PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, January 27, 2012

Kawanku... Aku juga manusia....


Bismillahirrahmanirrahim…

Saban hari berlalu. Tahun demi tahun di sambut. Tahun 2012 ini membawa maksud sudah hampir 24 tahun  aku hidup bernamakan Ahmad Zulqurnain Bin Ghazalli di dunia ini. Peningkatan umur juga bermakna meningkatlah juga orang yang aku kenali dan yang mengenali aku. Semakin meningkat kenalan maka semakin bertambahlah peluang untuk aku mengguriskan hati kenalan aku itu.

Buat orang yang mengenali aku di alam nyata pasti sudah mengetahui bahawa aku bukanlah jenis yang pandai menjaga hati orang lain. Aku jenis yang suka bergurau dan mengenakan orang. Ada saja point aku untuk membahan seorang demi seorang kawan aku itu. Gurauan yang mungkin dirasakan ingin mengeratkan hubungan sebenarnya dalam tidak sedar menjadi jarum yang menjadi racun dalam satu perhubungan.

Ah.. poyo je Zul ni kan??

Ni mimpi apa zul ni. Tetibe je..

Eh buang tabiat pulak Zul ni.

Entah.. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku kadang2 risau jika ada kawan aku yang tidak senang dengan tindak tanduk aku. Ya. Tidak mungkin aku mampu memuaskan hati semua orang. Aku juga manusia biasa. Yang sentiasa melakukan khilaf dalam perhubungan. Yang pasti mesti ada yang tak suka dengan apa yang aku lakukan.

Jika korang adalah golongan yang tergolong dalam kawan aku yang tidak senang dengan tindakan aku selama ini. Mahupun golongan yang pernah aku sakitkan hati dan terasa dengan tindak tanduk aku. Aku bermohon dengan sangat untuk korang memaafkan kawan korang ni.


Untuk Kawan-Kawanku Sekalian…

Inniuhibbukumfillah…..

“ Tidak sempurna iman seseorang kamu itu, sehinggalah ia mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri.”

( Al-Bukhari dan Muslim)

Rakan 3rd Generation SMKA Kerian
 
Rakan PLKN Kem Segari Lumut

Sebahagian Rakan Kolej Ibu Zain
 
Rakan Geology UKM

Sebahagian Rakan G&P Geotechnics Sdn Bhd


p/s :  Maaf kepada Rakan SKLLK, ISIUKM, GMUKM dll yang tiada di gambar. Tak simpan gambar ramai2..

Kisah mengenai Maafkan KAWAN. Jemput membaca di entry aku yang INI


Friday, January 20, 2012

Parent kita sentiasa Obses!!


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah setelah agak lama tidak menulis di blog ini akhirnya hari ini aku diberi kekuatan untuk mencoret sedikit apa yang telah lama ingin aku coretkan. Pergaulan aku dengan golongan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak membuatkan aku semakin lama semakin terfikir akan betapa “obses”nya ibu bapa untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada anak masing2.

Apa sahaja untuk pendidikan anak

Bermula dengan kisah bro2 yang aku kenal. Al kisahnya bersungguhnya ingin menghantar anak belajar hingga sanggup membuat pinjaman peribadi dan mengeluarkan wang EPF untuk di jadikan bahan yang dikorban untuk menyempurnakan pendidikan anak beliau. Namun aku sedikit terkilan apabila brader tersebut menceritakan  tentang anaknya walaupun wang PTPTN sudahpun masuk tetapi anaknya masih meminta wang saku daripada ayahnya atas alasan wang PTPTN masih belum masuk. Padahal apabila telefon pihak pengurusan mereka menyatakan wang PTPTN telah pun masuk. Rasa terkilan aku semakin bertambah apabila mungkin dalam 1 sem masuk ke sana tiba2 merasakan tidak dapat meneruskan pengajian. Maka pulanglah si anak dan masuk pula ke IPTS yang lain. Buat macam keluar tandas je kan. Mudahnya si anak bertukar selera pusat pengajian. Beribu riban duit ayah nya mengalir tak difikirkan.

Seterusnya kisah adik kepada seorang abang ni. Keluarganya memang miskin. Apabila keluar result SPM yang tidak melayakkannya untuk sambung pengajian ke institusi kerajaan maka si ibu (ayah sudah meninggal) dan abang2nya berusaha untuk menghantarnya belajar ke IPTS. Maka berhabislah wang beribu ringgit untuk melengkapkan pengajian si anak/adik itu.

Teliti pula pendidikan kanak2 di usia sekolah rendah. Aku merasakan sangat berbeza yang aku dapati dengan apa yang tersedia untuk mereka kini. Kelas tambahan. Buku latihan tambahan. Alat tulis. Kelengkapan sekolah. Semuanya lengkap!! Wang saku pula mencecah 5 ringgit sehari. Serba lengkap. Tapi dalam pemerhatian aku merasakan masih belum cukup dengan apa yang terhasil dari anak2 tersebut. Ahhh cakap banyak pun tak guna. Diorang masih belum mengerti apa2 persis seperti aku juga satu masa dahulu.

Aku anak kampung

Mungkin perlaburan untuk pendidikan seperti ini adalah biasa bagi orang bandar. Tapi bagi anak kampung seperti aku, aku mengerti bagaimana sukarnya untuk mendapatkan wang untuk mebesarkan anak dengan pendidikan yang lengkap. Alhamdulillah walaupun kami mempunyai adik beradik yang ramai namun ayahku yang hanya bekerja kampung ini mampu membesarkan kami 12 beradik hingga menjadi “orang”. Sayu juga hati apabila mendengar kisah mak aku menggadaikan barang kemas untuk menghantar abang aku belajar di kedah satu ketika dahulu. Bukan sekali di gadaikan. Berkali2… Kisah ayahku hampir menjual kereta. Kisah membanting tulang berniaga dari pagi hingga ke malam. Banyak lagi kisah2 lain yang turut terkesan di hati. (Pergh..rasa nak nangis pun ada L

 

 

Apa pula yang kita beri?

Apa sahaja yang kita beri aku kira masih belum mampu untuk membalas jasa mereka. Aku tahu ramai dari pembaca aku terdiri daripada golongan pelajar. Salah satu perkara yang membahagiakan mereka adalah keputusan exam kita. Maka belajar lah bersunguh2. Teringat aku ketika keluar result semester 2 di UKM. Keputusan itu aku check pakai handphone. Duduk di sebelah emak aku. Alangkah bersalah dan sedihnya apabila result yang terkeluar adalah di bawah 3.0. Mengalir air mata aku memohon maaf kepada mak aku time tu. Itu lah dalam sejarah yang aku rasa result aku agak mengecewakan mereka.

Suka aku mengingatkan di sini. Zaman belajar ini adalah zaman emas untuk korang. Semua orang memandang apa yang terhasil dari pembelajaran korang selama ini. Apa yang terhasil daripada pengorbanan ibu dan ayah saban hari. Andai hanya melahirkan result yang layak di”bakul sampah”kan maka perlulah sedikit penyesalan di situ. Bebaloikah sudah pengorbanan yang dilakukan mereka dengan apa yang kita berikan??

Namun selain kejayaan tersurat yang diidamkan. Aku yakin setiap ibu bapa mengidamkan mempunyai anak yang berakhlak islami. Anak yang soleh dan solehah ini lah yang mejadi pusaka warisan mereka kelak apabila di “sana” kelak. Maka cerminkan diri kita sendiri. Sudahlah tidak mampu memberi mereka dari sudut keduniaan. Bertambah malang andai kita tidak mampu memberi mereka dari sudut perkara yang hakiki.

Penutup

Kesimpulannya tugas kita adalah memberikan segala yang termampu untuk mereka. Coretan di sini hanyalah untuk mengingatkan diri aku dan juga kamu bahawa besarnya pengorbanan mereka untuk melengkapkan pendidikan kita. Persoalannya adakah kita sudah menjadi seorang ANAK yang terdidik??

Selamat mendidik diri!! 

 

Saturday, January 14, 2012

Kisah UKM 1983

 Kisah di copy dari rakan FB
1983, UKM Malaysia:

Seorang pelajar medic menyelinap masuk ke dalam dewan kuliah agama untuk mendengar lecture daripada seorang pensyarah. Pensyarah itu membacakan satu dalil untuk pelajarnya. Kemudian dia meminta salah seorang pelajarnya membacakan ayat tadi. Namun, tiada siapa yang bangun.

Lalu pensyarah itu berkata ,"Kenapa kamu semua tidak berani? Kenapa kamu semua lambat? Saya boleh menuli...s ayat tadi selaju mulut saya membacanya semasa saya belajar dahulu?" Semua pelajar diam terbungkam. Ada yang mencemuh..pensyarah itu menyambung lagi " Dalam hidup saya, saya tidak pernah mengenal anything less than an 'A' in all subject! " Semua orang terdiam. Namun ramai yang mencemuh.Tidak kurang juga yang muhasabah. Tapi pelajar medic tadi begitu kagum dengan kata2 pensyarah tersebut, sehingga dia berkata dalam hatinya " aku hormat pensyarah ni. Aku kagum dgn beliau. Aku mahu jadi seperti beliau!"

Cuba teka apa yang jadi?hehe..jadi tak jadi.?
Pelajar tersebut graduate dengan memegang ijazah anugerah kecemerlangan diraja di UKM pada tahun tersebut, mewakili 16 000 pelajar pelbagai jurusan dengan rekod 'straight disticntions'! Dan pelajar tersebut terlalu hebat sampai dia tidak perlu menyambung master bahkan terus ke uk utk mrpc (tak pasti). Dia berjaya dgn status ' sudah beranak dua' sewaktu degree. Dia menghabiskan PhD dalam masa 2 tahun 4 bulan (sepatutnya 4 tahun). Subhanallah..

Pensyarah UKM tersebut adalah Ustaz Harun Din dan pelajar tersebut adalah Proff Latif, salah seorang pengasas Cyberjaya medical college.

A vision, is a sunnah! Dare to dream high!

Wednesday, January 11, 2012

SPAM + Pantun

Hey uollllssss....

Ce korang tengok kat kiri korang sekarang. Kat chat box aku. Ada sesapa tau x macam mana nak elakkan spam2 kat chat box ni?sakit hati lak aku minah n mat saleh punya jejak kat chat box aku.

Ce kome tolong aku jap. Kut ada setting yang mampu untuk elak benda ni... Tolong ye..Tq!!!

P/s : Terasa nak berpantun jap..

2 3 Lembu dibeli,
Mana nak sama si lembu Kak Jat,
jangan ingat rakyat ni tuli,
ingat keme xtau ke UMNO tu Jaaaaaaaaaaaaaaaaahaaaaaaaaaaaatttt!!!



#8 Wordless Wednesday : Sivaji d PR Boss!!

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang