Bismillahirrahmanirrahim..
Dah lama tidak menulis.
Mencoret memberi peringatan kononnya kepada orang lain. Hakikatnya member peringatan
kepada diri sendiri. Mereka pelbagai alasan untuk menidakkan kudrat dari terus
menulis. Soal ikhlas. Soal sibuk. Soal mood. Semuanya berlingkar. Harus dilupus
segala alasan untuk terus menulis agar kembali rasa bertuhan!!
Beberapa hari lalu. Aku
meluahkan rasa kepada si isteri. Hakikat kurangnya budaya keilmuan dalam
rumahtangga kami. Majlis membaca kitab paling sebelum tidur seperti dilupakan.
Usrah mingguan kami juga ibarat chipsmore. Kejap ada kejap takde. Teringat
kalam nasihat dari dr Azimah (pensyarah geologi) 3 hari selepas kami bernikah yang
mengingatkan agar diadakan majlis taalim di dalam rumah. Agar rumah itu di
sinari nur. Seriusnya beliau tentang hal ini hinggakan menghadiahkan kami kitab
fadhail amal untuk dihadami.
Lagi 1 cerita. Weekend yang
lepas aku diberi peluang untuk berusrah yang aku kira 1 perbincangan yang agak
kritikal. Memerlukan tahap keilmuan yang agak tinggi untuk mengikut arus
perbincangan. Oh. Kerdil rasa diri. Sangat
banyak ilmu yang belum diterokai. Pembacaan yang sedikit membuatkan aku
mengkagumi sahabatku yang sangat luas ladang pembacaannya. Ceh. Loser sungguh
kamu ni zul.
Ingatlah wahai diri. Wahyu
pertama yang diturunkan adalah seruan “MEMBACA!” Paksakan dirimu wahai diri.
Agar budaya membaca kembali subur di dalam diri.
“Read!! You Will Conquer the World!!”
Wallahualam..
p/s : ni namanya public
pledge. Saja bagitau kat orang lain agar menjadi pendesak untuk aku rajin
membaca. Kome pun kena rajin juga membaca..
No comments:
Post a Comment