnya nak naik bas je dari K.L semalam. Lepas tu hari ni kerja dan dah beli pun tiket nak balik semula ke K.L malam ni. tapi ada cerita yang tak di duga terjadi..

Semalam tiket bas aku balik ke Terngganu naik bas pukul 9 malam. Tapi on the way pergi ke Hentian Putra aku tersilap jalan. Time aku sesat tu aku tengok jam rasa memang tak sempat. Memujuk hati aku dengan cakap "takpe ada hikmahnya". At last memang tak sempat pun dan aku sampai kat kaunter Ekspress Kenyir pukul 9.05. 5 minit je yang membuatkan aku terlepas bas.demmmm..lexxx... pasti ada hikmahnya.

Aku ambil tiket lain ke Kuala Terengganu pukul 10.30. Sambil tunggu bas aku disapa seorang kawan yang aku kenal time program tahun lepas. Dia cakap dia belikan tiket kawan dia yang naik bas ke K.Terengganu. Tiket bas pukul 10 malam. Budak tu belum sampai. Still on the way naik bas dari Penang ke K.L. Time tu dah dalam pukul 9.30, Ikut logik akal memang takkan sempat sampai sebab time tu dia baru ada kat Tapah. jalan jem. Aku cakap suruh tunda esok je. Tukar tiket. Tapi ada satu masalah besar. Budak tu ada FINAL EXAM pukul 9 pagi. hamekkk hang. Kalau dia tak sampai pukul 10 tu memang alamatnya tak dapat pergi exam la dia.

Time tu aku teringat islam menyarankan kita supaya berusaha lepaskan kesusahan  orang lain nescaya Allah akan mudahkan urusan kita. So aku fikir kena tolong budak ni. sebab dia pegi sana pun sebab pergi program dakwah bukannya pergi tengok konsert Gangnam style.haha. Mana mungkin nak biarkan dia macam tu je. Tanpa fikir panjang aku cakap kat kawan aku tu untuk naik kereta aku yang aku cadang nak tinggalkan kat hentian Putra tu untuk sehari. Aku dengan dia pun pergi la jual balik tiket budak tu, tiket aku dan tiket aku untuk balik ke KL malam ni. Alhamdulillah dapat jual walaupun dengan separuh harga.

Kami pun pergi tunggu budak tu dekat hentian Pudu. Pukul 1 kami bertolak dari KL dan pukul 7 tadi sampai kampus dia. Pukul 8 sampai rumah aku. Alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan kami. sempat aku pesan kat budak tu. Nanti bagitau aku result paper tu.haha

Pengajaran :
1. Bersangka baik dengan Allah swt. Percaya apa sahaja berlaku ada hikmah
2. Cuba sedaya mungkin untuk melepaskan orang lain dari kesusahan.
3. Letakkan kebergantungan kepada Allah. Pasti bantuan dari Allah akan tiba. walaupun dari orang yang tidak kita kenali
4. Rajin2 servis kereta agar kereta boleh dipakai ad hoc untuk travel yang jauh. hahaha
5. Lagi 1. jangan ngada2 nak pergi konsert gangnam style. hahaha

wallahualam...

No comments:

Post a Comment