PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Showing posts with label santapan rohani. Show all posts
Showing posts with label santapan rohani. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

Ciri-Ciri bergabung (bukan dragon ball)

Aku nak share something about intimak (menggabungkan). Menggabungkan diri dalam harakah islamiah. Aku baca dan aku story balik dengan bahasa aku sendiri. Moga ada manfaat.

Syed hawa ada menyebut di dalam kitabnya, 'Jundullah; Thaqafatan wa akhlaqan' tentang ciri2 intima yang ada di dalam diri abnaul harakah:

1. 'Intima afawi' @ menggabungkan diri kerana kecenderungan yang tertentu. Contohnya kita ni intimak dengan jemaah sebab pimpinan ni jenis yang warak. pakai rida' n jubah;. Tiba2 pimpinan kita dah tukar personaliti. Terus kita ubah selera... this is not good!

2. 'Intima syakhsi' @ menggabungkan diri kerana personaliti individu. Ini satu hal yang agak normal. Contohnya kita intimak dengan Harimau Malaya sebab coach dia K. Rajagobal. Bila dah tukar Datuk OKS ni dah taknak join.. this is not good!

3. Intima maslahi' @ menggabungkan diri kerana kepentingan tertentu. Contohnya kita join jemaah Manchester United sebab nak buat bisnes jual baju dia. bila bisnes tak jalan. Job tak dapat. kita pun cabut.. this is not good!

4. 'Intima isti'jali' @ menggabungkan diri secara spontan. Ini pulak satu hal. Bapak borek anak rintik. Kita join organisasi sebab bapak dah join. Anaknya pun join la secara spontan. bak kata pepatah mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. tapi bila kuah dah takde. Apa pulak nasib si nasi? this is not good!

5. 'Intima aqidi' @ menggabungkan diri kerana aqidah Islamiah. Inilah yang sebenarnya diajarkan dan dituntut oleh Nabi Muhammad SAW ke atas setiap umat Islam untuk terus berada di dalam jemaah Islam. Ni lah yang menjadi asbab terbesar untuk kita terus kekal di jalan ini. Tiada yang lebih kuat ikatannya selain kefahaman dan aqidah yang jelas kenapa kita intimak dengan sesuatu harakah. this is reaally good and ossemmm!

Tuesday, January 21, 2014

Belajar Dakwah dari kisah Habib An Najjar

Bismillahirrahmanirrahim..

Weekend lepas ni aku habiskan masa bersama dengan teman2 seperjuangan duk kongsi kisah dalam surah yassin. 8 tempat kami pergi untuk ceritakan kisah ini. Moga ada manfaat untuk aku kongsikan di sini
Ibrah dari Kisah dalam Surah Yassin. Berkenaan Seorang lelaki bernama Habib An Najjar.
Kisah penuh kome boleh cari sendiri. Bukak surah Yassin ayat 13-32.

Sinopsis :

Di suatu kota Allah utuskan, 2 orang rasul kemudian penghuni kota dustakan mereka- Allah tambah lagi seorang rasul menjadi 3 orang namun mereka tetap didustakan – Rakyat dikota itu mengatakan kehidupan mereka menjadi celaka akibat dari kedatangan 3 orang rasul ini – Kemudian rasul itu membalas sebenarnya rakyat di kota itulah sendiri yang mencelakakan diri sendiri sesungguhnya mereka (rakyat kota) adalah kaum yang melampaui batas – Rakyat dikota itu merancang untuk melakukan perkara yang tidak baik kepada rasul2 tersebut – Datang seorang lelaki dari hujung kota ( Banyak ulamak mengatakan namnya adalah Habib An Najar) – Beliau menyuruh kaumnya mengikut rasul itu yang tak meminta balasan pun dari mereka – Kaum nya marah kepada Habib An Najar maka mereka memukulnya hingga beliau mati – Selepas itu Allah berfirman “ Masuklah ke dalam Syurga” Kemudian dia (Habib An Najjar) berkata “Alangkah baik sekiranya kaumku mengetahui” – Kemudian Allah mengazab kaumnya dengan membinasakan mereka dengan hanya satu pekikan.

Ibrah :

1.      Allah utus rasul dari kalangan manusia. Ianya agar manusia ni takde alasan dah taknak ikut ajaran tersebut. Ye la kalau utus dari malaikat mula lah ada yang berbunyi malaikat boleh la buat. Diorang memang baik. Tapi bila utus dari manusia maka manusia harusnya berfikir jika manusia lain boleh buat kenapa tidak aku?

2.      Tugas dakwah ni tak mengenal siapa pun. Habib An Najjar ni diriwayat bahawa dia hanyalah seorang tukang kayu. Yang tiada pangkat dalam masyarakatnya. Dia bukan agamawan. Namun tetap buat kerja dakwah. Bak kata sahabat aku Farid Hamlud. Dakwah ini kerja fulltime kita. Part time kita tu baru lah jadi geologist ke, engineer ke, student ke..Perghh.. Debiikk kena kat batang hidung sendiri.


3.      Dakwah kompom ada halangan. Kalau takde halangan dan cabaran maka kena cek balik jalan yang dipilih. Sudah sunnah berada di jalan ini pastinya ada mehnah dan tribulasi. Macam Habibb An Najjar bukan sikit halangan dia. Kena riot sampai syahid tuuu…

4.      Bersegera apabila ada peluang berdakwah. Lihat ayat 20. Allah gunakan kalimah “yas’a” yang bermaksud bergegas. Habib An Najjar datang dari hujung kota tu dalam keadaan bergegas. Bukannya leweh je. Nak taknak je. Oleh itu kita ni bila ada peluang dakwah nak buat baik tu manfaat kan secepat mungkin. Macam ada peluang untuk berdakwah dengan share artikel ni. Bergegas lah share kome weh… huhu


5.      Dakwah itu perlu berstrategi. Tengok ayat 21. Habib An Najjar cakap kat kaum dia “Ikutilah mereka yang tidak meminta balasan dari mu” Dia kenal kaum dia. Kaum dia sangat sayangkan harta benda. So dia pakai pendekatan tak meminta balasan. Supaya kaum dia tak rasa effect kat harta diorang dengan seruan rasul itu. Kita ni pun sama. Kalau tengok mad’u kita ni jenis kuat makan. Ajaklah pergi ngeteh pastu baru ajak gi dengar kuliah. Kalau jenis suka main snooker. Pergi je layan main snooker. Pastu baru cucuk jarum dakwah.

6.      Mad’u perlu disantuni dengan baik. Tengok dialog Habib An Najjar selepas dimasukkan ke dalam syurga “Alangkah baik sekiranya kaumku mengetahui” Walaupun kaum dia duk riot dia namun dia tetap mengingati mereka. Begitu juga pendakwah. Memang benar pendakwah akan dilontar dengan cacian mahupun cemuhan namun hadapinya dengan senyuman dan doakan mad’u masing2. Jadilah macam pokok rambutan depan rumah aku. Walapun time kecik2 dulu aku duk baling dengan batu dan kayu sampai sekarang ni dia still maintain keluarkan buah yang manis untuk aku makan. Haha”

Ni je 6 ibrah yang ingin aku kongsikan. Padahal banyak lagi yang boleh di dapati dari kisah yang penuh teladan ni. Sangat menarik untuk dihadami. Mohon kome sendiri mencari dan menyelidiki. Moga ada sedikit manfaat untuk kita bersama.

Gambar ni gambar seminggu sebelum kami berjaulah berkongsi cerita Habib An Najjar. Gambar without our boss (Sdr Farid Hamlud)


Wallahualam..

Wednesday, July 18, 2012

Buat adik2 Pendakwah

Terasa lama aku menyepi dari mencoret sesuatu kat dalam blog aku ni. Hidup yang agak kelam kabut dan serabut menunaikan taklifan2 duniawi mahupun ukhrawi yang diamanahkan. Alhamdulillah satu persatu telah diuruskan. Sekarang masa untuk memenuhkan permintaan seorang junior aku di sekolah lama.

Adik ni mintak aku story tentang dakwah di universiti. haish... Susah jugak nak tulis. Tapi mengenangkan dah cakap aku akan cuba berkongsi so kena la laksanakan. Walaupun dah lebih kurang 2 3 munggu la jugak adik ni request. Nasib la dapat senior gini.. Haha

Ok. Kalau nak cakap tentang hukum berdakwah ni aku rasa kome semua dah tahu. tak kira la kat mana pun tempatnya. Hukumnya masih sama dan ganjarannya juga sama. So aku cut bab tu ek...

Kenapa Berdakwah di Kampus?

Soalan pertama. Kenapa kita berdakwah di universiti? Jika kita berdakwah berlandaskan kefahaman dan fikrah yang jelas ianya tidak menjadi masalah. Namun aku juga melihat dengan mata kepala sendiri apabila ramainya mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dengan merangka program bercorak islamik di kampus bukan kerana kefahaman yang jelas. Korang boleh tengok sendiri berapa kerat student tahun akhir yang akan terus istiqamah menjalankan aktiviti dakwah di kampus? Paling ketara adalah aktiviti dakwah di kolej kediaman. Rata2 akan aktif ketika berada di tahun satu. Apabila masuk ke tahun dua maka keligatan dalam dunia dakwah akan mula berkurang. Ini adalah satu permasalahan apabila memandang program dakwah adalah serupa dengan program lain di kampus. Hanya sertai semata2 kerana ingin kelihatan aktif dalam usaha untuk kekal di kolej kediaman mahupun mendapat markah merit untuk kokurikulum. So kepada adik2 yang sedang aktif dan ingin aktif berdakwah di kampus. Abang (terasa matang lak.haha) nasihatkan uollzz kena faham betul kenapa perlu berdakwah. Pasakkan asbab yang besar untuk berdakwah. Baru la tak jadi sia2 segala usaha kita.

Pengalaman aku : Minggu Penghayatan Ramadan time 2nd year. Time ni dah faham untuk berdakwah. Tapi time 1st year still lagi sebab tanggungjawab je aka aktif kolej.

Puasa sunat isnin khamis. Sedikit usaha di tahun akhir

Method dakwah

Masuk pulak cara untuk berdakwah. Rasanya tak banyak beza nya cara berdakwah di kampus mahupun di luar kampus. Namun mungkin sahaja dengan suasana ilmu yang ada di kampus sepatutnya lebih mudah menjalankan aktiviti dakwah. Ditambah dengan dana yang mudah diperolehi dari pihak pentadbiran maka banyak program2 rasmi yang boleh di atur untuk melaksanakan agenda dakwah. Cara forum, ceramah, Tazkirah, Puasa sunat, solat jemaah dan yang seangkatan dengannya mungkin biasa kita kaitkan. Namun suka untuk aku highlightkan kita jangan sesekali meminggirkan cara2 yang simple dan mudah dalam berdakwah.Sebagai contoh mengalunkan ayat alquran di surau sebelum maghrib, Poster dakwah dan sebagainya

Satu lagi perkara penting adalah "dakwah ini perlu berbentuk manusiawi dan menuju ilahi". Di kampus kena melihat suasana manusia di sana sukakan bagaimana. Layan je kehendak deme2 tu selagi mana tak menyalahi syariat. Dalam pada itu perlu diselitkan nilai2 dakwah didalamnya.

Masalah pendakwah

Ni adalah satu perkara besar yang berlegar di dunia pendakwah. Satu masalah paling ketara adalah budaya elitisme dalam diri pendakawah. Mereka berasa lebih selesa hidup dan bermasyarakat dalam golongan mereka2 sahaja. Bila dah mula terlibat dengan rakan2 dakwah maka segala aktiti bersama rakan lain seolah diabaikan. barangkali terlalu sibuk dengan aktiviti dakwah sehinggakan terlupa untuk menyantuni mad'u di sekeliling. Harus diingat dakwah ini adalah soal menyentuh jiwa manusia. Andai mad'u kita berasa mereka dan kita berada di dalam "class" yang berbeza adakah proses penyentuhan hati itu mudah berlaku? Kerana itulah pentingnya pendakwah di kampus bermasyarakat dan bergaul dengan rakan yang lain yang akan menjadi mad' mereka. Lagi sekali. layankan sahaja kehendak mereka asalkan tak menyalahi syariat.

Pendakwah perlu bergerak dalam jemaah

Sebelum berakhirnya suka untuk aku tekankan di sini bahawa agak sukar untuk dakwah itu akan memacu laju andai kita bergerak sendirian. Oleh itu amat penting pendakwah di kampus untuk bergerak bersama jemaah dalam usaha menggencarkan lagi langkah di medan dakwah. Pilih sahaja dalam lambakan jemaah yang berda di kampus. Sertai usrah untuk memastikan diri sendiri di tarbiyah dan seterusnya bersedia untuk istiqamah berdakwah.

Kesimpulan

Buat adik2 di kampus. jangan persiakan masa di kampus dengan semata2 belajar apa yang ada dalam silibus korang. Keluar lah dari zon selesa sebagai seorang pelajar biasa. Gunakan segala kelebihan yang ada untuk kepentingan islam. Ingatlah....

Sesungguhnya Umat Memerlukan Kalian

Sekian sahaja coretan dari seorang Abang...

Wallahulam...

Sunday, April 22, 2012

Adab Berdebat


Umum mengetahui bahawa tidak lama lagi akan di adakan Pilhanraya umum. Secara tidak langsungnya akan berlaku lah perdebatan demi perdebatan untuk memenangkan pihak yang disokong. Bukan perdebatan secara bermuka yang ingin aku highlightkan di sini. Sekarang ni zaman I.T bro. Apa barang jumpa2. Komen2 kat Facebook pun boleh dijadikan tempat untuk masing2 memenangkan pihak yang di sokong.
Kalau kita tengok perdebatan yang berkaitan dengan politik memang agak panas. Komen tu boleh jadi berjela jela. Tapi kebiasaannya komen yang berkaitan dengan politik ini akan dipenuhi dengan emosi tanpa fakta dan hujjah yang ilmiah. Ada sampai ketikanya ada pihak yang memaki hamun dan mencarut. Aku pernah alaminya. Haish… Macam2.. So untuk itu aku pun google la adab2 dalam berdebat. So aku jumpa satu artikel yang agak baik untuk dikongsikan. Kome boleh baca sendiri kat link ni (KLIK) . Aku just copy n paste je.
 
Adab Berdebat dan Dialog.
Debat dan dialog adalah diskusi antara dua orang atau lebih untuk menyelesaikan permasalahan atau perselisihan yang timbul. Pada umumnya semua perlakuan dan acara dalam hidup ini perlu mempunyai etika untuk dipegang sebagai perkara dasar dalam gerakan kita. Selari dengan itu etika untuk berdebat dan berdialog perlu diketahui dan dipatuhi supaya tidak terjadi perselisihan dalam menyelesaikan masalah yang ada. Etika ini perlu kita hormati agar kita dapat menghormati orang yang kita lawan bicara dan khalayak ramai yang ada. Tidak kurang pentingnya kita perlu mematuhi etika ini agar orang lain akan menghormati kita sebagai insan yang profesional, sabar dan rasional.
1. LURUSKAN NIAT; MENCARI KEREDHAAN ALLAH DAN MEMBELA KEBENARAN.
Inilah adab pertama yang mesti dipegang dalam diskusi dan dialog yang kita lakukan kerana mencari redha Allah dan mendapatkan kebenaran. Perdebatan bukan untuk mencari kemenangan atau ingin dipuji oleh manusia. Hendaklah kita patri dalam lubuk hati bahawa perdebatan atau dialog adalah menyampaikan kebenaran kepada lawan bicara kita dan khalayak yang ada. Mencari dan membela kebenaran serta membasmi segala kebathilan.
2.JUJUR DAN JAUHI KEDUSTAAN

Jujur adalah akhlak yang mulia. Hujah yang kita lontarkan mestilah benar-benar nyata dan ada kesahihannya. Apabila kedua belah pihak yang berdialog berpegang dengan landasan yang kuat, maka dialognya akan lebih membuahkan hasil yang diharapkan. Sebaliknya apabila kita berdialog tanpa fakta dan ilmu, tidak menguasai isu pokok yang diperselisihkan, bukan mustahil kebenaran akan dikalahkan oleh kebatilan, karena lemahnya orang yang menyampaikan kebenaran tersebut.

3.BERDEBAT PADA PERMASALAN YANG BERMANFAAT
Hendaklah debat yang kita lakukan pada permasalahan yang penting dan mendesak, bukan pada masalah yang tidak bermanfaat. Sebagai contoh berdebat tentang apakah yang lebih dahulu diciptakan, telur atau ayam? Semua ini harus ditinggalkan karena tidak membawa manfaat.

4.MENAHAN DIRI DARI BEREMOSI
Perkara ini sering diabaikan oleh orang yang berdialog. Bahkan pada umumnya kedua belah pihak saling beremosi, baik yang membawa panji kebenaran mahupun pihak yang satu lagi. Yang benar, hendaklah menampakkan nada kelembutan dalam berdebat. Menggunakan kalimat yang baik sepanjang debat. Seperti memanggil lawan bicara dengan panggilan yang sopan.
5.TAMPAKKAN RASA CINTA DAN PERSAUDARAAN SEBELUM, KETIKA DAN SETELAH BERDEBAT.LEMBUT DAN SABAR DALAM DIALOG

Hal ini perlu diperhatikan. Hendaklah kedua pihak yang berdebat saling berlaku lembut dan sabar dalam berdialog. Tidak tergesa-gesa dalam menyanggah, hingga menjawab tanpa akal dan beremosi belaka. Perlu sedia mendengar pandangan dan luahan bicara orang yang kita lawan bicara. Sedia mendengar hujah lawan bicara atau dialog dengan sabar dan tenang. Jauhi meninggi dan melantangkan suara. Akhiri debat dengan kemesraan dan semangat persaudaran
6.KEMBALI KEPADA KEBENARAN.AKHIRI DEBAT APABILA LAWAN BICARA TERUS BERKERAS.

Mengalah dan berundurlah dari arena debat apabila lawan bicara terus berkeras kepala. Berundur bukan bererti kalah. Jika berlanjutan debat yang sebegini akan membawa permusuhan, rasa benci, marah, emosi yang tidak terkendali. Hingga tujuan asal debat atau dialog akan menyempang dan tidak tercapai. Disinilah perlunya pandangan yang tajam dalam menilai lawan bicara. Apabila kita teruskan debat tidak ada manfaatnya, segara tamatkan pembicaraan dan beri nasihat tentang tujuan asal dialog.

Inilah adab berdialog yang harus diketahui sebelum seseorang mencari kebenaran melalui jalan perdebatan atau dialog.

….Habis dah copy paste….

Sekian saja untuk kali ini. Aku berharap agar debat2 yang akan terjadi selepas ini di tunjangi semangat ukhwah islamiyah dan di hindari dari rasa ingin bermegah2 dengan sedikit ilmu yang kita ada. Juga perlu di jaga adab2 yang telah dinyatakan di atas. Semoga perdebatan kita diserati dengan redha Allah dan mampu di hitung sebagai ibadah di hadapan Allah kelak.

Wallahualam…

Thursday, March 8, 2012

Hari Wanita : Kelebihan menjadi wanita ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim..

Pergh.. Gila lah. Rupanya hari ni adalah hari wanita. Tak tahu pulak. Untung la jadi wanita kan… Ada hari wanita. Hari lelaki ada ke ek? Macam tak wujud je.  Takpe la.. kalau ada hari lelaki nanti korang inform kan aku pulak.. Korang pulak buat entry khas untuk lelaki. Hehe

Jom kita timbulkan persoalan dalam kotak minda kita. Benar2 kah beruntung menjadi wanita? Wanita yang bagaimana pula yang dikatakan beruntung? Agama manakah yang menawarkan keberuntungan yang sangat banyak kepada wanita?

Sebelum pergi jauh kita tengok dulu apa pandangan agama dan bangsa lain terhadap wanita sebelum kedatangan ISLAM selaku penyelamat kepada golongan hawa ini.  Aku ambik beberapa contoh je. Kalau korang nak baca yang penuh sila ke link INI.

Wanita menurut agama Yahudi dan Kristian

Setelah diperhatikan melalui kitab-kitab agama Yahudi dan Kristian maka dapat disimpulkan bagaimana kedudukan wanita begitu hina sekali dalam agama mereka. Wanita dianggap najis atau kotoran, sumber dosa dan kedurhakaan, pusat segala pelanggaran, asas kepada segala bentuk perbuatan curang, dasar pendustaan atau penipuan dan tidak boleh dipercayai. Mereka dianggap beracun dan berbahaya di mana mesti dimusnahkan daripada alam ini.Kaum wanita dlilarang belajar ilmu pengetahuan apa lagi mengajar kaum lelaki. Inilah ia antara penghinaan terhadap kedudukan wanita dalam agama Yahudi dan Kristian.

Wanita Parsi

Bangsa ini turut menghina dan merendahkan martabat kaum wanita disamping membasmi kaum ini dari muka bumi. Pernah diriwayatkan ketika Mazda yang mengaku dirinya menjadi pengganti Zaratustra pada permulaan abad ke – VI diperintahkan kepadanya agar memberi hak sama rata kepada kaum lelaki untuk memiliki harta-bendanya manakala kaum wanita ditunjukan haknya sebagaimana binatang iaitu hanya api, air dan rumput. Kaum wanita hanya dijadikan habuan kepada nafsu buas lelaki di mana amalan memiliki gundik tidak terbatas begitu juga dengan perzinaan.  Bangsa Parsi tidak mengenal peraturan perhubungan antara lelaki dengan perempuan. Perempuan dijadikan barang dagangan dan seperti perhiasaan di mana bila dikehendaki mereka diguna tetapi bila sudah jemu mereka disingkirkan atau dibunuh.

Wanita Tionghoa

Bangsa ini turut merendahkan kaum wanita seperti kata Kong Hu Tju : “Bagi perempuan tidak boleh memerintahkan dan melarang apa jua pun dan amal perbuatan mereka harus dibatasi dalam urusan rumah tangga sahaja”. Menurut suatu riwayat bahawa pernah berlaku pada zaman Kon Fu Sius perbuatan menanamkan orang perempuan hidup-hidup bersama mayat suaminya telah menjadi kebiasaan di tanah Tiongkok semenjak tahun 580 S.M. Turut diriwayatkan bagaimana para isteri orang-orang besar bangsa Tionghoa zaman silam akan dipakaikan celana dari besi antara kedua pehanya hingga bawah pusat dan dikunci kukuh oleh suaminya sepanjang peninggalannya. Ini menyebabkan mereka merasa kesusahan dan kerumitan dalam pergerakan sepanjang peninggalan suami mereka. Inilah ia antara amalan yang buruk dan zalim yang dilakukan terhadap kaum wanita dalam masyarakat Tionghoa.

Islam Hadir sebagai Penyelamat Wanita

Setelah berkurun lamanya kaum wanita ditindas tup2 datang lah ISLAM sebagai penyelamat kepada kaum wanita. Tiada langsung dibincangkan di dalam agama lain spertimana di dalam islam tentang hak-hak wanita. Hal ini membuatkan bekas ketua Hakim Mahkamah Delhi, Mr. Rajindar Sachar pernah menyebut,
“..Historically, Islam had been very liberal and progressive in granting property rights to women. It is a fact that there were no property rights given to Hindu women until 1956, when the Hindu Code Bill was passed, whereas Islam hand granted these rights to Muslim women over 1400 years ago.

Begitu banyak Hadith2 nabi yang menyentuh mengenai kepentingan menjaga hak wanita. Dalam konteks masyarakat arab jahiliyyah dahulu kala sangat ketara apabila kebencian melampau kepada kaum wanita hinggakan sanggup menanam hidup2 kaum wanita. Namun datang lah ISLAM selaku penyelamat mereka yang juga ditegaskan dalam hadith baginda s.a.w yang bermaksud.

Daripada  al-Mughirah bin Syu’bah katanya: Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu penderhakaan terhadap ibu, menanam (membunuh) anak perempuan, menghalang dan meminta, Allah tidak menyukai kamu banyak bercakap, banyak bertanya dan menghilangkan harta.
(Riwayat al-Bukhari 2/848, 5/2229 dan Muslim 3/1341.)

Islam Menyuruh berbuat baik kepada Wanita

Malah bukan hanya menjamin keselamatan mereka tetapi nabi turun menyarankan agar berbuat baik dengan mereka.

Daripada ‘Urwah bin al-Zubair bahawa ‘Aisyah isteri Nabi s.a.w. menceritakan kepadanya, kata ‘Aisyah: “Telah datang kepadaku seorang wanita bersama dua orang anak perempuannya meminta (makanan) daripadaku sedangkan tiada padaku melainkan sebiji tamar. Aku berikan kepadanya, lalu dia membahagikannya untuk kedua-dua anaknya. Kemudian dia bangun dan keluar.” Apabila Nabi s.a.w. masuk, aku pun menceritakan kepadanya, lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka maka mereka menjadi penghalang dari api neraka untuknya.”
(Riwayat al-Bukhari 5/2234 dan Muslim 4/2027)

Islam mengiktiraf Hak Wanita

Kepada korang2 yang selaku wanita ni pulak. ISLAM juga memberi kelepasan untuk korang berkhidmat kepada masyarakat. Bukannya just memeruk dalam rumah sapu sampah, memasak, iron baju, siram pokok bunga dan aktiviti ke’surian rumah’ yang lain. Huhu. Tapi harus di ingat.korang kena la jaga batasan yang sepatutnya.

Daripada Rubaiyi’ binti Mu‘awwidz, katanya: “Kami (kaum wanita) berperang bersama dengan Nabi s.a.w., kami memberi minum kepada tentera, berkhidmat untuk mereka dan membawa mereka yang cedera dan mati pulang ke Madinah.”
(Riwayat al-Bukhari 3/1056)

Selain tu Islam juga tidak pernah sesekali melarang kaum wanita melaksanakan keinginan mereka asalakan ianya masih bertepatan dengan syara’. Hal ini dapat di gambarkan melalui hadith nabi yang bermaksud. 

Daripada ‘Abd Allah bin ‘Umar, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan kamu halang wanita-wanita kamu ke masjid-masjid apabila mereka meminta keizinan kamu.”
(Riwayat al-Bukhari 1/195 dan Muslim 1/327)

Lelaki oi.. Sila jalankan tangungjawab kome

Selain tu korang2 yang lelaki ni seharusnya ingat bahawa ISLAM sangat memberi amaran jika kita melakuakn sesuatu yang zalim kepada kaum wanita.  Jangan seskali cuba untuk berlaku tidak adil kepada mereka selagi mereka berada di pihak yang hak. Ini antara contoh amaran jika kita tidak bersikap adil kepada kaum wanita.

Daripada Abu Hurairah r.a.: Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia condong (berat sebelah) kepada salah seorang melebihi yang lain, maka dia datang pada hari kiamat dalam keadaan bahunya senget” dalam riwayat yang lain bahunya jatuh.
(Riwayat al-Nasai 7/63, Abu Daud, al-Tirmizi 3/447, dan Ibn Majah 1/633)

Jangan ingat kalau kita sebagai lelaki ni tak zalim tu dah cukup. Kita juga perlu memberikan hak kepada kaum wanita nih. Sebab ini apa yang telah dijanjikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam hadithnya.
Daripada Anas bin Malik: “Sesiapa yang memelihara (dengan baik) dua anak perempuan sehingga baligh, pada hari kiamat dia datang dalam keadaan aku dan dia (baginda merapat kedua jarinya).”
(Riwayat Muslim 4/2027 dan al-Tirmizi 4/319)

Ada lagi hadith tambahan untuk korang.

“Sesiapa yang memiliki tiga orang anak perempuan, lalu dia sabar dengan mereka, dia memberi mereka makanan, minuman dan pakaian dari??, maka mereka menjadi penghalangnya dari api neraka pada hari kiamat kelak.”
(Riwayat Ibn Majah 2/1210)

Ok. Cukup lah kut apa yang aku dapat sinopsiskan dari pembacaan aku di artikel Dr Asri dan artikel2 yang lain. Korang boleh google sendiri la ye. Yang link Dr Asri tu boleh klik kat link INI. Dari apa yang dikhadami terbukti sudah ISLAM amat2 menjamin hak wanita dalam sistem agama ISLAM.  Pemberian keadilan telah di anugerahkan kepada kedua2 gender ini samada lelaki dan perempuan. Maka tidak perlu kita saling berlumba untuk menunjukkan siapa yang lebih bagus. Apa kata kita berlumba2 untuk memberi hak kepada orang lain. Ada beran??

Wallahualam…













Sunday, February 19, 2012

Rasululullah Vs Pengemis yahudi

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya”.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, “Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”. Aisyah RA menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abubakar RA. “Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana”, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, “Siapakah kamu?”. Abubakar RA menjawab, “Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).” “Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku” , bantah si pengemis buta itu. “Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku”, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW”.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. “ Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Komen : Betapa hebatnya akhlak Rasulullah saw. Walaupun baginda di cerca dan di hina. Namun baginda tetap melaksanakan usaha dakwah tanpa memilih bulu untuk melaksanakan dakwah. Bagaimana pula kita? Baru sedikit mehnah dan tribulasi yang mendatang kita telah terasa berputus asa dan rasa lelah. Apabila dihina dan diherdik kita cepat melatah.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah ikutan yang baik.

Sunday, February 12, 2012

Dengan iradah Allah ku dikuliahkan

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah belajar sifat 20 tempoh hari. Aku sering berfikir dan mengingatkan diri sendiri bahawa apa sahaja yang berlaku adalah yangg terbaik untuk aku. Dengan sifat iradah Allah swt segala yang berlaku akan berlaku mengikut kehendaknya. Maka sudah pasti Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk umatnya bukan?

Semalam aku dapat merasai perkara tersebut. Semalam aku beradaa di rumah Yong (akak sulung) aku. Sepatutnya aku tidak berada di situ dan perlu ke tempat lain. Tapi disebabkan beberapa hal maka aku tetap berada di situ hingga malam semalam. Hendak dijadikan cerita aku mendapat info bahawa di masjid ada kuliah agama bab tafsir Al Quran. Aku sembang dengan abang ipar aku tentang tu dan dia pun cakap kat surau berdekatan yang juga merangkap markas PAS cawangan tu pun ada buat pengajian tafsir Al Quran malam tu.

Aku mula berfikir2 untuk pergi yang mana satu ni. Dua2 bagus nampaknya, Ketika aku nak pergi bersolat maghrib aku punya ingatan kat surau tu memang hilang terus. aku duk ingat nak pergi masjid je. So dah sampai masjid takkan la aku nak blah dari situ pulak. So memang bertekad la nak duduk situ je dengar ceramah. Tapi Allah punya kuasa. Penceramah tak hadir la pulak. Kol pun tak dapat. So pihak masjid pun buat tayangan video.

Aku pun ambil keputusan untuk melangkah keluar dari masjid dan ingin bergerak ke surau yang aku cakap tadi. Tapi dalam hati aku duk fikir. Mesti dah start lama ni. Terlepas la aku isi awalnya. Tapi takpe lah. Dari tak dapat ape2 kan. baik aku layan je. Sekali lagi. Hebatnya Allah!! Mungkin ada yang merasakan perkara itu tak baik untuk mereka. Ustaz kat sebelah sana sampai sama dengan aku sampai!! Kami bertembung di tangga surau, Allahurabbi. Ustaz tu tersesat rupanya. Padahal memang beliau memang datang setiap bulan. Tapi Allah nak menyesatkan dia. sesat jugak la. Kerana Allah tahu itu yang terbaik untuk umatnya.

Rupanya isi yang di sampaikan ustaz tu sangat2 terkesan kat aku. Apa yang di cakap tu semuannya macam dia tahu je apa yang aku duk fikir dan apa yang aku alami. Antaranya tentang Hakikat Ilmu. Aku baru je menulis dan baca tentang kepentingan ilmu. Rupanya Allah menghantar ustaz ini untuk memperjelaskan lagi kefahaman aku. Alhamdulillah...

Insyaallah aku akan kongsi pengisiannya di entry yang akan datang. Ni semua taktik supaya kome semua rajin2 ziarah blog aku ni. haha. Lagi pun sekarang ni masa untuk mencari makanan. lapor yob!! haha

rheumatoid arthritis : Juga yang terbaik untuknya


 MARI BERSANGKA BAIK DENGAN TUHAN!!!

Wallahualam....

Friday, February 10, 2012

Susunan makhluk mengikut darjat


Sedikit perkongsian dari apa yang aku dapat dari daurah tempoh hari. Bawah ni aku sertakan Kedudukan mengikut darjat. Ni apa yang aku dapat dari Ustaz Zul hari tu. Tulisan pun hodoh je. Sebab nak catit. Pasal tu aku nak share gak. At least cantik sikit nampaknya..hoho

  1. Nabi Muhammad saw
  2. Nabi Ulul Azmi
  3. Semua Rasul
  4. Semua Nabi
  5. 4 Malaikat utama ( Jibril, Mikail, Izrail, Israfil)
  6. Kepala Malaikat
  7. Para Malaikat
  8. 4 khalifah Al  Rasyidin
  9. 10 orang sahabat di jamin syurga **
  10. Ahlul Badar
  11. Ahli perjanjian Bai’atul Ridhwan
  12. Semua sahabat
  13. Tabi’in
  14. Tabi’ tabi’in

Sumber lisan Tuan Guru Zulkifli Ismail

 **
1- Saidina Abu Bakar As-Siddiq (ra).
2- Saidina Umar Al-Khattab (ra).
3- Saidna Utsman Bin Al-‘Affan (ra).
4- Saidina Ali Bin Abu Talib (ra).
5- Saidina Zubair Bin Al-‘Awwam (ra).
6- Saidina Tolhah Bin ‘UbaidiLlah (ra).
7- Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf (ra).
8- Saidina Abu ‘Ubaidah ‘Amir Bin Al-Jarrah (ra).
9- Saidina Sa’ad Bin Abu Waqqas (ra).
10- Saidina Sa’id Bin Zaid (ra).


Thursday, December 22, 2011

Sekelumit Tentang Zakat Pendapatan


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah kini sudah lebih kurang setahun setengah aku bekerja. Begitu juga dengan rakan yang bergraduasi dengan aku di seluruh kampus di Malaysia. Tidak lupa jua kepada abang2 dan kakak2 yang sudah lama dalam alam kerjaya ini. Masing2 mempunyai pendapatan bulanan sendiri.

Kini antara topik hangat dalam kalangan rakan segeology aku adalah mengenai perkara yang sangat berkait rapat dengan pendapatan bulanan kita..opsss.. bukan tentang wang simpanan untuk kahwin. hehe. Tetapi ianya adalah mengenai zakat pendapatan. Alhamdulillah ramai dalam kalangan rakan aku yang menyedari akan peri pentingnya ibadah untuk mensucikan pendapatan bulanan kita ni.

Sebelum kita mengorak langkah elok kita timbulkan mengenai hukum zakat pendapatan itu terlebih dahulu. Walaupun ada pendapat yang menyatakan tentang ketidakwajiban membayar zakat pendapatan ini. Namun aku lebih suka untuk berpegang dengan dalil kewajibannya yang telahpun disepakati oleh ulama’ dan Majlis Fatwa. Untuk bacaan lanjut boleh layari blog INI. Ini pula link untuk Fatwa yang dikeluarkan pada tahun 2001 mengenai Zakat Pendapatan ini (KLIK SINI)

Setel bab hukum. Dah tahu wajib. Bagaimana pula untuk kita membayarnya? Berapa peratus pendapatan bulanan yang kita kena bayar? Berapa jumlah wang yang perlu kita zakatkan korang boleh key ini kat "Kalkulator bukan saintifik" di web Lembaga Zakat Selangor (KLIK). Kalau dah malas sangat. Korang boleh tengok kat gambar bawah ni. Range pendapatan korang dengan 3 kaedah yang disertakan. Yang ini secara kasarnya je.

Tak jelas kan? pandai2 la korang bagi jelas. Hehe

Dah tahu kan berapa korang pelu bayar? Apa? Belum lagi? Ceittt!!  Kalau macam tu sila berhenti baca dan klik link kalkulator tu untuk pengiraan. Selesai sudah? Ok. Sambung pembacaan :-)

Kini masanya untuk membayar zakat. Untuk bayar zakat ni sangat mudah sebenarnya. Macam2 cara yang telah dilakukan oleh Lembaga Zakat. Untuk orang Selangor boleh rujuk terus ke web Lembaga Zakat Selangor ini mengenai  pembayaran. Kepada pembaca dari negeri lain mahupun Uganda dan Sri Langka (Gaya macam blog femes). Sila berdikari untuk cari sendiri di internet ye.

Cara pembayaran di atas ni adalah yang common. Tapi harus di ingat kita dibolehkan untuk membayar zakat bukan kepada pemerintah jika kita sudah tidak meyakini kredibiliti mereka untuk mengagihkan zakat ini. Aku akui Pusat zakat amat hebat dalam kempennya untuk memungut zakat. Bagaimana dengan pemberian zakat? Aku kira adalah sangat lemah. Jika tidak. Masakan masih berlonggok lagi rakyat gelandangan yang  papa kedana.

Dasar pengkritik bukan?? Maaf. Itu pandangan aku. Aku rasa lebih selesa untuk berzakat kepada orang di sekitar aku yang layak menerimanya. Sebagai contoh. Jika anda mempunyai rakan yang baru masuk Islam. Mengapa tidak terus berzakat kepadanya. Tidak dilupa juga kepada rakan bukan islam yang sudah cenderung kepada islam. Mengapa tidak ditunjukkan keindahan ekonomi islam kepadanya secara langsung? Ditambah lagi dengan si fakir yang menetap di teratak di hujung kampung yang di bawah cermin kopak ada kotak yang ada katak bawah tempurung tu (layan lagu Jamal jap.haha). Bukankah beliau layak menerima zakat?  Di bawah ni aku sertakan asnaf yang layak. Jika ada dalam kalangan orang sekitar korang yang layak. Laksanakan terus kepada mereka. Mudah. Hanya perlu disertakan dengan niat berzakat sahaja.Hatta saudara mara kita yang layak pun (Fakir dan Miskin terutamanya) pun layak terima brooooo....

1. Fakir
2. Miskin
3.Amil
4. Muallaf
5 Riqab
6. Gharimin
7. Fisabilillah
8. Ibnu Sabil

Untuk pembacaan lanjut mengenai apa yang dimaksudkan dengan term asnaf ni. Sila KLIK

Kalau korang rasa aku tergolong dalam asnaf ni. Sila Maybank2u kat aku ye. Haha.

Maka sekarang boleh la kita laksanakan perkara yang akan mensucikan harta kita ni. Bukan ini je. Ada berbagai lagi jenis zakat yang mungkin kita tergolong dalam orang yang wajib melaksanakan. Tapi takpelah. Panjang2 tulis pun kome boring jugak, mesti dah teringat kat notifikasi kat facebook korang kan? Haha. Ok2.. Ana faham nta..

Sekian dari aku untuk kali ini. Selamat berzakat wahai AKU dan KAMU!!

Saturday, September 10, 2011

Moh cari titik merah!!


Bismillahirrahminairrahim..

Semakin hari aku merasakan semakin optimis. Ya. Semakin optimis untuk menyatakan bahawa setiap orang mempunyai titik perubahannya. Yang menjadi bezanya Cuma jangka masa untuk menemuinya dalam masa terdekat ataupun sudah meningkat usia. Optimisnya aku hinggakan aku buat status kat FB la.haha

Aku melihat insan2 di sekitar aku. Dari kenalan di Kampung, Sekolah, Matrikulasi, Universiti hinggalah kini di alam pekerjaan. Semuanya mempunyai cerita tersendiri. Terasa ingin nak cerita satu persatu. Tapi tak berdaya la. Aku kongsi sikit kat sini je la ek.

David Beckam (Bukan nama sebenar) adalah kenalan aku di kg. Kami sama2 bermain takraw di kg. Baru2 ni aku pergi beraya di rumah die. Sembang punya sembang aku dapat melihat perubahan dia. Dulu dia seorang yang hidup tidak terurus. Kerja entah ke mana. Layan motor je tau. Tapi sekarang ni alhamdulillah. Dia mula serius dalam kehidupannya. Kerja tetap. Sembang pun dah macam orang matang. Alhamdulillah dah boleh juga cakap bab soal solat.

Seterusnya Lin Dan (Bukan nama sebenar) adalah kawan aku di SMKA Kerian. Beliau hanya sempat 3 tahun di sekolah tu. Sebabnya rasanya keputusan yang tak melayakkan beliau untuk kekal kalau tak silap aku. Di tambah lagi dengan kenakalannya di zaman kenakalannya dulu. Sejak dari tingkatan 3 tu memang kami tak pernah bertemu. Baru2 ni aku buat program kat sekolah. Sebelum tu aku dah tengok kat Fb dia. Dah tengok akan perubahannya. Cuma pertemuan kami di program tu sekadar untuk mengesahkan dengan melihat dengan mata kepala sendiri. Sangat hebat bila hidayah Allah itu telah sampai. Ianya datang tanpa diduga dan secara tiba2 bak kata si Lin Dan ni. Selesai bersolat maghrib hari tu sempat kami berdiskusi sedikit tentang pengamalan islam ni.

Ada lagi seorang junior aku di sekolah dulu. Si Dafi (Bukan nama sebenar) ini ketika form1 sampai form3 nya memang muka memang sangat takleh blah. Aku secara jujurnya pun agak menyampah tengok  dia.  Sakit mata je tengok  gaya dia. Kira cara jalan pun dah buat orang tak suka la tengok. Tapi alhamdulillah. Naik je form 4 dia berubah secara mendadak. Sangat mendadak!! Aku sangat2 kagum dengan perubahan dia. Bukan aku sahaja. Malah pihak sekolah pun kagum dan respek dengan dia sehinggakan orang yang begitu nakal sebelumnya akhirnya di angkat sebagai Ketua Umum Pelajar. Kini beliau telahpun melanjutkan pelajaran ke Unversiti Madinah. Jurusan nya aku tak berapa pasti. Bab hadith kut.

Kita tengok pula senior aku di Kolej Kediaman Ibu Zain UKM. Kak Angelina Jolie (Bukan nama sebenar) ni adalah Pemudah Cara aku ketika Minggu Mesra Pelajar (MMP). Selesai je minggu MMP beliau telahpun menunjukkan aurat rambutnya yang telah diwarnakan. Aku baik je dengan dia tapi dari segi keterjagaan aurat dan pergaulannya agak terbuka. Tapi juga setelah mendapat hidayah dari Allah swt. Segalanya berubah. Kini aku melihat dari jauh je di Fb beliau. Ketara sungguh perubahannya. Pernah juga aku PM di fb nya untuk menyatakan kekaguman aku. Alhamdulillah begitulah hasilnya setelah menemui titik perubahannya.

Begitulah sedikit kisah orang yang aku kenali yang telah menemui titik perubahannya. Ada lagi nama2 yang tidak aku kongsikan di sini. Malah yang terdekat adik beradik dan saudara aku pun ada. Kawan2 yang jauh mahupun dekat. Semuanya telah menemui titik perubahan masing2.

Tentang  titik perubahan inilah yang telah aku sampaikan adik2 tingkatan 5 SMKAK ketika kami berprogram di awal bulan 7 yang lalu. Aku highlightkan di dalam ucapan penutup program hari tu bahawa akan adanya titik perubahan yang menanti. Cuma yang menjadi beza adalah lambat ataupun cepat untuk kita menemuinya. Kini aku sekali lagi highlightkan pendapat aku ini.  

Dengan contoh yang berada di depan mata ini menguatkan lagi pendapat aku ini. Persoalan yang berlegar kini bagaimana pula dengan titik perubahan kita? Masih belum ketemu?? Kebelumtemuan (bahasa baru ni.haha) ini pula akan membuatkan timbul persoalan seterusnya iaitu apa yang kita lakukan untuk membuat first date kita dengan titik perubahan itu? Cukupkah kita dengan hanya duduk menyilang tangan, bersila panggung sambil menonton cerekarama mahupun filem hantu bonceng?? Tidak sama sekali. Kita perlu untuk berdoa…Berdoa dan teeeerus berdoa. Semoga Allah memberi peluang untuk kita bertemu titik tersebut seawal mungkin agar kita mempunyai senggang masa yang lama untuk mengumpul bekalan untuk dipersembahkan kelak..

Sekian sahaja repekan dan rapuan dari aku. Semoga kita sama2 menemui titik tersebut lantas beristiqamah dalam meneruskan perjalan selepas menemui titik itu.

Wallahualam….

P/S : Teringat pulak kat entri  tentang titik perubahan artis yang masuk beutifulnara hari tu. Hehe

 Ops...tak habis lagi....

























































































































































































Ambik ni!!
































.
Nak sangat titik merah korang.haha
  Tahniah sebab dah jumpa!! :-)

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan....Aku nak bermula disini.....

Bismillahirrahmanirrahim…
Bermula la kita melangkah di fasa baru di bulan Ramadhan. Fasa yang dikatakan fasa keampunan ini tiba bermakna berlalu sudah fasa yang pertama iaitu fasa kerahmatan. Sedar tidak sedar sudah 1/3 masa berlalu dan kita hanya tinggal 2/3 bahagian lagi untuk dimanfaatkan.
Di saat masa berbaki ini mari kita menyingkap sejarah lalu di bulan ini. Sekali lagi kita duduk di atas kerusi masa Nabil si Raja lawak. Sebelum tu. Ada ke patut ada orang cakap aku ni mirip Nabil? Mesti la Nabil yang mirip dengan aku!! Haha. Ok. Let’s check history of Ramadhan…
Bulan turunnya wahyu pertama. Yes. This is the starting point of long journey of ISLAM. Perjalanan yang telah mengambil masa 1401 tahun sehingga ke hari ini. Peemulaan kepada segalanya. Permulaan menyinarnya sinar menyuluh hati-hati manusia yang gelap dan jahil ketika itu dan ketika ini.
Perang Badar. Perang sulung dalam dunia ISLAM. Perang yang menyaksikan kualiti yang amat hebat yang di miliki oleh 313 umat mampu menewaskan 1000 musuh yang berkelengkapan lengkap. Peristiwa yang manandakan permulaan kegerunan musuh terhadap umat islam. Peristiwa yang menunjukkan keizzahan islam itu sendiri.
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (QS. Al Fath [48]: 1)
Ya. Ayat yang dikait rapat oleh mufassirin dengan peristiwa besar Islam iaitu Fathu Makkah ataupun Pembukaan Kota Mekah. Peristiwa pembukaan yang hadir tanpa titisan darah yang gugur. Peristiwa yang membuktikan musuh islam gerun dengan kekuatan umat lantas menyerahkan kota Mekah. Peristiwa yang memulakan kembalinya tanah haram itu ke tangan Islam.
Tertaklunya bumi Andalus di bawah pimpinan Thariq Bin Ziyad. 27 Ramadhan 92 Hijrah menyaksikan Sinar Islam memekar ke bumi Sepanyol ini apabila 12000 tentera muslimin berjaya menewaskan 100000 tentera kafir di bawah pimpinan Roderick. Di peristiwa ini menyaksikan islam mulai berkembang ke Sepanyol lantas menjadikannya pusat kegemilangan sarjana Islam.
Saifuddin Qutuz meneruskan lagi keizzahan Islam di bulan Ramadhan ini apabila berjaya menewakan tentera Monggol di bumi Palestin. Persitiwa Ain Jalut yang mengambil nama sempena tempat berlakunya peperangan ini iaitu di Ain Jalut ini amat member kesan kepada sejarawan dunia di mana memperlihatkan tentera Monggol yang kuat itu tertewas di tangan tentera Islam.
Penguasaan Kota Aqalan. Peristiwa yang menjadi titik mula kembalinya Al Quds di tangan umat islam di bawah Pimpinan Shalahuddin Al Ayubbi. Penguasaan Kota Asqalan ini sangat penting bagi memulakan langkah untuk menakluki Palestin sehinggakan kata-kata ini terpacul dari Pemimpin hebat ini.
" Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di Asqalan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, karena penguasaan Asqalan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum muslimin."
Begitulah sedikit sebanyak peristiwa penting yang berlaku di bulan Ramdhan. Dari Peristiwa yang aku listkan diatas ini dapat kita melihat sesuatu yang penting. Permulaan segala sesuatu. Mungkin ini perkataan yang mampu diterjemahkan hasil daripada persitiwa2 di atas. Kita melihat dari bermulanya wahyu, perang pertama, kemenangan-kemenangan hebat umat islam  dan mulai berkembangnya Islam ke dunia berlaku di bulan ini.
Bagaimana pula kita? Bukankah di Bulan Berkat ini lah kita berpeluang untuk memulakan segala sesuatu. Jika sebelum ini kita tidak pernah solat jemaah maka di sini kita mulakan. Jika sebelum ini kita jarang membaca Al quran maka disini kita mulakan. Jika sebelum ini kita jarang berzikir maka di sini kita mulakan. Jika sevelum ini kita freehair maka disini kita litupkan. Jika sebelum ini kita itu dan ini maka disini kita mulakan.. Kita mulakan… Kita mulakan…
 Ke Garisan.. Sedia...Mula!!
Wallahualam….

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang