Assalamualaikum....
How are u bro? Gua harap lu dalam pink of health. Pergh.. Idiom tu..Pe cer sekarang ni? Gua dengar lu dah lepak kat KL. Bukan nak roger gua kan. Belagak giler lu. Padahal KL tu only in a stone throw je dari rumah gua ni. Pergh.. Idiom lagi..haha
Sebenar nye tujuan gua tulis surat ni sebab nak tanya lu sikit. Ada bunyi2 cakap lu sekarang dah makin lagha. Pergh.. Memang menyirap je gua dengar time tu. Kecik besar kecik besar je gua tengok budak yang bawak cite tu ari tu. Dia cakap skang ni lu dah tak sembahyang langsung. Gua kenal lu. Lu memang gaya otai tapi semayang lu tetap jaga. Tapi kalau betoi la apa yang mamat tu bagitau gua tu. Lu kena hati2 bro. Ni dah kes berat. Otai tu otai la jugak tapi bab semayang ni gua sensitip.
Lu jangan lupa apa yang Opah Jah selalu pesan kat kite time kite lepak kat kedai ABC die dulu. Dia selalu cakap yang solat tu tiang agama. Kalau tiang pun hancur jangan harap la rumah nya nak kukuh. Lagi2 kalau tiangnya pun takde. Ustazah kat sekolah rakyat pun selalu cakap yang semayang ni la yang nak jadi pembeza kita dengan Uncle Ramu yang jual maruku kat depan sekolah tu. Aku ingat lagi hadith dia yang cakap macam ni.
Sesungguhnya yang memisahkan seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat.
(Hadith Riwayat Muslim)
Bro.. Baru ni gua nak ngorat sorang awek kat Mid Valley. Baru je nak susun ayat, awek tu cakap “Celaka ko lelaki!!” kat gua. Pergh.. Makan dalam siot. Tu bab awek. Dalam bab semayang ni pun ada gak tentang celaka ni. Allah punya lah marah kat umat dia yang tak jaga semayang sampai Allah mencelakakan hambanya yang tak jaga solat kat dalam surah Al Ma’un.
Maka celakalah bagi orang yang solat(4) (Iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya(5)
(Al Ma’un 4-5)
Ni memang lagi berat dari awek yang mencelakakan aku tadi tu. Rela lagi gua kalau bini gua sekalipun yang cakap celaka kat aku kalau nak dibandingkan dengan Allah yang menciptakan kita semua ni. Adoi. Banyak lagi yang gua lalai ni. Harap2 lu pun sama2 la dengan gua nak jaga semayang ni. Takkan kita nak di celakakan oleh Allah pulak. Tak sanggup r gua...
Rasa takat ni je dulu bro. Gua harap lu jaga semayang la lepas ni. Gua pun tak baik mana pun. Tapi bab semayang ni kita kena sama2 jaga macam kita jaga nyawa. Mati pulak bila2 pun boleh. Time baru lepas tengok cite Nora Elena pun boleh kojol pe. Nak solat maghrib pun tak sempat lagi. Kan payah tu. Tapi cite Nora Elena ni memang layan gak gua tengok.haha. Ok lah bro.. Gua cow dulu..
Yang Benar,
..................................
Mael Lambung
No comments:
Post a Comment