PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, May 30, 2013

Cerpen : Cangkul Ustaz Amin


Petang itu Khalid memutuskan untuk bertemu Ustaz Amin. Kehidupannya yang semakin serabut dan tidak tenteram itu membuatkan dia mengambil keputusan untuk bertemu Ustaz di Kampungnya itu. Sesampai sahaja di rumah Ustaz Amin ternyata Ustaz ada di rumah nya petang itu. Beliau sedang berkebun di tepi rumahnya.

“Ustaz, Hidup saya sekarang ni terasa serabut sangat. Nak fikirkan pekerjaan lagi. Fikir nak besarkan anak. Mencari duit untuk semuanya. Ditambah lagi memikirkan pembelajaran master saya yang semakin terbengkalai ni”  Luah Khalid kepada Ustaz Amin

“Oh. Begitu. Tidak mengapa. Lupakan masalah itu sebentar.  Mari bantu saya berkebun kejap. Tolong sapu sampah di tepi tu sebentar. Tapi penyapu saya sudah rosak. Guna sahaja cangkul ini” Ustaz Amin memberi respon

Khalid yang menanti nasihat dan motivasi dari Ustaz Amin sedikit kecewa dengan respon itu. Di tambah lagi dengan permintaan hamper tidak masuk akal Ustaz yang menyuruhnya menyapu menggunakan cangkul.

“Adoi.. Ape la Ustaz ni. Aku tengah serabut ni, Dia suruh sapu sampah pakai cangkul pulak dah” Khalid bermonolog di dalam hati.

Bersungguh Khalid melakukan kerja tersebut walaupun dalam kepayahan. Belum pun selesai tugas pertama menyapu sampah Khalid menerima permintaan kedua dari Ustaz Amin

“Khalid, Tolong cantas dahan yang dah mati di pokok mangga tu kejap. Parang saya jiran sebelah pinjam.dia belum pulangkan. Guna sahaja cangkul itu” Pinta Ustaz Amin

Khalid semakin kecewa dengan permintaan dari Ustaz Amin. Beliau cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk memotong dahan tersebut menggunakan cangkul tersebut.

“krakkkk”

Lantas Ustaz Amin menoleh. 

“Eh. Macam mana boleh patah cangkul ini? Kamu ganas sangat ni” 

“Maafkan saya ustaz, saya tidak sengaja. Saya cuba untuk menetak dahan  ni. Tapi terlalu keras, Cangkul ini pula yang patah” Khalid memohon maaf

“Tidak mengapa Khalid. Sebenarnya apa yang berlaku ni adalah sebagai jawapan kepada soalan kamu awal tadi” 

“Hah? Apa yang ustaz maksudkan? Saya kurang faham” Khalid memohon penjelasan.

“Khalid..Cangkul diciptakan untuk mencangkul tanah. Jika kita menggunakannya untuk fungsi yang lain maka ia akan rosak. Seperti manusia juga yang fungsi utama adalah untuk beribadah kepada Allah. Jika kita melakukan perkara lain tanpa mengaitkan dengan fungsi utama maka rosaklah kita. Bukankah fungsi utama kita didatangkan di dunia adalah untuk beribadah kepada Allah swt? Pekerjaan, Keluarga, Kewangan, Pelajaran semuanya akan menjadi nyaman jika kamu meniatkannya sebagai satu ibadah kepada Allah swt” Ustaz Amin memberi penerangan kepada Khalid.

Ustaz Amin terus menambah
“jangan di lupa firman Allah di dalam surah Az Zariyat ayat 56 yang bermaksud , Tidaklah aku jadikan jin dan manusia,kecuali agar mereka beribadah kepadaku” 

“Allahuallah.. Terima kasih banyak ustaz. Saya sudah faham sekarang. Sekarang saya berasa aman. Insyaallah saya akan meniatkan segala keserabutan hidup ini sebagai ibadah kepada Allah swt” Khalid puas dengan penerangan Ustaz Amin

Petang itu benar-benar memberi pengajaran yang berguna kepada Khalid. Beliau memohon pulang setelah selesai membantu Ustaz Amin berkebun. Beliau pulan  dengan hati yang amat girang untuk memulakan kembali hidupnya yang aman sebagai seorang hamba kepada tuhannya.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang