Pertamanya.
Selamat datang ke blog aku. Lama tak happdettt…haha
Sebenarnya
tajuk ke atas ni bajet je lebih. Sengaja nak menggedik buat gaya macam entry the
vocket. Haha. Yang lelaki dimaksudkan adalah aku le.
So hari ni aku just nak share sebab apa aku
memilih untuk bersama PAS dan terus BERSAMA sehingga kini.
1. DASAR
DAN TUJUAN PERJUANGAN YANG JELAS
Nampak macm cliché kan? Tapi ini lah hakikat yang semua
perlu terima. Dengan dasar dan tujuan yang jelas lah yang membolehkan sesiapa
sahaja kekal beristiqamah. Dasar PAS adalah ISLAM manakala seruan adalah
Allahuakbar.
Tujuan PAS pula adalah
1)
Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat
dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan
hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
2)
Mempertahankan
Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Maka sudah terang lagi
bersuluh. Selagimana semua ini tidak lari dari perjuangan. Maka tiada sebab
untuk aku berpindah bahtera.
2.
DI TUBUHKAN HASIL IJTIMAK ULAMA TANAH MELAYU
Korang boleh singkap sejarah penubuhan
PAS. Siapa yang berijtimak bersama-sama walau datang dari pelbagai ceruk tanah
melayu? Mereka inilah begitu gigih untuk bersama dan menggerakkan satu gerakan
islam demi mendaulatkan islam di tanah melayu. Mereka ini tidak lain adalah
ulama’ tanah melayu ketika itu. Aku yakin dan percaya dengan keputusan bersama
ulama’ melayu ketika itu insyallah ada barakahnya.
3.
MEMPUNYAI
3 ELEMEN DALAM PERGERAKAN
Ini yang paling ketara yang membezakan PAS dengan gerakan
islam lain mahupun parti politik lain. Boleh dikatakan semua gerakan islam
memilih Dakwah dan Tarbiah sahaja. Parti
Politik pula memilih Siasah sahaja.
Namun berlain dengan PAS. PAS membawa ketiga-tiga elemen tersebut
sekaligus tanpa meninggalkan salah satu. Dakwah , tarbiah dan siasah berjalan
seiring bersama!. Aku yakin 3 perkara inilah yang mampu menjadi formula untuk
membawa islam ini ke puncaknya.
4.
PAS
BUKAN SEMPURNA
Ya. Betul. Aku setuju 100% mengatakan PAS bukannya
sempurna. PAS bukan baik sangat pun.
Ahli dalamnya pun bukannya semua malaikat. Namun aku percaya PAS yang paling
baik dan sempurna antara kesemua parti politik. Kelemahan-kelemahan yang ada
pada PAS ini lah yang lebih menguatkan azam aku untuk bersama dengan Gerakan
Islam ini. Bukan nya apa. Kelemahan-kelamahan ini lah yang membuka ruang kepada
aku untuk beramal soleh sedaya mampu.
5.
DI
PIMPIN OLEH ULAMA’ SIASI
Semua mengetahu bahawa politik adalah suatu bidang yang
sangat licik. Dalamnya ada kekotoran. Oleh itu untuk memastikan langkah politik
kekal dilapik dengan nas agama, Perlu ada golongan yang mampu memandu kita dan membuat bacaan politik dalam neraca agama. Tidak dapat tidak mereka adalah dari golongan ulama'. Bukan sahaja ulama' yang faqih ilmu agamanya. Malah ulama' yang mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang siasah ini. Antara contoh paling mudah untuk kita ambil Tuan Guru Hj hadi Awang. Benar. kadangkala langkahnya tidak populis dalam masyarakat kita. Namun langkahnya jelas berdasarkan ilmu agama bersulam pengalaman luas beliau. Moga Allah panjangkan umur beliau.
Biar siapa juga terpilih untuk memimpin. Akanku angkat dia agar membawa mesej Islam ini
Ok. Cukup aku kongsikan 5 sebab terlebih dahulu. Doakan aku dan kamu agar istiqamah di jalan juang ini. Kita
bukan nak apa pun apabila bersama dengan PAS ini. Kita ingin jadikan ia sebagai
tempat untuk kita beramal soleh dalam usaha untuk mengejar syurga Allah semata.
Ya muqallibal Qulub,
Thabit qulubana ‘ala
dinika wa ‘ala thaatika.
- Ahmad Zulqurnain Ghazalli-
Ahli Biasa Parti Islam Semalaysia (PAS)