PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Showing posts with label Hadith Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Hadith Jumaat. Show all posts

Friday, February 7, 2014

HJ07: Makan dari pinggir roti

Dari Ibnu Abbas rah,

Bahawa Nabi Muhammad s.a.w datang membawa piring berisi roti bercampur kuah. Beliau bersanda, “Makanlah dari pinggirnya, Janganlah makan dari tengahnya kerana berkah itu turun di tengahnya.”(Hadith riwayat empat imam, lafaz ini adalah lafaz an-Nasa’i dan sanadnya sahih)


Komen aku: Bangsa melayu pun memang diajar begini. Namun lebih elok jika kita tahu dimana datang sumbernya.


Rujukan : Terjemahan Bulaghul Maram (1086)


*HJ bermaksud hadith jumaat. Setiap Hari jumaat aku akan kongsikan satu hadith untuk tatapan bersama. 

Friday, January 10, 2014

HJ 06: Borak sambil berhadas

Dari Jabir rah, Dia berkata, "Rasululullah s.a.w bersabda,

"Apabila dua orang hendak membuang air besar hendaknya masing-masing menutupi dirinya dari yang lainnya dan janganlah keduanya berbincang-bincang, Kerana Allah membenci perbuatan seperti itu."

(Diriwayatkan oleh Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu as-Sakan serta Ibnu al-Qattan. hadits ini mempunyai cacat.)

komen aku : Jangan la duk berborak time tengah melabur besar mahupun kecik. buruk benor bunyinya...

Rujukan : Terjemahan Bulaghul Maram (101)

*HJ bermaksud hadith jumaat. Setiap Hari jumaat aku akan kongsikan satu hadith untuk tatapan bersama.

Friday, December 27, 2013

HJ 05 : Apabila bertemu barang

Dari Iyadh Ibnu Himar rah dia berkata, "Rasulullah saw bersabda,

Barangsiapa menemukan barang yang hilang, hendaklah ia mencari kesaksian dua yang orang adil, menjaga tempat dan pengikatnyaserta tidak menyembunyikan dan menghilangkannya, Apabila pemiliknya datang, Ia(pemiliknya) lebih berhak untuk mengambilnya, apabila tidak datan, barang itu adalah harta Allah yang Dia berikan kepadaorang yang dikehendakiNya"

(Hadits riwayat Ahmad serta empat orang imam kecuali at-Tirmidzi. Dan disahihkan oleh Ibnu Huzaimah, Ibnul Jarud dan Ibnu Hibban)

Rujukan : Terjemahan Bulaghul Maram (972)

Komen aku : Dulu time sekolah pernah jugak senior cakap kalau jumpa barang kena umumkan di masjid berkenaan selama setahun. Pastu baru boleh ambik. Wallahualam...

Friday, November 15, 2013

HJ 04 : Jauhi sifat zalim dan kedekut

Dari Jabir rah, dia berkata, Rasulullah saw bersabda :

Jauhilah kezaliman kerana kezaliman ialah kegelapan pada Hari Kiamat. Dan jauhilah perbuatan kikir kerana ia telah membinasakan orang-orang sebelum kalian.

(Hadith Riwayat Muslim)

rujukan : Terjemahan bulaghul maram  (1529)

komen aku : Baru semalam aku tengok video pak menteri yang zalim kerana sifat kedekutnya apabila MP dari PR mengusulkan untuk dipotong elaun. kebetulan jumpa hadith ni hari ini.

** HJ bermaksud hadith jumaat. Setiap Hari jumaat aku akan kongsikan satu hadith untuk tatapan bersama.

Friday, November 8, 2013

HJ 03 : Penuhi undangan perkahwinan

Dari Abu Hurairah r.a.h, Dia berkata Rusulullah s.a.w bersabda

"Apabila salah seorang di antara kalian diundang, hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. Jika ia sedang berpuasa, hendaklah ia mendoakan, Jika ia tidak berpuasa, Hendaklah ia makan."

(Hadith riwayat Muslim)

rujukan : Terjemahan bulaghul maram  (1077)

komen : apa lagi? cuba sedaya upaya untuk memenuhi jemputan kenalan2 kome yang nak kahwin tu..


Friday, November 1, 2013

HJ 02 : Berbuat baik kepada ibu bapa

Usair bin Jabir berkata:

Biasanya ‘Umar al-Khaththab apabila datang pasukan (pejuang) bantuan daripada Yaman, dia akan bertanya kepada mereka sama ada di kalangan mereka ada seorang yang bernama Uwais bin ‘Amar. Sehingga ke satu ketika beliau bertemu dengan Uwais bin ‘Amar.

Lalu beliau bertanya: “Andakah Uwais bin ‘Amar?”

Orang itu menjawab: “Ya.”

‘Umar bertanya lagi: “Daripada Murod, kemudian daripada Qarn?”

“Ya” jawab orang tersebut.

‘Umar bertanya lagi: “Apakah anda memiliki belang (di badan) lalu kamu sembuh kecuali satu bahagian sebesar duit sedirham?”

Orang itu menjawab: “Ya.”


‘Umar bertanya lagi: “Adakah anda memiliki ibu?”

Orang itu menjawab: “Ya.”.

Lantas ‘Umar berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Akan datang kepada kalian Uwais bin ‘Amar bersama pasukan bantuan daripada Yaman. (Dia) daripada Murod, kemudian daripada Qarn. Dia dahulunya memiliki penyakit belang lalu telah sembuh daripadanya kecuali satu bahagian sebesar satu dirham. Dia memiliki seorang ibu yang dia selalu berbakti kepadanya. Seandainya dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya Allah akan mengabulkan sumpahnya itu. Jika kamu mampu memintanya memohon ampun untuk kamu, maka lakukanlah.”Berkata ‘Umar: “Mintakanlah ampun untuk aku.”Maka Uwais meminta ampun untuk ‘Umar.[1]

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2542 (Kitab Fadha’il al-Shahabah, Bab keutamaan Uwais al-Qarni).


Tudia... Bukan main lagi tinggi darjat orang yang berbuat baik dengan ibu bapa. so ape lagi kome?? moh buat baik dengan ibu bapa.


** HJ bermaksud hadith jumaat. Setiap Hari jumaat aku akan kongsikan satu hadith untuk tatapan bersama.


Lagi hadith di : http://aminhusain85.blogspot.com/2013/03/kedudukan-ibubapa-dalam-islam.html

Friday, October 25, 2013

HJ 01 : Selawat di hari jumaat


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)." [HR Al Baihaqi]


HJ bermaksud hadith jumaat. Setiap Hari jumaat aku akan kongsikan satu hadith untuk tatapan bersama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang