PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Saturday, December 28, 2013

Kisah seorang Ibu

"Mak mintak maaf menyusahkan semua anak dan menantu mak" luah seorang ibu kepada anaknya yang menjaganya pada hari itu.

Sang anaknya menahan sedih dihati. Cuma mengempang air mata keharuan dari melaju turun membasahi pipi.

"Mana ada susah mak. Tanggungjawab kami" Si anak membalas sambil memalingkan muka ke arah dinding. Mengharap agar ibunya tidak perasan akan ada takungan kecil airmata di kelopaknya.

Sepanjang hidup mak inilah kali pertama mak ditahan di wad. Kesukaran bernafas, mata kekuningan, kandungan air kecing yang tidak normal dan beberapa syptom lain sudah cukup menggusarkan anak-anaknya, Namun sebelum di bawa ke hospital. Mak sangat berat hati untuk pergi ke hospital walaupun keadaan kesihatnnya sangat tidak stabil ketika itu 

"Siapa nak jaga mak nanti? Nyusahkan sahaja" Itulah kata-kata yang terbit dari seorang ibu yang punyai 12 orang anak dan 10 orang menantu,

Begitulah resmi seorang ibu. Tidak terlintas untuk menyusahkan anak-anaknya. Kasih sayang yang disemai sedari awal kehamilan sehingga kini tidak sekali-kali luntur dek peredaran masa. Seboleh mungkin memberi yang terbaik kepada anaknya walaupun dalam keadaan yang sangat sukar!

Kisah ini hanya secebis dari jutaan kisah-kisah kecintaan ibu kepada anaknya. kamu sebagai anak kenangilah jasa ibumu. Apalah sangat kepenatan kita berkhidmat kepada mereka yang sangat sedikit berbanding kepenatan selama 9 bulan mengandungkanmu. Bersabung nyawa melahirkanmu dan perngorbanan membesarkan mu.

Dan ibu itu adalah ibuku. Sungguh. Aku sayang ibuku kerana Allah!

Moga Allah panjangkan usia dan memberikan kesihatan kepada Ibuku. Amin.

-Anak Mak yang ke 10-

Anak manja mak :)


3 comments:

Anonymous said...

Salam sejahtera dan kasih sdr sdri,
Memang lah benar ibu yang disaluti iman dan perikemanusian bersikap dan berpelakuan saperti yang di catitkan,malah lebih hebat dan besar dari yang digambarkan pengorbanan dan kepedulian ibu pada anak anaknya.
Malangnya dalam dunia yang fana ini banyak juga ibu yang perlakukan kapada anak anaknya jauh lr=ebih zalim dari layanan haiwan kapada anak anak mereka.Malah kita tak kedengaran haiwan membunuh anaknya sendiri,atau mensia siakan anaknya.Malah ibu haiwan sanggupmati menjaga keselamatan anak anknya.
Tapi sudah menjadi cerita dan berita harian anak yang dilahir di buang katong sampah,kajamban,kadalam longkang dan ada yang dibiarkan sendirian sedangkan ibu berpelesiran dengan keseronokan maksiat.
Kenapa bolih jadi begini dikalangan ibu ibu yang tidak ada unsur unsur kemanusian?
Dapatkah dikupas kenapa dalam dunia haiwan ada kasih sayang keibuan dan nilai kemanusian tapi dalam dunia manusia kezaliman dan kebinatangan lebih terserlah dan mengalahkan haiwan?

Anonymous said...

saya lahir dalam keluarga besar iaitu sembilan orang dan bertambah besar bilamana abah mengambil lima lagi anak adiknya yang yatim piatu sebagi tanggong jawabnya.abah dan mak membuat pelbagai urusan niaga untok menambah pendapatan tanpa mengeluh penat atau susah.amat saya tak boleh lupa bilamana melihat mak memakai baju dari kain buntil tepong yang dikutipnya dari kedai ah foo.saya kesekolah tidak pernah berlenggang tangan dengan hanya beg buku sekolah yang pasti akan memikul bakul kueh mueh untok jualan .begitu juga kakak abang dan adik adik.alhamdulillah berkat sabar mak dan abah mendidik mengasuh kesemua kami dapat memegang ijazah menara gading.kami bersyukor kerana diantara kami ada yang berjawatan perundangan,perubatan,pensyarah dan pendidikan.suatu ketika dulu kami amat teruja ingin mencalon mak dan abah sebagai ibubapa mithali akan tetapi merka menolak dengan alasan biarlah mereka jadi mithali disisi allah swt.kami mahu menghantar mak dan abah menunaikan haji mereka berkata hukum haji itu wajib/harus pada yang berkemampuan,jadinya tidaklah wajib atau harus bagi mereka.apa yang tersirat mak dan abah mahu kami hidup selesa,beramal dan berjihad demi akhirat.semoga allah swt mencucuri rahmat dan menepatkan mereka dikalangan orang orang yang beriman solleh dan solehah.

Zulgeologist said...

Anon 1 : Tu akibat dari kurangnya didikan agama. sistem pendidikan Malaysia perlu di ubah!

Anon 2 : kisah yang osemm... saya kongsikan di fb sy.jzkk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang