Bismillahirrahmanirrahim…
Manifesto Rakyat dah lama dah PR war2kan.
Tiba2 Aku janji BN datang meniru. Macam budak sekolah rendah je. Meniru
manifesto orang lain!! Haha.
Seperti yang ramai dah tahu. Aku ni kan baru
je kahwin. Tapi takde la pengantun baru dah. Just pengantin agak baru lagi la.
Haha. So selaku orang yang baru berumahtangga mesti lah aku perlu memikirkan
apa manifesto yang menarik perhatian insan baru berkeluarga macam kami ni.
Sebelum pergi jauh. Kita lihat ekonomi
kekeluargaan dengan anggapan purata pendapatan adalah RM3000 sebulan.
Lepas tu kita tengok pulak komitmen bulanan
yang harus ditanggung suami isteri : (Ni adalah penggunaan golongan sederhana)
1.
Rumah : RM700
2.
Kereta : RM500
3.
Elektrik dan Air : RM100
4.
Tol dan Minyak : RM300
5.
Barang dapur : RM400
6.
Telefon : RM100
7.
PTPTN : RM100
Total adalah RM2200. Ni baru yang wajib setiap
bulan. So baki ada lagi RM800
Yang ni adalah dalam keadaan hidup berdua
suami isteri sahaja. Anggap ada parent yang perlu di kenang jasa mereka, Anak
yang baru lahir 2 bulan. Untuk parent kita ambil RM200. Untuk pampers, susu,
pengasuh dan lain2 untuk anak adalah RM400 sebulan.
Tinggal lagi?? Tinggal RM200 je yob oi…
Ni adalah yang tak termasuk untuk insuran
keluarga,simpanan masa depan, hutang loan lain, astro, internet, nak balik kampung,
kereta rosak, isteri demam, Anak cirit birit, Anak nak beli CD Upin Ipin, Adik
kat Univ mintak duit poket, Duit main futsal, Duit beli rokok dan seangkatan
dengannya.
Ok. Nampak dah kan betapa “cukup makannya”
orang yang berpendapatan RM3000 sebulan sekarang ni. Adoih…
Sekarang ni kita tengok pula macam mana
manifesto rakyat mampu membantu kita.. check it out!!
1.
Rumah : jumlah mungkin sama ataupun
kurang dari RM700. Tapi ianya adalah rumah mampu milik. Yang sebanyak 150,000
buah yang ingin dibangunkan. Bezanya itu adalah milik kita banding dengan kita
sewa dan bayar kat tuan rumah yang kita sewa.
2.
Masuk pulak tentang harga kereta. Kita
ambik la harga kereta baru adalah RM400 sebulan. Jimat
RM100.
3.
Bil elektrik dan air juga ingin
diturunkan oleh Pakatan Rakyat. Kita anggap tinggal RM60 sebulan. Jimat Jimat RM40.
4.
Harga minyak nak diturunkan dan tol
ingin dihapuskan. Ok. Kita anggap tinggal RM150 je. Jimat Jimat RM150.
5.
Bila harga tol n minyak dah turun maka
harga barang akan kembali turun. Kita anggap belanja bulanan tinggal RM300. Jimat RM100.
6.
PTPTN pula ingin dihapuskan. So RM100
sebulan tu kita abaikan. Jimat RM100.
Ce komey kira yang jimat2 tu. Total up jadi
kita jimat sebanyak RM490. Dan bagi aku dengan
RM490 ni la yang kita mampu guna pulak dekat belanja lain2 dan seangkatan
dengannya yang aku ada cakap kat atas tadi. Itu belum kira dengan pelbagai
manifesto lain yang aku rasa teramatlah banyak lagi menguntungkan rakyat. Macam
caruman untuk isteri, Monipoli syarikat, hapus AES, khidmat kesihatan asa
percuma, gaji minima, pelarasan cukai dan macam2 lagi lah..
Lepas ni kita tak payah nak harap BR1M Broom
Braamm yang RM500 setahun tu. Dengan apa yang aku congak ni pun dah dekat RM500
SEBULAN!!!
Aku sebelum kahwin ni takde la fikir sangat
bab ekonomi ni. Tapi bila lepas kahwin dan berbekalan title ketua keluarga ni
membuatkan minda dan fokus aku bertumpu untuk memberi keselesaan kepada isteri
dan bakal anak2 nanti. Ewwah… Kalau kome yang bujang lagi ni tak percaya ce
kome kahwin cepat2. Baru terasa betapa berbahangnya api perbelanjaan harian
yang menghimpit kehidupan harian tanpa rasa belas kasihan. hahaha
Lastly, Aku harap kita yang ada otak sikit ni
fikir la elok2. Dah berapa lama Negara kita diperintah oleh manusia2 yang ingin
memenuhkan poket sendiri. Bila rakyat dah bangkit baru lah diorang terhegeh2
nak bagi “gula-gula” itu dan ini.
Moh kitey bersama2 bergerak ke arah Malaysia
yang lebih baik.
INI
KALI LAH kita UBAH!! TAKBIR!!
Banyak lagi menanti anda selepas 5 Mei 2013!!
No comments:
Post a Comment