PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, March 14, 2013

Konsert Amal : Buat dosa sebab kononnya nak buat pahala

Bismillahirrahmanirrahim...

Pergh.. Hangin betoi aku tengok poster kat bawah ni.. kepala bana sungguh

Konsert tu memang dah jadi satu isu. Isu lagi satu nak salur dana ke Palestin lak tu. Siap ada nama Aman Palestin jadi penganjur. cehhh.. macam hampeh!!



Aku sebab bengang sangat aku pun kol la nombor yang tertera tu. Yayasan Pendidikan Cheras yang jawab. Lepas tu aku kol Aman Palestin nak confirmkan tentang nama diorang sebagai penganjur. So aku dapat la story yang sebenar berlaku,


Kisahnya camni. Geng YPC ni datang jumpa AP (Aman Palestin) nak mintak tabung untuk diletak time program sepanjang hari tu. So AP setuju la. AP pun tak berapa update sangat pengisian program diorang. Diorang baru je dapat tahu tentang pengisain yang di isi. Juga tentang konsert ni.

Tentang poster dan banner yang tersebar luas pulak. YPC sebenarnya telah "tersalah" letak. Aman Palestin bukannya penganjur bersama. AP just badan yang menerima dana je. Apabila timbul isu ni AP ada meminta YPC untuk keluarkan nama diorang tapi sebab benda dah keluar so susah nak betoikan balik.

Habis kisah sebenar. So sekarang masuk part cadangan aku pulak.

Aku cakap kat akak yang jawab fon tu agar AP kena keluarkan statement menafikan penganjuran ni adalah dari pihak AP. Sebab ni akan memberi imej buruk kepada AP. dia cakap sekarang ni pihak A.P sedang berbincang tentang statement tu. Aku siap cakap lagi. " saya menanti statement dari Aman Palestin secepat mungkin". Cuma aku agak tak setuju bila akak tu cakap kita perlu berdoa agar orang yang datang konsert tu termasuk artis akan terbuka hati untuk dekat dengan islam. no no no.. aku tak setuju.. banyak lagi method lain. bukan cara konsert yang melampau ni.

Sekarang komentar aku pulak.

Bagi aku Aman Palestin tak sewajarnya sewenangnya membiarkan pihak YPC menguruskan segalanya. Sepatutnya AP kena memantau serba apa yang diisi oleh mereka. Ni tak. Dah tinggal 3 hari baru la terhegeh2 nak tengok poster tu.

Untuk YPC pulak. kejadahnya la diorang ni. nama je Yayasan Pendidikan Cheras. Ni bukan mendidik namanya. Ni merosak namanya. Aku sikit bengan dengan YPC ni. aku kol elok2, boleh pulak dia cakap ""encik..apa2 pun berbalik kepada hati kita".. Lagi aku tak boleh blah bila dia cakap "takpe, encik kalau tak berminat nak tengok konsert ni jangan beli tiket. Encik diam je" pale hotak ko. Ingat aku ni tunggul ke apa tengok menatang hendonisme ni digunakan untuk salurkan dana ke Palestin. phuihhh... (memang agak marah sikit.. bawak2 istighfar zul..)

Untuk kita pulak. Jangan terlalu cepat melatah. Jangan terus menyalahkan AP. diorang macam jadi mangsa keadaan. Walaupun memang salah diorang sebab tak teliti dalam memantau YPC ni. Yang penting kita kena sama2 beri kesedaran kepada masyarakat mengenai permasalahan ini.

sekian laporan dari manusia yang bengkek bila tengok poster ni.

p/s : Nak tahu sebab apa YPC buat ni. rupanya Pengerusi YPC adalah Datuk Seri Ali Al-Habsee merangkap Ketua UMNO Bahagian Cheras. No wonder la buat konsert. geng UMNO memang suka konsert. hahaha

Ni ada berita kat My Metro.

 Sila teka yang mana satu si Ketua UMNO tuh... (sila lihat faktor usia.haha)

2 comments:

Anonymous said...

setau aku, tabung tu bukannya free. kena bayar. income tu utk AP.

Unknown said...

replica bags on amazon replica bags philippines wholesale replica bags joy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang