PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Showing posts with label Geologist life. Show all posts
Showing posts with label Geologist life. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Geology Quotes



Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni terasa nak cari kata2 best berkaitan dengan geology. So google la sikit. Ada yang menarik. Ada yang aku pun tak faham bahasa omputih deme.. haha.. So kat sini aku share yang aku faham n rasa agak tertarik..

“Rocks are records of events that took place at the time they formed. They are books. They have a different vocabulary, a different alphabet, but you learn how to read them.”
 -John McPhee

“Soft as the earth is mankind and both need to be altered.”
― W.H. Auden

“We learn geology the morning after the earthquake.”
- Ralph Waldo Emerson

"Time is a dressmaker specializing in alterations."
-Faith Baldwin

"There are plenty of ruined buildings in the world, but no ruined stones."
-Hugh Macdiarmid (Christopher Murray Grieve)

I suggest that the best geologist is he who has seen most rocks.
— Herbert Harold Read

The geologist strides across the landscape to get the big picture, but the paleontologist stays at one spot or shuffles along looking at the ground for his pet objects.
Ellis Leon Yochelson

Ok. Ni hasil orang lain. Aku pun ada jugak buat ayat sendiri.. Tapi dalam bahasa ibunda la ye. UKM la katakana. Memartabatkan bahasa Melayu. Kehkeh..

"Jadilah seperti batu, walau terus di hempas badai,
namun tegar bicara kebenaran
"

Lama dah sebenarnya aku buat ayat ni. Entry awal dulu. Time baru berjinak2.. Boleh baca kat SINI.

Ni yang terbaru…

Biarlah hodoh seperti faneretik granit,
Namun masih berguna membuat binaan,
Biarlah dilihat asing oleh umat,
Asalkan berjaya di hari pembalasan..


Wallahualam

Monday, August 22, 2011

Geologist : Penat.......

Bismillahhirrahmanirrahim...

Try to get spirit from Badar Al Kubra. Tu yang mampu aku perkatakan. Sangat penat. melakukan Terrain Mapping dalam keadaan bulan puasa ini memang sangat mencabar diri. Kena pula site yang besar sangat ni. 80 ekar keluasan ditambah dengan keadaan terrain yang undulating mencapai kontur tertinggi setinggi 200m.

Map yang perlu di settlekan

Ketika mula mendapat tahu perlu ditugaskan untuk melakukan Terrain Mapping kat Penang ni memang hati agak berbunga. Biasalah standard orang dapat outstation kat office tu. Hehe. Tapi bila mengenangkan ianya dalam ketika bulan Ramadhan dan mendengar akan keluasannya. Ah. berat jugak ni nak pergi. Takpe ku gagahkan jua pergi bersama dengan 2 orang junior yang baru masuk iaitu Wajdi n Zaidi.

Zaidi n Wajdi yang sedang berlakon.haha
Produktif atau tidak. Itu yang aku fikirkan bila senior aku tanya boleh siapkan dalam seminggu atau tidak. Ringan je mulut ni nak cakap yang macam tak boleh sebab puasa. Tapi itu hanya akan mengiakan pandangan orang bukan islam(seperti senior aku) benar bahawa umat islam tidak produktif ketika bulan Ramadhan. Ketika sembang dengan senior aku tu pun aku duk tebayang kisah Presiden Tunisia dahulu iaitu Hamid Bourgiba yang menyuruh rakyatnya supaya tidak berpuasa kerana mengatakan puasa mengakibatkan ketidakproduktifan umatnya. Itu membuatkan aku semangat untuk membuktikan ianya tidak benar!

Semalam dah start mapping tapi tak berapa penat sebab sebelah paginya hujan. Cuma semalam aku buat kali ketiganya di sengat serangga sepanjang pengalaman mapping ni.haha Tapi hari ni penat bangat dong..turun naik bukit. Hari ini hanya pergi ke ketinggian 150m je baru. Dalam keadaan main redah je hutan belukar tu memang penat sangat la.

Ni time mula2 kena. Makin lama makin bengkak. Kalah Angelina jolie.haha

Dalam perjalanan pulang tadi. Sempat aku sembang dengan si Zaidi. Wajdi takde sebab dia memang orang Penang. So dia balik rumah dia terus je. Isi perbincangan adalah sebenarnya puasa ni mesti boleh dilaksanakan walaupun kerjanya berat. Segalanya kembali kepada diri sendiri. Memang tak dinafikan banyak projek yang lebih bersifat construction sebelum ni aku melihat banyak kontraktor yang tidak berpuasa. Memang dibolehkan untuk berbuka kalau dah tak mampu sangat. Tapi kalau dah awal pagi korang minum tu memang maksudnya tak merancang untuk berpuasa la der. Melainkan dah tersangat tak mampu hingga nak pitam ke tu lain la cerita.

Antara slope yang perlu didaki

Seperti yang aku cakap kat awal tadi. Badar Al Kubra. Aku terkenangkan ketika berpuasalah peperangan ini berlaku. Mereka mampu mengharung terik mentari di padang pasir kenapa tidak aku? Aku ni setakat dalam hutan yang tak kena matahari tu sepatutnya mesti boleh untuk berpuasa. Tapi macam mana pun balik je bilik sewa kat USM ni tadi aku terus pengasan sampai dah nak berbuka. Hehe..Bak kate orang Perak. Nyepe bebenor ghasenye yob!

Cukup sekadar ini. Esok perlu mengharungi hari yang meletihkan lagi. Semoga iman dihati mampu menguatkan diri untuk berpuasa di hari yang mendatang. 

P/S : Sedang mengatur jadual untuk berbuka bersama kenalan di Penang. Mai sini oghang penang. Mai belanja cek ni makan nasi kandaq!! hehe..

Sekian...


Thursday, March 25, 2010

Kegilaanku di minggu ini


Geologi Struktur Bahagian Selatan, Pantai Chendering, Terengganu
Ahmad Zulqurnain Bin Ghazalli
Program Geologi, Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
ABSTRAK
Kawasan kajian terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia di bahagian selatan Pantai Pandak mukim Chendering, sejauh 6 km daripada Bandar Kuala Terengganu. Singkapan yang terdapat di kawasan kajian ialah singkapan tepi pantai. Kawasan kajian terletak pada latitud 5°16’U dan longitud 103°10’T - 103°11’T. Keluasan kawasan kajian ialah sekitar 500m persegi. Litologi yang terdapat di kawasan kajian ialah filit, kuarzit dan selang lapis filit dengan kuarzit. Filit di kawasan ini berwarna kelabu hingga hitam dan mempunyai foliasi yang hampir selari dengan perlapisan. Kuarzit pula berwarna kelabu hingga keperangan dan saiz butiran adalah halus. Usia bagi batuan disini ialah karbon. Secara umumnya perlapisan di kawasan ini adalah berjurus timur – timur laut. Terdapat juga korok dolerit yang berjurus U76°T dan berkelebaran 13m. Usia korok ini ditafsirkan berusia Jura-Kapur. Aspek struktur yang dikaji ialah lipatan, sesar, telerang kuarza dan kekar. Terdapat dua arah paksi lipatan yang utama. Lipatan yang terdapat adalah berarah timur - timur laut dan hampir utara - selatan. Sesar yang terdapat di kawasan ini ialah jenis sesar mengufuk ke kiri dan sesar mengufuk ke kanan yang berjurus hampir sama iaitu timur - timur laut. Terdapat juga sesar mengufuk ke kanan normal dengan arah jurus berjulat U110°T – U130°T. Berdasarkan analisis telerang, terdapat telerang rencong dan telerang sigmoid di kawasan kajian. Berdasarkan hasil daripada tafsiran analisis lipatan, arah tegasan yang didapati ialah U318°T dan U98°T. Bagi analisis sesar, arah tegasan yang ditemui ialah U266°T serta U54°T. Daripada analisis telerang terdapat tiga arah tegasan utama iaitu pada arah berjulat U330°T-U360°T, U260°T-U270°T dan U50°T-U70°T.Secara keseluruhannya terdapat tiga arah tegasan utama maksimum yang dapat disimpulkan. Arah tegasan utama maksimum yang ditemui ialah tegasan pada arah utara-barat laut, arah timur- timur laut serta arah hampir timur.

Ni la abstarak tesis aku. Tapi ni belum final lagi..nak edit sikit..huhu..korang kompom tak paham kan?? layankan je la..hehe

Kawasan kajian

Lipatan Z

Lipatan besar

My Sifu

Tuesday, November 3, 2009

Petroleum dan Al-Quran

Fuhhh.. Penat giler study..haha..padahal pe yg aku study ntah.. xpe2..awal agy..exam sok kul 3.30.hehe.. Aku exam GEOLOGI PETROLEUM sok..saje nak story sikit pe yg aku dah baca n kaitan nye dengan.....(Baca sampai habis la.padahal tajuk dah gtau pun.haha)

Petroleum ni terhasil melalui proses yg berjuta2 tahun lamenye..asal usul petroleum ni ade bebrapa pendapat. Tp pendapat utama (cam ijma' ulama la.hehe) adalah berasal dari bahan organik. contohnye spt algal n kulit kayu. Bahan organik ni akn duk dlm batu punca (source rock) Pastu petroleum akn mengalami pematangan. Antara cara nak kenal tahap pematangan die yg aku nak share adalah dengan berdasarkan warna die. ade turutan dari muda ke tua kuning -> jingga -> coklat -> hitam. kuning untuk minyak terlampau muda. untuk jingga, coklat n hitam dah kre bagus. 3 warna ni terletak dlm julat penghasilan hidrokarbon. Setelah matang minyak ni akn berhijrah ke reservoir yg ade sifat perangkap minyak. Perangkap ni kire cam tempat kumpul minyak2 ni la.ade la syarat2 yg perlu ade. Tp malas nak story kat sini.huhu

Asal-usul organan


Pematangan


Reservoir dan perangkap

Ok.. Now proceed to the main point..Ape kaitannye dengan Al quran??


Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak. (4) Kemudian Dia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering (berubah warnanya) kehitam-hitaman. (5)
Al - 'ala (4-5) Ayat ni cakap. Allah swt mengeluarkan tumbuhan (cth d atas : algal n kulit kayu). Pastu Allah swt menjadikan warnanye berubah menjadi kehitam-hitaman (pematangan). Kalu dalam tafsir english menafsirkan kehitam-hitaman tu dengan "blackish floodwater" yang bermaksud cecair hitam yang mengalir. Dari ape yg dpt d tafsir ni. mmg kena la dengan pembentukan petroleum yg aku cite kat atas tadi..Bermula dengan tumbuh-tumbuhan.pastu matang hingga berubah warna. Then bergerak ntuk mencari tempat pengumpulan minyak(perangkap) Ni hanya 1 cth kecil je yg sains ni terdapat dlm al-quran. Mcm2 cth ade lagi. Tp setakat ni je aku nak share. Semoga dengan tertunjuknya kehebatan Kalam ALLAH swt ni akn meningkatkankn lg iman kte.. wallahualam.. p/s : Doakan kejayaan aku exam sok.hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang