PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Showing posts with label 9/10 Rezekiku. Show all posts
Showing posts with label 9/10 Rezekiku. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Zul = Yang mempunyai = d Owner

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Kini bertambah seorang lagi ahli keluarga Ghazalli dan Habesah. Walaupun penat berkenduri kendara hujung minggu yang baru ni namun terasa seronok dan puas. Ye la bukan senang untuk berkumpul sanak saudara seramai ramainya. Tapi untuk kali ini aku tak update lagi tentangcerita ceritu sempena kenduri kami. Tunggu gambar2 yang menarik dari photographer dulu. (Alasan je nih.haha).

Yang atas ni just muqaddimah je.hehe. Untuk kali ni aku ingin mempromosikan kompeni aku yang telah pun di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Setelah lebih kurang setahun aku bergerak secara tak berapa sah akhirnya aku decide untuk mendaftarkan kompeni aku dengan nama d Owner Enterprise. Insyaallah kompeni aku ni akan menumpukan perkhidmatan menjual dan membekal kitab dan barangan keagamaan.

Aku sangat mengharapkan sokongan dari kome semua untuk menjayakan perniagaan aku. Maklumla baru nak menapak dalam dunia perniagaan. Masih di peringkat tunas orang kata. hehe. Kalau kome ada jugak yang berminat untuk menjadi agen pun takde hal. Boleh terus kontek aku. Insyaallah aku akan menawarkan harga yang serendah mungkin untuk kome.

Kalau kome nak tengok produk2 yang lebih lanjut. Adalah sangat dijemput untuk melawat laman rasmi kompeni aku di http://downerenterprise.blogspot.com/.

Ni logo kompeni aku. Amacam. Ok tak? Mesti la bukan aku yang buat. Aku agak sedikit kejahilan dalam bab media serba canggih nih. Maklum la. Membesar di zaman cerita Usop Sontorian famous la katakan. haha

Setakat ni ada 2 produk terbaru yang ada. Insyaallah ada lagi produk2 yang lain yang menanti.. Ni dia 2 produk baru untuk kome.

 Harga promosi Tafsir Al - Aisar ni yob!!


Ni pulak promosi untuk Tafsir Ibnu Abbas

Sekadar itu entry kali ini. Doakan dengan perniagaan ini akan membawa aku dan kamu ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.

Wallahualam..

Thursday, February 16, 2012

Musim Kahwin punya pasal

Bismillahirrahmanirrahim...

Kat facebook aku memang banyak betoi jemputan kahwin dari kawan2 aku. Dari kawan sekolah rendah, menengah, Matrikulasi mahupun universiti. Memang cukup pakej la!!

Jadi terdetik aku nak buat promosi sempena musim kahwin ni. So aku pun buat la promosi seperti di bawah ni. nak tahu detail tentang ciri dia boleh masuk ke blog aku yang lagi satu.

http://downerenterprise.blogspot.com/2011/05/05-miracle-22-in-1.html 

Thursday, October 20, 2011

Sekelumit kisah tentang TAFSIR MUBIN..


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah keran diberi kekuatan kepada aku untuk menulis di blog ni. Macam lama je kan tak menulis. Sedikit sibuk mahupun menyibukkan diri ditambah dengan perasaan malas yang membelenggu di dalam diri..Aish… Teruk2….

Masih ingat dengan entry aku tentang PROMOSI TAFSIR MUBIN NI? Ada 2 kisah buyers yang ingin aku kongsikan disini. Sebenarnya kisahnya simple je. Tapi aku tetap nak cerita gak. Blog aku kan? Ikutsukaatiaku la…hahaha

Kisah pertama tentang buyer aku yang tinggal di Ipoh. Beliau merupakan senior aku di sekolah dulu. Time urusan pembayaran dan penghantaran berlaku. Sempat aku bermesej dengan akak ni. Dalam mesej tu aku dapat melihat kehebatan aturan dari Allah swt. Akak ni sangat berterima kasih kat aku sebab aku tag dia dalam FB. Patut aku la yang berterima kasih sebab dia beli barang aku. Takpe. Give and take barangkali…

Aturan Allah yang hebat aku maksudkan adalah bagaimana proses dari aku add FB akak ni hinggalah aku terasa nak tag dia time promosikan dulu. Sebenarnya aku add dia sebab secara KEBETULAN aku terjumpa senior aku (yang lain)  yang dia pergi open house rumah rakan sekerjanya yang terletak di depan rumah akak aku yang juga buat open house ketika itu. Lagi ditambah kebetulan adalah. Sebenarnya kami dah pun berpisah sebelum maghrib. Tapi disebabkan kami terjumpa di masjid ketika solat maghrib maka kami sambung berborak di restoran terdekat. Time ni la cerita tentang akak ni keluar. Aku agak tertarik dengan cerita beliau tentang akak ni. So kebetulan juga beberapa hari lepas ni ada nama akak ni keluar kat home Fb sebelah kiri yang kata “people u may know” tu. Aku pun add la terus. Hingga lah aku add dan tag beliau. Syukur kerana beliau memang dah lama cari tafsir ni. Lihat. Betapa hebatnya aturan Allah untuk permudahkan akak ni mendapatkan tafsir yang diingini.

Kisah kedua adalah buyer aku dari Banting. Time dia kol tu aku on the way nak pergi makan dengan kawan2 segeology aku sabtu lepas. Dari cara percakapannya memang dia nak sangat Tafsir ni. Banting agak jauh dan aku ada urusan esoknya tu. Aku cakap kat dia kalau dating Bangi ok. U know what? Dia sanggup dating untuk dapatkan tafsir tu.  Keesokannya dalam pukul 11 pagi kami bertemu di PKNS. Rupanya abng tu dalam keadaan tak berapa sihat. Dia dating dengan wife dia. Diorang memang nak sangat2 tafsir ni. Merata diorang cari dah. Dah siap Tanya kat Dewan Bahasa Pustaka pun. Tapi still tak dapat. Alhamdulillah dia terjumpa tentang Promosi Tafsir Mubin ni kat blog aku. Tu yang dia nak dalam keadaan tergesa2 tu.

Alhamdulillah. Setakat ni sudah ramai yang membeli Tafsir Mubin ni. Pernah aku berborak dengan lecturer aku dulu time aku hantar tafsir ni kat dia. Moga2 dapat saham sikit dari penjualan tafsir ni. Nak tunggu aku habis baca semua ni memang macam agak susah la kan. So dengan membantu orang untuk dapatkan tafsir ni harap2 ada la saham tu. Tidak dilupa 9/10 rezeki yang sedang diusahakan ini. Moga di berkati..

Cukup sekadar ini buat entry kali ini. Iklan sikit. Hehe. Setakat ni tinggal 4 set je lagi. Ada 2 buyers yang sedang dalam proses. Salah sorang nak beli secara banyak sikit. Doakan segalanya berjalan lancer ye. Kalau kome nak. Boleh roger aku ASAP..

Wallahualam..

Wednesday, October 5, 2011

Promosi Tafsir Mubin!!



DBP telah menerbitkan Tafsir Mubin iaitu tafsir asli yang pertama karya penulis tempatan, buku ini menggunakan kaedah Syeikh Ali Sobuni sesuai untuk bacaan Umum, bersih daripada unsur Israliyah serta di peraku oleh pihak JAKIM dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Buku tafsir ini diterbitkan dalam bentuk set dan mengandungi 6 Jilid mulai Juzuk 1 - Juzuk 30, amat sesuai untuk bacaan di perpustakaan. Segala pesanan boleh di buat melalui tunai/menggunakan L.O. kerajaan.

AHLI JAWATANKUASA PENYEMAKAN DAN PENILAIAN PERINGKAT DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

1.Dr Ahmad Najib b. Abdullah (Universiti Malaya)
2.Dr Azwira b. Ab Aziz (Universiti Kebangsaan Malaysia)
3.Dr Juanda b. Jaya (Jabatan Agama Islam Sarawak)
4.Mohd Salahuddin b. Dato' Paduka Mohamad
5.Norliza bt Embong

Sesuai untuk Pemimpin, Ulamak, Ahli Akademik, Pensyarah, Mahasiswa, Guru, Pegawai Kerajaan dan Swasta serta untuk menimba ilmu Al Quran dalam kalangan keluarga mukmin.
Jadikanlah 'TAFSIR MUBIN' sebahagian daripada bahan rujukan dalam perpustakaan anda...
'JELAS, MUDAH DIFAHAMI DAN LENGKAP'

Harga Pasaran : RM 600
Harga Promosi : RM 270

Jika berminat boleh hubungi aku : 0132009781

Harga Promosi adalah sehingga 30 Oktober 2011.
Selagi stok masih ada!!

Wednesday, May 11, 2011

50 kata2 Tokoh berpengaruh


Tajuk : 50 kata-kata tokoh berpengaruh dan cerita di sebaliknya
Penulis : Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
Helaian : 125
Penerbit : Ilham Centre
Harga Pasaran : RM15
Harga D' Owner Enterprise: RM 15 JUGA

Sinopsis : "50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh" ini, di mana ia memuatkan 50 kata-kata tokoh Islam terkemuka dalam lipatan sejarah. Ia merupakan himpunan kata-kata yang mampu memberikan motivasi dan semangat untuk para pembaca.

Antara tokoh-tokoh yang berpengaruh diulas di dalam buku ini ialah Khalid Al-Walid, Sa'ad bin Abi Waqqas, Muhammad bin Kannasah, Umar Abdul Aziz dan juga Abu Ubaidah bin Amir Al-Jarrah. Selain dari itu, turut dimuatkan juga kisah disebalik terungkapnya kata-kata itu berserta kupasan daripada penulis sendiri.

Buku ini amat berguna dan sesuai untuk orang yang cintakan sejarah dan cintakan ilmu lantaran buku ini memuatkan banyak fakta berkaitan dengan sejarah Islam. Ia juga sesuai sekali untuk para pemidato bagi melengkapkan teks-teks pidato mereka, juga buat abang-abang atau kakak-kakak fasilitator ketikamana memberikan slot motivasi mereka kepada adik-adik. Pendek kata, buku ini amat bersesuaian untuk sesiapa sahaja yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin di masa hadapan.

Islam telah melahirkan ramai tokoh terkemuka dalam pelbagai bidang. Mereka sepatutnya dijadikan contoh dan tauladan bukannya terlebih dahulu kita melihat dan mengambil contoh daripada tokoh-tokoh Barat. Jasa mereka terhadap Islam menjadi sumbu dan obor kepada kemenangan Islam selepasnya.

Berbeza dengan buku kata-kata hikmah lain yang mana hanya menghimpunkan kata-kata sahaja tetapi buku ini telah memuatkan kisah-kisah disebaliknya berserta kupasan yang menarik. Bahkan gaya pengolahan yang ringkas tetapi padat dengan isi juga menjadi daya penarik yang unggul dan berkesan kepada para pembaca yang budiman.

Amat rugi sekali jika sahabat-sahabatku yang menjadikan dirinya sebagai pembaca yang tegar tidak menjadikan buku ini sebagai salah satu dari koleksi simpanan peribadi. Sentuhan anak muda yang menjadi pemimpin massa ini wajib ditatapi dan dihayati. Malah untuk pimpinan pelajar mahupun pimpinan negara, kalian harus juga memilikinya.


Layari blog aku di http://bershoppingdiikutsukaatiaku.blogspot.com/

Friday, April 22, 2011

Miracle 22 in 1 - Lengkap dan MURAH!!!

























CIRI-CIRI AL-QUR'AN
22 in 1


1.       
Terjemah Tafsiriyah Per Kata

2.       Keyword 
3.       Sistem Pewarnaan Tajwid
4.       Panduan Hukum Tajwid
5.       Terjemahan Kementerian Agama
6.       Munasabah Ayat dan Surah
7.       Tafsir Ath-Thabari
8.       Tafsir Ibnu Katsir
9.       Hadits Sahih
10.    Doa dan Zikir
11.    Kosakata
12.    Asbabunnuzul 
13.    Doa Dalam Al-Qur’an
14.    Khazanah Pengetahuan
15.    Tanda-tanda Dalam Al-Qur’an
16.     Asmaul Husna Effect
17.    Indeks Tematik
18.    Sirah Nabawiyah (bonus)
19.    Atlas Sirah Nabawiyah (bonus)
20.    Analisis Peta (bonus)
21.    Zikir Al-Ma’thurat (bonus)
22.    DVD metod SYABANA (bonus)

Yeah!!! Ni adalah produk Quran tafsir yang sangat lengkap untuk korang. lebih lengkap dari Quran Hidayah sebelum ni. Sangat berbali dengan harga yang aku letak. Kalau nak compare dengan harga kat luar sangat berbeza. Kawan aku cerita dulu (seorang pendidik) Ada orang jual Quran ni kat sekolah dia dulu dengan harga mencecah RM280. Pergh..mahal giler kalau nak dibandingkan dengan harga kat aku ni.hehe. Hanya dengan RM140 korang boleh miliknya. Jangan lepaskan peluang!! terus menghubungi aku di talian 0132009781..

Sekian..

Monday, April 4, 2011

Peluang Mentadabbur Al Quran

Anda inginkan snek?? Tiada kat sini.haha. Kalau anda inginkan Al Quran Per Kata aku ada yang berbaloi untuk korang. Tafsir Quran perkata Al Hidayah ni wajar korang miliki. Ada beberapa kekuatan yang korang boleh baca kat bawah ni.

1)Alqur’an tajwid dengan menggunakan kode angka, lebih mudah diingat dan lebih mudah dipraktikkan.
2) Panduan kode angka tajwid dicantumkan pada setiap halaman.
3) Tafsir per kata merujuk pada tafsir Al-Munir karya Syeikh Nawawi al-Bantani.
4) Dilengkapi QMS (Qur’an Message Service) yaitu pengetahuan dan wawasan singkat seputar alQur’an.
5) Dilengkapi Asbabun Nuzul yaitu sejarah sebab musabab turunnya ayat yang akan memudahkan untuk memahami maksud dan hikmah ayat Alqur’an.
6) Al-Quran ini menggunakan khat (teks Arab) Alqur’an Madinah, dengan tanda baca yang disesuaikan dengan aturan Kementrian Agama.
7) Halaman sesuai dengan standard Mushaf Ustmani (standar Timur Tengah); memudahkan untuk aktivitas tahfizh (hafalan).
8) Bonus 3 pita warna pembatas halaman.
9) Bonus suplemen cara menghafal Alqur’an buat orang awam.
10) Menggunakan kertas khusus Alqur’an (QPP 50 gram); Warna krim yang tidak silau bagi mata sehingga membaca terasa lebih nyaman.
11) Ukuran A4 (21 cm x 29 cm) sehinggga huruf Alqur’an dan terjemah lebih besar dan mudah dibaca.
12) Indeks juz di pinggiran halaman sehingga memudahkan kita untuk mencari juz yang ingin dibuka.
13) Indeks ayat yang didasarkan pada tema-tema utama dalam Islam, sehingga memudahkan kita untuk mencari ayat yang berhubungan dengan tema tertentu.

Kat atas ni yang standardnya. Tapi bagi aku ada beberapa benda yang aku rasa aku boleh highlightkan. Pertamanya tentang disertakan dengan tajwid yang bernombor. Perkara ni amat bagus untuk kita2 yang tak berapa nak tahu tentang hukum tajwid ni. Mungkin juga kita tak berapa pasti nama hukumnya. Tapi kita dapat tahu cara bacaannya melalui ciri ini.

Selain tu tentang ciri tafsir setiap huruf. Benda ni sangat berguna untuk kita selaku bukan bangsa arab ni elok sangat lah ada ciri ni. Ye la lebih mudah untuk kita mentadabbur Al Quran ni. Semoga dengan ini membuatkan kita lebih mudah untuk memahami lantas menghayati isi kandungan Al Quran.

Di samping tu ciri yang tak kurang kesannya adalah adanya asbabun nuzul. Mungkin ada yang tak tahu apa itu asbabun nuzul. Aku tahu pun sebab dulu “kena” belajar Pendidikan Quran Sunnah kat sekolah dulu.hehe. Bagus kita tahu tentang Asbabun Nuzul ni. Lita akan tahu apa sebab turunnya ayat tersebut. Ada peristiwa yang menyebabkan turunnya ayat tersebut. Ada cerita disebaliknya. So ciri ni ada menjelaskan dan menceritakan kisah itu.

Menurut track record dan keadaan semasa, Al Quran ni amat sesuai dijadikan item dalam barang hantaran. Setakat ni sahaja aku dah dapat 4 tempahan untuk dijadikan bahan hantaran. Huhu. Walaupun aku kurang setuju jika ianya sekadar hantaran tanpa pengamalan tapi hakikatnya ianya jauh lebih baik dari bagi benda yang bukan2. Oleh itu kepada pembaca2 blog aku yang bakal mendirikan rumah tangga ataupun ada kalangan kenalan korang pun boleh suggestkan Al Quran ni.hehe

Dari segi harga pulak kalau korang survey kat luar ada aku dengar sehingga mencecah RM150. Setakat yang aku jumpa sebelum ni adalah berharga RM130 yang aku jumpa gerai kat UKM hari tu. Tapi kalau beli dari dari aku insyaallah korang akan dapat harga yang sangat2 berpatutan. Tapi tak dapat lah murah sangat. Aku jual dalam RM70 je. RM70 ni termasuk kos penghantaran. Berbaloi aku rasa dengan kelebihan2 yang aku nyatakan kat atas ni. (ayat pancing)hehe

Hanya RM70 sahaja

Oleh itu kepada pembaca2 blog aku yang ingin mendapatkan Quran ni boleh behubung terus dengan aku di nombor aku ni (0132009781) ataupun email kepada ni_sape@yahoo.com. Insyaallah aku akan cuba membuat penghantaran ASAP. Eh2. Cepatnya mesej aku. Tak sempat habis pun lagi entry ni.hehe. Takpe2. Sila2 mesej ye..

Sekian....







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang