Waaa......
Pewwwit... Ada orang nak berkenalan dengan aku siot. haha.
Terima Kasih bangat sebab korang ada perasaan nak berkenalan dengan manusia bernama Ahmad Zulqurnain Bin Ghazalli ni
Perkara pertama korang nak tahu mesti umur aku kan? So korang boleh kira sendiri la berdasarkan tarikh lahir aku iaitu 21 Februari 1988 dan di besarkan di Bandar Metropolitan Layang-layang Kiri, Parit perak. Atey teman ni oghang peghok yob oi!!
Bercakap pulak pendidikan aku. Aku bermula mengenal ABC dan Alif Ba Ta mahupun 1 2 3 adalah di Tadika Pasti Kg Selat. Berbekalkan Kopiah Pasti tu aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Sek Keb Layang-layang Kiri sampai la ke darjah 6. Akibat daripada keputusan UPSR yang tak memberangsangkan. Aku telah ditendang dari Kampung halaman dan terpaksa membawa diri yang lara ke SMK Agama Kerian. 5 tahun aku memakai baju batik berwarna ungu di sekolah tersebut akhirnya aku berjaya mengambil keputusan SPM aku dengan rambut botak akibat didonggolkan oleh jurulatih di PLKN Segari. Hasil keaktifan memonteng kelas akhirnya aku berjaya sambung study di Kolej Matrikulasi Perlis. Setahun aku mengaji Sains Fizikal disana akhirnya aku dapat menyambungkan permusafiran pembelajaran aku di Universiti Kebangsaan Malaysia di dalam bidang Geologi. Bidang yang aku pilih kerana namanya agak sedap. kahkahkah. 3 tahun aku di sana akhirnya terberanak lah seorang Geologist hasil proses persenyawaan antara peringkat2 pengajian aku.
Sembang sikit tentang family. Family aku takde la besar sangat, Just 12 orang je dan aku adalah anak ke 10 juga merangkap anak yang "paling pendiam" dalam kalangan kami. Family pulak bukan dari golongan berada. Orang kampung la katakan. But i'm proud with my parent. 12 orang tu beeebb.. takde sorang pun dari kami yang tak jadi "orang". Special thanks to En Ghazalli and Pn Habesah. Love both of them!! ^^
Tentang blog ini pulak. Blog ini terberanak pada tarikh 5 September 2009. Blog ini hanyalah medium aku untuk berkongsi rasa dan cerita. Di samping lebih besar dari itu agar mampu aku persembahkan di hadapan Allah swt kelak sebagai sekelumit ibadah dari hambanya yang serba hina ini. Dengan asbab blog ini juga aku mengharapkan agar aku terus istiqamah dalam pengislahan yang sedang aku sedang dan ingin terus lakukan ini. Juga aku amat bersyukur jika dengan sedikit coretan di blog ini mampu mengembalikan rasa bertuhan dalam diri seluruh pembca aku sekalian.
Salam Perkenalan Dariku..
Seorang manusia yang sama seperti manusia lain yang ditakdirkan hidup di muka bumi ini namun masih belum ditakdirkan untuk mati. Hakikatnya sememangnya dihidupkan untuk dimatikan. Oleh itu ingatkanlah aku tentang bekalan yang perlu disediakan untuk menghadapi saat yang telah dijanjikan. Bersama kita berkongsi perkongsian untuk dikongsikan sebagai bekalan di hari penghisaban bekalan..
Ahmad Zulqurnain Ghazalli
24 June 2012
7.42 a.m
Edited :
12 Oktober 2013
12.13 a.m
Pewwwit... Ada orang nak berkenalan dengan aku siot. haha.
Terima Kasih bangat sebab korang ada perasaan nak berkenalan dengan manusia bernama Ahmad Zulqurnain Bin Ghazalli ni
Perkara pertama korang nak tahu mesti umur aku kan? So korang boleh kira sendiri la berdasarkan tarikh lahir aku iaitu 21 Februari 1988 dan di besarkan di Bandar Metropolitan Layang-layang Kiri, Parit perak. Atey teman ni oghang peghok yob oi!!
Bercakap pulak pendidikan aku. Aku bermula mengenal ABC dan Alif Ba Ta mahupun 1 2 3 adalah di Tadika Pasti Kg Selat. Berbekalkan Kopiah Pasti tu aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Sek Keb Layang-layang Kiri sampai la ke darjah 6. Akibat daripada keputusan UPSR yang tak memberangsangkan. Aku telah ditendang dari Kampung halaman dan terpaksa membawa diri yang lara ke SMK Agama Kerian. 5 tahun aku memakai baju batik berwarna ungu di sekolah tersebut akhirnya aku berjaya mengambil keputusan SPM aku dengan rambut botak akibat didonggolkan oleh jurulatih di PLKN Segari. Hasil keaktifan memonteng kelas akhirnya aku berjaya sambung study di Kolej Matrikulasi Perlis. Setahun aku mengaji Sains Fizikal disana akhirnya aku dapat menyambungkan permusafiran pembelajaran aku di Universiti Kebangsaan Malaysia di dalam bidang Geologi. Bidang yang aku pilih kerana namanya agak sedap. kahkahkah. 3 tahun aku di sana akhirnya terberanak lah seorang Geologist hasil proses persenyawaan antara peringkat2 pengajian aku.
Sembang sikit tentang family. Family aku takde la besar sangat, Just 12 orang je dan aku adalah anak ke 10 juga merangkap anak yang "paling pendiam" dalam kalangan kami. Family pulak bukan dari golongan berada. Orang kampung la katakan. But i'm proud with my parent. 12 orang tu beeebb.. takde sorang pun dari kami yang tak jadi "orang". Special thanks to En Ghazalli and Pn Habesah. Love both of them!! ^^
Saja ambil gambar lama. Gambar time aku masih comel. haha
Berkenaan status pulak. Aku dah berkahwin. So sori la ye. Jangan hampa wahai gadis2 sekalian. Banyak lagi jejaka yang lebih baik dari aku. Ayat hot gila!!! kahkahkah... Aku bernikah pada 13.1.13 dengan Puan Aida Rahayu Mohd Badri. Oh manis dan sopan orangnya.. hehehe... Nak tengok gambar2 kami boleh pergi ke galeri rumahtangga aku kat atas nuh. klik kome jangan tak klik...
Salam Perkenalan Dariku..
Seorang manusia yang sama seperti manusia lain yang ditakdirkan hidup di muka bumi ini namun masih belum ditakdirkan untuk mati. Hakikatnya sememangnya dihidupkan untuk dimatikan. Oleh itu ingatkanlah aku tentang bekalan yang perlu disediakan untuk menghadapi saat yang telah dijanjikan. Bersama kita berkongsi perkongsian untuk dikongsikan sebagai bekalan di hari penghisaban bekalan..
Ahmad Zulqurnain Ghazalli
24 June 2012
7.42 a.m
Edited :
12 Oktober 2013
12.13 a.m
1 comment:
Style2..
Post a Comment