INFIRU dan BAITUL MUSLIM
Pertama kali aku mendengar kalimat ini adalah ketika kak Rabiatul Adawiah Abdul Rahim membacakan ayat tersebut sebagai tazkirah sebelum kami memulakan mesyuarat untuk PRK di UKM dulu. Sampai sekarang aku ingat bicara yang menyuruh kami semua bergerak walaupun dalam keadaan susah mahupun senang.
Kalimat ini terus kuat melekat di dalam hatiku apabila "Infiru" dijadikan tema ketika aku jadi perwakilan PEMUDA PAS BTR pada muktamar DPP Malaysia [Official] yang lalu. Banyak butir kata ucaptama Al Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi seharusnya menjadi pengobar semangat kepada jundi agama.
APA ITU INFIRU?
"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
(At Taubah :41)
Secara ringkasnya INFIRU adalah semboyan dari Allah swt kepada umatnya agar berangkat berjuang di jalan Allah. Perjuangan itu tidak mengira samada kita dalam keadaan susah mahupun senang.
BAITUL MUSLIM ADALAH BAITUL DAKWAH
Aku yakin, Pasti ramai kalangan kalian yang merasakan ingin membina Baitul Muslim, Rumah yang dimana di dalamnya adanya usrah bersama keluarga, tazkirah, solat bersama, baca Al Quran bersama. Indah sungguh apabila rumahtangga yang dibina benar-benar diserikan dengan amal ibadah kepada Allah.
Namun, seharusnya Baitul Muslim tidak terhenti peranannya hanya di situ. Baitul Muslim yang sebenar adalah apabila rumahtangga yang dibina adalah untuk mengembangkan nilai-nilai islam bukan sahaja di rumah sendiri malah di dalam masyarakat sekitarnya!
Seharusnya kita mengimpikan kita bersama pasangan masing-masing terjun ke lapangan dakwah kepada masyarakat. Di sinilah baru berperanan fardil muslim yang di formulakan mengikut fasanya
Individu Muslim -> Baitul Muslim (Keluarga Muslim) -> Masyarakat Muslim -> Negara Islam -> Khilafah Islamiah -> istazi'atul 'alam
Baitul Muslim itu adalah seharusnya juga Baitul Dakwah dan juga Baitul Haraki ke arah fasa berikutnya iaitu masyarakat muslim.
Harash Collections ITU USAHA BAITUL DAKWAH KAMI
Mungkin kalian sudah tahu akan tema yang di bawa oleh baju-baju keluaran kami. Komen yang paling biasa yang kami dengar adalah "sweet". Benar. sweet juga kami ingin bawakan. Kerana sweet sebenar adalah sweet yang halal. Namun di sebalik sweet itu kami bawakan bahan dakwah kami kepada masyarakat di sekitar kami. Bermula dengan design yang menyeru membina individu muslim di dalam ahli rumahtangga itu hinggalah yang terbaru ini adalah seruan untuk Baitul Muslim itu dijadikan Baitul Dakwah dan Baitul Haraki. Ini sahaja antara usaha yang kami suami isteri (cc: my wife Aida Rahayu Full) mampu lakukan sebagai tangungjawab dakwah. Moga ianya benar-benar menjadi saham kami di akhirat kelak.
KESIMPULAN
Kami menyeru kepada kalian semua bergerak menjadi individu muslim dan seterusnya berINFIRU untuk menyebarkan kemanisan agama ini kepada masyarakat di sekitar kalian. Sungguh. Umat ini sedang sakit. Terlalu banyak kerja yang kita perlu lakukan.
INFIRU!
Moga Allah Redha
Aku adalah kamu, Kamu adalah aku, Yang perlu mencontohi Baginda dan yang pasti akan kembali menemuiNYA...
PENGUMUMAN!!!
1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
Blog aku ni ossem ke tak ossem??
My top 10 entry
- Taubat?? Enjoy dulu...
- Ibrah dari labour room
- Airmata untuk Geologist
- KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)
- Study sampai muntah??
- Oh Yeah!! Hulu Selangor
- NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT
- BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.
- Isteri Curang
- Ada apa dengan geology?
Showing posts with label Hanya seulas pandangan. Show all posts
Showing posts with label Hanya seulas pandangan. Show all posts
Thursday, May 8, 2014
Thursday, August 29, 2013
Aku mengupas tentang "Kahwin Muda" di MobTV
Bismillahirrahmanirrahim...
Akhirnya keluar jugak talkshow yang pihak mobTV.my jemput aku time bulan puasa lepas. Tajuk agak ringan tapi PENTING.
Aku tau korang malas nak dengar sampai habis.haha. So aku share la beberapa point yang aku nak highlightkan.
Akhirnya keluar jugak talkshow yang pihak mobTV.my jemput aku time bulan puasa lepas. Tajuk agak ringan tapi PENTING.
Aku tau korang malas nak dengar sampai habis.haha. So aku share la beberapa point yang aku nak highlightkan.
Sunday, August 25, 2013
Remaja oh Remaja
Remaja merupakan satu zaman pertukaran
dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa. Boleh juga dikatakan dari usia 12 tahun
sehingga 21 tahun. Di zaman remaja inilah pelbagai perkara ingin dicuba. Tidak
di nafikan juga alam remaja ini adalah satu tiik mula ke mana arah tuju
seseorang dalam melayari bahtera kehidupan.
Remaja
melalui sirah.
Lupakan sebentar gelagat
Sunday, December 23, 2012
Aku bercinta atau menyinta?
Bismillahirrahmanirrahim…
Perkara yang pelik bin ajaib
berlaku. Aku tak tidur lepas subuh hari ni!! Dah la hari ahad. Tak tidur lepas
subuh. So produktif kan?? Haha.. Mungkin kah ini petanda2 bagi orang yang sudah
hampir menamatkan zaman bujang?? Kahkahkah
Ok. Pagi ni aku nak cerita
tentang satu topik yang dulunya aku boleh2 nak elak cerita tentang topik ni.
Topik nya tentang CINTA. Ewwah… dah nak kahwin ni poyo2 je kan nak cerita
tentang CINTA. Haha.. Sebenarnya aku ni bukannya jenis makhluk yang suka sangat
cakap tentang topik ni. Tapi ye la. Kalau pandangan aku ni mampu member siedikit
manfaat. why not? Am I right? (skiping London habaq hang). Tapi kalau agak2
macam menyesatkan je sila delete dari ingatan korang ek. Tq!
Cinta itu fitrah
Tak payah nak poyo la weh.
Jangan cakap ko tak pernah ada rasa cinta. Bagi yang islamik mesti la cakap dia
cintakan agama, cintakan Allah, cintakan Rasul dan sebagainya. Bagi golongan
yang kuat kemelayuannya pula dok cakap dia cintakan bangsa melayu. Geng kaki
bola pula akan cakap dia cintakan Rajagobal. Haha.. Tak kurang juga kaki facebook
yang cintakan Mark Zuckenberg. Haha.. apa2 pun key point tu cinta tu memang
akan ada punya.
Cuma sekarang ni aku nak fokus
kepada cinta antara 2 jenis yang dipanggil kaum Adam dan Hawa.(pembaca gadis
mesti sedang teringat kat Aron Aziz.haha). Hakikatnya memang dua kaum ni
memerlukan satu sama lain. Allah memang menciptakan rasa kasih dan cinta antara
keduanya. Yang laki tengok pompuan akan rasa lain. Begitu juga sebaliknya.
Sudah fitrah dijadikan begitu, so jangan mengada2 nak melawan fitrah pulak.
Menyinta atau Bercinta
Perlu dibezakan dua term ni.
Menyinta adalah rasa cinta yang dipendamkan di satu pihak sahaja manakala
bercinta adalah kedua pihak saling menyinta dan pelbagai perkara dilakukan
bersama. Sebagai contoh
Orang menyinta hanya akan
kadang2 teringat kat sorang lagi tapi dia akan buat tak tahu je,
kalau bercinta tu diorang
bila teringat tu akan mesej.lepas tu kol takpun jumpa terus pergi tengok wayang
kat Mines pakai duit PTPTN. hoho
Ni yang aku faham la. Kalau bab
sebelum kahwin. Bagi aku menyinta tu
takde salahnya. Cuma perlu dikawal rasa cinta tu agar tidak sampai merosakkan
hati. Perlu dikawal agar tidak melebihi rasa cinta kepada yang sepatutnya
dicinta. Yang salah adalah bercinta. Bila dah bercinta tu syariat semua nya duk
langgar. Yang salah akan dianggap betul. Perkara yang dahulunya takut untuk
dilakukan kini dah menjadi biasa dan sudah immune dari rasa bersalah.
Camne pulak situasi aku?
Korang dah tahu kan yang
insyaallah aku akan diijabkabulkan dengan Aida Rahayu? So persoalan sekarang
adakah kami bercinta? Terasa awkward gak bila ada orang yang tanya tentang
kisah cinta kami. Siap tambah lagi cinta islamik tu… haha.. Aku tak salahkan
orang yang bertanya. Cuma jawapannya kami tak bercinta lagi. Lepas tarikh
13.1.13 tu insyaAllah bercinta hingga ke syurga la hendaknya..
Bercinta tidak. Bagaimana pula
menyinta?? Jeng..keng..jeng…..(intonasi baru aku belajar dari sepupu aku.haha)
Bagi yang menonton video “Tentang
Aku dan Dia” cuba teka adakah ketika aku memulakan chatting dengan lafaz “Assalamualaikum
Aida” aku telah menyinta Aida?
Adakah ketika saat kami
bertaaruf aku telah menyinta Aida?
Adakah saat kami bertunang
aku telah menyinta Aida?
Adakah saat kami mengumumkan
tarikh perkahwinan aku telah menyinta Aida?
Cepat teka…..
3…..2………1…… tutttt.. Masa dah
tamat…
Jawapannya aku masih belum
menyinta Aida. Walaupun kat atas tadi aku bersetuju dengan menyinta. Tapi aku
memilih untuk mengelakkan rasa tu. Aku ni bukannya jenis yang kuat sangat nak
kawal2 rasa tu bila dah datang. So sebelum dia datang baik aku try elak dulu. Hoho..
Antara doa yang aku duk panjatkan adalah semoga Allah datangkan rasa cinta tu
hanya selepas kami dihalalkan untuk satu sama lain. Aku harap sangat agar hati
ni Allah terus jaga. Sekarang ni lagi la mencabar. Banyak perkara yang perlu
diuruskan bersama. Adeh… Mohon korang semua doakan kami agar hubungan kami ini
disertakan dengan redha Allah bersamanya..
Kesimpulan
Kesimpulannya, Stand aku
adalah bercinta tu tak boleh. Menyinta itu boleh tapi dengan syarat. Kalau rasa
tak kuat untuk mengawal diri baik la elakkan dari rasa tu. Takde apa faedah
pun. Semoga dengan terjaganya hubungan sebelum nikah akan menatijahkan hubungan
yang berkekalan dan diredhai selepas nikah.
Wallahualam…
#SayNoToCouple#
Wednesday, March 21, 2012
SPM 2011 : Adakah korang berjaya??
Alhamdulillah hari ini adalah hari yg di tunggu bagi semua calon SPM tahun 2011. Ada yang dikategorikan Berjaya dari sudut A nya. Tidak kurang juga yang dikategorikan tidak Berjaya dari sudut A nya. Ada yang dikatakan inilah kebanggaan ibu bapanya nya. Ada pula yang dikatakan tidak membanggakan ibu bapanya. Apa jua keputusannya hakikatnya telah tertulis di lembaran slip result masing2..
Bagaimana kita mengukur kejayaan seseorang itu menerusi kuantiti A nya? Adakah dengan banyaknya A secara mutlaknya beliau telah berjaya? Di sana masih ada orang yang mendapat 7A namun masih belum di katakana berjaya. Ada jua yang hanya mendapat 2 A namun sudah cukup membanggakan buat diri dan kedua ibu bapanya.
Bagi aku kejayaan sebenar adalah apabila seseorang itu berjaya menghadirkan rasa syukur di dalam diri dengan apa yang dikecapi. Bukankah mereka semua sudah melakukan sedaya mungkun untuk mencapai yang terbaik? Apakah factor insan yang mendapat 7A itu merasakan dia belum berjaya? Apa pula resepi insan yang mendapat 2A itu rasa sudah berjaya. Semuanya kerana syukur. Redha dengan ketentuan yang telah tertulis.
Sedikit kisah ingin aku sampaikan. Aku mempunyai rakan di matrikulasi yang hanya mendapat 2A ketika SPMnya.Jika ingin disbanding dengan rakan2 sematrikulasi beliau adalah orang yang paling sedikit bilangan A nya. Namun end up beliau tetap berjaya menyambung pelajaran di jurusan kedoktoran berbekalkan keputusan 4.0 yang dikecapinya.
Ada juga rakan yang begitu gah dengan keputusan SPM nya. Bangga dan lupa diri barangkali. Terus hanyut dengan perasan diri itu sudah bagus. Sudah cukup bijak. Maka lalai dan kecundang di peringkat pembelajaran yang berikutnya.
Oleh itu kepada adik2 sekalian. Siapa kita untuk argue apa yang telah ditetapkan untuk kita oleh yang Maha Esa? Hadirkan rasa syukur kepada Allah swt. Segalanya disirati al hikmah. Mungkin sahaja jika anda mendapat lebih banyak A anda akan menjadi lalai seperti kisah di atas. Maka Allah mengganjarkan anda sedikitnya kuantiti A untuk meningkatkan KUALITI syukur anda.
Sebelum berakhir ingin aku rakamankan sekalung ucapan tahniah khas buat adik2 junior SMKA Kerian yang sempat berprogram bersama batch aku tahun lalu. Ingatlah Allah mengetahui apa yang terbaik buat kalian. Cadang nak sertakan gambar. Internet slow lak.. nanti2 la...
Wallahulam…
Thursday, March 8, 2012
Hari Wanita : Kelebihan menjadi wanita ISLAM
Bismillahirrahmanirrahim..
Pergh.. Gila lah. Rupanya hari ni adalah hari wanita. Tak tahu pulak. Untung la jadi wanita kan… Ada hari wanita. Hari lelaki ada ke ek? Macam tak wujud je. Takpe la.. kalau ada hari lelaki nanti korang inform kan aku pulak.. Korang pulak buat entry khas untuk lelaki. Hehe
Jom kita timbulkan persoalan dalam kotak minda kita. Benar2 kah beruntung menjadi wanita? Wanita yang bagaimana pula yang dikatakan beruntung? Agama manakah yang menawarkan keberuntungan yang sangat banyak kepada wanita?
Sebelum pergi jauh kita tengok dulu apa pandangan agama dan bangsa lain terhadap wanita sebelum kedatangan ISLAM selaku penyelamat kepada golongan hawa ini. Aku ambik beberapa contoh je. Kalau korang nak baca yang penuh sila ke link INI.
Wanita menurut agama Yahudi dan Kristian
Setelah diperhatikan melalui kitab-kitab agama Yahudi dan Kristian maka dapat disimpulkan bagaimana kedudukan wanita begitu hina sekali dalam agama mereka. Wanita dianggap najis atau kotoran, sumber dosa dan kedurhakaan, pusat segala pelanggaran, asas kepada segala bentuk perbuatan curang, dasar pendustaan atau penipuan dan tidak boleh dipercayai. Mereka dianggap beracun dan berbahaya di mana mesti dimusnahkan daripada alam ini.Kaum wanita dlilarang belajar ilmu pengetahuan apa lagi mengajar kaum lelaki. Inilah ia antara penghinaan terhadap kedudukan wanita dalam agama Yahudi dan Kristian.
Wanita Parsi
Bangsa ini turut menghina dan merendahkan martabat kaum wanita disamping membasmi kaum ini dari muka bumi. Pernah diriwayatkan ketika Mazda yang mengaku dirinya menjadi pengganti Zaratustra pada permulaan abad ke – VI diperintahkan kepadanya agar memberi hak sama rata kepada kaum lelaki untuk memiliki harta-bendanya manakala kaum wanita ditunjukan haknya sebagaimana binatang iaitu hanya api, air dan rumput. Kaum wanita hanya dijadikan habuan kepada nafsu buas lelaki di mana amalan memiliki gundik tidak terbatas begitu juga dengan perzinaan. Bangsa Parsi tidak mengenal peraturan perhubungan antara lelaki dengan perempuan. Perempuan dijadikan barang dagangan dan seperti perhiasaan di mana bila dikehendaki mereka diguna tetapi bila sudah jemu mereka disingkirkan atau dibunuh.
Wanita Tionghoa
Bangsa ini turut merendahkan kaum wanita seperti kata Kong Hu Tju : “Bagi perempuan tidak boleh memerintahkan dan melarang apa jua pun dan amal perbuatan mereka harus dibatasi dalam urusan rumah tangga sahaja”. Menurut suatu riwayat bahawa pernah berlaku pada zaman Kon Fu Sius perbuatan menanamkan orang perempuan hidup-hidup bersama mayat suaminya telah menjadi kebiasaan di tanah Tiongkok semenjak tahun 580 S.M. Turut diriwayatkan bagaimana para isteri orang-orang besar bangsa Tionghoa zaman silam akan dipakaikan celana dari besi antara kedua pehanya hingga bawah pusat dan dikunci kukuh oleh suaminya sepanjang peninggalannya. Ini menyebabkan mereka merasa kesusahan dan kerumitan dalam pergerakan sepanjang peninggalan suami mereka. Inilah ia antara amalan yang buruk dan zalim yang dilakukan terhadap kaum wanita dalam masyarakat Tionghoa.
Islam Hadir sebagai Penyelamat Wanita
Setelah berkurun lamanya kaum wanita ditindas tup2 datang lah ISLAM sebagai penyelamat kepada kaum wanita. Tiada langsung dibincangkan di dalam agama lain spertimana di dalam islam tentang hak-hak wanita. Hal ini membuatkan bekas ketua Hakim Mahkamah Delhi, Mr. Rajindar Sachar pernah menyebut,
“..Historically, Islam had been very liberal and progressive in granting property rights to women. It is a fact that there were no property rights given to Hindu women until 1956, when the Hindu Code Bill was passed, whereas Islam hand granted these rights to Muslim women over 1400 years ago.”
Begitu banyak Hadith2 nabi yang menyentuh mengenai kepentingan menjaga hak wanita. Dalam konteks masyarakat arab jahiliyyah dahulu kala sangat ketara apabila kebencian melampau kepada kaum wanita hinggakan sanggup menanam hidup2 kaum wanita. Namun datang lah ISLAM selaku penyelamat mereka yang juga ditegaskan dalam hadith baginda s.a.w yang bermaksud.
Daripada al-Mughirah bin Syu’bah katanya: Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu penderhakaan terhadap ibu, menanam (membunuh) anak perempuan, menghalang dan meminta, Allah tidak menyukai kamu banyak bercakap, banyak bertanya dan menghilangkan harta.
(Riwayat al-Bukhari 2/848, 5/2229 dan Muslim 3/1341.)
Islam Menyuruh berbuat baik kepada Wanita
Malah bukan hanya menjamin keselamatan mereka tetapi nabi turun menyarankan agar berbuat baik dengan mereka.
Daripada ‘Urwah bin al-Zubair bahawa ‘Aisyah isteri Nabi s.a.w. menceritakan kepadanya, kata ‘Aisyah: “Telah datang kepadaku seorang wanita bersama dua orang anak perempuannya meminta (makanan) daripadaku sedangkan tiada padaku melainkan sebiji tamar. Aku berikan kepadanya, lalu dia membahagikannya untuk kedua-dua anaknya. Kemudian dia bangun dan keluar.” Apabila Nabi s.a.w. masuk, aku pun menceritakan kepadanya, lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka maka mereka menjadi penghalang dari api neraka untuknya.”
(Riwayat al-Bukhari 5/2234 dan Muslim 4/2027)
Islam mengiktiraf Hak Wanita
Kepada korang2 yang selaku wanita ni pulak. ISLAM juga memberi kelepasan untuk korang berkhidmat kepada masyarakat. Bukannya just memeruk dalam rumah sapu sampah, memasak, iron baju, siram pokok bunga dan aktiviti ke’surian rumah’ yang lain. Huhu. Tapi harus di ingat.korang kena la jaga batasan yang sepatutnya.
Daripada Rubaiyi’ binti Mu‘awwidz, katanya: “Kami (kaum wanita) berperang bersama dengan Nabi s.a.w., kami memberi minum kepada tentera, berkhidmat untuk mereka dan membawa mereka yang cedera dan mati pulang ke Madinah.”
(Riwayat al-Bukhari 3/1056)
Selain tu Islam juga tidak pernah sesekali melarang kaum wanita melaksanakan keinginan mereka asalakan ianya masih bertepatan dengan syara’. Hal ini dapat di gambarkan melalui hadith nabi yang bermaksud.
Daripada ‘Abd Allah bin ‘Umar, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan kamu halang wanita-wanita kamu ke masjid-masjid apabila mereka meminta keizinan kamu.”
(Riwayat al-Bukhari 1/195 dan Muslim 1/327)
Lelaki oi.. Sila jalankan tangungjawab kome
Selain tu korang2 yang lelaki ni seharusnya ingat bahawa ISLAM sangat memberi amaran jika kita melakuakn sesuatu yang zalim kepada kaum wanita. Jangan seskali cuba untuk berlaku tidak adil kepada mereka selagi mereka berada di pihak yang hak. Ini antara contoh amaran jika kita tidak bersikap adil kepada kaum wanita.
Daripada Abu Hurairah r.a.: Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia condong (berat sebelah) kepada salah seorang melebihi yang lain, maka dia datang pada hari kiamat dalam keadaan bahunya senget” dalam riwayat yang lain bahunya jatuh.
(Riwayat al-Nasai 7/63, Abu Daud, al-Tirmizi 3/447, dan Ibn Majah 1/633)
Jangan ingat kalau kita sebagai lelaki ni tak zalim tu dah cukup. Kita juga perlu memberikan hak kepada kaum wanita nih. Sebab ini apa yang telah dijanjikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam hadithnya.
Daripada Anas bin Malik: “Sesiapa yang memelihara (dengan baik) dua anak perempuan sehingga baligh, pada hari kiamat dia datang dalam keadaan aku dan dia (baginda merapat kedua jarinya).”
(Riwayat Muslim 4/2027 dan al-Tirmizi 4/319)
Ada lagi hadith tambahan untuk korang.
“Sesiapa yang memiliki tiga orang anak perempuan, lalu dia sabar dengan mereka, dia memberi mereka makanan, minuman dan pakaian dari??, maka mereka menjadi penghalangnya dari api neraka pada hari kiamat kelak.”
(Riwayat Ibn Majah 2/1210)
Ok. Cukup lah kut apa yang aku dapat sinopsiskan dari pembacaan aku di artikel Dr Asri dan artikel2 yang lain. Korang boleh google sendiri la ye. Yang link Dr Asri tu boleh klik kat link INI. Dari apa yang dikhadami terbukti sudah ISLAM amat2 menjamin hak wanita dalam sistem agama ISLAM. Pemberian keadilan telah di anugerahkan kepada kedua2 gender ini samada lelaki dan perempuan. Maka tidak perlu kita saling berlumba untuk menunjukkan siapa yang lebih bagus. Apa kata kita berlumba2 untuk memberi hak kepada orang lain. Ada beran??
Wallahualam…
Thursday, March 1, 2012
Z.A.L.I.M
Bismillahirrahmanirrahim…
Baru2 ni aku ditanyakan mengenai apa kezaliman yang telah di buat oleh UMNO kepada rakyat Malaysia. Kalau korang apa yang korang listkan? Nak list memang banyak la kan. Maklum la manusia ni memang tak akan pernah rasa puas hati dengan perkara sekleling yang berlaku. Ada je perkara yang dirasakan dizalimi. Ye dok?
Tapi bagi aku ada satu kezaliman yang BESAR yang telah UMNO buat dekat aku sepanjang ak menghirup udara pentadbiran penjajah pasca penjajahan ni. Mereka mentadbir Negara ini. Mereka memajukan Negara ini. Tetapi mereka meMUNDURkan Muslim di sini!!
Aku di zalimi sedari darjah 1
Kekejaman yang besar yang dapat aku rasakan adalah sistem pendidikan yang SEKULAR!! Mereka mengasingkan agama dan ilmu dunia. Bab agama biar orang agama je belajar. Orang yang tak belajar agama terbiar je…
Cuba korang hitung berapa tahun korang telah dididik dalam dalam sistem pendidikan di Malaysia ni. Kalau aku aku telah dididik selama 15 tahun dalam sistem pendidikan formal di Malaysia. (Tadika tak masuk la ye). Sistem pendidikan kita langsung tidak selari dengan apa yang terkandung dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan yang di asaskan oleh DS Anwar Ibrahim. Falsafah kita menyatakan sepatutnya semakin tinggi kita belajar maka semakin dekat kita kepada tuhan.
Cantik bukan falsafah kita? But sekarang kita tengok pula realiti berlaku sekarang. Adakah kita semakin dekat dengan yang maha pencipta? Adakah terealisasi apa yang ingin diprodukkan dari sistem pendidikan sekarang ni?
Bagi aku langsung haprak pun tak membantu mendekatkan kita kepada Allah. Makin tinggi belajar makin dekat konon. Makin tinggi makin jauh dari Allah ada la.. Cuba kome ingat balik bila last kome belajar agama secara formal? Kalau aku dulu time kat matrik. Tu pun just lulus n gagal je. Yang belajar agama yang betul2 effect result pun time kat sekolah menengah dulu.
Kerajaan belum benar2 zalim?
Tapi aku agak sedih bila ada pihak yang menyatakan kerajaan belum betul2 zalim dengan sistem pendidikan sekarang. Alasannya adalah kerajaan tak pernah halang rakyatnya untuk belajar agama. Kita harus jelas bahawa sememangnya tanggungjawab ulul amri adalah mencorakkan rakyatnya. Mereka seharusnya menyuruh dan menyediakan jalan untuk kita selaku rakyat ini mendekatkan diri kepada Allah.
Jangan kita lupa apakah punca kejatuhan khilafah islam pada tahun 1924 dahulu. Bukankah sistem SEKULAR menjadi puncanya. Diketuai oleh Mustafal Kamal durjana yang berpendidkan SEKULAR itu lah menjadi punca tumbangnya kerajaan Turki Uthmaniah ketika itu. Lantas ketika itu naiklah kepimpinan ZALIM yang mencorakkan pemikiran SEKULAR di Turki. Apakah sistem SEKULAR itu berbeza dengan SEKULAR yang diamalkan di Malaysia kini? Apakah masih belum cukup lagi kita menyatakan kerajaan kita tidak zalim?
Merenung Masa Depan
Lihat Malaysia 20 tahun lagi. Ketika itu mungkin kita sudah beranak pinak. Apakah kita rela melihat anak kita belajar dalam sistem yang sebegini rupa? Yang menjauhkan anak kita dari agama? Ketika itu tegarkah kita menyatakan kerajaan TIDAK ZALIM kerana MENJAUHKAN anak saya dari Allah. Saya dan anak saya yang BERSALAH sebab kami tak usaha sendiri mencari ilmu agama. Kerajaan TIDAK ZALIMI kami langsung kerana mereka berjaya menyedikan kemajuan DUNIA kepada kami.
Kesimpulan
Sudah terang lagikan bersuluh. Ternyata sistem pendidikan kini menzalimi rakyat. Bukan kezaliman jasmani tetapi kezaliman rohani. Sesungguhnya kezaliman rohani itu lah yang lebih perit bagi pencinta ilahi. Tapibersyukurlah kerana kita masih lagi berpeluang untuk memastikan generasi akan datang tidak di SEKULARkan pemikirannya. Terpulang kepada anda. Pen dan kertas undi ada di tangan anda.
UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA!!
Wallahualam…
Friday, January 20, 2012
Parent kita sentiasa Obses!!
Alhamdulillah setelah agak lama tidak menulis di blog ini akhirnya hari ini aku diberi kekuatan untuk mencoret sedikit apa yang telah lama ingin aku coretkan. Pergaulan aku dengan golongan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak membuatkan aku semakin lama semakin terfikir akan betapa “obses”nya ibu bapa untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada anak masing2.
Apa sahaja untuk pendidikan anak
Bermula dengan kisah bro2 yang aku kenal. Al kisahnya bersungguhnya ingin menghantar anak belajar hingga sanggup membuat pinjaman peribadi dan mengeluarkan wang EPF untuk di jadikan bahan yang dikorban untuk menyempurnakan pendidikan anak beliau. Namun aku sedikit terkilan apabila brader tersebut menceritakan tentang anaknya walaupun wang PTPTN sudahpun masuk tetapi anaknya masih meminta wang saku daripada ayahnya atas alasan wang PTPTN masih belum masuk. Padahal apabila telefon pihak pengurusan mereka menyatakan wang PTPTN telah pun masuk. Rasa terkilan aku semakin bertambah apabila mungkin dalam 1 sem masuk ke sana tiba2 merasakan tidak dapat meneruskan pengajian. Maka pulanglah si anak dan masuk pula ke IPTS yang lain. Buat macam keluar tandas je kan. Mudahnya si anak bertukar selera pusat pengajian. Beribu riban duit ayah nya mengalir tak difikirkan.
Seterusnya kisah adik kepada seorang abang ni. Keluarganya memang miskin. Apabila keluar result SPM yang tidak melayakkannya untuk sambung pengajian ke institusi kerajaan maka si ibu (ayah sudah meninggal) dan abang2nya berusaha untuk menghantarnya belajar ke IPTS. Maka berhabislah wang beribu ringgit untuk melengkapkan pengajian si anak/adik itu.
Teliti pula pendidikan kanak2 di usia sekolah rendah. Aku merasakan sangat berbeza yang aku dapati dengan apa yang tersedia untuk mereka kini. Kelas tambahan. Buku latihan tambahan. Alat tulis. Kelengkapan sekolah. Semuanya lengkap!! Wang saku pula mencecah 5 ringgit sehari. Serba lengkap. Tapi dalam pemerhatian aku merasakan masih belum cukup dengan apa yang terhasil dari anak2 tersebut. Ahhh cakap banyak pun tak guna. Diorang masih belum mengerti apa2 persis seperti aku juga satu masa dahulu.
Aku anak kampung
Mungkin perlaburan untuk pendidikan seperti ini adalah biasa bagi orang bandar. Tapi bagi anak kampung seperti aku, aku mengerti bagaimana sukarnya untuk mendapatkan wang untuk mebesarkan anak dengan pendidikan yang lengkap. Alhamdulillah walaupun kami mempunyai adik beradik yang ramai namun ayahku yang hanya bekerja kampung ini mampu membesarkan kami 12 beradik hingga menjadi “orang”. Sayu juga hati apabila mendengar kisah mak aku menggadaikan barang kemas untuk menghantar abang aku belajar di kedah satu ketika dahulu. Bukan sekali di gadaikan. Berkali2… Kisah ayahku hampir menjual kereta. Kisah membanting tulang berniaga dari pagi hingga ke malam. Banyak lagi kisah2 lain yang turut terkesan di hati. (Pergh..rasa nak nangis pun ada L)
Apa pula yang kita beri?
Apa sahaja yang kita beri aku kira masih belum mampu untuk membalas jasa mereka. Aku tahu ramai dari pembaca aku terdiri daripada golongan pelajar. Salah satu perkara yang membahagiakan mereka adalah keputusan exam kita. Maka belajar lah bersunguh2. Teringat aku ketika keluar result semester 2 di UKM. Keputusan itu aku check pakai handphone. Duduk di sebelah emak aku. Alangkah bersalah dan sedihnya apabila result yang terkeluar adalah di bawah 3.0. Mengalir air mata aku memohon maaf kepada mak aku time tu. Itu lah dalam sejarah yang aku rasa result aku agak mengecewakan mereka.
Suka aku mengingatkan di sini. Zaman belajar ini adalah zaman emas untuk korang. Semua orang memandang apa yang terhasil dari pembelajaran korang selama ini. Apa yang terhasil daripada pengorbanan ibu dan ayah saban hari. Andai hanya melahirkan result yang layak di”bakul sampah”kan maka perlulah sedikit penyesalan di situ. Bebaloikah sudah pengorbanan yang dilakukan mereka dengan apa yang kita berikan??
Namun selain kejayaan tersurat yang diidamkan. Aku yakin setiap ibu bapa mengidamkan mempunyai anak yang berakhlak islami. Anak yang soleh dan solehah ini lah yang mejadi pusaka warisan mereka kelak apabila di “sana” kelak. Maka cerminkan diri kita sendiri. Sudahlah tidak mampu memberi mereka dari sudut keduniaan. Bertambah malang andai kita tidak mampu memberi mereka dari sudut perkara yang hakiki.
Penutup
Kesimpulannya tugas kita adalah memberikan segala yang termampu untuk mereka. Coretan di sini hanyalah untuk mengingatkan diri aku dan juga kamu bahawa besarnya pengorbanan mereka untuk melengkapkan pendidikan kita. Persoalannya adakah kita sudah menjadi seorang ANAK yang terdidik??
Selamat mendidik diri!!
Monday, December 5, 2011
Nazmi Faiz dan Messi punya rezeki
Bismillahirrahmanirrahim...
Messi : Yo bro.. Amacam life sekarang? Famous nampak
Nazmi : Alhamdulillah. Mantain jambu lagi. Ramai peminat sekarang ni dowh..
Messi : Standard la bro. Nasib pemain bola yang hebat macam kita.
Nazmi : Tu la pasal. Tak sia2 aku tak ambil SPM tahun ni. Berballoi baloiiii...
Messi : Dahsyat la ko. Memang rezeki ko kat bola sepak ni weh. Aku dulu pun sakit. Tapi dah rezeki kan. Gua layan je...
Nazmi : Betul tu. Ko tengok si Alex Yong tu. Dulu main race sekarang ni main sukan luncur pulak. Tapi rezeki dia dapat emas jugak sukan SEA baru2 ni.
Messi : Betul tu. Kita tak boleh expect rezeki yang macam mana tuhan Allah nak bagi kita. Isteri solehah pun rezeki jugak kan??haha
Nazmi : Yeahhh...tepat2. Ni buat aku rasa nak tackle peserta Ustazah Pilihan n Solehah ni.haha
Messi : Sudah la ko Nazmi. Umur baru setahun jagung. Sembang lebih pulak..
Nazmi : Stadard orang famous la bro..haha.. Ok la. Aku nak pergi training ni... Chow dulu... Assalamualaikum..
Messi : Ok2. Takdehal. Waalaikumsalam..
Di atas ni sedikit situasi yang dicipta hasil daripada imiginasi merapu aku. Haha. Intipatinya adalah rezeki dari Allah swt. Kita tidak mampu menjangka apa bentuk rezeki yang telah dirancang oleh Allah swt kepada kita selaku hambanya.
Ingin aku bawakan kisah makcik yang diceritakan oleh Ustaz Pahrol dalam majalah Solusi. Kisah makcik yang bekerja dengan bagus dan jujur. Namun beliau tidak dapat naik pangkat dan gaji. Mungkin kerana sifatnya yang bukan membodek dan melobi. Kelihatan seperti rezekinya tak berapa bagus di syarikat tersebut kan? tapi hakikatnya setelah Ustaz Pahrol bersembang dengan beliau rupa2nya beliau mempunyai anak yang semuanya berjaya dan hidup senang. Itu lah berkat kerjanya yang jujur. Allah tidak membalasnya dengan wang gaji saban bulan. Namun Allah membalasnya dengan anak2 yang berjaya yang bermanfaat hingga ke akhir hayat malah di alam sana kelak.
Kisah lain pula adalah kisah parent aku sendiri. Bila difikir kembali bagaimana abah dan mak aku mampu membesarkan kami yang 12 orang ni. Baru semalam aku bersembang dengan mak aku perihal kesusahan untuk membesarkan anak. Dalam satu masa ada 6@7 orang yang bersekolah sekaligus. Tapi rezeki Allah itu tetap tertulis untuk setiap manusia. Ada sahaja ruang dan lubang untuk mendapatkan wang untuk membesarkan anak2. Walaupun tidak mampu bermewah2. Abah pernah menceritakan yang dia hampir ingin menjual kereta hanya kerana untuk membesarkan anak nya tapi Allah maha pemurah. Ketika itu ada rezeki lebih. Tiba2 ada orang nak antar ikan haruan kat abah aku. Di pun jual kat Pasar parit. Alhamdulillah Ikan haruan yang di ambil setiap hari habis terjual...
Masuk sedikit kisah di G&P. Pendapatan di G&P tidak menentu. Ianya bergantung kepada projek kita yang kita handle. Dekat atau jauh itu memainkan peranan.Sudah banyak projek outstation yang aku terlepas sebab aku lebih ditumpukan untuk menyelesaikan projek mapping. Projek mampping ni tak berapa masyuk dari sudut elaunnya. Mapping 3 4 hari kena stay ofis 2 minggu lebih. Tapi takpe. Rezeki ada dimana2. Masih ingat lagi tentang Tafsir Mubin yang aku jual beberapa bulan lalu? Ketika bulan tersebutlah aku tak berapa ada site. Duk memerap kat ofis je memboringkan diri. Tapi alhamdulillah. Tak semestinya duit gaji tu je rezeki aku. tafsir Mubin yang di ambil habis terjual. Pokok pangkalnya kita perlu yakin rezeki itu datang dari Allah swt.
Kini sila merenung diri sendiri, adakah kita cukup rasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita? Mungkin kita akan merasakan rugi di satu temoat. Tapi kebiasaannya kita tidak memandang banyak tempat yang kita sedang mengalami keuntungan dek kerana Pemurahnya pencipta kita itu. Pokok pangkalnya adalah bersyukur dan meyakini bahawa itu yang terbaik untuk kita...
Wallahualam..
Messi : Yo bro.. Amacam life sekarang? Famous nampak
Nazmi : Alhamdulillah. Mantain jambu lagi. Ramai peminat sekarang ni dowh..
Messi : Standard la bro. Nasib pemain bola yang hebat macam kita.
Nazmi : Tu la pasal. Tak sia2 aku tak ambil SPM tahun ni. Berballoi baloiiii...
Messi : Dahsyat la ko. Memang rezeki ko kat bola sepak ni weh. Aku dulu pun sakit. Tapi dah rezeki kan. Gua layan je...
Nazmi : Betul tu. Ko tengok si Alex Yong tu. Dulu main race sekarang ni main sukan luncur pulak. Tapi rezeki dia dapat emas jugak sukan SEA baru2 ni.
Messi : Betul tu. Kita tak boleh expect rezeki yang macam mana tuhan Allah nak bagi kita. Isteri solehah pun rezeki jugak kan??haha
Nazmi : Yeahhh...tepat2. Ni buat aku rasa nak tackle peserta Ustazah Pilihan n Solehah ni.haha
Messi : Sudah la ko Nazmi. Umur baru setahun jagung. Sembang lebih pulak..
Nazmi : Stadard orang famous la bro..haha.. Ok la. Aku nak pergi training ni... Chow dulu... Assalamualaikum..
Messi : Ok2. Takdehal. Waalaikumsalam..
-----------end-----------
Di atas ni sedikit situasi yang dicipta hasil daripada imiginasi merapu aku. Haha. Intipatinya adalah rezeki dari Allah swt. Kita tidak mampu menjangka apa bentuk rezeki yang telah dirancang oleh Allah swt kepada kita selaku hambanya.
Ingin aku bawakan kisah makcik yang diceritakan oleh Ustaz Pahrol dalam majalah Solusi. Kisah makcik yang bekerja dengan bagus dan jujur. Namun beliau tidak dapat naik pangkat dan gaji. Mungkin kerana sifatnya yang bukan membodek dan melobi. Kelihatan seperti rezekinya tak berapa bagus di syarikat tersebut kan? tapi hakikatnya setelah Ustaz Pahrol bersembang dengan beliau rupa2nya beliau mempunyai anak yang semuanya berjaya dan hidup senang. Itu lah berkat kerjanya yang jujur. Allah tidak membalasnya dengan wang gaji saban bulan. Namun Allah membalasnya dengan anak2 yang berjaya yang bermanfaat hingga ke akhir hayat malah di alam sana kelak.
Kisah lain pula adalah kisah parent aku sendiri. Bila difikir kembali bagaimana abah dan mak aku mampu membesarkan kami yang 12 orang ni. Baru semalam aku bersembang dengan mak aku perihal kesusahan untuk membesarkan anak. Dalam satu masa ada 6@7 orang yang bersekolah sekaligus. Tapi rezeki Allah itu tetap tertulis untuk setiap manusia. Ada sahaja ruang dan lubang untuk mendapatkan wang untuk membesarkan anak2. Walaupun tidak mampu bermewah2. Abah pernah menceritakan yang dia hampir ingin menjual kereta hanya kerana untuk membesarkan anak nya tapi Allah maha pemurah. Ketika itu ada rezeki lebih. Tiba2 ada orang nak antar ikan haruan kat abah aku. Di pun jual kat Pasar parit. Alhamdulillah Ikan haruan yang di ambil setiap hari habis terjual...
Masuk sedikit kisah di G&P. Pendapatan di G&P tidak menentu. Ianya bergantung kepada projek kita yang kita handle. Dekat atau jauh itu memainkan peranan.Sudah banyak projek outstation yang aku terlepas sebab aku lebih ditumpukan untuk menyelesaikan projek mapping. Projek mampping ni tak berapa masyuk dari sudut elaunnya. Mapping 3 4 hari kena stay ofis 2 minggu lebih. Tapi takpe. Rezeki ada dimana2. Masih ingat lagi tentang Tafsir Mubin yang aku jual beberapa bulan lalu? Ketika bulan tersebutlah aku tak berapa ada site. Duk memerap kat ofis je memboringkan diri. Tapi alhamdulillah. Tak semestinya duit gaji tu je rezeki aku. tafsir Mubin yang di ambil habis terjual. Pokok pangkalnya kita perlu yakin rezeki itu datang dari Allah swt.
Kini sila merenung diri sendiri, adakah kita cukup rasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita? Mungkin kita akan merasakan rugi di satu temoat. Tapi kebiasaannya kita tidak memandang banyak tempat yang kita sedang mengalami keuntungan dek kerana Pemurahnya pencipta kita itu. Pokok pangkalnya adalah bersyukur dan meyakini bahawa itu yang terbaik untuk kita...
Wallahualam..
Subscribe to:
Posts (Atom)




