Ko dah sembahyang?? Puasa tak hari ni?? Dah bayar zakat belum?? Inilah persoalan yang sering kita dengar yang berkait rapat dengan ibadah. Solat, Puasa, Zakat, Haji, Berzikir, Membaca Al Quran inilah yang dikatakan ibadah. "Ibadah".... Satu istilah yang sangat berkait rapat kepada kita sebagai makhluk kepada khaliq mahupun sebagai abid kepada ma'bud. Ibadah jugalah yang dijadikan objektif utama kita dihantar ke muka bumi ini. Bertepatan dengan firman Allah swt
"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada-Ku"
(Ad Dzariyat : 56)
Maka berlandaskan ayat ini jelaslah menunjukkan bahawa sememangnya tugas kita di dini adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata2 beribadah kepada Allah swt. Namun kini hasil keberjayaan agenda yahudi dan barat menyebabkan kita hanya melihat ibadah itu semata2 ibada2 yang telah aku nyatakan diatas antaranya. lebih malang lagi pabila orang berpandangan ibadah hanyalah di masjid semata. Kita seringkali alpa dengan Firman Allah swt yang menyatakan bagaiman nak menjadikan kehidupan kita adalah ibadah.
“Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu kepada Islam secara menyeluruh. Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagi kamu.”
( Al Baqarah: 208).
Lihatlah kalian semua ayat ini. Kalau dari segi bahasanya kalimah "udkhulu" adalah fi'il amar yang membawa erti ayat arahan maka tegarkah kita untuk mengingkari arahan dari yang selayaknya memberi arahan? DIA mengarahkan apa? mengarahlan agar kita masuk ke dalam islam secara menyeluruh. Bukan ketika nak beristeri banyak je ambil islam. Ketika hari raya je ambil islam. Ketika dalam solat je menutup aurat. tapi JELAS di sini ianya menyeluruh termasuk dalam bidang ekonomi, politik mahupun sosial. Lamtas, mampukah kita declare yang kita ni adalah muslim sejati andai kita masih lagi gagal mengimplementasikan islam dalam kehidupan seharian kita? Atau sekadar solat 5 waktu (kalau sembahyang) sahaja sudah cukup menjadikan kita muslim yang mukmin?
Kembali kepada dua ayat yang aku bawakan di atas. Nampaknya sudah seiring dan sejalan lah kedua ayat ni. Andai kita masuk islam secara menyeluruh bermakna seriap tindakan kita dalan setiap detik waktu akan dikira ibadah. Tidur? Bersukan? Belajar? Berprogram? Bekerja? Online? Pakai stokin? Lap meja? Buang hingus? sebutlah apa sahaja perbuatan seharian. Selagi menepati kehendak agama maka ia masih dikira ibadah. Namun dalam beribadah ada dua perkara penting yang menjadi kayu ukur ibadah tersebut. 2 perkara ni akan aku sampaikan dalam entry aku nanti.
Oleh itu sedarlah wahai aku dan kamu!! Apa tugas kita? dimana tahap KPI kita punya performance terhadap tugas kita? Apa lagi tunggu teman sekalian..Beribadahlah!!
Aku adalah kamu, Kamu adalah aku, Yang perlu mencontohi Baginda dan yang pasti akan kembali menemuiNYA...
PENGUMUMAN!!!
1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
Blog aku ni ossem ke tak ossem??
My top 10 entry
- Taubat?? Enjoy dulu...
- Ibrah dari labour room
- Airmata untuk Geologist
- KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)
- Study sampai muntah??
- Oh Yeah!! Hulu Selangor
- NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT
- BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.
- Isteri Curang
- Ada apa dengan geology?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment