Bismillahirrahmanirrahim..
Entry kali ni adalah khas untuk
rakyat hulu Terengganu. Kepada kome yang bukan rakyatnya boleh klik pangkah
dah. Tapi lagi baik baca dan sampaikan kepada kawan kome yang mengundi di hulu Terengganu..
yeaahh
Assalamualaikum dan salam perkenalan
buat rakyat Hulu Terengganu sekalian.
Kiter ni bukang orang teranung. Tapi
kiter doh kene kijer dekak teranung ni dekak sebulang dah. Kiter kijer sini
sapa bulang 6 je. Kiter kijer buat empangang.
ops… Nampak sangat kucar kacir bahasa
Terengganu aku. Haha..sori. kembali kepada asal.
Kat sini ak nak cerita sikit
pengalaman aku berada kat daerah korang ni.
Kisah 1 :
Hari 1st aku sampai kat
Hulu Terengganu (Dun Telemong) ni aku pergi
makan kat kedai dekat dengan Kampung Basung. Ketika itulah aku mendengar azan
yang buat julung kalinya kat sini. Aku ingat azan dari sebuah surau. Rupanya
adalah dari sebuah madrasah yang berada tidak jauh dari kedai aku makan tu.
Makcik kedai runcit tu cakap dekat aku, kat madrasah tu memang ada budak belajar
dan juga ada kuliah dhuha setiap hari jumaat. Dalam hati aku timbul rasa
kekaguman diatas tuan punya madrasah tu. Lepas tu setiap kali lalu aku mesti
akan melirik ke madarsah yang dalam proses naik taraf tu. Banyak budak2 yang
tinggal kat situ.
Masuk ke beberapa hari aku duduk kat
sini. Selaku orang yang “bulan” berada dihatinya maka aku pun singgah ke markas
PAS pertama yang aku jumpa kalau dari tempat aku tinggal ni. Sembang punya
sembang dengan orang PAS sini rupanya madrasah itu milik bakal calon PAS untuk
Parlimen Hulu Terengganu ni.
Allahurabbi.. Sungguh aku kagum
dengan usaha beliau. Benarlah orang kata untuk berkhidmat kepada masyarakat dan
ummah ini bukan hanya setelah punyai jawatan dan menjadi wakil rakyat. Maka aku
pun merasakan inilah calon yang benar2 cocok untuk membawa suara masyarakat
Hulu Terengganu ini ke medan yang lebih besar.
Ustaz Kamaruzaman Al Basungi. Itulah
nama calon yang ditaklifkan untuk membawa obor perjuangan islam di Hulu
Terengganu ini. Aku hanya berhubung
dengannya dengan SMS je sebelum ni. Malam kelmarin aku berpeluang bertemu
dengan tuan badan apabila diadakan ceramah di Kg Basung. Walau baru bersua dia
tidak lokek memeluk aku. Honestly aku cakap memang terasa tenang bersama
dengannya. Allahhurabbi. Hebatnya aura seorang Ulama. Ni boleh buat jadi abang
angkat ni. Baru la adik angkat dia ni tak lagha sangat. haha
Calon P036 Hulu Terengganu : Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Kisah 2 :
Perjalanan dari rumah aku ke pekan Kuala
Berang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Walaupun ketika itu belum lagi
menjelang hari penamaan namun lautan bendera biru telahpun rancak. Serius bro.
Gua panas je tengok kiri kanan gua duk warna biru je. Haha. Dah sampai Pekan Kuala Berang baru lah lega
sikit. Semakin banyak bendera bulan yang mententeramkan jiwa. yeahhh
Setelah makan bersama isteri tercinta
(batuk.uhuk) kami pergi ke klinik. Klinik yang menjadi pilhan adalah klinik Dr
Mamad. Aku masuk je pun dah rasa lain suasana kat dalam tu. Sangat tersusun dan
sistematik. Ditambah dengan staff yang sempurna menutup aurat. Juga alunan
bacaan alquran yang didendangkan. Aku kira cukup kuat untuk mententeramkan jiwa
pesakit yang datang. Di belakang kaunter ambil ubat pula diletakkan banner yang
menyatakan tentang “Sakit itu kafarah dosa”. Pergh.. Mana nak jumpa klinik yang
begini hebat ciri islaminya?
Aku menghantar mesej kepada abang PAS
kat Kg Basung tu. Bertanya tentang klinik tu. Rupanya Dr Mamad tu adalah
seorang bekas wakil rakyat PAS. Patutlah aku dapat rasakan bau2 jemaah kat
dalam klinik dia. Begitulah indahnya keadaan apabila seorang yang ahli dalam
sesuatu perkara mengimplementasikan islam dalam setiap gerak kehidupannya.
Cukuplah 2 kisah ini yang membuatkan
aku kagum dengan peribadi calon daripada PAS. Ini yang sempat aku kenali dalam
usia tidak sampai sebulan aku di bulu hulu teranung ni. Aku yakin calon-calon
di peringkat dun di kawasan Hulu Terngganu ni semua hebat2 dan berketerampilan
belaka.
Oleh itu aku selaku orang luar yang datang
ke kawasan kalian mengajak agar kalian memberi peluang kepada Ust Kamaruzzaman
terutamanya dan juga calon Pakatan Rakyat di DUN anda untuk memberi khidmat
yang terbaik kepada anda.
# Calon DUN di Hulu Terengganu
N. 21 :
TELEMUNG : NARAWI BIN EMBONG (PKR )
N. 22 : MANIR : HILMI BIN HARUN (PAS)
N. 23 : KUALA
BERANG : MUHYIDIN BIN ABDUL RASHID (PAS)
N. 24 : AJIL1 :
MOHD RAZKI BIN HAJI YAH @ HAJI ALIAS (PAS)
Melihat kepada sambutan yang amat
baik ketika program Orang Hulu Teranung bersama Ulama semalam cukup membuatkan
aku yakin bahawa Bulan akan menerangi Hulu Terengganu pada 5 mei ini. Orang
ramai. Sambutan ramai (mungkin 7k). Kutipan derma melebihi RM20 ribu. UMNO ada?? haha
sekian dari aku untuk rakyat Hulu
Terengganu.
INIKALILAH kite UBAH!! TAKBIR!!
Wallahualam..
p/s : Cetusan artikel ini adalah
apabila aku dan isteri mengutip sampah yang kami makan time ceramah semalam.
Dalam hati aku berkata kalau kutip pun still banyak lagi sampahnya. Namun hati
yang sedikit baik melawan. Takpelah ko kutip apa yang di sekitar ko tapi yang
penting ko ada buat kerja sikit membersihkan sampah.
Apalah sangat dengan artikel aku ni.
Peluang untuk sampai ke pengundi Hulu Terengganu adalah amat tipis. Tapi ini
sahaja aku mampu lakukan selaku perantau di tempat orang. Sob3x.
Moga Allah Redha
2 comments:
replica bags near me replica bags review replica bags on amazon
explanation informative post read what he said click resources Visit Your URL browse around these guys
Post a Comment