PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, January 31, 2010

untuk KEADILAN akan ku gagahkan jua..


BANGI 30 JAN - Pimpinan GMUKM secara aman telah menghantar surat rayuan berserta duit bantahan kerana berlaku penyelewengan cukup ketara ketika proses pilihanraya kampus kali ini pada pagi semalam.

Jumlah undi yang telah diumumkan oleh setiap pengetua kolej adalah tidak sama dengan keputusan rasmi yang dikeluarkan semalam. Malah, sepanjang proses pilihanraya kampus ini dijalankan, telah berlakunya 'double standard' untuk berkempen.

“Pentadbiran isytihar melanjutkn tempoh 48jam yang diberikan mahasiswa hingga hari Isnin ini. Doakanlah semoga keadilan dan kebenaran tertegak jua. Keputusan PRK UKM masih tidak rasmi (15 GMUKM, 19 API)” -GMUKM

Pihak pengurus pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ini telah bersetuju untuk bersidang bersama-sama pengetua kolej dan JAKSA pada hari Isnin, lalu akan mengumumkan keputusan rasmi. GMUKM mempertikaikan keperluan JAKSA menyertai sidang berkenaan sedangkan mereka tidak terlibat dalam menguruskan pemilihan tersebut.

GMUKM juga berasa kesal dengan pihak pentadbiran telah sengaja melewatkan prosedur rayuan dan tidak membenarkan pimpinan GMUKM untuk berjumpa dengan TNC bagi menyelesaikan kes ini secara aman.

Selepas solat Jumaat pula, GMUKM menganjurkan sesi penerangan kepada masyarakat kampus mengenai situasi pilihanraya kampus kali ini secara aman. Namun, apa yang menghairankan ialah pihak pentadbiran telah menjemput polis beserta FRU bagi memburukkan lagi keadaan.

Dilaporkan pihak FRU telah bersedia di luar masjid UKM semasa solat jumaat. Mereka juga telah merempuh dan mencederakan mahasiswa yang sedang melakukan piket ini bagi menyatakan ketidakpuasan secara aman damai. Beberapa mahasiswa ditangkap dalam kejadian ini.

Perlu ke senjata2 ini dibawa berhadapan dengan mahasiswa?

FRU menimbulkan kekecohan di bumi UKM



Siapa yang menyebabkan keadaan menjadi tidak aman?


Amat menyedihkan kerana terdapat pihak yang sengaja memburukkan GMUKM dan mendakwa mereka telah membuat demonstrasi tidak aman dan tidak mengikut prosedur. Malah GMUKM dituduh cuba menyelesaikan masalah ini dengan cara yang tidak betul.

Beberapa universiti lain seperti UM dan UPM turut merasakan bahang kebangkitan mahasiswa. Kemenangan pro-m di UPM telah dibatalkan kerana didakwa berkempen di facebook. Manakala di UM keputusan pilihanraya digantung sementara waktu.


Gambar2 kezaliman FRU leh rujuk disini : http://ruhulamri.blogspot.com/

sumber : http://gm-ukm.blogspot.com

Wednesday, January 27, 2010

Calon anda yang BAGUIH!!


Calon Mahasiswa UMUM Tahun 3 ialah no 2,3,5,6,9.. Pilih jangan tak pilih..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA



Calon Mahasiswa UMUM Tahun 2 ialah no 3,6,7,8,10,11.. Pilih jangan tak pilih..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA


Tuesday, January 26, 2010

SPKG : kami akan perjuangkan untuk mehasiswa..

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/122862

Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berharap isu Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) - antara yang menjadi bahan kempen utama pilihan raya kampus itu - mampu membantu mereka menambah kerusi di UKM kali ini.

Kumpulan itu dilaporkan mendakwa sistem tersebut "mempunyai unsur paksaan itu bertentangan dengan semangat kesukarelaan yang menghidupkan persatuan-persatuan di universiti".

Ia dikuatkuasakan di kampus tersebut mulai tahun lalu sebagai tambahan kepada sijil akademik Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, jurucakap Pro-M, Ammar Ismail berkata ekoran maklum balas dan tinjauan di kalangan mahasiswa UKM, pihaknya telah berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Datuk Razak Mohamad, minggu lalu.

Ammar yang juga mahasiswa tahun empat, Fakulti Pendidikan berkata Prof Razak bersetuju untuk menilai semula sistem tersebut selepas bertemu dengan calon pro-M tahun satu dan dua.

Katanya, isu itu juga diharap memberi keyakinan kepada calon mereka untuk mencapai kemenangan dengan menambah lima lagi kerusi, berbanding 13 kerusi yang dimenangi pada tahun lalu.


Sebanyak 35 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kampus tahun ini, melibatkan 11 kerusi Umum dan 24 kerusi fakulti.

Dalam pilihan raya tahun lalu, pro-M memenangi 13 kerusi - kurang empat kerusi untuk menang mudah.

Manakala pro-Aspirasi (Pro-A) memenangi 21 daripada 34 kerusi yang dipertandingkan iaitu lapan kerusi umum dan 13 kerusi fakulti.

Menurut Ammar lagi, kumpulan Pro-M juga berhasrat mengintai beberapa kerusi yang dilihat berpotensi memberi kemenangan kepada mereka dalam pilihan raya kali ini.

Fakulti yang menjadi sasaran mereka, antaranya adalah akulti pendidikan, fakulti undang-undang dan fakulti sains dan teknologi, yang masing-masing mempertandingkan dua kerusi.

Selepas berakhirnya penamaan calon semalam, Pro-M telah memenangi satu kerusi tanpa bertanding di fakulti pengajian Islam bagi kerusi tahun satu dan dua.

Penyokong pro-M turut membawa dua kuda mainan yang bertulis “aspirasi”, sambil mengejek lawan mereka yang didakwa dikuasai pihak berkuasa kampus.

UKM antara empat kampus - Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) - yang menghadapi proses penamaan calon pada hari ini.

Mahasiswa bagi keempat-empat kampus tersebut akan mengundi Khamis ini.

Monday, January 25, 2010

Kemenangan pertama mahasiswa..

Alhamdulillah selesai dah penamaan calon. Sekarang ni masa untuk berkempen. Tapi Mahasiswa dah menang satu kerusi tanpa bertanding..Kerusi FPI tahun 1&2 dah menang kat calon GMUKM. Tahniah diucapkan kepada Zaim yang dah berjaya menjadi wakil MAHASISWA. Semoga rakan2 lain mengikut jejak..

TAHNIAH KEPADA SELURUH MAHASISWA DI ATAS KEMENANGAN MAHASISWA YANG PERTAMA!!!!!
STUDENT......POWER....

TAKBIR!!!

Selamat Berjuang Sahabatku

Time aku tulis entri ni aku ada kat depan DAM menanti bermula penamaan caln FST. Hari ni terlerai la teka teki siapa yang akan menjadi calon gabungan mahasiswa. Perancangan flow yang amat menarik dari pihak Jentera GMUKM hari ni aku rase amat2 menarik dan mendapat sambutan yang HEBAT dari kalangan MAHASISWA yang sudah mula sedar. Berkumpul di hadapan KTHO dan berarak dihadapan perarakan aspirasi yang aku rasa hanya separuh dari bilangan kami membangkitkan semangat semua pejuang di UKM ni. Sepanjang perjalanan aku rasa pihak GMUKM mendapat sambutan yang amat baik terutama dihadapan FSSK yang melambai legasi GMUKM yang serba UNGU.

Bila sampai kat PUSANIKA kami terus berbalas sorak dan ternyata suara aspirasi tenggelam dek kerana suara2 semnagat pejuang mahasiswa UKM ni. Macam2 sorakan yang kedengaran dan yang paling aku rasa terkesan adalah apabila terdapat kuda yang menjadi simbolik kepada calon2 aspirasi yang hanya menjadi tunggangan pihak HEP semata2.

Kehangatan terhenti seketika dan kami menyanyikan lagu PRO MAHASISWA yang membuatakan orang ramai turut sama terdiam mendengar suara2 semangat mahasiswa UKM. Lepas tu Muhammad seorang insan yang aku kagumi mengambil tempat dan membaca doa. Doa yang dibacanya sangat2 menyentuh perasaan aku. Menitis air mata aku apabila doa2 yang mengharapkan BANTUAN HANYA DARI ALLAH swt. aku mengharapkan seluruh2 jiwa2 pejuang yang berjuang di atas landasan agama ni tersentuh dan mengikhlaskan niat semata2 kerananya.

Agenda seterusnya adalah keberangkatan pergi calon2 fakulti ke fakulti masing2. semua panglima2 fakulti tu aku salam. Mengharapkan kejayaan diorang di lapangan masing2. Untuk fakulti aku sendiri aku salam dan memberi pelukan semangat kepada sahabat2 aku yang akan berjuang sehingga aku menangis sekali lagi. Aku tak tau la kenapa senang sangat air mata aku mengalir hari ni. Aku mengharapkan airmata ni akan mengalir lagi ketika KEMENANGAN GMUKM khamis ni.

Aku mendoakan kejayaan sahabat2 aku dan yang penting ikhlaskan diri untuk berjuang dijalan yang susah ini. Segala susah payah kita selama ni moga2 ALLAH swt akan melihat sebagai amalan yang akan dijadikan bukti dihadapannya kelak..semoga sahabat2 berjaya di medan masing2..

SELAMAT BERJUANG SAHABATAKU...

p/s : Sori kalau entri kali ni agak skema..
Gambar takde. tak bawak kabel.

Sunday, January 24, 2010

Woi PENAKUT!!!!!

Wei ko ni PENAKUT!! ko ni BACUL!! ko ni SKEMA TERLEBIH!!..ops sori andai terkasar. kata2 ni aku tujukan khas kepada mahasiswa yang masih belum bangun dari keselesaan diri masing2. Aku pun bukan hebat sangat. Tapi cuba belajar mempunyai prinsip dan ideologi sendiri (perkh..bukan main.huhu)

Mungkin sahabat2 rasa orang macam aku ni layak ke sembang macam ni? aku ni pun sedar hal ni waktu aku dah tahun 3. Kena pulak membaca buku POTRET PERJUANGAN MAHASISWA karya ust Ridhwan Md Noor. Time baca tu memang berapi la rase.huhu. mana taknya betapa hebatnye mobilasi mahasiswa time tu sehinggakan kerajaan pun takut dan hormat dengan pandangan mahasiswa. Bukan setakat masalah kampus. malah masalah kemiskinan tegar masyarakat di ceruk2 kampung juga di perjuangkan. Bukan setakat kampung. masalah antarabangsa juga diperjuangkan..



Tapi kini?? mahasiswa LESU!! mahasiswa PONDAN!! mahasiswa MANDOM!! semua ada. macam2 gelaran yang kita dapat sekarang ni.tahniah untuk kita.haha.. memang betoi pun semua tu. tugas kita masuk univ ni just untuk belajar je. takde pun fikir masalah masyarakat kat luar sana. tak kembali berkhidmat pun. setakat buat OPKIM time weekend pastu dah tak contact dah orang kampung tu. berkhidmat ke namanye tu??

Kembali kepada persekitaran UKM ni. berapa kerat mahasiswa yang ada ideologi sendiri? kebanyakannya semua mengikut semua sistem yang telah ditetapkan. Bukan nak kata ideologi mahasiswa ni sentiasa menongkah arus pentadbiran. tapi aku rasa ape yang tak selari dengan kebajikan mahasiswa kita perlu perjuangkan..sebagai contoh tentang SPKG seperti yang aku dah ulas sebelum ni. memang bagus cuma pelaksanaannya perlu lebih mesra mahasiswa je..


Berlegar pulak kepada isu pelajar tahun 1. berlaku kes ugutan. Berlaku kes doktrinisasi.Berlaku kes pembasuhan(pengotoran). Didalam ruang lingkup aku sebagai pelajar tahun 3 aku ingin lontarkan persoalan kepada tahun 1 dan 2. Kenapa perlu takut istilah buang kolej? adakah anda seorang PENAKUT? adakah anda seorang BACUL? hingga sanggup mengetepikan pilihan pemimpin yang baik dan memperjuangkan ideologi mahasiswa?. sejak aku 1st year lagi bunyi2 ni sangat biasa kedengaran terutama time PRK. Tapi aku rasa bukan isu besar sebenarnya. Kita tengok tahun lepas kolej aku banyak kerusi undinye memihak kepada GMUKM. Tapi semua stay je. Aku ni siap jadi agen calon lagi. Aman je duk sini. Seorang senior aku. Calon kat FSSK. siap dapat anugerah khas felo lagi. SO???

Tapi mungkin ada kolej yang terlampau extreme dalam hal macam ni. Tapi tu kes terpencil je. Tapi yang aku paling tak boleh blah Kolej Pendeta Zaaba. Boleh pulak dia ugut nak buang kolej. adui..Kolej yang tak banyak fan pun nak buat macam tu jugak ke??huhu. mende la diorang ni. Malam rabu lepas JAKSA panggil budak 1st year. Dengarnye alasan nak bagi taklimat tentang kes kecurian. So yang geng2 GM 2nd n 3rd year ni nak la masuk nak pastikan. Tapi diorang tak bagi pulak. Alasannye taklimat tu untuk 1st year je..hahaha..lawak2..pencuri memang pilih budak 1st year je ke?? ke ni kes nak mencuri UNDI.huhu.. entah la diorang ni. tak memberi peluang kepada mahasiswa tahun 1 untuk berpendirian sendiri langsung. Kesian dak2 1st year ni yang dimomokkan dengan benda2 macam ni.

So, aku mengharapkan mahasiswa yang masih selesa kat bilik masing2 tu sedarlah sekarang masa untuk berubah. Pilih lah pemimpin yang MAMPU meningkatkan aura mahasiswa dalam pandangan masyarakat umum. Ingat lah UKM ni bermula dengan idea dan usaha masyarakat. So sememangnya UKM milik masyarakat dan kita juga perlu kembali kepada masyarakat untuk menyuarakan harapan RAKYAT. Jadi la Mahasiswa yang mampu MENGGUGAT!!
BERSATU BERUBAH!!!

Saturday, January 23, 2010

Ingin menjadi model jenazah??

Bersediakah kita andai tetiba dapat panggilan mengatakan yang parent kita meninggak dunia? cukup tak ilmu kita andai kata penduduk kampung meminta kita menguruskan jenazah parent sendiri? dah tahu ke cara untuk memandikan mayat? dah arif ke dalam mengkafankan mayat?dah fasih ke bacaan dalam solat jenazah?


Bagi aku, terlampau banyak yang aku tak tahu kalau tetiba jadi kat aku. Bukan nak mintak parent kita pergi dulu. Tapi untuk bersedia menghadapi kemungkinan je. So, aku rasa memang tersangat penting kita menimba ilmu ni. Setakat nak spent masa separuh hari dan duit RM15?? sikit sangat berbanding ilmu yang bakal kita dapat. Siap dapat makan 3 kali lagi. So apa lagi??cepat2 mendaftar!!!

sekian

Friday, January 22, 2010

Sape still pakai Facebook = BODOH!!!

Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.

Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun.

Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam.

Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.


Facebook produk Yahudi?


Hukum penggunaan Facebook ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk bangsa itu.

Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan Facebooknya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin tersebar luas di kalangan pengguna Islam.

Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan Facebook kerana didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi.

Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi?

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu:

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Bila Facebook menjadi Haram

Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam.

Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan.

Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.

Facebook sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Malangnya ada diantara kita membuka akaun Facebook hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat.

Apatah lagi, Facebook kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online.

Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar.

Maka tidak hairanlah jika kajian Facebook sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini.

Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda.

Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar status 'maried' kepada 'single' pada profile Facebooknya.

Beberapa kes lain juga berlaku termasuk dalam negara ini sehingga terdapat kes seseorang individu itu disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen-komennya dalam blog yang berbaur hasutan dan ancaman yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan.

Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing.

Hanya anda tahu bagaimana anda menggunkan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat.

Tepuk dada tanya Iman..


Komen aku : kita guna untuk kebaikan je la. Aku ada Facebook. So ada masalah???

Thursday, January 21, 2010

Terima kasih kerana menguji aku

Hari ni memang hari yang menguji kesabaran bagi aku. Memula aku dapat tau hal ni memang membara jugak hati aku. Macam2 tindakan yang aku nak lakukan. Tapi setelah berfikir secara rasional aku ambil keputusan untuk bersabar.entah la kenapa aku memilih untuk bersabar. Tapi aku harap ni la keputusan yang terbaik yang perlu aku lakukan.

Terima kasih kepada orang yang bertanggungjawab buat motor ni jadi macam ni. Terima kasih sangat2..Mungkin ALLAH swt memang hantar dia untuk menguji aku kut. Sememangnya jalan yang aku pilih ini adalah jalan yang susah. Jalan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi. Setakat ujian macam ni kecik je kan berbanding ujian yang dihadapai oleh pejuang2 islam terdahulu.

Kepada sahabat2 yang memberi pandangan dan pertolongan tadi terima kasih banyak2. Fad, Piji, Mohsin, Miji, Pijan, Zamri, Mie, Afif, Mizi, terima kasih kat korang sebab bagi pandangan dan pertolongan tadi. Baguih gak kawan2 aku ni rupenye(ayat touching)

Aku harap isu berhenti setakat ini. Aku rasa tak perlu nak menyalahkan sesape. Semua ni aku anggap dugaan buat aku. Macam yang aku cakap tadi. Sesungguhnya jalan yang aku pilih ni semamangnya susah. So aku kena bersedia untuk segala kemungkinan. Mungkin hari ni macam ni tapi ujian yang mendatang mungkin lebih mencabar.

kepada pejuang2 sekalian!! Ingat lah jangan disebabkan ujian yang kecil membuatkan kita berhenti berjuang. Kerana sememangnya Ujian itu akan diturunkan oleh ALLAH untuk menguji hambanya. Teringat aku pesanan sape entah. Jangan di minta kurangkan ujian tapi pintalah ditingkatkan iman untuk menghadapinya.

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

Tentang motor aku tu. Aku dah setelkan dah. ANsib abik boleh tanggal tap kat yang cover hitam tu nanti aku pergi tukar. Sekali dengan cover sit. tak mahal pun. Takde hal la..sekian je coretan aku..

p/s : gambar lembab lak.nanti aku upload..kelas2!! huhu

wallahualam..

Wednesday, January 20, 2010

Dah Cuak la tu..

Bangi 19 Jan 8.20 pm| Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) tidak akan merasa tergugat dengan pelbagai strategi yang dilancarkan pihak Aspirasi kerana GMUKM sentiasa berusaha untuk memenangi hati mahasiswa.

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Mohd Faiz Ismail mengatakan bahawa pihak Aspirasi boleh melakukan apa sahaja strategi tetapi mahasiswa UKM akan memutuskannya.

"Kami pihak GMUKM akan berkerja keras untuk memenangi hati mahasiswa dan marilah kita lihat siapa yang akan diterima". Katanya yang juga pelajar tahun 3 Fakulti Pendidikan.

Mengenai pengedaran risalah Al-Bayan di Kolej Pendeta Zaaba malam tadi, Faiz berkata : " Sekarang kita telah nampak ketakutan pihak Aspirasi untuk bertanding dalam Pilihanraya kali ini. Pengedaran risalah haram Al-Bayan dan ugutan buang kolej menunjukkan mereka tengah gelisah sehingga sanggup membuat perkara tersebut yang jelas menunjukkan bersalahan dengan Aspirasi universiti".

Faiz berkata demikian selepas dihubungi wartawan GMUKM yang mendapat maklumat berkaitan artikel politik dan kempen murahan dalam risalah Al-Bayan.

























Risalah tersebut menunjukkan respon daripada pihak Aspirasi tentang isu penglebalan GMUKM sebagai ProIsrael. Artikel itu mededahkan sikap sebenar Aspirasi yang seolah-olah membalingkan batu sembunyi tangan mengenai isu tersebut.

sumber : http://gm-ukm.blogspot.com/

Ada apa dengan PRK????!!!!

Jom ramai2 kita pergi..macam best je..

Tuesday, January 19, 2010

Usah perlekeh Mahasiswa

KOTA KINABALU: Semua pihak diingat tidak memperlekehkan keupayaan mahasiswa termasuk mengeluarkan kenyataan menyindir golongan itu, bagi mengelak mereka menjauhkan diri daripada pihak universiti selain boleh merosakkan imej kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pentadbiran Perdana Menteri lebih terbuka kepada suara rakyat termasuk mendengar pandangan mahasiswa.

Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi turut menggalakkan mahasiswa bersuara mengikut saluran sesuai dan mengiktiraf cadangan mereka menghidupkan semula Sudut Pidato serta Parlimen mahasiswa

“Majoriti pemimpin universiti termasuk pensyarah memahami pendekatan itu, tetapi malangnya ada yang belum faham dan terus mengeluarkan kenyataan memperlekehkan mahasiswa.


“Tindakan seperti itu perlu dihentikan kerana kita tidak mahu mahasiswa berasa dikongkong, diperkecilkan atau dianggap seperti budak kecil sedangkan mereka sudah dewasa, malah ada yang sudah layak mengundi.

“Kita perlu menghormati dan mengiktiraf suara mereka. Jika mahu mahasiswa terus melangkah ke depan, hentikan sindiran atau suara memperlekehkan mereka kerana kesannya tidak baik terhadap golongan ini. Kita akan menegur pensyarah yang dikenal pasti merendahkan pandangan mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Wacana Ilmu dengan pelajar Kolej Yayasan Sabah (KPY) di Yayasan Sabah, Menara Tun Mustapha, di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Eksekutif KYS, Dayang Aminah Ali.

Saifuddin meminta mahasiswa diperlekehkan menyalurkan aduan ke e-melnya iaitu saifuddin61@yahoo.com.

Beliau mengakui ada mahasiswa berbeza pandangan dengan kerajaan atau universiti, namun menjadi tanggungjawab pendidik membetulkan keadaan.

Katanya, tidak ada salahnya jika pandangan mahasiswa berbeza kerana universiti adalah tempat mengeluarkan idea bernas dengan syarat secara berhemah.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, kementerian akan memilih tiga daripada 32 politeknik di seluruh negara untuk dinaik taraf sebagai politeknik perdana tahun ini.

“Menteri akan mengumumkan tiga politeknik yang terpilih dan kita dalam proses akhir membuat pemilihan. Kerajaan berpendapat sudah sampai masanya politeknik ditingkatkan kepada politeknik perdana sejajar usianya yang menjangkau 40 tahun,” katanya.

komen aku : Terima kasih kepada KPT. macam ni la kita nak.memberi kebebasan kepada mahasiswa walaupun berlainan ideologi.. Sedangkn KPT pun dah bagi green light. So ape pulak kat HEP?? kita nantikan..

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20100118234243/Article/index_html

Sunday, January 17, 2010

Semoga mak cepat sembuh..

Alhamdulillah..aku baru je sampai bilik. Malam semalam aku pergi rumah Yang aku kat Cheras. Sebab ape?? sebabnye sebelum subuh hari ni aku dah kena bergerak ke Melaka. Aku nak pergi mengubat mak aku secara tradisional. Mak aku ada batu karang dalam hempedu. Cuak juga aku bila dapat tau kelmarin. So tadi kami cuba ikhtiar ntuk mengelakkan pembedahan.Kami pergi 2 biji kereta. Mak, Abah n Kak Nyah naik kereta dengan Nyah. Aku, Dik Wai. Amirul n Zahirah naik kete Yang. Kami berkumpul kat r&r Seremban dalam pukul 6. lepas solat subuh kami sarapan dulu.lapar siot..

Adik aku yang nak bermanja ngan aku.haha

Selesai makan kami pun bergerak. Sampai kat rumah Haji tu dalam pukul 8 pagi. Bajet awal lagi tu. so ambil la no giliran.WOW!!!! no 72 dah..sekarang baru no 13.adui..lambat lagi la pulak..aku sempat sembang dengan sorang abang kat situ.. Rupanya seawal pukul 3 pagi dah ada orang tunggu. dahsyat gila.. Pengunjung pulak bukan dari Malaysia je. Singapore pun ada. ye la. ikhtiar.bayar pun ikut keihlasan hati. tentang kes Singaporean tu. isteri dia ade breast cancer. Alhamdulillah menjadi. So mengikut keikhlasan hati dia, dia bagi Toyota Wish sebijik!!.. pergh.. dahsyat giler.. dari Arab pun ada gak. Kira dah sampai internasional la..

Jemput datang juga ye..


rileks mak.jangan nervous sangat..

Tunggu punya tunggu ada uncle tu ada no lebih. No 38. Alhamdulillah. Dapat la balik awal. Bila sampai giliran Mak aku, Abah aku pun join gak berubat. Sebab abah pun ada batu karang. tapi kat pinggang je. Tak sebahaya mak.. berubat bukan lama pun. Tak sampai 5 minit pun. Kejap je Abah n Mak masuk. Dah keluar pun. Sebelum naik kereta balik aku sempat tengok batu karang diorang. mak ada 2 biji. Abah ada sebiji. sampai sekrang aku macam tak dapat bayang macam mana Haji tu dapat keluarkan batu karang ni. bila fikir batu ni ada dalam hempedu mak aku. meremang juga bulu roma aku. besar tu..


Abah n mak yang sabar menanti

Cuak pulak aku tengok

Sebelum balik sempat kami singgah makan kat Alor Gajah.. layan juga la ikan patin dia..hehe

Tak beli kat kedai ni pun.hehe



Amboi..bahagia nampak..

Lepas ni mak kena scan dulu. Tengok ada lagi tak. kalau ada lagi kena datang lagi nanti la nampaknya.. Tapi aku bersyukur sangat ALLAH swt pertemukan kami dengan Haji tu. Tapi barang diingat segala tu hanya ikhtiar je. Bukan haji tu punya kuasa,. Dengan izin ALLAH moga2 mak aku cepat sembuh. Takde la sakit2 seluruh badan lagi. Aku memohon sahabat2 mendoakan kesihatan Mak aku. semoga mak cepat sembuh..insyaALLAH..

wallahualam..

Saturday, January 16, 2010

Support sahabat2ku..

Pos ni aku dah lame nk poskan.. kira berhutang dengan tuan punya barangan..huhu.. dah dekat seminggu kut aku tangguhkan nak pos entri ni. sori la ek tuan barang.hehe..ni aku nak promosi sikit barangan yang boleh didapati kat PMFST. Bersama kita menyokong barangan Islam.

Sedap siot mizo yang tin ni..huhu


Suntop pun MATOP

kalau nak penerangan lanjut boleh bukak blog : http://sifaqihhumaira.blogspot.com/

Yang ni pulak barangan sahabat kolej aku. Memang menarik untuk beli. tapi aku yang dah ada tafsir ni macam tak beli kut. Ni pun tak habis lagi..huhu

Menarik isi dalam

Luar pun smart!!

Kelebihan :

  1. Merangkumi 30 juzuk Al-Quran dengan 616 mukasurat.
  2. Kulit tebal dengan pilihan 5 warna (Hijau, Biru, Merah, Merah Jambu & Ungu) SEKIRANNYA ADA STOK
  3. Berat hanya 1.3 kg.
  4. Saiz A4.
  5. mukasuratnya sama dengan Al-Quran Mushaf Uthmani yang kita gunakan di Malaysia.
Maklumat lanjut masuk blog ni : http://ikramussunnah.blogspot.com/2009/12/promosi-tafsir-al-quran-perkata.html

Bukan barangan ni je yang perlu anda sokong. Banyak lagi..sebagai contoh HPA.memang barangan dia insyaALLAH dijamin keberkatannya. kalau boleh barangan yang kita gunakan seharian terutama makanan dan minuman bebas dari unsur2 keharaman yang nyata mahupun bertapis.huhu.. Banyak sangat kes sekarang ni kita tak berapa menitik beratkan kepentingan barangan halal dalam kehidupan. So bersama menyokong barangan Islam.

wallahualam..

Friday, January 15, 2010

Tipu dosa, mati seksa..

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...

moral : jangan berbohong..huhu

sekian

sumber :http://gelihati.blogspot.com/

Thursday, January 14, 2010

Bukan PAS For All Tetapi PAS All The Way -Salena Tay Seorang Katolik

by Selena Tay
SAYA telah menjadi seorang pemerhati politik sejak tahun 1985 lagi. Pada masa itu sehinggalah tahun 2008 sebagai ahli sebuah keluarga Cina yang menetap di Kuala Lumpur, saya mempunyai satu pendapat sahaja berkenaan dengan PAS iaitu PAS ialah sebuah parti yang agak fanatik. Walaupun ahli-ahli keluarga saya telah mengundi parti DAP sejak tahun 1990 lagi, apabila DAP berkerjasama dengan PAS pada tahun 1999 dalam Barisan Alternatif, kami telah mengundi Barisan Nasional (BN).

Semua ahli-ahli keluarga saya termasuk saudara-mara dan juga rakan-rakan Cina saya yang lain amat menggeruni PAS sebab pada masa itu kami berpendapat bahawa PAS ialah parti yang amat merbahaya sebab PAS tidak peduli dengan kaum lain dan mempunyai fikiran yang sempit.

Tetapi semua itu telah berubah pada Pilihanraya Umum tahun 2008 oleh kerana kami sudah muak dengan gejala rasuah dalam BN dan oleh itu walaupun DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR, kami telah mengundi DAP.

Selepas Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak, kami mendengar berita bahawa beliau amat rajin dan berusaha membantu semua kaum dan golongan masyarakat yang miskin tanpa mengira bangsa dan ugama. Beliau juga seorang yang telus, ikhlas dan berwibawa. Ini serba sedikit telah mengubah fikiran kami terhadap PAS.

Tetapi pada Februari 2009, apabila BN merampas kuasa di Perak, kami telah 100% menyokong PAS sebab kami telah melihat dengan amat jelas bahawa yang fanatik dan yang gilakan kuasa ialah BN.

Dan pada Januari tahun ini pula, sekali lagi BN telah menunjukkan belangnya. Kali ini melibatkan soal ugama pula dimana 2 sepupu orang kuat UMNO telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak boleh menghalang orang Islam yang hendak mengadakan protes tentang keputusan mahkamah membenarkan akhbar Katolik Herald menggunakan perkataan Allah dalam seksyen Bahasa Malaysianya.

Manakala pemimpin-pemimpin PAS pula seperti Tuan Guru Nik Aziz, Salahuddin Ayub, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya pembakaran gereja Metro Tabernacle dan serangan keatas gereja-gereja yang lain. Selepas ini, 2 sepupu dari UMNO ini cuba pula buat ‘damage control’. Tetapi saya yakin orangramai tidak lagi mempercayai dengan lakonan sandiwara mereka yang bodoh itu.

Akhirkata, sebagai seorang yang berugama Katolik saya ingin juga menyatakan bahawa saya rasa amat terharu dengan sokongan yang diberi oleh PAS dalam hal ini. Masa telah tiba. Saya menggesa rakyat untuk membuka mata mereka. Bukan sahaja PAS For All tetapi PAS All The Way.

14hb Jan 2010

komen aku : MasyaALLAH.aku memang tak sangka sampai macam ni penerimaan diorang terhadap sebuah PARTI ISLAM. memang betoi la yang Pegangan akidah je yang boleh menyatukan semua kaum..ingat..Islam lah penyelesaian segala masalah.. Dari segi pentadbiran sehingga lah tentang perkauman. Teringat aku dengar pengisian baru ni. Ketika sape ek..Abu jahal kut (kalau salah tlg betulkan) mintak Nabi Muhammad saw stop nak bawak Islam. Nabi Muhammad saw setuju tapi dengan syarat sediakan 1 formula untuk menyatukan orang arab dan bukan arab. pastu geng2 kafir ni bincang lah macam2 cara. Bila dibentang kat Nabi Muhammad saw baginda cakap takde formula lain selain Islam. Jadi ingatlah dengan islam je yang boleh menyelesaikan segalanya. Aku menyeru semua insan yang membawa islam jangan lemah semangat walau ada cabaran yang banyak mendatang. kerana sesungguhnya jalan itu susah. seruan ni bukan untuk Pas sahaja. Tapi untuk semua gerakan islam di dunia ni. Walaupun korang berbeza medan namun hakikatnya tetap menuju objektif yang sama..

wallahualam..

sumber :http://www.ibnuhasyim.com/2010/01/bukan-pas-for-all-tetapi-pas-all-way.html

Wednesday, January 13, 2010

SPKG : Apa Kata Aku??


Semalam lepas isya' aku sempat meluangkan masa pergi ke Ceramah Umum tajuk SPKG : Apa kata mahasiswa??. memang menarik tajuk ini untuk dibincangkan.huhu.. Sesampai je aku kat sana aku tengok dah ramai orang yang menanti ahli panel dan aku rasa kebanyakannya menanti kehadiran Timbalan presiden PMUKM saudara Sarfarizmal kut.huhu. Setakat hafiz n Syafiq?? ape kelas..haha..

Jam dah dekat 9.30, Tapi ahli panel still belum sampai. Alaa..orang semakin resah nampaknya. Dah la pegawai keselamatan banyak menjaga semlam.huhu. Tapi bagi aku diorang ok je..diorang pun sokong je sebenarnya..Balik kepada ahli panel tadi. Takpe2 bagi chance diorang bersedia dulu. Bukan senang nak cakap isu camni.huhu

Semakin resah..

Yes!! sampai pun ahli panel je..bajet segak je masing2.huhu. hafiz n Syafiq dah sampai. persoalannye mane pulak Sarfa ni. cet.. Sembang kuat je..huhu.Lastly sampai gak orang yang sangat2 dinantikan. Siap pakai kurta lagi. macam ulamak pun ade.hehe.. Ok2..sekarang masa untuk naik pentas ye ahli2 panel sekalian..huhu. oit Sarfa kemane ko?meh2 naik sini..huhu
bangku nan sepi tanpa kelibatmu

Mula2 hafiz cakap. Dia bagi fakta la pulak. memang boring nak dengar.hehe. Tapi bagus la.at least cakap bukan hanya retorik semata2. terbaek la hafiz!!. Sekarang giliran Sarfa pulak.. Bila dijemput je naik ade suara2 yang memberi sokongan suh die naik. Dak2 aspirasi la tu.. Tapi dia tetap tak naik..cet dasar bual telor(bak kata noni semalam.hehe).Pastu M.C bagi ruang kat orang len.nak tau sape yang naik??pompuan je yang naik.Pompuan lagi beran dari die.haha..Naik pulak syafiq dengan pembukaan yang berapi2 dan pengakhiran yamg dramatis.huhu. caya la Syafiq!!

Pastu ade dibuka kepada penonton untuk bagi pandangan. Tapi sorang je.dah la tu seminit sorang je pulak tu.adui..tak syok langsung. pak Guard la suh stop awal sangat.skema betoi..aku dah bangun dah nak bagi pandangan. tapi ada abg ni yang nampak nak sangat cakap.siap tolak aku lagi(sikit je).takpe2 aku bagi laluan.besa la.hormat orang tua.hehe...Sebabkan aku tak sempat bagi semalam.so aku nak bagi pandangan kat blog aku la ek..baca je la..huhu

bagi aku SPKG ni amat lah baiknye. nampak juga keaktifan budak2 kolej aku ni. Buat program macam2. mesti sahabat2 tunggu tapinye kan??hehe..tapi bagi aku pelaksanaan dia yang perlu diperhalusi. Aku agak terkejut dengan pointer adik2 1st year aku yang aktif gile tapi pointer tak cecah 3. Tapi rasa ada masalah dalam key in markah kut. Entah la..Macam banyak je adik2 KIZ ni yang pointer teruk.Lagi 1 hal yang aku agak berat nak katakan. pada mulanya aku sendiri menyokong peratus yang lebih kat kolej sebab aku memang aktif kolej sejak 1st year. Tapi semalm lepas ceramah tu aku sembang dengan abg yang berebut dengan aku tu. Dia dak FUU/2 dan dah berumahtangga.dah veteren sangat. dia sangat2 nakkan pengecualian dari SPKG ni. dah banyak pengalaman kut. Dia cakap sepatutnya SPKG ni kena banyak markah kat Fak sebabnye program yang berkait dengan kos masing la yang akan dipandang oleh company. dia bawa contoh takkan la budak2 law kena paksa turun aktiviti menari kat kolej..Bukan jadi ajk tapi penonton je pun. ada meningkatkan soft skill ke gitu? abang tu kata la. aku ni tak berani sangat nak cakap sebab aku memang senang hati aktif kat kolej.hehe. lagi 1 kalau kita tengok macam kolej2 besar. Zaaba contohnye. macam tak sesuai je. bukannye felo kenal semua student. lain la KIZ yang aman damai ni.hehe..So bagi aku penambahbaikan dari banyak aspek perlu dilakukan. Biasa la benda awal2 ni. korang kena la jadi bahan experiment nye..haha

Bagi aku setakat nak aktif kolej ni. Tak payah SPKG pun xpe. Kalau hati tu nak. Aktif jugak. Budak2 3rd year kolej aku boleh je aktif sampai sekarang.Padahal kami takde pun SPKG. Come On 1st n 2nd year.huhu. Sekadarnye dari aku. Semoga ketelusan SPKG ni akan dititikberatkan dalam menjaga pelanggan2 UKM seperti kami(menurut abang semalam.hehe)

Tuesday, January 12, 2010

hari ini dalam sejarah

Hari ni hari yang mengecewakan..aduyai..buat pertama kali dalam sem ni aku terponteng kelas. Bangun tido tadi memang ngantuk giler. Balik je dari surau tanpa segan silu aku terus menuju ke perbaringan. Memang tak sabar2 sejak dari surau lagi.haha. aku dah set jam pukul 7.30. Entah pehal la aku tak sedar sampai la pukul 8.05. Tu pun Fad yang datang kejut. Akibat terlebih dari pukul 8 aku pun tersambung tido lagi..uish teruk2.. Dah ponteng kelas buat pertama kalinye di semester terakhir ni..waaaa.... habis rekod bersih aku..huhu..


Takpe la. kena insaf lepas ni. lepas subuh jangan tido balik. Memang risiko tinggi untuk ponteng kelas.huhu.. Kepada sahabat2 jangan la ponteng kelas ek. memang kekadang kita tak dapat pape dari kuliah tu. tapi keberkatan tu tetap ada. patut la subjek U3 aku sem lepas dapat C+. jarang pergi kelas. Padahal exam final leh je buat.huhu..insaf2...

sekian..

Monday, January 11, 2010

Atheist yang membingungkan diri sendiri

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal…

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

Padan muka cikgu tu..huhu.. Cerita kat atas ni merupakan salah 1 agenda puak2 atheist ni. Bajet bagus je diorang ni. Kali ni aku nak post tentang masalah atheist. Dah lama aku nak post atas permintaan seorang sahabat aku. Sempena Birthday hang hari ni aku post ek. Ok kan Sab?? kira hadiah dari aku untuk sahabat aku yang bernama Sabri Bin Mohamed Radzalan @ Roslan.Kita tengok sekarang ni semakin banyak orang yang tak percaya tuhan (menurut Sabri). Aku pun tak berapa arif sangat. Tapi aku cuba juga menghurai masalah ni setelah mencari bahan di internet..


Apa yang aku faham golongan ni adalah golongan yang tak percaya akan kewujudan tuhan. Diorang ni mengatakan kehidupan di dunia ni adalah 1 kebetulan.(mengong punye pegangan).Kalau kita tengok kat Amerika, gerakan Atheist dah wujud dan digelar sebagai American Atheists. badan ni memperjuangkan hak2 mereka yang tak percaya dengan agama ni dan mengetepikan kepentingan golongan beragama. Tambah pulak lahirnya selebriti yang dari golongan ni sebagai contoh Bruce Willis dan Jodie foster. Kehadiran diorang ni sedikit sebanyak menggiatkan lagi perkembangan golongan atheist ni.

Terdapat beberapa pandangan yang menghuraikan pengertian Atheistism yang kini banyak melanda negara-negara Barat, tidak terkecuali sebahagian besar di sekitar Asia Tenggara ini. Ia boleh dilihat sebagai satu ideologi yang disokong sebagai satu gerakan ke atas negara-negara di dunia, dengan membawa satu perencanaan baru ke dalam kehidupan manusia.
Ada juga yang bermula daripada kedudukan sebagai free thinker, yakni golongan yang menerima semua jenis agama dan kepercayaan.
Kemudian kekeliruan yang dilihat sebagai tiada penyelesaian, meletakkan golongan ini sebagai atheist yang menolak agama kerana bagi mereka agama adalah punca kekeliruan.

Dr. Mustafa Mahmud di dalam bukunya Dialog Muslim-Atheist (1981 Penerbitan Nasional), menyenaraikan beberapa bentuk persoalan yang sering dikemukakan dan dianggap tidak mampu dijawab oleh mana-mana Muslim, sekalipun yang berpegang teguh kepada gaya hidup Islam.
Siapakah yang mencipta Tuhan yang telah menciptakan alam semesta ini?
Soalan ini tidak mempunyai asas yang relevan sama sekali. Penyoal mengakui alam diciptakan Tuhan kemudian mengajukan soalan sebegini.
Ia telah mencampur-baurkan Zat pencipta dengan zat-zat ciptaan-Nya, maka pertanyaan sebegini akan bertentangan.

Golongan ni juga memperlecehkan Al Quran. Mereka mengatakan bahawa umat Islam terlampau fanatik dengan Al Quran tanpa merasakan yang kemungkinan nabi Muhammad saw telah mengubah isi kandungan ayat tersebut. Lagi teruk ada yang mengatakan yang Al Quaran adalah hasil karangan Nabi Muhammad..

Aku sebagai geologist mesti la ambil contoh tentang geologi kan.huhu.saintis dalam bidang geologi yang merupakan profesor geologi dan pengerusi Jabatan Geologi Institut Geosciences, Universiti Mainz, Germany iaitu Profesor Professor Alfred Kroner memberi komennya selepas mengkaji beberapa ayat al Quran yang menyentuh ilmu Geologi.
``Setelah mengkajinya dan memikirkan dari mana Muhammad berasal, adalah mustahil baginya untuk mengetahui penciptaan alam semesta kerana penemuan penciptaan alam semesta hanya dapat dibuktikan oleh para saintis selepas adanya kaedah teknologi yang maju beberapa tahun yang lalu.''
Kroner merujuk kepada surah Al anbiya ayat 30 yang bermaksud:

``Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?''

Dengan mengambil contoh ayat ini beliau mengatakan adalah mustahil pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, manusia mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu nuklear fizik ketika itu.
Dan ini menimbulkan persoalan kepada beliau bagaimana baginda mampu menyampaikan mesej al Quran yang mengandungi ilmu sebegitu berharga dengan tepat sekali.

Kan dah banyak bukti yang tertulis kat Al Quran dan di sahkan oleh sains. Apa la diorang ni. Bagi aku golongan atheist ni hanya golongan yang cuba mencabar diri sediri dari mengatakan ya kepada prinsip ketuhanan. Diorang cuba melawan fitrah kejadian manusia yang inginkan tuhan. Tak boleh bayang apa yang diorang fikir. Aku rasa diorang ni nak enjoy je kut tanpa matlamat hidup terutama kehidupan selepas mati. Aku berharap sangat golongan muda zaman sekarang ni dapat menhindarkan diri dari terjerat dengan golongan macam ni.

Kita tengok kehidupan seharian kita. biasanya kalau kita terlupa ke terkejut ke, kita akan cakap Ya ALLAH tak pun Oh My God. tap puak atheist tak leh la gitu. Tukar kut. Oh My Darwin ke Oh My Scientific ke oh My World ke.haha.. ye la dah semua nak pakai logik akal je..haha



sekadarnya dari aku untuk pembaca aku amnya dan hadiah untuk sahabat aku khususnya..sekian..

sumber :
http://mindamedia.blogspot.com/2005/07/hidup-satu-kebetulan-atheist-menolak.html
http://friendlyatheist.com/2007/11/06/friendly-atheist-contest-8-atheist-haiku/
http://syafiqbudakthanawi.blogspot.com/2009/12/cikgu-tadika-yang-tak-percaya-wujudnya.html

wallahualam..

Masalah umat di Piala Geologi

Aku post entri ni lambat sikit. Ingat nak post semalam. Tapi termengantuk pulak.huhu. Semalam berakhirnya futsal geologi. Macam2 ragam yang aku tengok. Yang menyedihkan Semua team ada je yang tak menutup aurat. Termasuk team aku sendiri. Aku sendiri tak mampu nak suarakan.hmm.. Tambah pulak tournament kali ni ada terbuka untuk kategori pompuan jugak. Tengok diorang ni macam laki pun ada. Otai je nampaknya.haha. Sampaikan kawan aku jimi cakap takut tengok diorang ni. Tapi sebenarnya aku faham apa jimi maksudkan. Jimi maksudkan takut tengok masalah umat ni.(betoi ke ek jimi??). Sepanjang pemerhatian aku sabtu tu takde pulak aku tengok ada pompuan yang pakai tudung. yang mengorenkan rambut ada la..ish3x..macam2..

Tapi aku rase aku patut bagi kredit kat 1 team ni. Semua tutup aurat. Time solat terus pergi solat dulu. Macam ni la yang kita nak. Team yang aku maksudkan adalah GMFC. Mungkin ada pembaca yang merasakan pujian aku adalah berbau politik. Maklum la aku kan penyokong tegar GMFC.huhu.kalau ada yang ingat macam tu anda boleh tengok entri aku puji team bola KBH time SUKEM dulu.(klik sini ). Pasukan yang macam ni kita nak. Pasukan yang mengislamisasikan kehidupan. Jangan lupa Islam is the way of life. Walaupun GMFC kalah diperingkat kumpulan. Tapi takpe la. At least korang dah tunjukkan yang islam pun ada menunjukkan cara untuk bersukan..Syabas untuk korang!!

GMFC


Masuk pulak bab solat zohor. Aku mengharapkan yang peserta kat situ semua bersolat zohor. Takut penganjur yang akan dipersalahkan nanti. Walaupun bukan aku yang anjur. Tapi ni anjuran Geologi. Aku sebagai warga geologi kena juga fikir masalah ni kut. So aku bergerak menuju ke kaunter mencari pengarah. Nampaknya pengarah sibuk. so aku pun jumpa timbalan pengarah. Aku jumpa sarankan diorang umumkan suh pengunjung yang belum solat pergi ke masjid ataupun surau KDO. Walaupun silap umum cakap sape yang nak solat (patut sume kena) tapi ok la dari takde.Papepun syabas kat timbalan pengarah yang bertindak selari dengan agama..terbaek!!. Bukan niat aku nak membangga dengan tindakan sendiri. Tapi aku rasa selagi kita mampu kita perlu elakkan kemungkaran dari berlaku. Semoga aku ikhlas dalam perkongsian ni..


Secara kesuluruhannya aku merasakan Kejohanan kali ni meriah dan berjaya. Syabas di ucapkan kepada En Pengarah Naim dan crewnya yeang berjaya menganjurkan event sebesar camni.. TERBAEK LA GEOLOGIST!!

wallahualam..

Sunday, January 10, 2010

Cutebabyboy...

Jagoan cute

Hari ni aku agak kepenatan.. Penat berjuang di medan futsal.haha.. Aku bersama team geology 3rd year berjaya melangkah ke peringkat kumpulan..haha. Perkara yang sudah kujangja sejak awal lagi. Maklum la tak pernah main tournament. Kena pulak nama kumpulan yang tak boleh blaj. Cutebabyboy. bajet CUTE.haha. ahli team aku terdiri dari keeper import zam, aku, shi, basiaq, syafiq, manan, jimi, auni, din dan nippon. Memang hebat gile dah. tapi permainan yang penuh emosi memang bukan bidang kami kut(alasan je ni).Setakat main gelak2 kat PKNS tu boleh la kami layan. Apa2 pun kami enjoy tadi. At least kami kalah pun sebab nasib menyebelahi pihak lawan je..haha..nasib2...Pasrah je la.. melayang RM80. kalau kalah di peringkat kumpulan dapat refund balik kat best..hehe..

Slow talk setelah tewas mengejut kepada team underdog.haha

Merenung kesilapan masing2

Friday, January 8, 2010

Mahasiswa menyambut saranan KPT

Sumber : http://gm-ukm.blogspot.com/

Bangi- Kira-kira 60 orang penggerak mahupun penyokong Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) telah berhimpun di parkin motor di hadapan FPI pada jam 6.00 petang semalam.

Tujuan himpunan mahasiswa ini diadakan adalah untuk menyahut seruan dan saranan daripada Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk mengadakan sudut pidato atau 'speaker corner'.

Menurut beliau, mahasiswa bebas berpidato dengan mengemukakan isu semasa antaranya politik, ekonomi dan sosial selain pandangan dan kritikan bernas dalam memperkasakan pentadbiran IPT dan negara.


Sudut pidato semalam ini diadakan untuk meluahkan pendapat atau pandangan mengenai isu yang hangat diperkatakan warga UKM kini iaitu mengenai pilihan raya kampus yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Majlis ini dipengerusikan oleh saudara Mohd Ikram dari tahun 1 dari Fakulti Pengajian Islam. Saudara Ahmad Ammar Ishak, wakil dari Gabungan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), saudara Phoon Kar Liang dari Kesatuan Anak Muda Independen (KAMI),saudara Affandi Abdul Rahman pengerusi MAMPU dan saudari Rabiatul Adawiyah bagi pihak siswi adalah antara yang lantang berpidato memberikan pandangan dan kata-kata semangat kepada mahasiswa yang hadir.


Selain itu, GMUKM turut menampilkan Mohd Hafiz Abdul Razak sebagai wakil calon GMUKM untuk menyampaikan pidatonya.


Himpunan ini dihiasi dengan warna rasmi GMUKM iaitu warna ungu serta barangan-barangan teknikal seperti bendera dan kain rentang yang tertulis serangkap pantun iaitu :

WARNA UNGU MENJADI PILIHAN
SEBAGAI WADAH DALAM PERJUANGAN

FALSAFAH, KEILMUAN SERTA KEBAJIKAN

GM MEMIMPIN UKM TERKEHADAPAN



Setelah selesai sesi pidato, semua mahasiswa yang terlibat menyanyikan lagu rasmi Pro Mahasiswa Nasional dengan penuh bertenaga dan bersemangat. Kemudian majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Azizan Anwar daripada Fakulti Pengajian Islam.

GMUKM mengucapkan terima kasih kepada para pegawai keselamatan yang turut serta bersama kami kerana menjalankan tugas dengan baik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang