PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Showing posts with label Artis berhijrah. Show all posts
Showing posts with label Artis berhijrah. Show all posts

Friday, October 7, 2011

Apabila Artis komen tentang HUDUD

Bismillahirrahmanirrahim..

Terkejut dan geram. Tu yang aku dapat rasakan. Ianya berlaku bila mana isu Hukum Hudud ini berdegang2 di perbincangkan. Tiba2 ada pihak yang ambil pandangan golongan yang tak sepatutnya dalam isu ini. Adakah patut apabila ingin mengulas hal agama ini di serah kepada artis? Tiada langsung niat untuk memperkecilkan kemampuan diorang. Tapi yang mejjadi permasalahan adalah apabila golongan artis di angakat suaranya. Tapi golongan ulama' di pinggirkan.

Mengapa tidak ditemubual golongan Mufti dan Ulama'?

Apabila golongan yang bukan ahli yang di beri suara untuk mengulas. Ini lah yang terjadi. Ada ulasan yang persis golongan kafir. Ada juga yang menyatakan hukum islam ini TIDAK SESUAI lagi dalam era sekarang ni. bagi aku, statement paling ketara adalah statement enot. Korang nak tau hasilnya apa? Aku kutip dari blog NI jap.

Enot dah menyesal habis. Pasal hudud dia kena hentam kaw2. Bisnes dia pun turut terjejas. Ini membuktikan ramai orang islam sokong hudud. Baca bawah neh ;
Pelakon komedi Enot, mengakui sangat tertekan apabila dikecam gara-gara TERSILAP mengeluarkan kenyataan tentang hukum HUDUD di akhbar Sinar Harian, semalam. 

Selain dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut terjejas, apabila ada pelanggan yang menarik balik tempahan GARA-GARA kurang senang dengan komennya. Enot turut kesal apabila arwah ibu bapanya turut dicemuh. 

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian sebentar tadi, Enot menyatakan kekesalannya dan memohon maaf di atas kesilapan itu. -sinarharian-

Apa la orang Islam ni. Bukan nya membantu untuk fahamkan orang bukan islam. Malah diorang lagi buat orang rasa Hukum Allah ni tak valid dan kejam. Tengok statement Dr M satu masa dahulu.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)


Kita bandingkan dengan ucapan Top Cathilic Bishop ni dengan artis n Dr M tadi.

“I say it's time to allow Muslims in Kelantan, if they so desire, to implement shariah only for them and with that the hudud enactments provided non-Muslims are exempt from its implementation,”

Artikel penuh di sini


Pencerahan

Pencerahan itu perlu untuk golongan yang membidas Hukum Hudud.Tertarik nak share dengan dapatan chat dengan kawan di YM ni..

:sbb...dulu time sy xtau
: sy pun rse mcm hukumn tu berat
 tp bile da fhm...
: ya Allah.....jahilnye rse dlu
:semoga diampunkn
: n semoga kwn2 pun enlighlen psl hukum islam yg wajib ni


: n oh. even we r not in the position tok gubal undang2 supaya hudud tlaksana..... at least, at least sbg muslim kite kene semat dlm hati n doa semoga hukum hudud tlaksana. aminn

sangat setuju dengan statement last dia. Kita bukannya ada kuasa yang besar. Tapi cukup dengan di semat dalam hati agar hukum tersebut terlaksana. tak boleh cakap NO. Aku ni xtau nak explain sangat. Tapi aku letak la gambar ni untuk sedikit pencerahan. nanti aku cari lagi maklumat yang boleh dan di share kan di sini.

 Bandingkan sendiri keadilan Hukum Islam ini

Oleh itu aku menyeru korang semua untuk menyumbang sikit dengan like page

1 000 000 Rakyat Mahu Hukum Islam Dilaksanakan di Malaysia

Semoga sedikit usaha kita ini mampu menyedarkan rakyat lain di luar sana akan kepentingan dan kehebatan Hudud. Sekadar itu entry kali ni. Asbab entry kali ni aku berjaya tidak tidur selepas subuh. Yeaayyyy... Alhamdulillah...Tapi macam kantoi la pulak hari2 sebelum ni asyik tidur je leaps subuh.hehe..



Wallahualam....

 

Thursday, September 22, 2011

Pesto konvo bukan Pesta Buih

Bismillahirrahmanirrahim....


Selamat bergaduasi kepada rakan2 dan adik2 yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Setelah penat meniru ketika exam dan memonteng kuliah akhirnya korang berjaya jugak bergrduasi kan? Haha. Bila sebut tentang konvokesyen maka ianya tidak dapat lari dari Pesta yang diadakan sempena Konvokesyen tahun ini. Lebih penting lagi UKM tahun ini di pimpin oleh barisan PMUKM yang berfikrahkan islam melalui kemenangan GMUKM pada sesi Pilihanraya Kampus yang lalu.

Pesta Konvokesyen tahun ini SEHARUSNYA berbeza daripada Pesta Konvokesyen tahun lepas dan 3 tahun ketika aku menuntut di UKM dulu. Jadi aku pun selidik lah apa yang ada dengan Pesta Konvo tahun ini. Apa juadah program yang disajikan untuk dijadikan juadah kepada para pengunjung. Apa yang menarik adalah mereka menampilkan Artis-artis yang pernah aku ceritakan di entry aku yang masuk blog Abang Nara tu.haha.

Pertamanya program Forum Populariti. 2 daripada panel yang dijemput adalah daripada entry aku hari itu iaitu Kak Catriona Ross dan Abg Sham Kamikaze. Uish. Terbaek wook!! Mesti forum ni sangat best. Lagi dua orang lagi pun tak kurang hebat nya. Keduanya sememangnya orang yang popular iaitu Ust Syed Nor Hisham (Mursyid Imam Muda 1) dan saudara Adi Akmal (Devotees) selaku moderator.


24 September 2011
Sabtu
8.30 malam
Pentas Utama , Dataran Gemilang , UKM


Seterusnya Konsert di Majlis  Penutup pula akan menampilkan Kumpulan Al Mawlid yang juga telah aku ceritakan perihal mereka di blog aku hari itu. Diorang ni akan berkongsi pentas dengan kumpulan yang tidak asing lagi di Tanah Air. Sofaz yang famous dengan lagu Sesuatu Yang Berbeza nya dalam cerita Nora Elena juga akan turun ke UKM nanti.




27 September 2011 (Selasa)
9.00 malam
Pentas Utama , Dataran Gemilang , UKM

Bayak lagi Program yang menarik menanti korang semua nanti. Boleh la melawat sendiri blog Pesta Konvokesyen UKM di LINK INI.


Tentatif penuh Program yang akan berlangsung nanti.Klik SINI untuk lebih jelas

Akhir kata, Goodluck kepada seluruh Penggerak Pesta Konvo UKM kali ini. Semoga setiap usaha kalian dhitung sebagai ibadah oleh Allah swt kelak. Juga kepada pembaca blog aku sekalian moh kitey ramai pergi ke Pesta Konvo kali ini. Untung2 boleh jumpa aku lantas belanja aku makan. Hahahaha..

Wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang