PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, September 29, 2010

BEDAL = Berguru dengan Kasut

Alhamdulillah selesai juga projek kat Mont Kiara. Kini nak tunggu projek mana pulak yang nak masuk. Harap2 tak jauh sangat la. Banyak urusan yang hendak disetelkan di Lembah Klang ni. Ingin aku berkongsi sedikit pengalaman menarik aku sepanjang melepak di Masjid Wilayah sepanjang aku bertugas di Mont Kiara sebelum ni.

Dalam minggu lepas hajat di hati ingin qailullah sebentar sebelum zohor. Tapi mata aku tak dapat pejam apabila seronok melihat gelagat seorang warga asing berkulit hitam menegur setiap orang yang dijumpai. Kelihatan adik2 berbaju seragam sekolah terpinga2 pabila mamat tu menegur semua dari kalangan diorang. Aku pun turut tak terlepas dari ditegur. Beliau begitu riang ria sekali menegur kami semua. Tapi bukan hanya tegur kosong. Tapi beliau cuba menyebarkan kegembiraan yang perlu dikecapi oleh semua umat islam. Dia cakap kita kena senyum. Kita kena kuat. Umat islam kena kuat. Sempat jugak dia buka dompet dia yang kosong tunjuk kepada aku. Dia tak kisah duit takda tapi gembira dengan nikmat yang Allah swt kurniakan. Masyaallah!! hebatnya jiwa dia. Sempat aku berkenalan dengan dia sebentar. Mahmud namanya berbangsa Somalia. Walaupun aku sememangnya lebih kacak dari dia tapi ternyata jiwanya lebih hebat..

Gelagatnya tidak berhenti disitu, Scene kedua dipertontonkan usai solat jemaah di dewan solat utama. Aku melihat tiba2 Mahmud bangun terus menuju ke tempat imam padahal kami sedang berwirid masa tu. Ada sedikit perkara yang beliau ingin sampaikan. Dalam keadaan agak kecoh tu imam memanggil uncle guard untuk menenangkan keadaan. Dari apa yang aku dengar dia nak cakap supaya jemaah kena meluruskan saff sebelum bermula solat. Tapi cerita dari pak guard yang mungkin muetnya band 1 dahulu kala lain pulak versinya. Ada ke patut dia cakap mamat tu nak mengadu kat imam sebab makmum sebelah dia pijak kaki dia masa solat. Tak logik langsung!! mungkin diorang tak faham apa mamat tu cakap. Tapi just tengok gaya mamat tu tunjuk kaki gaya merapatkan saff terus membuat andaian sendiri. Yang aku bengang tu berita tu tersebar dikalangan uncle guard tu. Siap ada yang pergi report kat imam. yang imam pun percaya. tapi aku cuba terangkan kat imam tu apa yang sebenarnya ingin mamat tu sampaikan. Jawapan yang agak mengejutkan apabila imam tu mengatakan lebih kurang "pakai pun seluar pendek macam mana nak cakap kat orang" padahal mamat tu pakai jeans je pun. Hyperbola berlaku. Aku sambung cakap " betul apa yang dia nak cakap tu. Mungkin masa je tak sesuai"

Macam tu la sedikit sinopsis yang aku nak cerita. Selesai semua kisah diatas ni telah membuatkan hati aku meronta untuk menulis tentang pemBEDALan yang telah lama aku nak tulis kat blog aku ni. Untuk sesi BErguru Dengan ALam kali ni aku memilih kasut untuk dijadikan guru kita..

Selamat Pagi Cikgu..pink nampak hari ni..

Entry ni sesuai untuk semua kita yang sememangnya ditugaskan menjadi dai'e kepada mad'u kita. Bukan sepasang kasut yang nak aku sampaikan. Tapi sebelah kasut kita dan sebelah lagi kasut mad'u kita. Dalam kita ingin menyampaikan dakwah kita perlu menyelami rasa dan keadaan mad'u kita tu. Dan kalau kita hanya selesa memakai sepasang kasut kulit hitam mahupun sepasang kasut tumit tinggi kita ternyata kita bakal gagal untuk menyelinap masuk ke dalam hati mad'u kita yang mungkin memakai kasut futsal, kasut sukan warna pink, slipper tandas, sandal asadi ultra light, sandal crocks mahupun terompah kayu.

Pertama kita lihat gelagat dai'e berbangsa Somalia tadi. Bermula dengan gelagat menegur setiap orang. Bagus tu pabila dia menunjukkan kegirangan dia untuk menyebarkan kegembiraan. AKu pun setuju dan faham. Tapi bagi orang yang tak faham dan ingin tidur. Ops terlupa aku nak cerita tadi. Beliau juga menegur orang yang telahpun berbaring nak memulakan langkah untuk tidur. Ternyata method dia tak sesuai untuk golongan yang mungkin penat memakai safty boot sepanjang bekerja di bawah terik mentari sebelum tadi.

Seterusnya kita lihat gelagat beliau nak menyampaikan perkara yang sangat2 penting dan betul. Aku pun takda kekuatan nak sampaikan benda tu hatta kat masjid kampung aku sendiri. Tapi masa dan ketika yang tak sesuai. Lebih molek dia menanti sehinga semua makmum mengaminkan doa pak imam dan memohon kebenaran daripada imam tu. Insyaallah kalau macam tu akan membuatkan kami selaku mad'u ini lebih selesa dan dapat menerima apa yang diperkatakan. Mungkin jua beliau kurang arif dengan kebiasaan umat islam di Malaysia ni yang ada wirid dan doa selepas solat jemaah. Mungkin ditempat beliau menjadi kebiasaan perkara yang beliau lakukan. Seharusnya dai'e yang pergi ke tempat orang lain perlu mengetahui tentang kondisi dan kebiasaan tempat mad'u beliau. Tarnyata Mahmud hanya memakai sepasang kasut buatan orang Somalia dengan mengendahkan kasut buatan orang Melayu.

Mungkinkah ini kasut orang bangsa Somalia??

Lagi kita lihat tindakan Pak Imam yang mendengar bulat2 yang diperkatakan oleh Uncle Guard tu. Jangan kata nak pakai kasut si Mahmud tadi. tengok pun tak lagi, terus terima bulat2 apa yang dikhabarkan kepada beliau. 1 perkara lagi, menilai mad'u hanya dengan cara pemakaian. Kalau betul la dia memakai seluar pendek takpa la jugak. Tapi Mahmud tu masih menutup aurat cuma memakai agak selekeh je. mana tahu kat tempat dia, pakaian macam tu pun dah dikira kemas. Seharusnya memilih untuk berfikir rasional apa yang ingin Mahmud tu buat. takkan la semata2 orang pijak kaki dia sanggup Mahmud tu pergi ke depan nak cakap dengan jemaah yang hadir. Sepatutnya dai'e perlu menyelami rasa dan keinginan mad'u. Selagi ianya tidak menyalahi syara' sepatutnya dai'e perlu meraikan keinginan mad'u tu. Baru la ada ikatan terjalin kat situ.

Habis kisah tentang Mahmud dan Masjid Wilayah. Bukan niat aku untuk mengkritik mana2 pihak. Bukan juga menyatakan aku ni dai'e yang hebat. Kadangkala kita terlupa untuk memakai kasut mad'u kita. Kita hanya syok sendiri dengan keselesaan kita memakai sepasang kasut kita. Kepada aku dan kamu semua saranan aku pakailah "kasut sebelah lain sebelah lain". Walaupun mungkin kelihatan macam orang gila tapi kita memang gila. haha

Macam orang gila ke?biasa je...


Ingatlah mungkin mad'u kita memakai kasut futsal yang gemar bersukan, mungkin dia memakai slipper tandas yang terkena najis orang lain, Mungkin dia memakai kasut Bata yang tepijak najis anjing, Mungkin dia memakai kasut tumit tinggi artis yang berambut perang, mungkin memakai terompah kaya buatan india, Mungkin memakai sandal crocs dicuri kat masjid, mungkin kasut orang kuat Jabatan Agama, Mungkin kasut Proffesor, Mungkin kasut pasangan gay/lesbian dia, Mungkin siang pakai kasut lelaki malam kasut tumit tinggi, dan tak lupa juga mungkin memakai kasut budak sekolah. Lihatlah duhai dai'e begitu banyak kondisi kasut2 yang perlukan bantuan dan peringatan. Lebih mudah kita membersihkan kasut2 tu dengan kiat sendiri memakainya. Lebih mudah kita menasihati pemakainya jika kita memikirkan tahap pemikiran dia. Tapi awas. jangan sampai kita memakai sepasang kasut mereka. Kita perlu ada stand kita sendiri. Raikan semua kasut mad'u kita tanpa menanggalkan sebelah lagi kasut kita..

"Serulah (manusia) ke jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan-mu, Dialah Yang Maha tahu tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"

(An-Nahl [16]: 125).



Terima kasih kasut..

wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang