Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar....
Lailahaillahhuwallahuakbar...
Allahuakbar wa lillah ilhamd...
Alhamdulillah hari ni kita menyambut Hari Raya Aidil Adha. Beryukur kita kerana hari ini juga begitu banyak kerbau dan lembu yang ditumbangkan oleh umat islam yang sedar akan kelebihan melakukan ibadat korban..Alhamdulillah juga kita masih lagi ditakdirkan untuk bersama menghayati semangat pengorbanan UNTUK ISLAM oleh Nabi Ibrahim satu ketika dulu.
“Apabila tibanya eiduladha, ramai tertanya2 apa yang patut dikorbankan? Sesungguhnya tidak cukup sekadar binatang ternakan, kita patut korbankan apa yang kita sayang untuk islam” – Hassan Al Banna-
Seawal pagi tadi aku telah dapat mesej ini dari teman seperjuangan yang banyak memberi nasihat kat aku terutama ketika sedang moral down..Ada lagi sambungan mesejnya iaitu pesanan “Jangan berkira2 untuk Islam”. Ya jangan berkira2 untuk Islam. Satu ayat yang penting kepada kita semua. Kita seringkali berkira2 untuk Islam namun Allah tak pernah walau sekali berkira2 untuk kita..
Untuk entry kali ini aku ingin mengajak semua pembaca blog aku yang tak seberapa ini supaya menghisap diri kita sendiri apakah pengorbanan apakah yang kita telah buat untuk Islam?? Cuba kita mengambil ibrah dari kisah penyembelihan Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim. Apabila mendapat saja mimpi yang memerintahkan untuk mengorbankan anaknya maka lantas si Ayah melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Sang Pencipta setelah bertanya sendiri kepada sang anak.
Dan belanjakanlah (harta benda) kamu di jalan Allah,dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kamu,kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (al-baqarah 195)
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu dijalan Allah.yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (At-Taubah 341)
Nah..lihatlah kita semua. Sudah Beribu tahun ayat2 ini diturunkan. Namun kita masih lagi berkira2 untuk bekorban demi Islam. Begitu ramai antara kita yang mengorbankan masa untuk harta namun begitu sedikit yang berkorban demi pahala. Begitu ramai antara kita yeng mengorbankan harta untuk dunia namun begitu sedikit yang mengorbankan harta demi akhirat. Apa la sangat yang telah kita korbankan untuk agama kita ni. Kalau dari segi masa untuk meluangkan masa selama tak sampai 10 minit untuk yang fardu pun kita tak mampu ni kan nak berbicara tentang mengorbankan nyawa untuk Islam. Nak masukkan not RM1 kat masjid setiapkali solat jumaat pun kita keberatan ni kan nak mengorbankan seluruh harta dan meninggalkan hanya Allah dan Rasul sahaja untuk kita seperti Khalifah yang sulung Abu Bakar As siddik.
Untuk aku, kamu, dia dan mereka sekalian. Harap2 korang semua ingat akan persoalan ini...APA YANG KITA KORBANKAN UNTUK ISLAM?? Adakah menyamai dengan pengorbanan kepada harta?? Menyamai pengorbanan kepada yang dicinta?? Menyamai pengorbanan kepada kerja?? Menyamai pengorbanan kepada akedemik?? Menyamai pengorbanan kepada keluarga?? Bukan niat untuk menganaktirikan pengorbanan kepada semua ini namun disamping mengorbankan untuk yang ini kita harus ingat akan keutamaan tanggungjawab untuk bekorban demi ITU. Kerana pengorbanan demi ITUlah yang ingin kita persembahkan di Mahsyar kelak...
Oleh itu berbekalkan semangat Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail aku menyeru diri aku dan korang semua untuk membulatkan tekad untuk mengorbankan masa, harta dan tenaga yang kita mampu untuk membantu mengembangkan syiar Islam ini. Jangan memberi alasan kita masih tak cukup ilmu tapi andai sekadar copy and paste artikel2 islamik di facebook anda pun dah cukup. Buat lah sekadar yang termampu wahai kawan2ku..so do it start NOW!!!
Wallahualam...
p/s : Selamat hari raya Aidiladha...
No comments:
Post a Comment