Bismillahirrahmanirrahim...
Hasrat dihati ingin mencoret sedikit tentang pengalaman di Ijtima' Tarbawi Dewan pemuda Pas tempoh hari. Tapi aku merasa sangat tertarik dengan email yang aku terima sebentar tadi. Ianya agak panjang namun sangat berguna untuk di jadikan muhasabah tertamanya kepada pendokong Gerakan Islam di Malaysia dan umat islam secara amnya. Aku harap korang semua menguatkan diri beristiqamah membaca artikel ini hingga ke penghujung perkataan. Huhu. Sebelum meneruskan pembacaan ingin aku tegaskan sekali lagi apa yang aku letak di dalam FB aku tempoh hari..
1. HIMPUN dan Penggerak Utama
Nukilan Dari;
Pencinta Perpaduan Sebenar Ummah (PPSU)
Kuala Lumpur
- Program Himpunan Sejuta Umat atau rungkasnya HIMPUN adalah satu perhimpunan besaran dianjurkan oleh beberapa NGO di bawah naungan MAPIM dan PEMBELA yang diketuai bersama oleh dua individu berpengaruh iaitu Cikgu Azmi Abdul Hamid seorang aktivis penggerak NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Dr Yusri Mohamad iaitu seorang yang pernah menajdi Presiden ABIM suatu ketika dahulu yang tidak lagi bersama dalam gerakan itu. Kedua gabungan itu bersama beberapa NGO dan pertubuhan lain kerap bercakap isu-isu berkaitan ummat Islam, termasuk dijadikan rujukan mutakhir ini untuk pelbagai isu dimainkan oleh media massa perdana.2. Penyertaan NGO Dalam HIMPUN
- Umum mengetahui kekuatan kedua gabungan tersebut sebenarnya atas personaliti individu penggeraknya, dan faktor jumlah pertubuhan yang bernaung dibawah mereka hanyalah sebagai tambahan kepada kekuatan itu, kerana kebanyakan pertubuhan yang bernaung di bawah keduanya sama ada pertubuhan itu sendiri tidak aktif, atau hanyalah mengambil pendekatan bersama secara nominal dan tidak aktif.
- Selain dua gabungan itu, penggerak sebenar HIMPUN adalah NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah NGO baru di medan dakwah Malaysia yang mengambil pendekatan hampir sama dengan entiti asal mereka, iaitu Jemaah Islam Malaysia (JIM) yang sekarang bernaung atas nama IKRAM.
- Sejarah penubuhan ISMA agak unik kerana tatkala mereka keluar daripada JIM, dan tidak mahu terikat di bawah IKRAM, namun ISMA tetap meneruskan konsep dakwah yang hampir seperti yang JIM mulakan dahulu. Malah pendekatan mereka yang mutakhir ini dilihat seolah menjurus kembali kepada pendekatan asal pertubuhan Islamic Representative Council (IRC) satu ketika dahulu yang mencetus kelahiran pertama JIM dalam era 1990an. ISMA dilihat cuba memisahkan terus entiti mereka dengan JIM, dan isu tersebut menjadi perbincangan hangat dalam perkembangan dakwah di Malaysia. Sebab itu jugalah menjadikan ISMA seolahnya bersaing dengan belbagai cara untuk mengumpul penggerak yang demi menyokong pendekatan baru mereka dengan pelbagai cara terutama menarik mahasiswa kampus, termasuklah menarik mereka yang telah menerima didikan JIM sebelum ini.
- ISMA juga cuba memperkenalkan NGO dakwah mereka seolahnya sebagai sebagai wakil sebenar Ikhwanul Muslimin (sebuat gerakan dakwah di Mesir) di Malaysia. Kecenderungan kedua yang sangat jelas adalah memposisikan NGO mereka duduk selari bersama pertubuhan-pertubuhan Melayu lain yang memperjuangkan semangat nasionalis Melayu sama seperti PERKASA, PEWARIS, GAPS dan lain-lain, malah sealiran dalam banyak pandangan dengan parti UMNO itu sendiri. Laungan slogan tema Melayu digunakan bersilih-ganti dengan Islam demi menarik sokongan ke arah perpaduan Melayu Islam. Ini menjadikan mereka dilihat bercakap dengan nada dakwah yang hampir serupa seperti PEKIDA, sebuah NGO lain yang begitu keras di dalam isu berkaitan Melayu & Islam.
- Seterusnya, walaupun sebagai sebuah NGO dakwah yang non-partisan, ISMA dekenali sebagai satu-satunnya NGO dakwah yang bersifat “gerakan Islam� yang menampakkan dengan jelas kecenderungan politik mereka ke arah UMNO dan perpaduan Melayu berikutan pelbagai tulisan dalam blog dan komen Facebook oleh beberapa kepimpinan utama mereka, terutama Presiden dan Timbalan Presiden mutakhir ini. Walau ahli di peringkat bawahan menolak kecenderungan politik tersebut, namun tindakan dan kenyataan pimpinan ISMA itu adalah konsisten terutama setelah berlakunya kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP sejak PRU12 lepas.
- Natijah dari pendekatan slogan dan perjuangan tersebut menjadikan ISMA dialukan baik dari pemerintah serta diterima oleh UMNO melalui pelbagai program bersama yang dijalankan. Secara langsung, ISMA berjaya memposisikan NGO baru mereka di barisan lebih hadapan daripada entiti induk JIM yang melahirkan mereka, dan berjaya menarik perhatian rakyat terhadap kelahiran baru dakwah mereka itu.
- Maka untuk HIMPUN, keterlibatan ISMA jelas dengan kebersamaan mereka di dalam beberapa siri perbincangan dengan MAPIM dan PEMBELA dan individu-individu berfikrah UMNO. Kekuatan yang ada pada ISMA khususnya dalam melakukan mobilisasi pelajar kampus yang bersemangat dilihat sebagai asset menjayakan HIMPUN, walau bukan sebagai jurucakap di hadapan.
- Malah, Timbalan Presiden ISMA yang sangat terkenal lantang mengkritik PAS dan Pakatan Rakyat diletakkan sebagai ikon no 2 di dalam HIMPUN selaku Setiausaha dan penggerak Sekretariat HIMPUN.
- Walau sejak awal dinyatakan HIMPUN disertai oleh pelbagai NGO dan pertubuhan lain, tetapi yang jelas sokongan utama diterima HIMPUN adalah daripada NGO-NGO berasaskan bangsa dan dakwah yang dinyatakan di atas, selain sokongan pertubuhan FELDA, PPIM, GAPS, PERKASA, DPMM, dan lain-lain. Tidak terkecuali sokongan padu dari UMNO sendiri yang berusaha menggunakan apa sahaja format demi menjatuhkan lawan politik termasuk yang bergerak atas dasar dakwah dan perjuangan ummat Islam.3. Perjalanan HIMPUN
- Walau diwar-warkan keseluruhan terdapat 3,000 NGO dan pertubuhan dikatakan bersama HIMPUN, masyarakat mempertikaikan jumlah tersebut disebabkan tidak pernah pun nama pertubuhan tersebut dinyatakan kepada umum atau media.
- Selain ISMA, sekretariat HIMPUN juga menyatakan mereka menerima sokongan dari beberapa gerakan dakwah yang sudah lama bertapak di Malaysia; dinyatakan dalam kenyataan media dan bahan kempen antara yang terkehadapan adalah JIM/IKRAM, ABIM dan HALUAN. Hakikat keterlibatan NGO-NGO dakwah lain itu sebenarnya disebabkan keterlibatan mereka yang pernah bernaung di dalam PEMBELA ketika perhimpunan isu Lina Joy tahun 2007 dahulu, di mana ISMA secara eklusif tidak bersama di dalam gabungan tersebut dahulu. Mereka juga terus menyatakan mendapat sokongan padu dari UMNO dan PAS melalui Dewan Pemudanya (DPPP), sebelum keputusan rasmi dibuat oleh PAS Pusat.
- Namun hakikat yang berlaku adalah pengolahan HIMPUN bermula dari objektif, agenda, halatuju dan apa tindakannya tidak dipaksikan melalui perbincangan khusus bersama NGO-NGO dakwah di atas. Tetapi dominasi perbincangan diterajui oleh ISMA dengan mengambil pandangan individu tertentu termasuk NGO-NGO perkauman yang menyokong UMNO tersebut. Itu satu fakta yang mungkin masyarakat tidak tidak jangkakan telah berlaku.
- Antara saranan utama yang menggerakkan HIMPUN adalah individu berpengaruh yang berterusan menyarankan perpaduan Melayu antara UMNO dan PAS; seperti Tan Sri Harussani Zakaria, YB Datuk Zulkifli Nordin, YB Ibrahim Ali, Tan Sri Prof Ibrahim Abu Shah, Senator Ezam Md Nor dan sebagainya. Petikan ucapan dan kenyataan media mereka dijadikan rujukan utama di website HIMPUN demi mengajak rakyat turun berhimpun.
- Sekretariat HIMPUN juga dengan jelas tidak berusaha, malah mengelak dari melakukan perbincangan khusus dengan gerakan dakwah dari parti pembangkang iaitu PAS yang diketahui diwujudkan atas dasar perjuangan menjaga ‘aqidah ummat Islam sejak puluhan tahun dulu. Malah, HIMPUN mengeluarkan kenyataan media yang keras menafikan keterlibatan HIMPUN oleh mana-mana parti politik, termasuk PAS itu sendiri.
- Ironinya, Sekretariat HIMPUN berusaha keras untuk mendapatkan sokongan daripada kerajaan dan UMNO saban hari dan membuktikan sokongan yang mereka terima di paparan website rasmi HIMPUN.
- Di situlah masyarakat merasa celaru dengan halatuju dan objektif HIMPUN yang diketengahkan oleh media massa, dan menimbulkan persoalan setakat mana UMNO tidak mempergunakan HIMPUN untuk kepentingan politik mreka.
- Maka oleh itulah PAS melalui syura dalaman Lajnah Politiknya beberapa hari sebelum berlangsungnya HIMPUN terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa ketidaklibatan PAS secara langsung di dalam HIMPUN demi menghormati pendirian Sekretariat HIMPUN serta membebaskan PAS dari halatuju dan objektif yang bertentangan dengan pendirian parti, malah berbeza dari uslub dakwah yang dilaksanakan oleh PAS.
- Keputusan itu hanya dipandang remeh oleh oleh Sekretariat HIMPUN, malah Sekretariat HIMPUN mengeluarkan kenyataan balas bahawa HIMPUN akan tetap dijayakan dengan pernyertaan ratusan ribu lagi rakyat yang tidak bersama dengan PAS terutamanya golongan Melayu dari NGO dan ahli UMNO sendiri yang telah memberikan kenyataan dan akujanji menyokong untuk hadir untuk perhimpunan itu.
- Daripada sokongan bertulis dan lisan itulah, Sekretariat HIMPUN menyatakan bahawa kesemua pertubuhan yang mendokongi HIMPUN seperti PEKIDA, PERKASA, FELDA, GAPS, PPIM dan sebagainya, termasuk UMNO sendiri akan mengembeling penuh keahlian mereka yang akan menjadikan jumlah kehadiran akan mencecah ratusan ribu yang memaksa HIMPUN diteruskan di stadium yang sebegitu besar. HIMPUN menwarwarkan satu rekod sejarah akan dicipta atas perpaduan Melayu yang julung kali tersebut. Kerahan beberapa Menteri dan Kerajaan Persekutuan yang menyokong slogan dan perjuangan HIMPUN turut mahukan agar Sekretariat HIMPUN mengabaikan sahaja ketidaklibatan PAS di dalam perhimpunan itu.4. Kegagalan HIMPUN
- Maka berjalanlah perhimpunan tersebut dengan mengekalkan halatuju, agenda dan objektif asal tanpa persetujuan yang melibatkan PAS atau beberapa gerakan dakwah lain termasuk ada yang mengambil pendirian mendiamkan diri demi memelihara perpadiuan sesama gerakan dakwah di Malaysia. Tidak terkejut juga NGO seperti WADAH bertindak lebih jauh dengan memberi kenyataan berani menarik diri dari HIMPUN juga.
- Hakikat yang berlaku adalah segala perancangan tersebut menemui kegagalan penuh; merujuk laporan media massa antaranya Berita Harian menyatakan anggaran kehadiran adalah gagal kerana 1,000 orang sahaja hadir, juga media online UMNO, Malaysiakini, Malaysia Insider, MStar dan bloggers menyatakan jumlah kehadiran tidak pun mencecah 5,000 orang.
- Kecuali Mingguan Melaysia (Utusan) yang melonjakkan jumlah kepada angka 10,000 orang, dan mempamerkan gambaran sudut photo yang seolahnya menunjukkan stadium berkepadatan tinggi.
- Sebaliknya, pandangan pemerhati dan mereka yang begitu arif dalam penganjuran acara dari kumpulan nasyid yang turut dijemput membantu penganjuran dalam HIMPUN menyatakan kehadiran sebenar adalah tidak menjangkau jumlah 3,000 orang ketika masa puncak.
- Penulis membawakan kesemua di atas demi untuk mengarahkan perbincangan selepas ini kepada kesan besar terhadap gerakan dakwah Islam itu pula. Memahami perkara asas di atas adalah penting bagi menilai hujjah yang dikemukakan terhadap gerakan dakwah yang mahu dibicarakan oleh penulis.
Ada 2 bentuk kegagalan telah berlaku. Yang pertama kegagalan berhumpul dan memecahkan rekod demi menunjukkan kekuatan ummat Melayu yang diharapkan oleh Sekretariat HIMPUN, dan kedua, kegagalan mencapai beberapa objektif dan agenda yang dikeluarkan sendiri oleh Sekretariat HIMPUN.5. Persepsi Kegagalan HIMPUN pada Gerakan Dakwah
Penulis sememangnya boleh bersetuju bahawa faktor jumlah bukan satu yang penting, walau sebenarnya angka dan persediaan untuk 3,000 vs 100,000 atau 1 juta yang berhimpun adalah angka yang amat ketara dari segi logistik, keperluan dan pengaruh.
Namun natijah kegagalan objektif utama adalah satu yang amat dikesali, apatah lagi HIMPUN melalui semua sidang media serta bahan kempennya dilihat bersungguh-sungguh cuba memaksa ummat Islam Malaysia untuk tunduk kepada satu pola pemikiran perkauman yang telah terbukti ditolak dalam arus dakwah semasa.
Oleh itu; penulis tidak terkejut dengan objektif utama berikut tidak dicapai, antaaranya;
1. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
- HIMPUN dilihat sebaliknya mengambil pendekatan menggunakan media massa yang hanya mempopularkan isu ‘aqidah dari kacamata politik, tanpa mengambil penerangan dan hujjah pihak yang terlibat atau parti lawan PAS yang melaksanakan gerakan dakwah mempertahankan ‘aqidah.
- Rujukan tertumpu kepada percatuan politik yang diterajui oleh Utusan, Sinar Harian, portal ahli politik yang keras perkaumannya dan lain-lain yang jelas bercakap atas nada yang sama seperti media massa UMNO tersebut.
- Sepanjang ceramah, tiada langsung penerangan “kedudukan perkara sebenar� dilakukan oleh mana-mana penceramah, diterangkan mereka hanya mengambil terus apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh media massa perdana kerajaan yang jelas memberi pandangan bahaya dan salah terhadap Islam yang berunsurkan politik semata, tanpa membetulkan fakta ajaran Islam yang sebenar.
2. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
- Kesatuan yang diharapkan oleh HIMPUN telah gagal, malah HIMPUN dilihat tidak berusaha untuk mendapatkan kesepakatan bersama kesemua NGO, gerakan dakwah atau parti politik UMNO dan PAS di dalam menggariskan slogan, objektif dan halatuju yang dibawa oleh HIMPUN. Malah di antara mereka yang terlibat di dalam Sekretariat HIMPUN sendiri pun ada yang merasakan perancangan HIMPUN cuba didominasi oleh sekumpulan tertentu dengan agenda tertentu.
- Lebih dari itu, slogan, halatuju dan objektif digubal berdasarkan format perjuangan ISMA bersama NGO lain yang disokong padu oleh UMNO untuk menegakkan hujjah perjuangan mereka.
- Kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan ummat Islam terhadap gerakerja Kristianisasi jelas tidak wujud dalam perhimpunan tersebut, dan mereka yang menyertai HIMPUN sendiri pun tidak diterangkan modus operandi gerakerja Kristianisasi yang digembar-gemburkan sejak sekian lama.
3. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujjah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
- HIMPUN mengenepikan jawapan atau hujjah ilmiah pandangan syarak setelah sesuatu perkara yang dibawakan oleh media arus perdana dijawab oleh tokoh-tokoh Islam lain. Hujjah agama yang penuh dengan syarah dan dalil yang tidak disiarkan melalui media massa kerajaan atau bloggers upahan UMNO tidak pula dikemukakan oleh mana-mana penceramah atau sidang media HIMPUN sejak awal lagi, termasuk dari pandangan PAS.
- Sebaliknya, modal politik yang dipelopori oleh UMNO itu sahaja dijadikan hujjah di dalam kenyataan media serta kempen HIMPUN.
- Kegagalan jelas ketika mendengar ucapan dilakukan dimana tiada koordinasi fakta di antara setiap penceramah, di mana penceramah sebebasnya membawa gagasan hujjah dan seruan kebangsaan dan perkauman tersendiri tanpa menumpukan kepada tindakan secara kolektif. Malah majoritinya bercakap sekadar memberi modal “politik sempit� yang menggembirakan UMNO.
Selain dari 3 objektif HIMPUN di atas yang jelas gagal dicapai, penulis juga menyenaraikan paling kurang 10 situasi yang mewujudkan perspesi masyarakat Islam terhadap HIMPUN adalah lari dari keperluan sebenar kesatuan ‘aqidah ummat Islam, antaranya;6. Kesan Kegagalan HIMPUN Terhadap Dakwah Islam
1. Initiatif Berhimpun
Initiatif HIMPUN bertitik tolak dari gasakan UMNO dalam beberapa perkara yang tidak berpaksikan kepada fakta, termasuklah dalam isu:
(1)Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam
(2)Pertukaran agama rasmi Malaysia kepada agama Kristian
(3)Serbuan JAIS ke atas majlis yang yang dikatakan sedang memurtadkan ummat Islam tanpa pendakwaan di DUMC
(4)Kerisauan dicanangkan oleh Tan Sri HArussani sejak beberapa tahun tanpa fakta dalam isu suku juta ummat Islam murtad
(5)Initiatif juga diasaskan dari gesaan YB Datuk Zulkifli Nordin, YB Senator Ezam Mohd Nor dan ramai lagi ahli politik yang memaksa dan mahukan PAS dan Pakatan Rakyat untuk bersetuju kononnya demi perpaduan Islam perlu dilakukan penyatuan antara UMNO dan PAS demi menyelamatkan bangsa Melayu di Malaysia.
Malah diminta juga untuk PAS meninggalkan kerjasama mereka dengan bangsa lain termasuk DAP dan PKR, kononnya asas perpaduan dengan UMNO adalah disebakan sama-sama Melayu dan Islam.
2. Fakta Tidak Tepat
HIMPUN juga banyak menyuntikkan semangat secara keras tanpa fakta, antaranya kenyataan sejak awal oleh Sekretariat HIMPUN dan beberapa penceramah bahawa bahawa HIMPUN adalah satu-satunya mobilisasi ummat Islam terbesar selepas terjadinya kes Natrah 1950 dahulu.
Oleh itu HIMPUN jelas menafikan apa yang dilakukan oleh puluhan NGO dan gerakan dakwah secara sukarela tanpa pengaruh politik tahun 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan yang berpakat membincangkan isu ‘aqidah setelah berlakunya penghakiman dalam kes Lina Joy dahulu. Hasilnya, Sekretariat HIMPUN tidak memperdulikan muhasabah kegagalan perlaksanaan oleh pihak berkuasa yang tidak melakukan apa pun terhadap resolusi ummat Islam Malaysia yang digariskan selepas perhimpunan bersejarah tersebut.
3. Lakonan NGO & UMNO Mempertahan ‘Aqidah
NGO utama yang menggerakkan HIMPUN dilihat adalah pertubuhan yang begitu pro UMNO dan kerajaan yang tidak langsung terlibat di dalam perhimpunan mendesak pihak berkuasa bertindak dalam kes Lina Joy 2006 dahulu; mereka termasuklah ISMA, PEMBINA, PEKIDA, PERKASA malah UMNO sendiri. Kesannya hingga kini rakyat gagal menerima kewajaran berhimpun kerana bagi ummat Islam pengaruh dan kuasa yang ada pada NGO-NGO dan UMNO itu sendiri sepatutnya sidah digunakan untuk melaksanakan sahaja resolusi yang telah dihasilkan 5 tahun lepas, bukan pula sekadar mencipta resolusi baru dengan berhimpun.
4. Mengambil Kesempatan Memperkenalkan NGO
Oleh itu kesungguhan yang dinilai oleh rakyat adalah HIMPUN seolahnya berusaha meraih populariti dan sokongan NGO dan UMNO demi kepentingan politik dalam tempoh pilihanraya yang semakin hampir, yang menjadikan juga keterujaan pengajuran perhimpunan didominasi oleh semangat berbanding fakta. Selain HIMPUN juga dilihat jelas dilihat cuba untuk menengahkan pengaruh dan slogan NGO baru ISMA untuk mengukuhkan tapak mereka dalam arus dakwah di Malaysia yang dilihat didominasi oleh JIM, ABIM, HALUAN, dan juga PAS itu sendiri.
5. Tiada Perancangan Susulan
Disebabkan itulah dalam sidang media terakhir Sekretariat HIMPUN yang disampaikan oleh Dr Yusri sebelum perhimpunan, beliau terpaksa mengakui dengan jelas di hadapan semua wartawan bahawa HIMPUN masih belum mampu merancang apakah pelan tindakan seterusnya yang bakal dilaksanakan sekiranya HIMPUN berjalan dengan jaya. Jawapan “kami belum pasti apa tindakan selepas berhimpun� memaksa rakyat memikir semula tujuan penyertaan mereka di dalam perhimpunan itu kerana kegagalan merancang “what next� hanya menjadikan tidak lebih dari mengulangi resolusi kosong tanpa tindakan, malah mungkin akan terus dibakul-sampahkan semjula oleh pemerintah seperti sebelum ini.
6. Pemikiran Melayu Islam & Islam Melayu
Kesungguhan Sekretariat HIMPUN bersama NGO-NGO perkauman yang menerajuinya bercakap dengan nada yang sama iaitu memertabatkan Bangsa Melayu demi memelihara Islam tidak dapat diterima oleh rakyat dalam konteks dakwah semasa. Ummat Islam seolahnya dipaksa menerima slogan itu. Hakikatnya Islam sudah dianuti oleh bangsa lain; malah Islam sendiri sudah mahu didekati tanpa batasan dan takut oleh bangsa dan agama lain. Jurang perbezaan sesama kaum di Malaysia dilihat semakin hampir, dan mencapai banyak kebaikkan untuk negara. Pemikiran Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu yang kerap dipopularkan suatu ketika dahulu dilihat sangat tidak releven dan ketinggalan. Ini jelas pada pameran banner dan bunting yang membawa cogankata ISMA, PEKIDA, PERKASA, UMNO dan lain-lain dipasang di merata ceruk stadium yang kesemuanya memiliki perkataan Melayu sebagai tema rasminya.
7. Menyembunyikan Aturcara Sebenar
Seterusnya, terdapat persoalan yang sengaja disembunyikan oleh Sekretariat HIMPUN berkaitan aturcara perhimpunan tersebut yang tidak dinyatakan dengan jelas walau kerap dipersoalkan dalam laman Facebook dan website HIMPUN. Walau Sekretariat HIMPUN beberapa hari sebelum perhimpunan berlangsung terpaksa mengeluarkan penafian terhadap kehendak ahli politik UMNO dan pro-UMNO dan PERKASA untuk berucap, dan menyatakan ucapan hanyalah dari Mufti Perak, wakil pendakwah Indonesia, dan beberapa wakil lain, namun mereka tidak menyatakan senarai sebenar penceramah tersebut.
Hanya ketika perhimpunan sebenar itu berlaku barulah diketahui rupanya individu yang jelas mewakili UMNO atas pelbagai nama pertubuhan seperti Ibrahim Abu Shah, wakil PERKASA, wakil FELDA, dan yang lain-lain turut berucap membangkitkan semangat perkauman yang tebal. Ketika itulah menjadikan sejumlah besar pengunjung terpaksa meninggalkan stadium secara berkumpulan kerana merasa tertipu dan tersinggung atas permainan tersebut.
8. Penekanan Terhadap Undang-Undang Murtad di Parlimen
Saranan sebahagian besar pengunjung website HIMPUN, Facebook dan bloggers agar HIMPUN meletakkan keperluan bagi menerima cadangan Akta Murtad serta penghuraian lanjut Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang telah 3 kali dibawa ke Parlimen oleh parti pembangkang yang perlu diberikan penekanan penting, diabaikan sahaja oleh Sekretariat HIMPUN. Tidak langsung kedengaran mereka termasuk dari UMNO sendiri yang membincangkan menaapa penggubalan undang-undang murtad ditolak oleh UMNO. Kesannya adalah kerajaan yang memerintah lagi sekali dilihat tidak bersungguh membincangkan isu tersebut hingga ke peringkat penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang.
9. Menyalahkan Ancaman Luaran Semata
Seterusnya, kesemua ucapan dilihat memberikan fokus kepada ancaman luaran bukan dalaman. Sepatutnya persoalan pokok rosaknya ‘aqidah semestinya dikaitkan terus dengan isu doktrin pemisahan agama dan kehidupan yang dibawa oleh fahaman sekularisme dan berlakunya perpecahan ummat Islam disebabkan fahaman ‘asobiyyah sempit dan extremis bangsa; namun langsung tidak disentuh dalam objektif mahupun ucapan pada petang itu.
Penceramah lebih selesa menengahkan isu keperluan menghormati Istana & Raja dan perlembagaan sebagai perisai ‘aqidah ummat Islam yang wajib didokong, tanpa melihat punca kerosakan sebenar pada ummat Islam yang membawa kepada murtad atau mensekutukan Allah.
10. Kristianisasi & Kristian Bukan Isu Sebenar
Terakhirnya, sejak awal isu yang dimainkan dalam website HIMPUN dan media rasmi kerajaan adalah HIMPUN menjadikan Kristianisasi sebagai agenda utama keperluan berhimpun. Ini sudah pasti sekali lagi membawa persepsi masyarakat untuk ummat Islam memfokuskan pemikiran kepada isu luaran mereka sahaja, tanpa kemampuan melihat kegagalan diri sendiri di dalam berpegang dengan Islam sebagai punca paling utama.
Risalah haram “Siapa Dalang Penyebaran Kristian Di Selangor� yang diedar luas ketika perhimpunan tersebut mengeruhkan lagi kerisauan walau telah diberikan amaran oleh PAS akan timbul tindakan sedemikian tatkala percikan api perkauman dinyalakan. Walau risalah tersebut bukanlah dikeluarkan oleh Sekretariat HIMPUN, namun persamaan susunan fakta dan hujjah yang menyamai initiatif HIMPUN di dalam risalah menjadikan ada pihak yang bergembira dan mengambil kesempatan. Oleh itu, corak berfikir menyalahkan faktor luar diri sendiri sepanjang perhimpunan itu secara langsung mewujudkan satu perasaan tercabar dan bersemangat ke arah mewujudkan kebencian pada agama lain, khsususnya agama Kristian.
- Penulis mengakui bahawa terlalu ramai ummat Islam yang hadir pada petang tesebut datang dengan seribu harapan yang begitu ikhlas mengharapkan kefahaman dari cadangan penyelesaian sebenar bagi masalah ‘aqidah yang melanda ummat Islam. Kebanyakan wajah-wajah dan riak muka serta linangan airmata yang hadir pada petang itu majoritinya adalah atas rasa sayang mereka pada Islam, dan mahu Islam berada pada ketinggiannya.7. Saranan buat Gerakan Islam
- Namun hasil dari reaksi spontan pengunduran diri secara ramai yang pulang lebih awal ketika walaupun ketika ucapan sedang berlangsung, serta lakaran dalam media dan blog selepas HIMPUN oleh mereka yang pergi menunjukkan kecelaruan dan kemarahan yang jelas dirasai oleh mereka yang pergi, mahupun yang tidak pergi.
- Keyakinan dan amaran yang dijadikan resolusi pertama HIMPUN adalah untuk ummat Melayu meletakkan perisai Istana dan Raja serta perlembagaan sebagai pelindung utama ‘aqidah mereka, menjadikan mereka lamhsung leka pada kelemahan diri sendiri. Mengambil kata-kata seorang pensyarah UIAM, Dr Mazlee Malik “janganlah sibuk menghentam agama lain yang menyebarkan agama mereka dengan penuh kasih sayang jika kita masih tetap mengajak orang ke dalam agama kita dengan kekerasan dan kekuasaan sahaja�.
- Muhasabah untuk seluruh gerakan dakwah Islam di Malaysia; HIMPUN perlu dilihat sebagai keperluan sangat mendesak untuk seluruh NGO atau gerakan dakwah atas apa jua kapasiti sekalipun untuk melakukan kemaslahatan secara bekerjsama dan saling memahami persamaan di antara pertubuhan masing-masing, melebihi dari mengutamakan perbezaan pendapat demi mengelakkan kemafsadatan yang lebih besar.
- Penulis berkata demikian adalah disebabkan kesan dari kegagalan HIMPUN yang kononnya mahu mengumpulkan ummat Islam dalam satu perhimpunan raksasa yang paling besar dan mencatat rekod dalam sejarah, malah diwar-warkan keseluruh dunia; memberikan satu implikasi yang sangat negatif terhadapan kesatuan ummat Islam pada masa ini di Malaysia. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku jika persamaan diutamakan sejak dari awal idea perhimpunan itu dirancang, daripada mengambil menjadikan perbezaan pandangan sebagai penghalang keterlibatan gerakan dakwah lain untuk bersama. Malah lebih bahaya kerana ia memberi persepsi kewujudan agenda tertentu untuk beberapa NGO atau pertubuhan yang terlibat berusaha gigih mengembangkan pengaruh sendiri di atas penganjuran perhimpunan itu.
- Gerakan-gerakan dakwah Islam di Malaysia khususnya yang telah lama melaksanakan ‘amal dakwah menghalang murtad termasuk ABIM, JIM, IKRAM dan PAS itu sendiri, dengan kerjasama pelbagai pertubuhan lain akan dilihat gagal bersatu suara demi melaksanakan amanah besar secara bersama. Selain itu ianya diburukkan lagi dengan paparan media kerajaan dan UMNO bahawa mana-mana gerakan Islam yang menggunakan pendekatan politik khususnya PAS tidak sesekali mahu lagi memperjuangkan ‘aqidah Islam sebagai dasar pejuangan mereka kerana kerjasama mereka dengan bangsa bukan Islam. Istilah penggadaian prinsip, mengikut telunjuk musuh Islam, tiada patriotic dalam tindakan dan pelabagi lagi tohmahan dilontarkan kepada PAS di atas kenyataan ketidaklibatan mereka di dalam HIMPUN.
- Oleh itu, khususnya kepada Sekretariat HIMPUN termasuklah PEMBELA, MAPIM, dan ISMA, serta beberapa NGO & pertubuhan besar yang lain yang turut membantu HIMPUN perlulah menilai sebab utama masyarakat Islam di Malaysia menolak mereka dan menolak HIMPUN? Adakah dengan keputusan tidak sertai HIMPUN itu menunjukkan masyarakat Islam dan gerakan Islam yang lain itu tidak mahu mempertahankan ‘aqidah, atau bencikan perpaduan dan kesepakatan ummat Islam dan bangsa Melayu?
- Khususnya untuk NGO baru seperti ISMA yang mengambil jalan pintas di atas penganjuran HIMPUN demi melebar dan mengembangkan pengaruh dalam masyarakat sepatutnya sedar bahawa mereka telah dipermainkan oleh pelbagai entiti lain yang berlakon menyokong usaha dakwah menjaga ‘aqidah demi kepentingan dan survival politk semata. Di mana 3,000 lebih NGO dan pertubuhan termasuklah pertubuhan besar seperti PERKASA, PEKIDA, GAPS, PPIM yang menjanjikan melakukan kerahan ahli untuk turun demi mempertahankan ‘aqidah pada perhimpunan tersebut.
- Di mana juga keahlian UMNO yang berjumlah hampir 5 juta orang, seluruh Menteri dan pembesar negara yang sejak dari awal menyatakan sokongan tidak berbelah bagi atas nama kerajaan dan UMNO terhadap HIMPUN. Jika paling kurang 5% dari mereka yang hadir sekalipun, Stadium Shah Alam tidak akan melakar rekod dalam sejarah kegagalan program besar tersebut.
- Sebagai gerakan Islam, mereka perlulah benar-benar mengenali siapa kawan, dan siapa yang pula yang hanya mahu menonggak di atas kelemahan sesuatu gerakan Islam itu merancang. Gerakan Islam perlu bijak membezakan antara musuh dan mad’u (sasaran) untuksetiap tindakan. Malang sekali jika saudara dan sahabat sesama gerakan dakwah Islam pula dianggap sebagai pesaing dan perbezaan pendekatan dijadikan halangan untuk bersatu tindakan demi pengaruh.
- Selang selepas beberapa ketika selesainya HIMPUN, istilah “perhimpunan selamatkan ‘aqidah telah gagal� berkumandang di pelbagai media, internet dalam dan luar negara termasuk media yang dipelopori oleh golongan bukan Islam. Persepsi sedemikian adalah sangat bahaya sebab ia bakal menyumbang kepada kerapuhan perpaduan sesama ummat Islam yang semakin kritikal. Golongan opportunist pasti akan menggunakan peluang itu untuk memberikan tekanan berterusan di dalam merangka agenda dakwah dan dakyah mereka yang jelas bertentanagn dengan perlembagaan yang dipertahankan tersebut.
- NGO dakwah dan gerakan Islam juga perlulah benar-benar faham dan sedar bahawa perjuangan memelihara ‘aqidah dan mempertahankan Islam bukan satu kerja kecil yang boleh dibuat secara bermain-main atau sambilan mengikut musim atau semangat, atau mengikut isu politik yang timbul. Perjuangan itu adalah perjuangan para Nabi dan Rasul, dan mereka yang telah mengorbankan nyawa mereka masa dahulu. Ia memerlukan komitmen sepanjang masa. NGO atau pertubuhan kecil boleh sahaja menyatakan sokongan, tetapi adakah golongan itu yang diharapkan oleh Sekretariat HIMPUN untuk berada di hadapan menjaga benteng ‘aqidah, sedang sesetengah penggerak NGO-NGO tersebut sendiri pun terlalu jauh gagal melakukan penghayatan Islam pada pengikut individu mereka sendiri.
- Oleh itu, adalah satu yang paling malang dan tidak bijak untuk Sekretariat HIMPUN meminta parti pembangkang khususnya PAS untuk tidak terlibat dalam menggerakkan HIMPUN, malah meremehkan juga akan kesan dari ketidaklibatan PAS secara langsung di dalam HIMPUN itu, hanya kerana Sekretariat HIMPUN terlalu yakin di belakang mereka terdapat ribuan NGO, parti UMNO dan pihak kerajaan sendiri yang akan bersama mereka bangkit mempertahankan ‘aqidah ummat Islam Malaysia.
- Pengalaman ini mencipta satu lagi fakta yang bakal mewarnai lakaran sejarah perjuanagan Islam di Malaysia sama seperti kegagalan indvividu membetulkan parti pemerintah dengan terjun ke dalamnya seperti pada tahun 1982 dahulu.
- Penulis memperingatkan bahawa slogan utama HIMPUN untuk perpaduan dan perkauaman Melayu hendaklah dilihat dengan lebih terbuka dan berobjektif, iaitu untuk apakah perlunya bangsa Melayu bersatu, dan apakah bentuk penyatuan bangsa Melayu yang dimahukan oleh Islam itu sendiri. Selain penyatuan Melayu, sepatutnya slogan penyatuan ummah mestilah berada jauh di hadapan daripada perkauman bangsa itu sendiri.
- Hakikat ini sangat penting untuk dihayati terutamanya Malaysia antara negara di dunia yang memilik komposisi pecahan kaum yang pelbagai yang mesti diuruskan dengan baik dan berhikmah tanpa penzaliman kepada mana-mana pihak. Namun pada masa yang sama hendaklah diyakini bahawa Malaysia berada pada kemampuan yang sangat tinggi untuk Islam dijadikan satu contoh terbaik dalam pentadbiran dan penghayatan ummatnya.
- Dan terakhirnya; daripada kegagalan HIMPUN dan penolakan yang telah ditunjukkan ummat Islam terhadap perjuangan nasionalis bangsa dan ‘asobiyyah yang jelas selama ini merosakkan ukhuwwah dan menyerang ‘aqidah, maka mana-mana gerakan Islam yang menggunakan pendekatan politik dan pilihanraya, khususnya PAS hendaklah mengambil ‘iktibar dan hikmah yang sangat berharga dari petunjuk dan amaran Allah tersebut.
Nukilan Dari;
Pencinta Perpaduan Sebenar Ummah (PPSU)
Kuala Lumpur
p/s : Aku antara peserta yang ternyata SANGAT KECEWA dan pulang awal akibat melihat pengisian program dan ceramah yang lebih bersifat kebangsaan tanpa menekankan pemasalah dalaman dari sudut aqidah umat islam itu sendiri..
8 comments:
Ni analisa ikut kepala sendiri atau ada sources? boleh bagi link tak? Tak sah analisa kalau tak ada primary sources. Contoh : laporan RELA tentang jumlah kehadiran HIMPUN yang 3000 orang tu. Link2 HIMPUN ada kaitan dengan UMNO. Sources pun kena tepat. Contoh dari database, statistic dan lain2. Sources dari blog2 pun tak sah sebab faktor kelayakan penulis. Aku budak information, so memang aku anggap penting segala sources dalam analisa ni.
Wallahualam...memang takde source yang tepat.tapi yang jumlah berapa ribu tu.sape yg pergi memang boleh tgk jumlah kehadiran nya..aku antaranya...tapi ini just pandangan.masuh banyak pandangan lain lagi yang mungkin sama dengan pandangan kita sendiri or x :-)
kau pergi sebagai pesertakan? aku pergi sebagai ketua urus setia. masa kau nak masuk dalam mesti lalu ticketing door yang ada RELA jaga kan? kenapa diorang tak bukak je pagar besar? Sebab RELA nak buat laporan tentang jumlah kehadiran. Lepas dah habis tu, RELA serahkan kat kitorang, jumlah kehadiran sebenar 25000++.. yang kau nampak jumlah hadirin tu mata kau boleh kira ke sampai 3000? hebat benar kau neh.. aku cuma tak puas hati dengan sources yang kau sendiri gagal kemukakan, maknanya analisa ikut kepala sendiri la ni? tak boleh mcm tu bro.. kalau kau tengah emosi dan tak suka HIMPUN, automatik la analisa kau berbaur negatif kan? tambah lagi pasal kehadiran, kau ada lepak kat bilik bawah stadium tak? kat situ je dah berapa ribu sampai sesak nak jalan.. pandangan2 lain pun tak ada sources yang jelas, smua ikut analisa sendiri.. bagi aku la, benda2 ni semua la yang memecah belahkan umat.. orang baca bro kau punya tulisan ni.. kalau analisa sendiri2 je aku tak kisah.. ikut follower kau pun, kau mesti org yg bpengaruh.. gunakanlah pengaruh kau tu leklok.. tu je aku nak tegur
oh. sangat x sangka kehadiran adalah lebih dari itu.sampai 25000++ lak tu.Artikel ni adalah dari email.pasai tu ak x dapat sertakan link.ini sekadar komentar dia semata2.bukan analisis yang perlu dibukukan pun.hoho.papepun.aku bukan tak suka HIMPUN.tapi aku lagi suka jika kita menjalankan kerja2 yang lebih besar dari ini.nak2 pulak time fasa pasca HIMPUN ni.aku setujuj dengan HIMPUN sebagai trigger point.tapi melihat pentingnya tindakan susulan.Mungkin aku berminat untuk sertai himpunan FAHAM pulak lepas ni kut.wallahualam...:-)
kyrie 5
nike react
nike air max
nike flyknit
adidas stan smith shoes
golden goose sneakers
yeezy
off white clothing
christian louboutin outlet
yeezy boost 350
ggdb
air jordans
jordans
kyrie irving shoes
birkin bag
moncler outlet
balenciaga
balenciaga
yeezy shoes
jordans
visit here luxury replica bags see replica gucci click to find out more he has a good point
good quality replica bags a41 l6s97v3e56 replica ysl handbags e86 s1r13v6l69 replica wallets t82 l8e82o5b77
Post a Comment