PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Saturday, April 27, 2013

Nukilan buat warga Hulu Terengganu


Bismillahirrahmanirrahim..

Entry kali ni adalah khas untuk rakyat hulu Terengganu. Kepada kome yang bukan rakyatnya boleh klik pangkah dah. Tapi lagi baik baca dan sampaikan kepada kawan kome yang mengundi di hulu Terengganu.. yeaahh

Assalamualaikum dan salam perkenalan buat rakyat Hulu Terengganu sekalian.

Kiter ni bukang orang teranung. Tapi kiter doh kene kijer dekak teranung ni dekak sebulang dah. Kiter kijer sini sapa bulang 6 je. Kiter kijer buat empangang.

ops… Nampak sangat kucar kacir bahasa Terengganu aku. Haha..sori. kembali kepada asal.

Kat sini ak nak cerita sikit pengalaman aku berada kat daerah korang  ni.

Kisah 1 :

Hari 1st aku sampai kat Hulu Terengganu (Dun Telemong)  ni aku pergi makan kat kedai dekat dengan Kampung Basung. Ketika itulah aku mendengar azan yang buat julung kalinya kat sini. Aku ingat azan dari sebuah surau. Rupanya adalah dari sebuah madrasah yang berada tidak jauh dari kedai aku makan tu. Makcik kedai runcit tu cakap dekat aku, kat madrasah tu memang ada budak belajar dan juga ada kuliah dhuha setiap hari jumaat. Dalam hati aku timbul rasa kekaguman diatas tuan punya madrasah tu. Lepas tu setiap kali lalu aku mesti akan melirik ke madarsah yang dalam proses naik taraf tu. Banyak budak2 yang tinggal kat situ.

Masuk ke beberapa hari aku duduk kat sini. Selaku orang yang “bulan” berada dihatinya maka aku pun singgah ke markas PAS pertama yang aku jumpa kalau dari tempat aku tinggal ni. Sembang punya sembang dengan orang PAS sini rupanya madrasah itu milik bakal calon PAS untuk Parlimen Hulu Terengganu ni.  

Allahurabbi.. Sungguh aku kagum dengan usaha beliau. Benarlah orang kata untuk berkhidmat kepada masyarakat dan ummah ini bukan hanya setelah punyai jawatan dan menjadi wakil rakyat. Maka aku pun merasakan inilah calon yang benar2 cocok untuk membawa suara masyarakat Hulu Terengganu ini ke medan yang lebih besar.

Ustaz Kamaruzaman Al Basungi. Itulah nama calon yang ditaklifkan untuk membawa obor perjuangan islam di Hulu Terengganu ini.  Aku hanya berhubung dengannya dengan SMS je sebelum ni. Malam kelmarin aku berpeluang bertemu dengan tuan badan apabila diadakan ceramah di Kg Basung. Walau baru bersua dia tidak lokek memeluk aku. Honestly aku cakap memang terasa tenang bersama dengannya. Allahhurabbi. Hebatnya aura seorang Ulama. Ni boleh buat jadi abang angkat ni. Baru la adik angkat dia ni tak lagha sangat. haha

 Calon P036 Hulu Terengganu : Ustaz Kamaruzaman Abdullah

Kisah 2 :

Perjalanan dari rumah aku ke pekan Kuala Berang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Walaupun ketika itu belum lagi menjelang hari penamaan namun lautan bendera biru telahpun rancak. Serius bro. Gua panas je tengok kiri kanan gua duk warna biru je. Haha.  Dah sampai Pekan Kuala Berang baru lah lega sikit. Semakin banyak bendera bulan yang mententeramkan jiwa. yeahhh

Setelah makan bersama isteri tercinta (batuk.uhuk) kami pergi ke klinik. Klinik yang menjadi pilhan adalah klinik Dr Mamad. Aku masuk je pun dah rasa lain suasana kat dalam tu. Sangat tersusun dan sistematik. Ditambah dengan staff yang sempurna menutup aurat. Juga alunan bacaan alquran yang didendangkan. Aku kira cukup kuat untuk mententeramkan jiwa pesakit yang datang. Di belakang kaunter ambil ubat pula diletakkan banner yang menyatakan tentang “Sakit itu kafarah dosa”. Pergh.. Mana nak jumpa klinik yang begini hebat ciri islaminya?

Aku menghantar mesej kepada abang PAS kat Kg Basung tu. Bertanya tentang klinik tu. Rupanya Dr Mamad tu adalah seorang bekas wakil rakyat PAS. Patutlah aku dapat rasakan bau2 jemaah kat dalam klinik dia. Begitulah indahnya keadaan apabila seorang yang ahli dalam sesuatu perkara mengimplementasikan islam dalam setiap gerak kehidupannya.


Cukuplah 2 kisah ini yang membuatkan aku kagum dengan peribadi calon daripada PAS. Ini yang sempat aku kenali dalam usia tidak sampai sebulan aku di bulu hulu teranung ni. Aku yakin calon-calon di peringkat dun di kawasan Hulu Terngganu ni semua hebat2 dan berketerampilan belaka.

Oleh itu aku selaku orang luar yang datang ke kawasan kalian mengajak agar kalian memberi peluang kepada Ust Kamaruzzaman terutamanya dan juga calon Pakatan Rakyat di DUN anda untuk memberi khidmat yang terbaik kepada anda.

# Calon DUN di Hulu Terengganu

N. 21 : TELEMUNG           : NARAWI BIN EMBONG                               (PKR )
N. 22 :  MANIR                   : HILMI BIN HARUN                                       (PAS)
N. 23 : KUALA BERANG  : MUHYIDIN BIN ABDUL RASHID                  (PAS)
N. 24 :  AJIL1                       : MOHD RAZKI BIN HAJI YAH @ HAJI ALIAS (PAS)



Melihat kepada sambutan yang amat baik ketika program Orang Hulu Teranung bersama Ulama semalam cukup membuatkan aku yakin bahawa Bulan akan menerangi Hulu Terengganu pada 5 mei ini. Orang ramai. Sambutan ramai (mungkin 7k). Kutipan derma melebihi RM20 ribu. UMNO ada?? haha

sekian dari aku untuk rakyat Hulu Terengganu.

INIKALILAH kite UBAH!! TAKBIR!!


Wallahualam..

p/s : Cetusan artikel ini adalah apabila aku dan isteri mengutip sampah yang kami makan time ceramah semalam. Dalam hati aku berkata kalau kutip pun still banyak lagi sampahnya. Namun hati yang sedikit baik melawan. Takpelah ko kutip apa yang di sekitar ko tapi yang penting ko ada buat kerja sikit membersihkan sampah.

Apalah sangat dengan artikel aku ni. Peluang untuk sampai ke pengundi Hulu Terengganu adalah amat tipis. Tapi ini sahaja aku mampu lakukan selaku perantau di tempat orang. Sob3x.

Moga Allah Redha

Friday, April 26, 2013

Analisis manifesto PR Vs BN

Ni adalah analisis yang dilakukan oleh rakan aku yang belajar di UKM dulu. Sekarang dah sambung study kat luar negara. Identiti dirahsiakan atas sebab tertentu. Kalau nak tahu jugak hangpa pi cari kat friend list kat Fb aku tu. hahaha

Tajuk: Manifesto Ekonomi Politik PRU13
Pakatan Rakyat Menewaskan Barisan Nasional : 11-0

1. Manifesto Pakatan Rakyat tiada janji berbentuk One-Off (bantuan sekali bagi sahaja)..hanya manifesto Barisan Nasional sahaja yang ada janji berbentuk One-Off (BRIM antara yang ketara)

2. Merujuk kepada muka surat 20 manifesto Pakatan Rakyat, langkah penghapusan monopoli perniagaan, penubuhan suruhanjaya anti-monopoli, pelupusan pegangan kerajaan dalam GLC-GLC yang terbabit dalam perniagaan bukan kepentingan nasional serta pembukaan tender secara terbuka untuk projek-projek, adalah langkah-langkah yang amat kritikal dan cukup berpotensi besar untuk mengurangkan defisit perbelanjaan negara sedangkan BN mengekalkan monopoli IPP bebas dan produk2 1Malaysia KR1M milik kroni

3. Merujuk kepada muka surat 19 manifesto Pakatan Rakyat, langkah-langkah khusus untuk melonjakkan pelaburan di dalam R&D agar mencecah kadar 5% dari KDNK seperti "Meluaskan skop pelaburan dan geran yang dibenarkan di bawah Tabung Petroleum
sedia ada" juga berupaya untuk melonjakkan pendapatan negara menerusi pengkomersilan hasil-hasil R&D secara besar-besaran

4. Merujuk kepada muka surat 11 manifesto Pakatan Rakyat, empat langkah besar jangka sederhana di Sabah dan Sarawak yang cukup berpotensi untuk melonjakkan pendapatan negara iaitu "Menghapuskan sistem kabotaj yang menyebabkan harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak lebih tinggi dan membebankan rakyat", "Mewujudkan insentif pelaburan yang bersyaratkan pengwujudan peluang pekerjaan di Sabah dan Sarawak bagi tujuan memastikan kesaksamaan pembangunan ekonomi", "Menubuhkan dua buah syarikat minyak tahap dua milik Kerajaan Sabah dan Sarawak untuk menyertai industri minyak dan gas negara sebagai pelaburan masa depan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak", dan keempat "Memulakan pembinaan lebuhraya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat". Keempat-empat langkah ini bukan sahaja akan menjana pendapatan yang bukan sedikit kepada negara untuk membayar hutang, malah sekali gus meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai gergasi baru ekonomi Borneo.

5. Akta Gaji minimum RM1100 juga akan meningkatkan kuasa beli rakyat, sekaligus berpotensi untuk meningkatkan pendapatan negara apabila rakyat berbelanja (muka surat 15)

6. Merujuk muka surat 17 manifesto Pakatan Rakyat, langkah memfokuskan galakan bantuan oleh institusi kewangan kepada sektor IKS disamping tabung RM500 juta juga berpotensi mendatangkan pulangan dalam kadar yang cepat dan tinggi

7. Merujuk muka surat 17 manifesto Pakatan Rakyat, langkah penyelarasan percukaian rakyat kepada golongan berpendapatan melebihi RM400,000 berbanding RM250,000 sekarang turut menjana lebih kuasa beli rakyat yang seterusnya menambah pendapatan negara

8. Merujuk muka surat 12 manifesto Pakatan Rakyat, langkah menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas kepada 20% berbanding 5% akan menyuburkan lagi ekonomi di peringkat negeri-negeri terbabit di mana pelbagai insentif dan program pembangunan dan tarikan pelaburan yang lebih mapan dapat direncana oleh kerajaan negeri terbabit dan seterusnya secara tidak langsung memperkasa pendapatan kerajaan pusat apabila kuasa beli dan kualiti hidup rakyat di negeri terbabit melonjak

9. Langkah segera menurunkan harga minyak, elektrik, penghapusan AES, tol, hutang PTPTN, dan penurunan harga kereta akan membawa kepada potensi rakyat untuk berbelanja atau melabur lebihan pendapatan hasil penjimatan terbabit dengan lebih produktif dan menguntungkan kantung pendapatan negara

10. Merujuk muka surat 19 manifesto Pakatan Rakyat, peruntukan sebesar RM2 Billion telah diumumkan khusus untuk menyelesaikan pengangkutan awam 

11. Hampir kesemua intipati manifesto ekonomi politik yang terdapat di dalam Manifesto Pakatan Rakyat di atas telah "disalin" oleh BN, maka 11 untuk PR, 0 untuk BN


Thursday, April 25, 2013

Bila Tok Guru petah menjawab


Beberapa PENCERAHAN untuk semua... 

Dapatkan jawapan kepada 33 soalan yang berkisar dalam masyarakat sempena PRU 13 dalam video khas " ANDA TANYA TOK GURU JAWAB" di :

1. PR menang, DAP PM? 
http://youtu.be/TKBQMAXNbnw
2. PAS kaldai DAP? http://youtu.be/9uV1lT_vhPA
3. isu hudud di kelantan & kedah http://youtu.be/6wg1-tlzzC8
4. tolak umno tapi bersama DAP? http://youtu.be/haa19uzyiuE

5. isu tabung memali 
http://youtu.be/2xEgyAIlBpc
6. negara bankrap kalau PR menang? 
http://youtu.be/90wYClPzQ84
7. isu sembahyang 2 masjid http://youtu.be/Pizwthl5SzE
8. isu kafirkan orang umno 1983 http://youtu.be/9zbpHMjnTc8
9. batalkan projek BN terengganu? http://youtu.be/gYsCfNQqbY4
10. peranan tok guru di marang http://youtu.be/qpkco6N4N0o
11. tol dalam pemberian tanah http://youtu.be/m-60wxCzyws
12. dasar hiburan & siaran TV http://youtu.be/lYHCvzBi7d4
13. islam PAS for all? http://youtu.be/rYa5wKm00tM
14. hanya BN mampu memerintah? http://youtu.be/U5szyW6c4Vw
15. ekonomi & kesejahteraan PR http://youtu.be/4ZkoMoIJ-Js
16. hudud di terengganu http://youtu.be/DgMw-EHSwNc
17. kilang arak selangor http://youtu.be/spzP_eFLeL8
18. judi genting highland http://youtu.be/spzP_eFLeL8
19. projek membazir terengganu http://youtu.be/IHfbdSTm0yk
20. Projek bermasalah dan membazir di Terengganu?http://www.youtube.com/watch?v=IHfbdSTm0yk 
21. Isu media seperti Utusan Malaysia, tv1, tv2 dan tv3,http://www.youtube.com/watch?v=gwSulHa613k
22.
Isu 5 buah kontraktor bumiputra projek LPT yang dinafikan UMNOhttp://www.youtube.com/watch?v=nVprduaO2CE
23.
Isu pegambilan balik 60 ribu lot tanah oleh kerajaanhttp://www.youtube.com/watch?v=iycFOvwVN84 
24.
Perancangan Hospital perubatan percuma http://www.youtube.com/watch?v=GcOUzmvekx8
25. Plan segera dalam masa 30 hari kerajaan PAS.
http://www.youtube.com/watch?v=j7eVPpuDyPk
26. Adakah BR1M akan dilakukan oleh kerajaan PR?
http://www.youtube.com/watch?v=yepPFIoQbgQ
27. Penubuhkan tribunal bagi rakyat yang dizalimi BN membuat aduan?http://www.youtube.com/watch?v=bXZ-G_0q8VM

28. Adakah PAS Dan PR akan mengenakan Tol di LPT?
http://www.youtube.com/watch?v=FCdvGgc-ZJo
29. Penentuan siapa PM? http://www.youtube.com/watch?v=jder6IDX4jM

30. Khidmat JKKK akan ditamatkan serta? 
http://www.youtube.com/watch?v=Cvarl1pz7UQ
31. Apakah hukum megundi? 
http://www.youtube.com/watch?v=oGwsAXCrpZU
32. Apakah hukum cerita keburukan calon semasa kempen?http://www.youtube.com/watch?v=F3wsovUzNeE

33. Isu bersumpah megundi BN ketika terima bantuan?
http://www.youtube.com/watch?v=vuCYQWjFU0U

Monday, April 15, 2013

Manifesto Rakyat : Berbaloi-baloi


Bismillahirrahmanirrahim…

Manifesto Rakyat dah lama dah PR war2kan. Tiba2 Aku janji BN datang meniru. Macam budak sekolah rendah je. Meniru manifesto orang lain!! Haha.

Seperti yang ramai dah tahu. Aku ni kan baru je kahwin. Tapi takde la pengantun baru dah. Just pengantin agak baru lagi la. Haha. So selaku orang yang baru berumahtangga mesti lah aku perlu memikirkan apa manifesto yang menarik perhatian insan baru berkeluarga macam kami ni.

Sebelum pergi jauh. Kita lihat ekonomi kekeluargaan dengan anggapan purata pendapatan adalah RM3000 sebulan.

Lepas tu kita tengok pulak komitmen bulanan yang harus ditanggung suami isteri : (Ni adalah penggunaan golongan sederhana)

1.      Rumah : RM700
2.      Kereta : RM500
3.      Elektrik dan Air : RM100
4.      Tol dan Minyak : RM300
5.      Barang dapur : RM400
6.      Telefon : RM100
7.      PTPTN : RM100

Total adalah RM2200. Ni baru yang wajib setiap bulan. So baki ada lagi RM800

Yang ni adalah dalam keadaan hidup berdua suami isteri sahaja. Anggap ada parent yang perlu di kenang jasa mereka, Anak yang baru lahir 2 bulan. Untuk parent kita ambil RM200. Untuk pampers, susu, pengasuh dan lain2 untuk anak adalah RM400 sebulan.

Tinggal lagi?? Tinggal RM200 je yob oi…

Ni adalah yang tak termasuk untuk insuran keluarga,simpanan masa depan, hutang  loan lain, astro, internet, nak balik kampung, kereta rosak, isteri demam, Anak cirit birit, Anak nak beli CD Upin Ipin, Adik kat Univ mintak duit poket, Duit main futsal, Duit beli rokok dan seangkatan dengannya.

Ok. Nampak dah kan betapa “cukup makannya” orang yang berpendapatan RM3000 sebulan sekarang ni. Adoih…

Sekarang ni kita tengok pula macam mana manifesto rakyat mampu membantu kita.. check it out!!

1.      Rumah : jumlah mungkin sama ataupun kurang dari RM700. Tapi ianya adalah rumah mampu milik. Yang sebanyak 150,000 buah yang ingin dibangunkan. Bezanya itu adalah milik kita banding dengan kita sewa dan bayar kat tuan rumah yang kita sewa.

2.      Masuk pulak tentang harga kereta. Kita ambik la harga kereta baru adalah RM400 sebulan. Jimat RM100.


3.      Bil elektrik dan air juga ingin diturunkan oleh Pakatan Rakyat. Kita anggap tinggal RM60 sebulan. Jimat Jimat RM40.

4.      Harga minyak nak diturunkan dan tol ingin dihapuskan. Ok. Kita anggap tinggal RM150 je. Jimat Jimat RM150.

5.      Bila harga tol n minyak dah turun maka harga barang akan kembali turun. Kita anggap belanja bulanan tinggal RM300. Jimat RM100.

6.      PTPTN pula ingin dihapuskan. So RM100 sebulan tu kita abaikan. Jimat RM100.

Ce komey kira yang jimat2 tu. Total up jadi kita jimat sebanyak RM490. Dan bagi aku dengan RM490 ni la yang kita mampu guna pulak dekat belanja lain2 dan seangkatan dengannya yang aku ada cakap kat atas tadi. Itu belum kira dengan pelbagai manifesto lain yang aku rasa teramatlah banyak lagi menguntungkan rakyat. Macam caruman untuk isteri, Monipoli syarikat, hapus AES, khidmat kesihatan asa percuma, gaji minima, pelarasan cukai dan macam2 lagi lah..

Lepas ni kita tak payah nak harap BR1M Broom Braamm yang RM500 setahun tu. Dengan apa yang aku congak ni pun dah dekat RM500 SEBULAN!!!

Aku sebelum kahwin ni takde la fikir sangat bab ekonomi ni. Tapi bila lepas kahwin dan berbekalan title ketua keluarga ni membuatkan minda dan fokus aku bertumpu untuk memberi keselesaan kepada isteri dan bakal anak2 nanti. Ewwah… Kalau kome yang bujang lagi ni tak percaya ce kome kahwin cepat2. Baru terasa betapa berbahangnya api perbelanjaan harian yang menghimpit kehidupan harian tanpa rasa belas kasihan. hahaha

Lastly, Aku harap kita yang ada otak sikit ni fikir la elok2. Dah berapa lama Negara kita diperintah oleh manusia2 yang ingin memenuhkan poket sendiri. Bila rakyat dah bangkit baru lah diorang terhegeh2 nak bagi “gula-gula” itu dan ini.

Moh kitey bersama2 bergerak ke arah Malaysia yang lebih baik.

 INI KALI LAH kita UBAH!! TAKBIR!!

 Banyak lagi menanti anda selepas 5 Mei 2013!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang