PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, November 7, 2010

I'm Engineering Geologist

Dah lama aku tak mencoret kat blog aku ni.. Kelihatan seperti tak bermaya sudah. Mungkin setelah akibat dari ketiadaan internet Jaring UKM membuatkan aku agak sukar nak update. Kadang2 ada jugak online tapi perasaan malas pulak yang datang. Entah ke mana pergi matlamat utama membina blog ni dulu.. Insyaallah lepas ni akan kembalikan matlamat tersebut...doakan ye...

Untuk post kali ni aku cuma ingin menceritakan serba sedikit tentang kerjaya aku sekarang. Hal ini disebabkan terlalu ramai yang bertanya dan sedikit terkeliru dengan tugas aku. Ramai sangat ingat aku bekerja di Johor. Mungkin sebab projek pertama aku adalah kat johor dulu kut..

Aku bermula dengan company aku. Nama company yang aku bekerja sekarang ni adalah G&P Geotechnics Sdn. Bhd yang bernaung di bawah G&P Professional Sdn Bhd. Company ni punya core bisnes nye adalah geotechnic consaltancy. Lebih kepada as consultant kepada kerja2 sebelum pembinaan dilakukan seperti memastikan kawasan yang nak dibuat banggunan tu adalah stabil. Ada jugak consult projek seperti korang tengok kat tepi2 jalan yang ada konkrit and paip tu. Yang tu untuk kestabilan cerun. Untuk memastikan cerun2 tu tak runtuh dan menimpa korang. Position aku kat company ni just as engineering geologist je. Lokasi office aku pulak adalah dekat Bandar Tasik Selatan betul2 kat depan Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan.

Company ni memang banyak projek sampai ke Vietnam pun ada. So aku yang bekerja di bawah department geologist ni lah yang ditugaskan sebagai wakil syarikat ke site projek2 tu. So yang site tu la yang macam2 tempat. Setakat ni site yang aku pernah jaga adalah kat TTDI hillpark, Permas Jaya Johor, Desa Parkcity Kepong, MK22 Mont Kiara, Hospital besar Ipoh, Taman Equin S.Kembangan dan sekarang berada di Batu Feringgi Penang..

Kat penang ni je lain sikit kerjanya. Sebelum ni just pastikan contractor buat kerja Subsurface Investigation dengan betul je. Tapi sekarang ni kami sedang usahakan untuk buat terrain mapping kat kawasan yang nak dibuat resort kat B. Feringgi tu. Terrain Mapping ni penting untuk membolehkan hilly site area tu dibenarkan dibuat pembanggunan. At last kitorang akan come out dengan gred tempat yang berisiko untuk dibuat pembanggunan. Kalau 1 n 2 still boleh buat 3 still can consider but if gred 4 memang tak boleh buat la. Semua ni bergantung kepada Kerajaan tempatan. Kalau dulu kat Selangor gred 3 still boleh buat develoment tapi era Pakatan rakyat ni diorang bagi sampai gred 2 je. So ni membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat ni telus. Oleh itu undilah Pakatan Rakyat nanti..tiba2 ja!! hahahaha

Kembali kepada kerja aku. So korang faham dah kan tentang kerja aku terutamanya bila orang bertanya aku tentang kerja kat mana. Kena terangkan panjang lebar pulak. ye la office kat B.T.Selatan tapi site tu yang bertukar. So untuk memudahkan aku akan cakap aku kerja kat B.T.Selatan je la. Tapi ofis tu aku akan pergi sebulan tak sampai 5 kali pun kalau aku ada site bulan tu. Sebab aku akan pergi terus site je. Oleh itu boleh la pergi kerja lambat sikit.hehe

Setakat ni je la penerangan aku. Aku harap kawan2 aku dah faham tentang kerja aku. Ni asyik terkonfius je antara lokasi ofis n site aku. Kepada adik2 yang belum belajar kat Universiti jangan lupa mohon kos Geology terutama kepada berjantina lelaki kerana sungguh indah work as geologist ni..huhu

Sekian...

9 comments:

Anonymous said...

gaji bape?hehehe

ica zain said...

wow sana sini merantau,,hehe
best of luck abg zul :)

Zulgeologist said...

anon : above 300.haha

ica : orite..tggu site kat changloon lak..haha

Anonymous said...

macam mane kalau perempuan nak amik geology? okay x?

Zulgeologist said...

anon : ok je. tapu susah sikit la if kena kerja site yg dalam hutan. lebih prefer pergi ke bahagian oil n gas. batch aku pun x banyak pompuan yg dapat kerja.laki boleh kata semua dah kerja

Anonymous said...

oooo. susah gak kan? thanks.

Zulgeologist said...

xde la uah sangat..banyak je lubang kerja.Geologist ni sedang berkembang sekarang.banyak bidang boleh masuk..kalau ambik master lagi tip top nnt...

yanmaneee said...

christian louboutin shoes
cat boots
coach outlet
supreme new york
yeezy
jordan shoes
curry 4
golden goose sneakers
hermes handbags
nfl jerseys

Anonymous said...

supreme clothing
supreme
yeezy
golden goose sneakers
kd 13
irving shoes
supreme official
bape hoodie
jordan shoes
off white

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang