PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, April 16, 2010

Bukan Wong togok arak...

Ni bukan orang sebenar..hehe

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim d......

sambung baca di : http://isiukm.blogspot.com/2010/04/wong-fei-hung-pejuang-islam-di-china.html

Tuesday, April 13, 2010

Oh murahnya kamu

Terasa ingin mencoret tentang kerencaman masalah yang berlaku dalam kalangan mahasiswa kini. Walau aku pun kadang2 tergolong juga dalam golongan2 tu jugak.huhu. Aku terasa nak menulis tentang ni sebab tadi bersembang dengan seorang brother ni. Die bukan nye lame pun bergelar mahasiswa. 1 sem je kat UTM. pastu kena buang. sebab kes pe ntah..cian2..huhu

Jom berbincang tentang isu sosial mahasiswa kini. Memang sampai Jaring UKM ni server down pun aku tak dapat habiskan cerita.huhu. Tapi sikit2 je la ye. Korang pun dah tau banyak kisah2 di sebalik perbukitan ilmu ni. masalah sosial yang menjadi perbualan hangat adalah masalah hubungan antara lelaki n perempuan yang akhirnya akan berkesudahan di bahtera2 haram yang dilayar tanpa lesen L P mahupun Kompetan..haha.

Abang tadi tu cerita kat aku tentang ada stududent 1 IPTA sekitar sini gak. Masa dia kapel ngan dak U tu juga, awek die ade cerita tentang hal kawan dia. Setiap malam keluar disco. kelas tak pergi. Bila dah nak final. Pensyarah yang diberi didikan sejak kecil dan disanjung2 tu memanggil die untuk bagi offer dapat result gempak. Just buat benda SIMPLE je. Mengakhirkan dunia malam bersama2 dengan pensyarah tu..SIMPLE?? Oh murahnya kamu...

Kes ke 2 abang tu cerita. Dia dikirim gambar atau video yang memaparkan aksi tak sepatutnya dari raut wajah n pemakaian bercirikan islamik. Dia cakap student gak minah tu. Dari Ayu berlitup tudung labuh sehingga semua penutup2 itu hanya diletakkan dilantai bukan pada pemakainye..huhu..oh murahnya kamu...

Masuk pulak kes kat satu IPTA lain yang masa zaman 80an dikenali sebagai universiti bohsia menurut abang tu. Tugas si jejaka2 ni hanya perlu mengayat je. Kalau power ayat tu malam tu gak dapat. Tapi kalau kurang power ayatnye dalam seminggu baru nak dapat. bak kata abang tu dapat tu tetap dapat la..huhu..oh murahnya kamu..

Kes seterusnya kat IPTS lak. Rumah sewa diorang campur2 tak kire agama. Setiap minggu si pompuan ni bawak balik laki. Tu satu hal. Lagi 1 hal lagi arak kat dalam peti ais tu dah macam air Bio Aura je die buat.haha. Togok ikut suka je. tak ke malu agama lain tengok?? oh murahnya kamu..



Cukup la 4 kes ni aku ceritakan. Kes2 lain korang pun lebih arif kut dari aku. Persoalannya adakah kite hanya menyalahkan mereka? ape nilai n sumbangan kite terhadap permasalahan ni? Atau kite pun same je macam mereka? Ke lebih teruk?? KANTOI la pulak..haha.. Nampaknya aku nak tukar la statement..OH MURAHNYA KITE...

wallahualam..

Monday, April 12, 2010

Study sampai muntah??

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

sumber : http://gelihati.blogspot.com/

komen aku : terasa nak muntah?? sila lihat cermin anda..hahaha

Sunday, April 11, 2010

Bersalam dengan En DECTAR, Pn KTAMS dan Cik DG

Yes!!! akhirnya aku berjaya memoral upkan diri dengan mengemaskan bilik aku yang dah sediakala kemas. Baru la semangat nak study gini (nada serius). Hari ni hari ahad, esok hari isnin. Aku takde exam.korang ade? ape lagi..pergi la study..haha

Sempena exam terakhir aku selaku pelajar ijazah sarjana muda di ukm ni, aku nak memberi kata2 kepada 3 golongan yang beruntung sebab kenal ngan aku..haha. 3 golongan ni yang major la. Yang minor2 tu ade lagi. tu aku ucap secara umum je la ek..

Golongan pertama adalah golongan di tempat aku pertama kali mendaftar kat UKM ni. Semestinya teman2 di kolej ibu zain yang aman bersama monyet2 nya ni. Aku mintak maaf sangat2 kepada teman2 se batch. Walaupun aku tau aku bukan buat salah banyak pun.haha. Kepada seluruh warga IZISH pun kena mintak maaf. mane tau sepanjang tahun ni banyak kesalahan aku buat. kepada junior2 lak. sila belajar dengan rajin ye. jangan asyik berFb je. Ingat sikit harapan mak ayah yang duk doa kat rumah. Tak pun baca yassin ke malam jumaat lepas.hehe.

Golongan ke 2 pulak adalah rakan seBATU aku.haha.. To all geologist, walaupun sem ni kita ade paper sikit je. Selang berjela2 pulak tu. tapi kena score la ye. tau la ade yang dah dapat kerja. jangan berlagak sangat.haha. Kepada rakan semajor engineering geologist lak selamat exam khamis ni. Kalau ade persoalan boleh rujuk aku terus yang seringkali datang lewat ke kuliah ni..haha.. Sem ni sem last kite akan exam di dewan yang sama so nanti jangan sedih2 lak..hehe. Papepun GO3x Geologist!! ingat pesan aku. just answer the questions because geologist always right!! hehe

Golongan ke 3 pulak adalah teman2 seperjuangan di medan juang. (ayat macam jundullah asli je.hehe) Andai kite boleh sibuk dengan gerak kerja kenapa tak leh sibuk untuk belajar? jangan gerak kerja je hebat tapi study ntah ke mana. nanti mendatangkan fitnah kepada agama lak. tapi dalam sibuk study adakah tanggungjawab di abaikan?? pasti la tak kan..Semua hebat2 mesti dah faham. Aku je yang tak faham2 lagi ni. baru setahun jagung kat arena ni.. Papepun buat sehabis baik untuk exam ni ye..Moga jenayah akedemik tidak berlaku kepada jiwa2 pejuang ni..ke korang adalah penjenayah akedemik yang dikehendaki??

kepada aku dan semua kamu, ingat lah yang usaha kita hanya sedikit je menyumbang tetapi Allah swt jua yang berkuasa menentukan keputusannya. So, pertingkatkan hubungan dengan Allah swt di saat di medan juang ni. Konsep sebenar2 tawakal tu kena ada. Tapi ingat tawakal adalah berserah kepada Allah swt setelah dah tak mampu buat pape dah. Selagi berdaya, sila berusaha ye.. Usaha tangga kejayaan tapi tangga tu pun Allah yang tentukan nak bagi yang mahal ke murah. yang senang ke susah..so sekali lagi aku tegaskan tingkatkan hubungan dengan Allah..

Tapi AWAS!!! jangan sekarang je menjadi seorang abid. habis exam nnt jadi iblis.. Allah dilupakan. enjoy menjadi keutamaan. Semoga dengan peningkatan hubungan kita dengan ALLAH swt kali ni akan di istiqamahkan dalam melahirkan mahasiswa muslimin mukminin berminda dan berjiwa kelas pertama...amin..

Salam peperiksaan dari aku sebagai duta GMUKM.huhu

Sem lepas punya..malas nak buat lagi..hehe


wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang