PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, July 11, 2010

Orang lain berjalan. Permandangan orang lain pun luas..

Sekarang aku berada kat UTM. Saje je merempat kat bilik kawan lama aku. Kawan sekolah dulu Mr Rafaie Rahmat. Ni pun pow desktop dia je. Boleh la aku update sikit2 untuk membersihkan sawang yang ada ni..

Malam semalam aku berkesempatan untuk menghadiri ceramah isra' mikraj kat Surau Jalan Bacang, Kota masai. member aku yang gitau aku ada ceramah kat situ. Alhamdulillah Allah permudahkan aku untuk menghadirinya. So ada la input2 baru yang aku dapat. Untuk entry kali ni aku nak kongsi sikit la beberapa input yang aku dapat dan aku tambah lagi dengan apa2 perisa tambahan yang patut.

Aku nak berkongsi tentang pengajaran yang boleh kita dapat dari peristiwa besar ini.

Pertamanya adalah pengajaran tentang pentingnya bercakap benar. Jadikan itu sebagai perkara penting dalam berbicara. mungkin bukan tahap kita untuk sehingga digelar Al Amin. Tapi penangan kualiti kata2 dari seseorang yang terkenal dengan kejujurannya adalah amat hebat sekali. Biasa bila kita dengar kisah isra' mikraj ni kita akan mendengar kisah sahabat sejati rasulullah iaitu Abu Bakar yang membenarkan apa yang diperkatakan oleh Rasulullah saw. Tapi satu input baru yang aku dapat adalah terdapatnya seorang yang masih belum memeluk islam kalau tak silap namanya bermula dengan ummu.. tapi aku tak ingat ummu apa yang ustaz tu ceritakan. Beliau mempercayai kata2 Rasulullah malah menasihatkan baginda supaya tidak menceritakan kepada sesiapa kerana takut baginda akan didustakan oleh puak2 kafir yang lain. tengoklah penangan bercakap benar. Beliau bukan mempercayai kerana keimanannya tapi kerana akhlak Nabi yang sentiasa bercakap benar. So cuba kita lihat diri kita berapa kali kita menipu bukan sahaja pada diri orang lain bahkan diri kita sendiri yang menipu lantas tertipu. Kalau tak percaya cuba jawab soalan ni.."Ko ni seorang cun@handsome tak?" kalau jawapannya handsome@cun maka anda sedang berbohong!! hahaha

Seterusnya.. Dalam banyak2 ibadah yang kita diwajibkan kenapa Allah memilih untuk memfardukan kewajiban bersolat dengan cara bersemuka dengan Rasulullah saw? Tidakkah itu menunjukkan peri pentingnya kita menjaga solat? Allah meletakkan pentingnya suruhan ini sehingga Allah menjemput kekasihnya sendiri untuk memfardukan solat. tapi kita?? masih lengahkan solat lagi. Sehinggakan mengabaikan solat. Ustaz tu mengingingatkan bahawa meletakkan solat sebagai agenda peribadi adalah satu kesilapan besar!! Solat perlu dijadikan agenda negara!! Mungkin negara terlalu besar kita memandangnya. so mari kita kecilkan skop ke arah pembinaan keluarga. Cuba anda bandingkan kebahagian keluarga miskin yang menjadikan solat sebagi agenda keluarga dengan keluarga kaya yang menjadikan melancong ke luar negara sebagai agenda keluarga mereka. Pasti dan pasti yang tidak menghiraukan solat akan menghasilkan satu hubungan kekeluargaan yang ada cacat celanya. itu lah yang akan terjadi tatkala hati sudah keras di bekukan oleh peti sejuk duniawi..

Yang ketiga, mengulas tentang betapa pentingnya umat islam menjaga baitulmaqdis. Anda semua pasti tahu bahawa sebelum baginda naik bertemua Allah swt baginda mengimamkan SELURUH nabi di masjid tersebut sedangkan di masjidilharam baginda hanya bersolat sendirian. Tidakkah itu menunjukkan betapa pentingnya Al-Quds kepada umat islam. Cuba kita telusuri sejarah kegemilangan islam. empayar islam sentiasa kukuh andai kerajaan islam menjaga baitul maqdis dengan sebaiknya. Lihatlah ketika kerjaan turki uthmaniyah jatuh. Tidakkah ianya jatuh selepas Al Quds tidak dipelihara? Bagaimana pula empayar Bani Umayyah??

Namun harus diingat bukan hanya binaan masjid itu yang kita perlu jaga. Tapi tapak itu yang perlu kita perjuangkan. Andai satu hari nanti masjid itu dirobohkan dan di bina binaan yang tak sepatutnya diatas tapak tersebut maka adakah kita hanya akn berdiam diri dan mengatakan "ala..nasi dah menjadi bubur.." kalau cakap macam tu meh aku buburkan korang..haha. Tak kira la apa keadaan tapak tu tapi ia tetap penting.hal ini kerana ketika baginda bersolat pun bukannya masjid itu tersergam indah seperti masjid kristal yang malaysia bangga2kan tu. malah ianya kelihatan nak roboh dan tingkap dan tiang pun ada yang berdiri dan ada yang hilang. Dan satu lagi ustaz tu mengingatkan ulama'2 menyatakan bahawa haram hukumnya kita menziarah baitul maqdis. tahu sebab apa? sebab kalau kita ziarah pakai pasport so kena melalui geng2 yahudi ni untuk cop. So secara tak langsung kita dah mengiktiraf pencuri2 tanah barakah ni. Kan dah salah tu... Apa lagi kawan2..cepat2 menyumbang untuk Al Quds!!

Seterusnya kita lihat kenapa Allah menjemput Roh beserta jasad baginda untuk berjumpa Allah? Bukankah Allah boleh buat nabi hanya bermimpi sahaja? Inilah signifikasi keadaan kita untuk bertemu Allah. Kita tak boleh hanya bertemu dengannya hanya dengan jasad semata2 tapi roh entah kemana. Dan kita tak boleh bertemu dengan Allah sengan roh semata2. tapi jasad entah kemana. Bertemu disini adalah bermaksud bersolat. So cuba renungkan berapa kali jasad kita bersolat sedangkan roh kita sedang menonton kemenangn Spanyol ke atas Belanda malam karang (go lah Spain!! hehe)? Ataupun roh kita sedang melihat Shahir di AF8 bersama lagu jiwangnya??

Cukup setakat ni kut perkongsian tak seberapa dari aku. Isra' Mikraj adalah satu peristiwa yang hebat. Aku ulangi..PERISTIWA HEBAT. takde pun satu perjalanan di dunia ini yang akan diingati sebegini rupa hatta perjalanan mempelai lelaki ke rumah mempelai perempuan pun akan dilupai kelak. tapi perjalanan ini lain. Perjalanan ni HEBAT. perjalanan yang meninggalkan 1001 persoalan dan pengajaran kepada umat islam kini dan selamanya. Satu perjalanan yang mengajar 1001 kisah penghidupan..

wallahualam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang