PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Saturday, May 10, 2014

KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)


Ada 3 orang tetamu datang rumah aku beberapa tahun lalu.

Diorang datang time tu sebabnya tok sedara aku bepakat dengan kawan dia untuk bawak dia masuk rumah kami.

Mula-mula tension jugak dengan dia ni.

Tapi lama-lama kami sama2 besarkan rumah kami, sapu sampah dan macam-macam lagi la.

So sekarang ni aku dah pun anggap diorang ni yang dahulunya tetamu dah ibarat ahli rumah kami yang tetap.

Cuma diorang ni ada la yang berlain sikit dengan kami.

kami adik beradik suka tengok cerita cerekarama

tapi diorang bertiga pula suka tengok pearl screen. nak2 pulak kalau cerita kungfu

Jenuh jugak la nak bagi diorang pun minat tengok cerekarama.

Dulu memang kalau kami tengok cerekarama diorang akan duduk bilik buat tak reti je.

sekarang ni bila time kami tengok cerekarama ada la seorang dah tengok sekali, seorang lagi dah mula intai2. cuma ada sorang lagi tu yang duduk kat bilik.

Tapi tiba2 sekarang ni adik aku yang baru setahun jagung tu duk melenting tak tentu pasal.

Puncanya yang seorang yang masih duduk dalam bilik tu kata jangan asyik tengok cerekarama je. Membazir dan takde faedah.

Tapi adik aku ni pergi salahkan ketiga-tiga diorang ni. Cakap yang 3 orang ni adalah penceroboh rumah kami.

Penyudahnya ketiga2 orang ni dah makin jauh dengan kami.

Sob3x betoi aku rasa...

Penat aku dengan adik beradik lain duk tarik diorang tengok cerekarama sama2. Makan tahun beb..

Slumber je adik aku ni potong stim. hampeh betoi.


soalnya skerang sape kat sini sokong ISMA?? haha

Tuesday, March 25, 2014

MH370 Vs IM529

Sepanjang 4 jam perjalan dari Jenderam ke Cameron Highland pagi tadi.

Kutukarkan channel di radio aku. Sinar, ERA, IKIM dan Bernama radio bersilih ganti.

Semua berkisar tentang kepiluan yang sama.

Namun ada satu yang ku kesan.

Hanya ada satu channel yang berbicara tentang hukuman mati kepada mujahid IM.

Sampai di cameron. Bukak FB. Juga begitu.

Nisbah yang berbicara tentang IM529 hanya kurang lebih 10%

Ini kuasa media. Media mencorak suasana.

Aku sendiri gagal berhenti berfikir tentang MH370 untuk beralih kepada nasib mujahid di Mesir.

Sedangkan di Mesir mereka lagi ramai. Bukannya calangan orang yang di hukum mati.

Bukan menafikan kesedihan tentang MH370.

Tapi bercakap soal yang mana lebih harus disedihkan?

yang mana harus diperjuangkan?

kamu Islam. Aku islam. Mereka pejuang Islam. Yang menjatuhkan hukuman mati juga Islam.

Di mana sensitiviti aku dan kamu wahai Umat Islam??

#PRAY4IM529

Tuesday, September 17, 2013

Muktamar PAS : Benarkah mereka bercakaran?

Di suatu kejiranan. Mereka berpakat ingin mendirikan rumah. Ada beberapa kepakaran yang mereka ada.

1.      Yang memang belajar ilmu pertukangan
2.      Yang dahulunya belajar Bahasa Bangladesh  tapi ada belajar ilmu pertukangan sikit2.
3.      Yang rajin bekerja dalam bab pertukangan

Namun untuk mendirikan rumah ini. Tak boleh hanya ada 3 orang ini sahaja. Ditetapkan perlu ada 10 pengikut  untuk setiap golongan. Setakat ini golongan 1 hanya ada 4 orang. Golongan 2 hanya ada 5 orang dan golongan 3 hanya ada 7 orang.

Sejak akhir2 ini

Wednesday, September 4, 2013

Sajak : tribute minyak naik "Mereka adalah Pegar"


Mereka adalah pegar

Di teratak usang ini,
Ku tenung wajah anak dan isteri,
Berjujur jernihan air membasahi pipi,
Mengenangkan nasib esok yang

Tuesday, September 3, 2013

Apabila Banglasia "Naik Minyak"

Di suatu negara di Antartika bernama negara Banglasia berlaku sedikit perbincangan diantara Perdana Menterinya dengan timbalannya.

Majib : Woi. Aku pening kepala ni. Hutang negara dah makin berlungguk.
Muhmidin : Tu la ko. Dulu tabur banyak sangat. Sekarang kita jugak yang dah senak ni. Adoyai..
Majib : Nak buat camne din oi. Tu je jalannya untuk ko ngan aku maintain duduk kat jawatan ni.
Muhmidin : Hmm… Aku rasa kite kena

Friday, August 30, 2013

Gulai Kemerdekaan Vs Gulai Penjajahan


Kita perlu membuat Gulai kita sendiri!!! Kita akan gelarkan dia sebagai GULAI KEMERDEKAAN!!!!!

Ini lah seruan yang berkumandang di suatu kampung yang sudah muak untuk menjamah GULAI PENJAJAHAN. Individu yang mula2 sekali bertanggungjawab untuk meneyeru pembuatan ini ialah Syeikh Ahmad Al Fathani. Beliau yang mempunyai pendidikan dari

Friday, August 23, 2013

Dialog untuk Mesir

Leman : Sham, ko tahu ke tentang isu mesir sekarang ni?

Sham : Tahu la jugak sikit leman. Ada jugak member2 aku share kat facebok.

Leman : Oh. Ossem jugak ko ni. Apa yang ko tahu?

Sham : Ye la. Ni hal geng tentera buat hal gulingkan Morsi kan? Morsi ni menang Plilihanraya kat Mesir tahun lepas.

Thursday, August 15, 2013

Tembakan Berdarah Di Ipoh



Ipoh 15 ogos :

Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kes pembunuhan  terancang. Siri pembunuhan menggunakan modus operandi pembunuhan terancang ini semakin berleluasa kini. Terkini sekumpulan anak muda seramai 12 orang telah telah diserang oleh sekumpulan lelaki yang sempat dirakam menggunakan kamera litar tertutup. Di fahamkan kumpulan anak muda ini baru pulang dari menghadiri konsert sempena aidilfitri di ibu negeri lewat malam tadi. Menurut pihak polis berdasarkan foto yang dirakam seramai 4 orang lelaki telah menyerang menggunakan senjata api yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

Tuesday, May 7, 2013

BONGKAR PRU13

Bismillahirrahmanirrahim..

Ni bukan namanya x redha dgn apa yg terjadi.tp ni namanya x redha JIKA BENAR penipuan berlaku.copy paste dr kawan.

BONGKAR, TIPU PRU13
Posting ini bukan kami PENYOKONG PR tak terima kenyataan, kami mahu buka minda rakyat Malaysia apa yg sebenarnya BERLAKU semasa PRU-13. Pendedahan ini tak akan disiarkan mana2 Tv dan milik kerajaan. Anda nilai2kan. Kalau setuju atau tak setuju, sila komen dgn berhemah.

A) Lari peti undi
1- 2 bag votes dicampak dari helikopter
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=407760375997633&set=a.114183132022027.20407.100002910238503&type=1&theater

2- PANAS!!! SPR TERANG-TERANG LARIKAN PETI UNDI!!
https://www.facebook.com/photo.php?v=124025004464021&set=vb.337457076280416&type=2&theater

3- http://www.youtube.com/watch?v=C2eCkyicJlg

4- Helikopter MCA kantoi bawa lari kertas undi
https://www.facebook.com/photo.php?v=491280637604350

5- SPR Kantoi di Manek Urai, Kelantan dan di Johor
pkrl.blogspot.com/2013/05/kantoi-video-terbaik-pilihan-raya-di.html

6- SPR Kantoi bawa keluar peti undi di Johor Bharu. (Nampak peti undi dalam kereta)
https://www.facebook.com/photo.php?v=341408225981663&set=vb.162138223914613&type=2&theater

7- Cubaan bawa keluar kertas undi di Balai Polis Manjung
https://www.facebook.com/photo.php?v=133442570180890&set=vb.277035565765655&type=2&theater

B ) Pekerja Spr tak beretika,
1- Bawa keluar undi secara senyap
https://www.facebook.com/photo.php?v=378043568975226&set=vb.180281522084766&type=2&theater

2- Tidur ketika waktu mengundi
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=622814321079737&set=o.211889405500724&type=1&theater

3- Rasuah pengundi di Baling
https://www.facebook.com/photo.php?v=3076119239396&set=vb.1756176444&type=2&theater

C) Blackout:
1- Zainab binti Zainun from TNB has made it clear that there was NO blackout last night in the hall, meaning the power supply must have been cut off by someone or a group of people INTENTIONALLY.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=565849236788808&set=a.223351487705253.58052.223344854372583&type=1&theater

D) Warga asing
1- Pengundi hantu ditangkap
https://www.facebook.com/photo.php?v=135166590006575&set=vb.155483697799865&type=2&theater

2- PANAS!!!! Bukti Warga Asing Diberi IC DALAM BAS!!
https://www.facebook.com/photo.php?v=594561977228761&set=vb.100000248932088&type=2&theater

3- Indon kantoi mengundi tapi no IC tak tahu
http://www.youtube.com/watch?v=Otgv4cGTAVU

4- 1 Bas Bangla ditangkap
https://www.facebook.com/photo.php?v=10151351298856746&set=vb.531241745&type=2&theater

5- Bangla ditangkap
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=443001155787787&set=a.286220071465897.69465.100002337207574&type=1&theater

6- Bangla boleh mengundi walaupun tiada IC
https://www.facebook.com/photo.php?v=153149244857569&set=vb.172653499453250&type=2&theater

7-Bangla puji polis kerana lepas dia walau tiada lesen, tiada passport kerana dapat duit kopi
https://www.facebook.com/photo.php?v=322665957855890&set=vb.162138223914613&type=2&theater

8- Bangla datang dengan bas di Gelang Patah
https://www.facebook.com/photo.php?v=10151573963269820&set=vb.619749819&type=2&theater

9- Bangla salah nyanyi lagu negaraku
https://www.facebook.com/photo.php?v=486498974757163&set=vb.201112276604730&type=2&theater

10- Bangla 2 orang di Kuala Selangor
https://www.facebook.com/photo.php?v=486495174757543&set=vb.201112276604730&type=2&theater

11- 3 bas bangla di Sungai Siput
https://www.facebook.com/photo.php?v=10151560540708756&set=vb.769693755&type=2&theater

12- Bangla ada IC, tapi tak boleh nyanyi lagu Negaraku, Rukun Negara. Malangnya polis backup bangla ini
https://www.facebook.com/photo.php?v=4859669011809&set=vb.557058860980883&type=2&theater

13- Bangla undi 2 kali dan ada 2 tanda dakwat kekal di jari
https://www.facebook.com/photo.php?v=4859669011809&set=vb.557058860980883&type=2&theater

14- Bangla cuba mengundi di Cheras, tetapi sempat ditangkap
https://www.facebook.com/photo.php?v=10200640500166892&set=vb.403433929750230&type=2&theater

E) Dakwat kekal
1- Tok guru Haron Din tak sampai 5 jam hilang dakwat kekal
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=563128720377260&set=a.527792693910863.111661.527782463911886&type=1&theater

F) United Nations (PBB)
1- United Nation: Voting Fraud in the Malaysian GE13 calls for world invigilation.
https://www.change.org/petitions/united-nation-voting-fraud-in-the-malaysian-ge13-calls-for-world-invigilation#share

Yang terbaik, seluruh dunia tahu Najib guna bangla
https://www.facebook.com/photo.php?v=342009482588204

Sila komen selepas penilaian2 anda berdasarkan fakta2 di atas. Share juga ye.

Wednesday, May 1, 2013

Pengundi Putrajaya Mesti Baca Artikel Ini.


Bismillahirrahmanirrahim…

Tarikh keramat PRU 13 hanya tinggal 4 hari sahaja lagi. Kedua-kedua pihak semakin rancak melaksanakan kempen. Buat BN mereka ternyata menguasai media arus perdana. Manakala Pakatan Rakyat pula menjuarai kempen di media baru. Dalam kesengitan kedua pihak berkempen terdapat satu parlimen yang teramat sangat menarik perhatian aku. Aku kira ini adalah ibu kepada seluruh parlimen yang dipertandingan.

Parlimen yang aku maksudkan adalah Parlimen Putrajaya. Pertandingan di Putrajaya kali ini tidak seperti pertandingan sebelum-sebelum ini. Pertandingan nampak sangat sengit apabila PAS meletakkan “giant killer” mereka iaitu Dato Husam Musa manakala UMNO meletakkan orang lama yang sememangnya telah lama menapak di Putrajaya.

Putrajaya yang aku kenal

Aku sebenarnya sebelum parlimen dibubarkan lagi telah tertarik dengan Putrajaya ni. Ketika itu aku masih berpendapat bahawa hampir mustahil Pakatan Rakyat mampu memenangi Parlimen Putrajaya.Tanda arasnya adalah apabila aku sengaja pergi ke pasar malam di Precint 3 Putrajaya dan membuat beberapa “sembang2” dengan penduduk kawasan itu. Boleh dikatakan mereka ini terlalu selesa dan seperti takut untuk bercakap soal politik. Hanya ada seorang sahaja yang berani menzahirkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Itu pun beliau bukan penjawat awam. Hanya menetap di Putrajaya.

Setelah parlimen di bubarkan keadaan sedikit rancak di Putrajaya. Apa yang membimbangkan aku ketika itu adalah apabila ketiadaan Bendera PAS di Putrajaya manakala di pihak BN boleh dikatakan hampir kesemua jalan utama di letak bendera BN. So aku macam terhidu bau ikan di situ. Hehe(something fishy). Aku punyai rakan yang agak aktif dengan PAS Putrajaya so aku dapatkan penjelasan darinya. Rupanya mengikut peraturan Perbadanan Putrajaya memang tidak dibenarkan meletakkan bendera parti politik. Tapi yang aku musykilnya Perbandaran seperti tidak mengambil kisah bendera BN yang diletakkan (ni bukan pertandingan sengit tetapi pertandingan senget sebelah.haha). Bertambah parah apabila petugas PAS cuba untuk meletakkan bendera PAS namun telah di turunkan oleh samseng-samseng UMNO.

Selepas Penamaan

Namun suasana yang agak suam2 kuku tu tiba-tiba berubah apabila PAS meletakkan Dato Husam di Putrajaya. Dengan menjuarai isu setempat dengan baik seperti permasalahan pengangkutan awam, masalah tempat letak kereta, monorail yang terbengkalai, pengisian rohani di Putrajaya. Di tambah lagi berbagai tawaran dan komitmennya terhadap penjawat awam dan Putrajaya aku rasa seharusnya memberi impak kepada pengundi di sana. Di sebelah Tengku Adnan pula seperti kekeringan idea untuk menjuarai hati penduduk setempat. Ternyata  peranannya sebagai wakil rakyat Putrajaya selama 2 penggal gagal di manfaatkan untuk membuatkan rakyat Putrajaya terkenangkan sumbangannya. Sentimen menyerang peribadi calon dan statement yang angkuhnya (Husam akan hilang wang deposit) mungkin menjadi racun untuk permainan politik beliau.

Melihat pula kepada sambutan penduduk kepada aktiviti calon bertanding tenyata Dato Husam jauh terkehadapan dari sudut ini. Lihat sahaja setiap ceramah yang beliau adakan. Sentiasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kerancakan ini di tambah lagi dengan kehadiran TGNA dan UAI di Putrajaya baru2 ini. Ternyata BN terasa sedikit goyah hingga terpaksa menggunakan talian hayat mereka dengan menjemput Dr Mahathir untuk mempertahankan tempat yang di anggap kubu kuat mereka satu ketika dahulu. (nasib baik Jalaluddin Hasan bagi pakai talian hayat.haha. takde kaitan)

Peribadi calon

Dari sudut peribadi calon. Walaupun aku bukanlah jenis yang suka menjadikan soal peribadi seseorang dalam menilai. Namun untuk kes kali ini aku rasa amat kritikal untuk diketengahkan untuk pengundi. Di kala Dato Husam yang masih lagi bersih dari kontroversi yang panas BN nampaknya masih lagi berani untuk meletakkan Tengku Adnan di Putrajaya. Seperti yang umum sudah maklum bahawa Ku Nan adalah individu yang mempunyai saham judi melalui syarikatnya Cimsec Nominees sebanyak 3.5 Juta dalam Berjaya Group Berhad. Hubungannya yang terlalu baik dengan taikun Judi (Vincent Tan) juga menimbulkan curiga banyak pihak. Beliau juga yang menimbulkan kontroversi apabila mencadangkan agar operasi pusat hiburan di lanjutkan hingga ke pukul 5 dan ingin menurunkan harga arak. Jika kontroversi peribadi ini menjadi ukuran sememangnya Ku Nan berisiko untuk tewas kali ini. Di pihak Dato Husam pula ternyata mempunyai track record yang baik dalam melaksanakan plan ekonomi yang baik untuk negeri Kelantan. Dinar Kelantan dan isu royalti mungkin menjadi modal yang baik untuk menaikkan imej beliau.

Ruyung yang perlu dipecahkan

Namun 1 perkara yang perlu dipecahkan oleh ketakutan penjawat awam untuk mengundi Pakatan Rakyat. Aku boleh terima kalau orang yang tak undi PR sebab dia rasa BN lebih baik. Tapi tersangat tak boleh terima jika tidak mengundi PR hanya semata-mata takutkan pegawai atasan dan momokan pihak kerajaan. Kita perlu ingat undi adalah rahsia. Tiada siapa boleh tahu kita mengundi siapa. Malah pimpinan PAS sendiri telah menawarkan khidmat guaman percuma andai ada penjawat awam yang di ugut jika menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Come on bro. This is democracy country. Tak perlu rasa takut. Kita ada undang-undang  untuk mempertahankan hak kita. Selasa lepas aku sempat berborak dengan seorang rakan penjawat awam di Putrajaya. Dengan yakinnya dia mengatakan bahawa dalam 60% rakannya menyukai Pakatan Rakyat namun tinggal lagi adalah mereka masih lagi dibelenggu rasa takut untuk mengundi Pakatan Rakyat. Jika perkara ini dapat diatasi maka Insyaallah kemenangan di Putrajaya menanti Pakatan Rakyat.

Harapan aku

Sebelum mengakhiri coretan ingin aku melahirkan rasa pengharapan aku yang besar agar pengundi di Putrajaya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan selepas tanggal 5 mei kelak. Sesungguhnya kalian amat beruntung apabila seluruh Negara menumpukan perhatian kepada kawasan anda. Lebih beruntung apabila Pakatan Rakyat meletakkan calon yang sangat berkredibeliti untuk memimpin Putrajaya dalam kerangka mengubah landskap politik Negara. Berikan peluang kepada sang BULAN untuk berbicara bagi pihak tuan. Semoga BULAN bersinar di Putrajaya.

INI KALILAH orang Putrajaya UBAH. TAKBIR!!

Support Husam!!


 Kenyataan bongkak seorang pemimpin

Bandingkan statementnya.



Monday, April 29, 2013

Kagum : Apabila Cina turut menginfakkan harta dan tenaga

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi ni baca Harakahdaily. Ada 1 berita yang sangat menarik perhatian aku. Kagum dan terharu. Mereka tidak kenal erti berjihad di jalan Allah. Mereka hanyalah rakyat kelantan. Rakyat yang bukan beragama islam. Namun semangat juang mereka melebihi kita yang beragama islam.

Ya Allah... Berilah hidayah kepada mereka ini...



KUALA KRAI: “Kami sanggup menghabiskan duit poket sendiri untuk mewujudkan pos kempen Pakatan Rakyat di bandar ini,” kata Gemuk yang menjaga pos di Bandar Lama Kuala Krai.

Chiam Peng Leng berkata, beliau dan rakan-rakan mengumpulkan sebanyak RM1,500 bagi menyewa sebuah kedai berhadapan pasar raya Econjaya.

Penyelaras markas kempen di Bandar Lama Kuala Krai itu memberitahu dana dikumpul sesama masyarakat Cina.

“Selain untuk bayaran sewa kedai, dana itu untuk membayar bil air dan elektrik,” katanya ketika ditemui malam tadi sempena ceramah bersama calon Pakatan Rakyat Parlimen Kuala Krai.

Hadir sama anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, calon parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, calon Dun Guchil, Ruslan Puteh, calon Dun Mengkebang, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman dan calon Dun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.

Penduduk tempatan sebahagian besar masyarakat Cina memenuhi ruang hadapan pentas mengikuti ceramah tersebut. Sekali sekala mereka bertepuk tangan tanda setuju apa yang dihujah penceramah.

Warga emas masyarakat Cina juga tidak ketinggalan mengikuti ceramah tersebut. Mereka tidak berganjak sehingga ceramah berakhir jam 11 malam.

Sebelum itu orang ramai yang hadir dipertonton persembahan tarian singa sekumpulan anak-anak muda Cina dan India.

Gemuk berkata, di kawasan parlimen Kuala Krai ada lima pos yang dibina masyarakat Cina juga atas inisiatif mereka sendiri. Mereka mahu mempertahankan kerajaan Kelantan dan menawan Putrajaya.

“Kami berusaha sendiri mewujudkan markas kempen PAS dan PKR di kawasan bandar yang dihuni ramai penduduk Cina.

“Setiap malam kami pasang video ceramah pemimpin-pemimpin PAS dan PKR bagi mendedahkan pelbagai isu kepada orang ramai,” ujarnya.

Katanya, mereka juga merasa bertanggungjawab bagi mempertahankan kerajaan Kelantan yang ada sekarang dan berusaha untuk melebarkan pengaruh Pakatan ke Putrajaya.

Menurut beliau juga sambutan masyarakat Cina begitu menggalakkan sekali di mana setiap malam mereka datang memberi sokongan dan mendengar VCD yang dipasang.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18759-sanggup-habis-duit-sendiri-bina-markas-pas-gemuk

Sunday, April 28, 2013

PAS dan kematangan politik


Bismillahirrahmainirrahim..

Dulu aku tak tahu pun kena solat jemaah kat masjid

Lepas tu aku masuk SMKA Kerian aku dipaksa solat jemaah kat surau oleh ustaz

Masuk ke Matrikulasi aku rasa kepentingan solat jemaah di masjid

Masuk Univ aku biasa pergi solat jemaah kat surau. Aku tahu solat jemaah adalah fardhu kifayah

Sampai satu tahap aku merasakan solat jemaah di tempat azan diazankan adalah fadhu ain

Setelah sedikit pembelajaran aku dapat tahu antara solat jemaah dengan majlis ilmu. Majlis
ilmu diutamakan

Juga dapat tahu jika makanan sudah terhidang maka di sarankan makan dahulu jika menganggu kekhusyukan

Bila dah kahwin pada mulanya aku mengetahui bahawa solat jemaah dengan isteri juga baik

Lama kelamaan aku terjumpa yang kata isteri yang tinggal di rumah apabila suaminya solat jemaah di masjid adalah lebih afdhal.

Ok. Tu sedikit tentang ibadat solat jemaah di surau/masjid. Perbezaan pandangan aku ni adalah aku kira terhasil dari asimilasi pengisian ilmu dan kematangan dalah kehidupan beragama. Aku merasakan inilah indahnya islam. Ilmu yang di cari juga mengikut keadaan persekitaran (waqi) cukup memenuhi sifat islam yang thabat wal marunah (tetap dan fleksibel). Begitulah keadaan dalam perlaksanaan hudud. Aku kongsikan pandangan Ustaz Zahazan Mohamed kat bawah ni.

Konteks negara berkebajikan pula tidaklah mengenepikan hasrat penegakan negara Islam yg selama ni menjadi niat PAS bahkan ia adalah suatu yg wajib ada dlm diri setiap muslim yg mukallaf, bukannya perjuangan PAS saja..

Tetapi dlm seerah Umar al Faruq ra baginda pernah memberhentikan perlaksanaan hudud semata2 meraikan keadaan ekonomi yg tak stabil bila kemarau berlanjutan mnybbkn masyarkat mencuri utk menampung kehidupan bukannya utk bermegah...

Sama seperti harini tentulah belum layak dikemukakan hudud dalam keadaan sebahagian besar dari kaum muslimun hidup di flat, gaji sebagai pemandu, pekerja bawahan menyebabkan ekonomi yg belum stabil..

Buktinya sila lihat mengapa begitu banyak tawaran pinjaman 'ahlong' yg ditampal dimana2 sahaja yg menunjukkan betapa ramai kalangan masyarakat yg terlibat mmbuat pinjamn utk mnyara hidup..

Saya meyakini tindakan PAS mniadakan Hudud adalah bersifat temporary mnampakkan kmatangan berpolitik ..

Nanti bila harta @ ketiadaan tol & berbagai kemudahan percuma yg selama ni bersifat harta dimiliki oleh segelintir golongan elit dipulangkan kpd masyarakat...

Harta negara da dibahagikan secara saksama tapi kalian masih lagi mencuri... Maka itulah yg layak dikenakan had ( tindakan ikut peruntukan jenayah )..

Ok. Ni yang aku Nampak sekarang. Aku katakan soal kematangan yang diisi dengan ilmu oleh para Ulama’ yang benar2 ahli di dalam bidangnya. Kita ni apalah sangat. Budak mentah je kat dunia agamawan ni. So kita cuba menghormati ijtihad dan pandangan Ulama’ kita ni.

Btw yang aku peliknya yang duk main isu Hudud ni adalah manusia yang bukan dari golongan agamawan. Malah ada yang dari kalangan yang tidak mengamalkan islam dengan baik di dalam hidupnya, isterinya mahupun keluargnya.

Wallahualam..


Saturday, April 27, 2013

Nukilan buat warga Hulu Terengganu


Bismillahirrahmanirrahim..

Entry kali ni adalah khas untuk rakyat hulu Terengganu. Kepada kome yang bukan rakyatnya boleh klik pangkah dah. Tapi lagi baik baca dan sampaikan kepada kawan kome yang mengundi di hulu Terengganu.. yeaahh

Assalamualaikum dan salam perkenalan buat rakyat Hulu Terengganu sekalian.

Kiter ni bukang orang teranung. Tapi kiter doh kene kijer dekak teranung ni dekak sebulang dah. Kiter kijer sini sapa bulang 6 je. Kiter kijer buat empangang.

ops… Nampak sangat kucar kacir bahasa Terengganu aku. Haha..sori. kembali kepada asal.

Kat sini ak nak cerita sikit pengalaman aku berada kat daerah korang  ni.

Kisah 1 :

Hari 1st aku sampai kat Hulu Terengganu (Dun Telemong)  ni aku pergi makan kat kedai dekat dengan Kampung Basung. Ketika itulah aku mendengar azan yang buat julung kalinya kat sini. Aku ingat azan dari sebuah surau. Rupanya adalah dari sebuah madrasah yang berada tidak jauh dari kedai aku makan tu. Makcik kedai runcit tu cakap dekat aku, kat madrasah tu memang ada budak belajar dan juga ada kuliah dhuha setiap hari jumaat. Dalam hati aku timbul rasa kekaguman diatas tuan punya madrasah tu. Lepas tu setiap kali lalu aku mesti akan melirik ke madarsah yang dalam proses naik taraf tu. Banyak budak2 yang tinggal kat situ.

Masuk ke beberapa hari aku duduk kat sini. Selaku orang yang “bulan” berada dihatinya maka aku pun singgah ke markas PAS pertama yang aku jumpa kalau dari tempat aku tinggal ni. Sembang punya sembang dengan orang PAS sini rupanya madrasah itu milik bakal calon PAS untuk Parlimen Hulu Terengganu ni.  

Allahurabbi.. Sungguh aku kagum dengan usaha beliau. Benarlah orang kata untuk berkhidmat kepada masyarakat dan ummah ini bukan hanya setelah punyai jawatan dan menjadi wakil rakyat. Maka aku pun merasakan inilah calon yang benar2 cocok untuk membawa suara masyarakat Hulu Terengganu ini ke medan yang lebih besar.

Ustaz Kamaruzaman Al Basungi. Itulah nama calon yang ditaklifkan untuk membawa obor perjuangan islam di Hulu Terengganu ini.  Aku hanya berhubung dengannya dengan SMS je sebelum ni. Malam kelmarin aku berpeluang bertemu dengan tuan badan apabila diadakan ceramah di Kg Basung. Walau baru bersua dia tidak lokek memeluk aku. Honestly aku cakap memang terasa tenang bersama dengannya. Allahhurabbi. Hebatnya aura seorang Ulama. Ni boleh buat jadi abang angkat ni. Baru la adik angkat dia ni tak lagha sangat. haha

 Calon P036 Hulu Terengganu : Ustaz Kamaruzaman Abdullah

Kisah 2 :

Perjalanan dari rumah aku ke pekan Kuala Berang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Walaupun ketika itu belum lagi menjelang hari penamaan namun lautan bendera biru telahpun rancak. Serius bro. Gua panas je tengok kiri kanan gua duk warna biru je. Haha.  Dah sampai Pekan Kuala Berang baru lah lega sikit. Semakin banyak bendera bulan yang mententeramkan jiwa. yeahhh

Setelah makan bersama isteri tercinta (batuk.uhuk) kami pergi ke klinik. Klinik yang menjadi pilhan adalah klinik Dr Mamad. Aku masuk je pun dah rasa lain suasana kat dalam tu. Sangat tersusun dan sistematik. Ditambah dengan staff yang sempurna menutup aurat. Juga alunan bacaan alquran yang didendangkan. Aku kira cukup kuat untuk mententeramkan jiwa pesakit yang datang. Di belakang kaunter ambil ubat pula diletakkan banner yang menyatakan tentang “Sakit itu kafarah dosa”. Pergh.. Mana nak jumpa klinik yang begini hebat ciri islaminya?

Aku menghantar mesej kepada abang PAS kat Kg Basung tu. Bertanya tentang klinik tu. Rupanya Dr Mamad tu adalah seorang bekas wakil rakyat PAS. Patutlah aku dapat rasakan bau2 jemaah kat dalam klinik dia. Begitulah indahnya keadaan apabila seorang yang ahli dalam sesuatu perkara mengimplementasikan islam dalam setiap gerak kehidupannya.


Cukuplah 2 kisah ini yang membuatkan aku kagum dengan peribadi calon daripada PAS. Ini yang sempat aku kenali dalam usia tidak sampai sebulan aku di bulu hulu teranung ni. Aku yakin calon-calon di peringkat dun di kawasan Hulu Terngganu ni semua hebat2 dan berketerampilan belaka.

Oleh itu aku selaku orang luar yang datang ke kawasan kalian mengajak agar kalian memberi peluang kepada Ust Kamaruzzaman terutamanya dan juga calon Pakatan Rakyat di DUN anda untuk memberi khidmat yang terbaik kepada anda.

# Calon DUN di Hulu Terengganu

N. 21 : TELEMUNG           : NARAWI BIN EMBONG                               (PKR )
N. 22 :  MANIR                   : HILMI BIN HARUN                                       (PAS)
N. 23 : KUALA BERANG  : MUHYIDIN BIN ABDUL RASHID                  (PAS)
N. 24 :  AJIL1                       : MOHD RAZKI BIN HAJI YAH @ HAJI ALIAS (PAS)



Melihat kepada sambutan yang amat baik ketika program Orang Hulu Teranung bersama Ulama semalam cukup membuatkan aku yakin bahawa Bulan akan menerangi Hulu Terengganu pada 5 mei ini. Orang ramai. Sambutan ramai (mungkin 7k). Kutipan derma melebihi RM20 ribu. UMNO ada?? haha

sekian dari aku untuk rakyat Hulu Terengganu.

INIKALILAH kite UBAH!! TAKBIR!!


Wallahualam..

p/s : Cetusan artikel ini adalah apabila aku dan isteri mengutip sampah yang kami makan time ceramah semalam. Dalam hati aku berkata kalau kutip pun still banyak lagi sampahnya. Namun hati yang sedikit baik melawan. Takpelah ko kutip apa yang di sekitar ko tapi yang penting ko ada buat kerja sikit membersihkan sampah.

Apalah sangat dengan artikel aku ni. Peluang untuk sampai ke pengundi Hulu Terengganu adalah amat tipis. Tapi ini sahaja aku mampu lakukan selaku perantau di tempat orang. Sob3x.

Moga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang