PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Monday, September 20, 2010

Raya sakan YOB!!!

Setelah sekian lama aku tak mengupdate blog akhirnya aku ada juga peluang untuk update blog aku yang dah berjelaga ni. Mesti la korang dah tahu apa benda aku nak cerita untuk entry kali ni. Mesti la tentang cerita raya aku.

Aku di Pagi Raya

Tahun ni sedikit berbeza sebab tahun ni aku beraya dengan status sebagai orang sudah bekerja. So lepas kerja hari rabu tu aku terus bergerak bersama abang aku untuk pulang ke kampung. Sampai je malam tu mak dan ayah aku dah tidur pun. Tinggal adik aku je yang masih berjaga.

Keesokannya adalah puasa terakhir dan tahun ni yang bestnya adalah semua 12 orang adik beradik aku beraya di Kampung Paloh tempat kami dibesarkan. Memang kebiasaan kami akan berbuka ramai2 pada hari puasa terakhir. Tapi tahun ni tak dapat semua ada. Sebab abang aku Abang Sham terpaksa balik lepas subuh pagi hari raya akibat isternya masih bekerja lagi. Malam tu kami bersolat jemaah maghrib dan bertakbir. Selesai bertakbir untuk solat Isya' pula aku dengan poyonya memberi sedikit pengisian kat ahli keluarga aku. dalam aku memberi pengisian tu rupanya ada orang cuba nak memecah masuk kereta abang aku. Nasib baik ada orang yang nampak.bahaya betul...Alhamdulillah dia tak sempat buat apa2. So malam tu kami parking kereta padat2 la. Siap ada yang berjaga lagi. Malam tu ada 9 biji kereta.Memang berhati2 la kami malam tu.

Keesokannya kami dengan warna tema oren tahun ni masing2 segak bergaya. Selesai solat hari raya kami tak terus pergi ke kubur arwah tok dan opah macam tahun2 sebelum ni. Tahun ni kena tunggu untie2 n uncle2 yang akan datan pada hari ke2. So kami ambil kesempatan untuk bergambar la. Memang lama sesi bergambar dan bersalaman. Selesai dalam pukul 11.30 jugak la.huhu..

All my Big Family

Bujang United yang bakal kehilangan Presiden bulan 11 ni

Hari raya pertama dan kedua aku sibuk beraya rumah sedara mara je. Bila masuk hari raya ke 3 aku pergi beraya dengan kawan2 sekolah rendah. Ni 1st time jumpa sejak 10 tahun lepas. Lama dah tu. Ada yang dah kawen dan beranak pinak pun. Selesai beraya dalam pukul 11 jugak la sampai rumah. Esoknya pulak ada reunion dengan kawan2 sekolah menengah pulak. Memang memerlukan stamina yang tinggi.. Jauh tu sekolah aku. dah sampai tahap musafir..huhu.Alhamdulillah tahun ni berjaya mengumpul hampir 100 orang. Tahniah untuk Fitri Khalis selaku Pengarah Program yang berjaya mengumpulkan seramai ni..

-SKLLK-Gadis2 x dapat masuk..huhu


-SMKAK-Memang terbaek!!

Malam hari isnin tu aku overnight kat rumah afif. Ada la dalam belas orang jugak la yang sempat berborak dan memoker malam tu. Mesti la aku menjadi God of gambler.huhu..Keesokan harinya kami sambung beraya pergi rumah cikgu sekolah dulu. Sekitar pukul 4 tu aku kena balik rumah dah. Nak kena hantar adik bongsu aku yang manja dan mengada2 nak suruh hantar ke kampus dia. Kat Sungai Petani. Malam tu aku tidur kat rumah Ammar Ishak kawan seperjuangan kat UKM. Kami jumpa kat R&R Gurun sebab dia, Idris,Topek n sorang lagi aku tak ingat nama baru balik dari walimah Ust Mubarak kat kelate.

Esoknya dalam perjalanan nak balik rumah sempat lagi aku singgah kat Taiping untuk sambung beraya rumah sedara dan rumah Cikgu SMKAK. Sempat juga aku bersolat maghrib kat surau SMKAK. Semakin cantik sekarang. Moga akhlak pun turut cantik la.huhu

Akhirnya sampai la ke hari terakhir aku bercuti raya. AKu ditugaskan untuk membawa ayah dan bonda ke Shah Alam sebab ada saudara kawen kat Ampang. Maka selesai la cerita raya aku di kala cuti...

P/s : Tahun ni aku bekerja keras untuk buat lemang..harapan keluarga la katakan..huhu

Basuh Buluh

Masuk daun


Masuk beras takde gambar pulak..huhu


Jaga Api

Inilah hasilnya..hahahaha

Sekian...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang