Bismillahirrahmanirrahim…
Tarikh keramat PRU 13 hanya tinggal 4 hari
sahaja lagi. Kedua-kedua pihak semakin rancak melaksanakan kempen. Buat BN
mereka ternyata menguasai media arus perdana. Manakala Pakatan Rakyat pula
menjuarai kempen di media baru. Dalam kesengitan kedua pihak berkempen terdapat
satu parlimen yang teramat sangat menarik perhatian aku. Aku kira ini adalah
ibu kepada seluruh parlimen yang dipertandingan.
Parlimen yang aku maksudkan adalah Parlimen
Putrajaya. Pertandingan di Putrajaya kali ini tidak seperti pertandingan
sebelum-sebelum ini. Pertandingan nampak sangat sengit apabila PAS meletakkan
“giant killer” mereka iaitu Dato Husam Musa manakala UMNO meletakkan orang lama
yang sememangnya telah lama menapak di Putrajaya.
Putrajaya
yang aku kenal
Aku sebenarnya sebelum parlimen dibubarkan
lagi telah tertarik dengan Putrajaya ni. Ketika itu aku masih berpendapat
bahawa hampir mustahil Pakatan Rakyat mampu memenangi Parlimen Putrajaya.Tanda
arasnya adalah apabila aku sengaja pergi ke pasar malam di Precint 3 Putrajaya
dan membuat beberapa “sembang2” dengan penduduk kawasan itu. Boleh dikatakan
mereka ini terlalu selesa dan seperti takut untuk bercakap soal politik. Hanya
ada seorang sahaja yang berani menzahirkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Itu
pun beliau bukan penjawat awam. Hanya menetap di Putrajaya.
Setelah parlimen di bubarkan keadaan sedikit
rancak di Putrajaya. Apa yang membimbangkan aku ketika itu adalah apabila
ketiadaan Bendera PAS di Putrajaya manakala di pihak BN boleh dikatakan hampir
kesemua jalan utama di letak bendera BN. So aku macam terhidu bau ikan di situ.
Hehe(something fishy). Aku punyai rakan yang agak aktif dengan PAS Putrajaya so
aku dapatkan penjelasan darinya. Rupanya mengikut peraturan Perbadanan
Putrajaya memang tidak dibenarkan meletakkan bendera parti politik. Tapi yang
aku musykilnya Perbandaran seperti tidak mengambil kisah bendera BN yang
diletakkan (ni bukan pertandingan sengit tetapi pertandingan senget
sebelah.haha). Bertambah parah apabila petugas PAS cuba untuk meletakkan
bendera PAS namun telah di turunkan oleh samseng-samseng UMNO.
Selepas
Penamaan
Namun suasana yang agak suam2 kuku tu
tiba-tiba berubah apabila PAS meletakkan Dato Husam di Putrajaya. Dengan
menjuarai isu setempat dengan baik seperti permasalahan pengangkutan awam,
masalah tempat letak kereta, monorail yang terbengkalai, pengisian rohani di
Putrajaya. Di tambah lagi berbagai tawaran dan komitmennya terhadap penjawat
awam dan Putrajaya aku rasa seharusnya memberi impak kepada pengundi di sana.
Di sebelah Tengku Adnan pula seperti kekeringan idea untuk menjuarai hati
penduduk setempat. Ternyata peranannya
sebagai wakil rakyat Putrajaya selama 2 penggal gagal di manfaatkan untuk
membuatkan rakyat Putrajaya terkenangkan sumbangannya. Sentimen menyerang
peribadi calon dan statement yang angkuhnya (Husam akan hilang wang deposit)
mungkin menjadi racun untuk permainan politik beliau.
Melihat pula kepada sambutan penduduk kepada
aktiviti calon bertanding tenyata Dato Husam jauh terkehadapan dari sudut ini. Lihat
sahaja setiap ceramah yang beliau adakan. Sentiasa mendapat sambutan yang amat
menggalakkan. Kerancakan ini di tambah lagi dengan kehadiran TGNA dan UAI di
Putrajaya baru2 ini. Ternyata BN terasa sedikit goyah hingga terpaksa menggunakan
talian hayat mereka dengan menjemput Dr Mahathir untuk mempertahankan tempat
yang di anggap kubu kuat mereka satu ketika dahulu. (nasib baik Jalaluddin
Hasan bagi pakai talian hayat.haha. takde kaitan)
Peribadi
calon
Dari sudut peribadi calon. Walaupun aku
bukanlah jenis yang suka menjadikan soal peribadi seseorang dalam menilai.
Namun untuk kes kali ini aku rasa amat kritikal untuk diketengahkan untuk
pengundi. Di kala Dato Husam yang masih lagi bersih dari kontroversi yang panas
BN nampaknya masih lagi berani untuk meletakkan Tengku Adnan di Putrajaya.
Seperti yang umum sudah maklum bahawa Ku Nan adalah individu yang mempunyai saham
judi melalui syarikatnya Cimsec Nominees sebanyak 3.5 Juta dalam Berjaya Group
Berhad. Hubungannya yang terlalu baik dengan taikun
Judi (Vincent Tan) juga menimbulkan curiga banyak pihak. Beliau juga yang
menimbulkan kontroversi apabila mencadangkan agar operasi pusat hiburan di
lanjutkan hingga ke pukul 5 dan ingin menurunkan harga arak. Jika kontroversi
peribadi ini menjadi ukuran sememangnya Ku Nan berisiko untuk tewas kali ini.
Di pihak Dato Husam pula ternyata mempunyai track record yang baik dalam
melaksanakan plan ekonomi yang baik untuk negeri Kelantan. Dinar Kelantan dan
isu royalti mungkin menjadi modal yang baik untuk menaikkan imej beliau.
Ruyung
yang perlu dipecahkan
Namun 1 perkara yang perlu dipecahkan oleh
ketakutan penjawat awam untuk mengundi Pakatan Rakyat. Aku boleh terima kalau
orang yang tak undi PR sebab dia rasa BN lebih baik. Tapi tersangat tak boleh
terima jika tidak mengundi PR hanya semata-mata takutkan pegawai atasan dan
momokan pihak kerajaan. Kita perlu ingat undi adalah rahsia. Tiada siapa boleh
tahu kita mengundi siapa. Malah pimpinan PAS sendiri telah menawarkan khidmat
guaman percuma andai ada penjawat awam yang di ugut jika menyatakan sokongan
kepada Pakatan Rakyat. Come on bro. This is democracy country. Tak perlu rasa
takut. Kita ada undang-undang untuk
mempertahankan hak kita. Selasa lepas aku sempat berborak dengan seorang rakan
penjawat awam di Putrajaya. Dengan yakinnya dia mengatakan bahawa dalam 60%
rakannya menyukai Pakatan Rakyat namun tinggal lagi adalah mereka masih lagi
dibelenggu rasa takut untuk mengundi Pakatan Rakyat. Jika perkara ini dapat
diatasi maka Insyaallah kemenangan di Putrajaya menanti Pakatan Rakyat.
Harapan
aku
Sebelum mengakhiri coretan ingin aku
melahirkan rasa pengharapan aku yang besar agar pengundi di Putrajaya memberi
peluang kepada Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan selepas tanggal 5 mei
kelak. Sesungguhnya kalian amat beruntung apabila seluruh Negara menumpukan
perhatian kepada kawasan anda. Lebih beruntung apabila Pakatan Rakyat
meletakkan calon yang sangat berkredibeliti untuk memimpin Putrajaya dalam
kerangka mengubah landskap politik Negara. Berikan peluang kepada sang BULAN
untuk berbicara bagi pihak tuan. Semoga BULAN bersinar di Putrajaya.
INI KALILAH orang Putrajaya UBAH. TAKBIR!!
Support Husam!!
Kenyataan bongkak seorang pemimpin
No comments:
Post a Comment