Ahmad berehat
keletihan. Beliau baru sahaja selesai membaiki tangki air di rumahnya.
“Minum air ni dulu
bang” isterinya menyapa dari belakang sambil membawa air kopi kapal api kaw
kegemarannya.
Sambil menikmati
kopi tersebut Ahmad termenung jauh. Cuba mengutip pengajaran dari tangki air
yang dibaikinya sebentar tadi.
“Abang dah dapat
sayang! Abang dah dapat!”
Ahmad bersuara
separa sorak kepada isterinya.
Ahmad memulakan
buah bicara
“Sistem tangki air
mempunyai beberapan bahagian yang penting. Antara bahagian terpenting ialah
pelampung. Pelampung ini akan menyebabkan air yang ingin masuk ke dalam tangki
akan tersekat. Hal ini apabila tangki yang ingin di isikan dengan air ini
telahpun penuh. Maka tiada lagi air yang akan masuk”
“Ok. Yang tu ayang
dah tahu. Tapi apa yang abang dapat?” Ayu bertanya kepada suaminya.
“Begini. Kehidupan
kita juga begitu. Dalam menuntut ilmu. Kita perlu memastikan bahawa tangki ilmu kita mempunyai ruang agar ilmu yang
dikongsikan dapat masuk ke dalam tangki ilmu kita” Ahmad menerangkan kepada
isterinya.
“Oh. Begitu. Tapi
apa kebaikannya kita buat begitu abang?” Isterinya inginkan penjelasan.
“Kadangkala
mungkin sahaja kita merasakan kita sudah tahu tentang perkara yang ingin orang
lain sampaikan. Namun percayalah dengan
merasakan kita masih belum tahu membuatkan kita lebih tahu dari apa yang kita
sudah tahu sekarang” Ahmad menghuraikan dengan lebih jelas.
“Maksudnya kita
perlu buang ilmu yang kita tahu ke abang? Macam pelik je bunyi nya” Ayu
membalas.
“Eh. Ke situ pulak
sayang abang ni. Abang tak kata kita kena
menarik “flush” tangki ilmu kita agar ada ruang lagi untuk ilmu menyerap
masuk. Tapi lebih baiknya kita merasakan bahawa tangki ilmu di dunia ini adalah
terlalu besar dan mustahil untuk tangki itu penuh. Bayangkan ilmu yang kita ada
selama ini hanyalah ada beberapa titis sahaja dari keseluruhan tangki ilmu”
“Waa.. Bagus la
abang. Saya pun teringat akan firman Allah dalam surah Al Kahfi yang kita baca
setiap malam jumaat tu. Maksudnya.
"Katakanlah,
kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku,
sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.”
Ayu menyambung
penerangan suaminya.
“Haa... Bijak
Isteri abang!” Ahmad memuji isterinya.
“Ye la cik abang
oi.. Minum air tu cepat” Isterinya membalas manja.
Selepas selesai
minum petang Ahmad dan Ayu berlalu pergi. Ingin bersiap ke masjid negeri. Ada
ceramah Ustaz Azhar Idrus katanya.
****end****
Ilmu Allah ini
terlalu luas untuk kita mendabik dada mengatakan aku sudah tahu itu dan ini.
Andai timbul rasa bahawa tangki ilmu kita telah penuh maka kita perlu
bermuhasabah. Setiap kali bahan ilmu ingin menjengah kepada kita pastikan kita
lapangkan fikiran kosongkan tangki dan mulakan proses penerimaan ilmu dengan
nama Allah!!
No comments:
Post a Comment