Untuk permulaan sesi memBEDAL aku ni aku nak bercerita tentang besi. Ye..besi.. Diam - diam besi berkarat. Istilah yang aku baru jumpa. Ditambah lagi site yang aku jaga dipenuhi besi2 yang berkarat. Cuba kita lihat besi2 di sekitar kita. Bemula dengan warna yang cantik iaitu Fe(ii) namun andai tidak tidak diberi perlindungan seperti cat ditambah dengan terkena air dan udara maka ianya akan teroksida menjadi Fe(iii) atau bahasa biasa kita pakai akan menjadi karat.
Cukup sekadar itu senario yang nak aku ceritakan. Tapi apa yang kita mampu belajar darinya? Mari kita lihat dari sudut keimanan kita kepada Allah swt. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa iman itu bertambah dan berkurang. Namun mampu dipersoalkan apa yang kita buat untuk memastikan iman kita terjaga dan tebela??Adakah kita telah menyediakan cat (majlis ilmu) untuk menghadapai air (syaitan) dan udara (nafsu) yang akan menyebabkan iman kita berkarat?.
Itulah yang dikatakan diam2 besi berkarat. Selagi kita hanya berdiam diri di bilik dan hanya menunaikan apa yang fardu percayalah bahawa ianya akan membuatkan iman kita berkarat.
Aku sendiri mengalaminya ketika baru sampai kat P.Gudang ni yang memaksa aku tinggal berseorangan di bilik hotel bersama berhala moden (T.V) dan dinding2 yang membolehkan aku gila tanpa kawan. Solat hanya di bilik hotel tanpa jemaah. Tanpa majlis ilmu. Maka ternyata terkesan dan mengoksidakan apa yang tak patut teroksida lalu menjadi karat.
Alhamdulillah sekarang dah tinggal kat rumah kawan aku dan berasbabkan AGN 3870 aku yang memudahkan aku mencari taman2 syurga sebagai pelindung bagi besi di dalam hati ni. Namun ada satu lagi "diam-diam besi berkarat" yang masih belum dilindungi.. Masih belum dapat peluang untuk melindungi dan masih mencari peluang tersebut.
Melihat kepada gerakan dakwah yang terdiam dan semakin berkarat agak merisaukan aku. Tiada lagi keligatan dalam amar maaruf nahi mungkar. Yang tinggal hanya keliatan..aduyai.. Entah mana aku nak mencari peluang kat bumi orang ni (banyak je.tapi alasan pun banyak..). Andai berterusan seperti terusan suez keadaan macam ni maka alamatnya berkaratlah besi yang perlu dilndungi ni. Kalau aku masih berdiam maka tu lah yang akan terjadi diam-diam besi berkarat.
Tentu ramai kawan2 aku yang sedang bercuti sekarang ni yang senasib dan semalas macam aku.(tapi anda bukan orangnya..). kalau anda terjumpa kawan anda yang sedang enak berdiam2 maka ingatkan dia bahawa diam-diam besi berkarat. Andai anda sendiri yang duduk diam maka bingkas bangun mencari pelindung dari proses pengaratan itu berlaku..
Akhir kata dari aku.. carilah cat yang tak lapuk di hujan tak lekang dek panas..nippon weatherpon...hahaha..
wallahualam...
3 comments:
Best ble kte BeDAL. Macam2 kte belajar. Cume tu la. tak smua insan mampu memBeDAL. kne gne mata hati.. =)
InsyaAllah.. sama2 la kte melindungi n terus mengecat besi dlm diri ni agar x sempat nk berkarat.. ^^
off white hoodie
fila shoes
air jordan
coach outlet
adidas tubular
lebron 10
golden goose
michael kors
michael kors bags
louboutin outlet
goyard bag
bape clothing
bape
yeezy outlet
bape sneakers
yeezy boost 700
bape
supreme clothing
spongebob kyrie 5
golden goose outlet
Post a Comment