PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, August 13, 2015

5 SEBAB LELAKI INI KEKAL DENGAN PAS (No 3 paling win!)


Pertamanya. Selamat datang ke blog aku. Lama tak happdettt…haha

Sebenarnya tajuk ke atas ni bajet je lebih. Sengaja nak menggedik buat gaya macam entry the vocket. Haha. Yang lelaki dimaksudkan adalah aku le.

 So hari ni aku just nak share sebab apa aku memilih untuk bersama PAS dan terus BERSAMA sehingga kini.

1.     DASAR DAN TUJUAN PERJUANGAN YANG JELAS

Nampak macm cliché kan? Tapi ini lah hakikat yang semua perlu terima. Dengan dasar dan tujuan yang jelas lah yang membolehkan sesiapa sahaja kekal beristiqamah. Dasar PAS adalah ISLAM manakala seruan adalah Allahuakbar.

Tujuan PAS pula adalah

1)    Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
2)     Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Maka sudah terang lagi bersuluh. Selagimana semua ini tidak lari dari perjuangan. Maka tiada sebab untuk aku berpindah bahtera.

2.    DI TUBUHKAN HASIL IJTIMAK ULAMA TANAH MELAYU

Korang boleh singkap sejarah penubuhan PAS. Siapa yang berijtimak bersama-sama walau datang dari pelbagai ceruk tanah melayu? Mereka inilah begitu gigih untuk bersama dan menggerakkan satu gerakan islam demi mendaulatkan islam di tanah melayu. Mereka ini tidak lain adalah ulama’ tanah melayu ketika itu. Aku yakin dan percaya dengan keputusan bersama ulama’ melayu ketika itu insyallah ada barakahnya.

3.    MEMPUNYAI 3 ELEMEN DALAM PERGERAKAN

Ini yang paling ketara yang membezakan PAS dengan gerakan islam lain mahupun parti politik lain. Boleh dikatakan semua gerakan islam memilih Dakwah dan Tarbiah sahaja.  Parti Politik pula memilih Siasah sahaja.  Namun berlain dengan PAS. PAS membawa ketiga-tiga elemen tersebut sekaligus tanpa meninggalkan salah satu. Dakwah , tarbiah dan siasah berjalan seiring bersama!. Aku yakin 3 perkara inilah yang mampu menjadi formula untuk membawa islam ini ke puncaknya. 

4.    PAS BUKAN SEMPURNA

Ya. Betul. Aku setuju 100% mengatakan PAS bukannya sempurna.  PAS bukan baik sangat pun. Ahli dalamnya pun bukannya semua malaikat. Namun aku percaya PAS yang paling baik dan sempurna antara kesemua parti politik. Kelemahan-kelemahan yang ada pada PAS ini lah yang lebih menguatkan azam aku untuk bersama dengan Gerakan Islam ini. Bukan nya apa. Kelemahan-kelamahan ini lah yang membuka ruang kepada aku untuk beramal soleh sedaya mampu.

5.    DI PIMPIN OLEH ULAMA’ SIASI

Semua mengetahu bahawa politik adalah suatu bidang yang sangat licik. Dalamnya ada kekotoran. Oleh itu untuk memastikan langkah politik kekal dilapik dengan nas agama, Perlu ada golongan yang mampu memandu kita dan membuat bacaan politik dalam neraca agama. Tidak dapat tidak mereka adalah dari golongan ulama'. Bukan sahaja ulama' yang faqih ilmu agamanya. Malah ulama' yang mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang siasah ini. Antara contoh paling mudah untuk kita ambil Tuan Guru Hj hadi Awang. Benar. kadangkala langkahnya tidak populis dalam masyarakat kita. Namun langkahnya jelas berdasarkan ilmu agama bersulam pengalaman luas beliau. Moga Allah panjangkan umur beliau.

Biar siapa juga terpilih untuk memimpin. Akanku angkat dia agar membawa mesej Islam ini


Ok. Cukup aku kongsikan 5 sebab terlebih dahulu.  Doakan aku dan kamu agar istiqamah di jalan juang ini. Kita bukan nak apa pun apabila bersama dengan PAS ini. Kita ingin jadikan ia sebagai tempat untuk kita beramal soleh dalam usaha untuk mengejar syurga Allah semata.

Ya muqallibal Qulub,
Thabit qulubana ‘ala dinika wa ‘ala thaatika.

- Ahmad Zulqurnain Ghazalli-
Ahli Biasa Parti Islam Semalaysia (PAS)


15 comments:

cikmatgelap said...

apakah klu tidak bersama pas yg telah jauh terpesong dari perjuangan asal tu,tak dapat beramal saleh,apakah hanya bersama pas yg telah songsang tu saja baru boleh masuk surga??????????.....satu tanda tanya

Anonymous said...

PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen? Sekarang macam sayang Najib
13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

Wan Rosli said...

SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI

1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda? (MAHKAMAH DAPATI TGHA X ADA MENUDUH SESIAPA SECARA KHUSUS JADI BELIAU TIDAK BERSALAH!)

2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb? (KALAU LAYAK KENAPA SULTAN SGOR X MEMILIH BELIAU SBG MB?)

3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb? (PAS BERHAK ATAU SULTAN YG BERHAK DLM MELANTIK JAWATAN MB?)

4. Muktamar dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha.. (DAP GUNA DUIT POKET SENDIRI KE BYR GAJI? INGATKAN GUNA DUIT RAKYAT TADI!)

5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro? (DOA UMUM MACAM DOA LAKNAT PADA UMNO JUGAK LAH!)

6. ahli mengeboo pemimpin2 pro? (BENAR.. KERANA GHB MASIH TAK MAHU KELUAR PAS WALAUPUN DAH ISYTIHAR PARTI BARU!)

7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro? (TAK BOLEH KE? KALAU DAP MAKI HAMUN TGHA, GHB BUAT APA PULAK?)

8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji? (JGN NAK BOHONG! PENERANGAN SUDAH DIBUAT DLM SALAH SATU MESYUARAT TAPI DAP TOLAK MENTAH2 WALAUPUN IA DIBUAT MENGIKUT LUNAS SISTEM DEMOKRASI IAITU MELALUI PARLIMEN! INI HANYA FITNAH GHB DAN KETUA MEREKA LGE!)

9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang.. (KALAU GELARAN YG BETUL TIDAK SALAH.. SEUMPAMA SEORG YG MENCURI PATUT DIPANGGIL PENCURI!)

10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor? (TAK.. KENAPA?)

11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?(KENAPA? DI SGOR PUN DAP BAYAR GAJI KE?)

12. dia selalu ponteng sidang parlimen? (LGE TAK PERNAH PONTENG KE?)

13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng? (ITU BARU PERMULAAN DAN AKAN DIBUAT PERINGKAT DEMI PERINGKAT.. X PERLU GOPOH!)

14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai.. (IKUT KATA ASMAWI MUNI YG DAH MASUK GHB, CAI TIDAK LANGGAR PERATURAN KEMPEN.. PAHAM? JADI X ADA ISU!)

Wan Rosli said...

Penulis tiada langsung pertikaikan amal ibadah di luar PAS.. so terpulang pd masing2 punye pendapat.. kalau rasa pedas pun kami x peduli pun..

Anonymous said...

rosli ni mmg penjilat tegar hadi awe
jgn syirik dh la bro

mata-mata said...

Kita tunggu kelahiran GHB....kita lihat sujauh mana kesyumulan Islam yg akan dibawa oleh pemimpin2 yg dilihat begitu hebat...tp sebenarnya dayus dan bacul....keluar sj dr PAS dan tak perlu beralasan dengan alasan bodoh...jadi lah anak jantan....kpd pemimpin2 baru PAS...kalian diperhatikan...

Ahmad Zulqurnain Ghazalli said...

Aku tak pernah menafikan tempat lain untuk kamu beramal soleh.

Jika di sana kamu rasa boleh lebih berintimak.

Silakan.

Cuma. Bagi aku. PAS yang terbaik.

sekian. :)

Anonymous said...

Salam beb

tq sebab beri jawapan pada setiap persoalan. Terkadang aku sesat tanpa jawapan pada persoalan yang memberat di fikiran.

satu jer aku mohon penjelasan

kenapa berlaku pertindihan calon di PRU13 yang lalu yang mana PR menjadi bahan ketawa serta jelas menunjukkan ketidaksepaka4an dalam mesyuarat.
mengapa PAS meletakkan calon di tempat yang ditandingi oleh PKR sekaligus membuat kerusi tersebut dimenangi oleh pihak lawan

harap dapat memberikan jawapan yang win.

mungkin sekiranya ada jawapan yang tak win , soalan seterusnya saya kemukakan.

Terima kasih


mantibai demang lebar daun
sura hujung
dungun
A1

Anonymous said...

Soalan kepada wan rosli

perkara no 6, berkaitan mengeboo
rasa2nya, bila tarikh peristiwa mengeboo ni berlaku? Adakah selepas ghb diura2kan ditubuh atau pro masih bersama PAS? Dapatkan fakta yang betul.

perkara no 7, isu memijak gambar pemimpin pro
bila mula peritiwa ini berlaku? Semasa pro masih dalam PAS atau telah diura2kan penubuhan ghb? Sila dapatkan fakta yang betul
(Adakah ini bermakna, jika dap berkelakuan begitu, maka PAS juga dibenarkan? Itu akhlak orang Islam? Mohon pencerahan)

Perkara no 2. Kuasa sultan melantik mb selangor
Adakah dibolehkan menghina seseorang kononnya tidak layak, sebelum sultan meperkenankan? Kenapa tidak diserahkan sepenuhnya kepada budibicara sultan?

perkara no 1. Pil isu kuda
sewaktu hadi awang membuat tuduhan pengedar pil kuda, adakah dibawakan kehadqpan beliau 4 saksi sebelum keluar dar mulut hadi awang? Apa kenyataan hakim sewaktu itu?


dah dulu ya
Silalah en admin dan en rosli menjawab bagi mengurangkan beban yang memberat dikedua pundak saya bagi peesoalan yang diutarakan.

pastikan jawapan win


mantibai demang lebar daun
sura hujung
dungun
A1

Anonymous said...

Isu no 8. Ponteng parlimen dan wan rosli mengaitkan juga dengan kepontengan lim guan eng.

rasanya hadi awang ni kena repost kepada lim guan eng ke? Sampai dibandingkan dgn lim guan eng.

Ahli dan penyokong nak tgk keiltizaman presiden mereka melaksanakan amanah di parlimen. Kalau ada reputasi kaki ponteng, mengapa ahli pas masih cenderung dengan hadi awang?

agak nampak bangang juga bila wan rosli kata jangan gopoh nak bentang ruu, walaupun hadi awang ke Jepun. Sampai bila dijajakan hudud ni? Tak nampak iltizam hadi awang sedangkan hudud ni dah bertahun dijajakan.

sabar menunggu atau terus dungu?

Anonymous said...

Isu cai dan wan rosli bersetuju dgn aswami muni
tang ni wan rosli setuju dgn aswani muni
tapi selepas dri itu
perkataan aswami muni menjadi tak bererti


Isu no. 9 gelaran yang dihalalkan oleh ulama spt munafik hakiri, jebon, barua, broker dsbnya
jika di no. 8 , hadi awang asyik monteng parlimen dan merlalut meraban dengan kesmpil kuda..
marilah kita sama2 bersetuju menggelar hadi awang. KAKIMPONTENG MABUK PIL KUDA,
nasudin hassan KEPALA LUTUT DAN TEMPURUNG serta Nik abduh SHY SHY TIGER bapuk sie, senyap di parlimen macam kucing kena simbah air.

amacam......... setuju wan rosli
fair and squre


meowwwww
auwwwww
auwwwww

Anonymous said...

Doa laknat

isu no 5.

Ahli mendoakan laknat kepada timbalan presiden pas iaitu mat sabu.
ini namanya tak wala
tak wala ertinya derhaka kepada kepimpinan dan sekaligus prinsip dan perlembagaan parti

ok ke en wan rosli?

Atau wala ahli pas hanya kepadampresiden sahaja?


atau ahli pas tengah bercelaru menjadi deldadu?


meowwwwwwwwwwww
auwwwww
auwwwww

IBU TIJA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Best2 baca ada pulak iklan kurafat kat atas ni..cilake betul..

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang