PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, July 16, 2010

Berguru dengan "traffic light"

Alhamdulillah masih diberi kesempatan tangan aku ni terus menaip apa yang hendak ditaip. pergh..ayat skema. Kali ni aku sepertinya macam nak teruskan aktiviti memBEDAL aku. Mungkin ada yang belum tahu lagi BEDAL itu bermaksud "BErguru Dengan ALam". Setelah siri pertama aku berjaya memBEDAL maka aku akan teruskan untuk siri ke 2 pulak.

Kalau dahulu aku akan bangun pagi untuk ke kelas. Tu pun kalau aku bangun la. kalau tak, pasti ada rakan2 aku yang baik hati untuk membantu aku.haha. Dulu aku pergi ke kelas dalam keadaan tergesa tanpa adanya lampu isyarat. Tapi kali ni bila dah kerja pergi dan balik aku perlu menempuh lampu isyarat yang semestinya lebih dari 5 batang. tu belum campur dengan kerbau melintas..haha.. So hari ni mari kita belajar dengan lampu isyarat a.k.a traffic light..

Dari traffic light ni kita mampu belajar tentang betapa peri pentingnya tahap punctuallity yang tinggi. Tapi aku tak berminat untuk berbicara tentang ketepatan masa dalam bekerja mahupun ke kelas sebab ada perkara yang lebih besar dan penting yang memerlukan ketepatan masa untuk kita yang kononnya kesuntukan masa ni.

Kalau macam ni memang pening


Semestinya perkara itu adalah tentang solat. Telah beberapa kali sebelum ni aku dah mengentrykan tentang pentingnya menjaga solat pada masanya tapi kali ni mungkin dengan belajar dengan traffic light membuatkan kawan2 korang sedar kut. bukan korang ye. Sebab aku tahu yang membaca sekarang ni mesti dah solat di awal waktu kan tadi??

Apa yang kita boleh lihat waktu lampu merah menyala. Kita boleh lihat yang mat2 motor kat depan tu dah mula press2 minyak motor murah masing tu untuk ready untuk meneruskan perjalanan. Kadang2 tu siap intai lampu isyarat di seberang sana pulak. Kalau sana dah kuning so kita memang boleh betul2 ready la kan?? Tapi sejauh mana kita mengimplementasikan dalam ibadah solat kita? Adakah bila dah ada tanda2 untuk masuk waktu kita dah ready untuk pergi solat berjemaah? Ataupun kita baru terhegeh2 nak solat untuk waktu yang sebelumnya??!!

Merah tanda berhenti

Seterusnya kita tengok pulak bila lampu hijau menyala. Pasti semua dengan serta merta menekan minyak masing2. Yang bawa kereta manual pulak dah ready tukar gear pun. PAP!! lampu hijau menyala..Vrooom..weng sana.. weng sini.. Semua duk pecut. Tapi bayangkan kalau yang depan sekali tu tak jalan. Mungkin tertidur ataupun khusyuk mendengar Slot SINAR PAGI sampai tak perasan dah hijau. Takpun khusyuk reply mesej dari awek yang bukan muhrim dia ke. Mesti akan ada insan2 mulia membunyikan hon untuk menyedarkan si pemandu tadi. Begitu juga lah solat. Di kala ada kawan2 kita yang terlalai maka tugas membunyikan hon tu adalah tugas kita. Memang kita takkan lari dari terlalai. Mungkin hari ni hari dia. esok lusa hari kita pulak. Tapi ada kan kes yang dah tahu dia buat salah tak jalan tapi buat belagak pulak. Macam tak bersalah pula dia kan. So macam tu juga solat. Pasti akan ada yang memandang sinis teguran kita. Tapi adakah kita akan tak hon dah lepas tu? Kalau tak hon tu maksudnya kena beli hon baru la jawabnya.

Hijau tanda boleh jalan da..

Lagi satu punca dia tak jalan adalah sebab kereta dia rosak mungkin enjin (iman) dia dah rosak. Takpun kurangnya minyak (ilmu) yang dia dapat so membuatkan kereta dia tak bergerak. So itu lagi satu tugas kita untuk bertindak sebagai mekanik part time. Takkan la kita nak biar dia tak berjalan sampai bila2. Maka kalau ada kawan2 kita yang melengahkan solat atas sebab kurangya ilmu so kita kongsi apa yang kita ada. Kalau sebab kurangnya iman kita ajak dia perbaiki iman sama2. kalau semua dah lancar insyaallah bila lampu hijau je memang boleh la sama2 bergerak..

Sekadarnya la BEDALan dari aku. Harap lepas ni setiap kali kita nampak lampu isyarat akan mengingatkan kepada pos aku yang tak seberapa ni. Setiap kali kita patuhi lampu isyarat akan membawa kita memikirkan sejauh mana kita patuhi masa untuk bersolat. Setiap kali ada yang terleka di depan kita setiap kali itu yang akan mengingatkan tentang tugas kita. Semoga beribu2 batang lampu isyarat yang bakal kita lihat selepas membaca post ini akan membuatkan kita sentiasa ingin menjaga solat di awal waktu..

p/s : Setiap hari aku lalui lebih dari 5 batang traffic light dan boleh patuhi. tapi yang 5 (solat) ni pun masih ada cacat celanya..doakan aku berjaya..tq..

wallahualam..

4 comments:

entah said...

nice post...tp ayat ley blah.."Kadang2 tu siap intai lampu isyarat di seberang sana pulak"haha..de ke intai lampu seberang??cmne nk intai tu??hehehe

Zulgeologist said...

hehe..ade la..besa je orang buat..tambah2 mat motor..hehe

zackey said...

zul aku nk copy entry ni kt blog aku..tq

Zulgeologist said...

xde hal wei..abang2 punya pasal..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang