Mungkin jika kita menghayati  betul-betul tagline di atas,maka kita faham apa maksud sebenar tagline  tersebut.Keberadaan situasi sekarang di Malaysia menampakkan betapa  mereka yang memimpin Malaysai sekarang sudah tidak mampu berbuat apa-apa  lagi untuk mengubah negara ini ke arah yang lebih baik.Jadi apa  lagi,jom kita UBAH SEKARANG!
Tenang,sebuah tanah yang  menyaksikan ALLAH melondeh topeng pemuka-pemuka munafiq di Malaysia  dengan begitu tenang.Ya,isu bersalam dengan bukan mahram ternyata  menjadi bukti kukuh bahawa UMNO sudah tidak layak lagi untuk terus  menanggung beban kepimpinan negara pada masa ini.Bahkan mungkin untuk  selama-lamanya selagi dasar mereka masih memuja juhala sekularisme.
UMNO tersepit di antara dua  persimpangan.Selama ini,mereka mampu berselindung dan menyembunyikan  pembohongan mereka.Tetapi,kali ini isu bersalam benar-benar berjaya  melondeh kemunafiqan mereka.Keras?
Fikirkanlah kata-kata ini.
Bagi saya,Barisan Nasional (BN)  kali ini agak tergopoh gapah sehinggakan rentak tari politik mereka  seakan tergugat.Hanya apabila rakan kongsi mereka dari MCA,Chua Soi Lek  dan beberapa pemimpin Gerakan tidak bijak menyusun atur serangan  terhadap calon PAS dan menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO mula  tersepit.Kuasa ALLAH menentukan segala-galanya!
Mungkin saya cuba bersangka baik  dengan Chua Soi Lek dan rakan-rakan mereka yang bukan Islam,bahawa  mereka mengungkit isu ini adalah kerana mereka tidak memahami ajaran  Islam yang sebenar.Mereka kafir,maka tidak hairanlah untuk mereka merasa  begitu.Tetapi,saya merasa hairan apabila memikirkan MCA,Gerakan sudah  bersama-sama UMNO bukan sehari dua,atau sebulan dua tetapi sudah hampir  separuh abad!
Apa yang UMNO buat kepada mereka  sehinggakan mereka lansung tidak faham ajaran Islam yang begitu mudah  dan nampak di mata selama ini??
GAGAL!
Mungkin hal ini tidak terfikir  oleh UMNO akan menjadi satu buah pukulan yang begitu dasyat yang mampu  membuka mata rakyat terhadap kemunafiqan mereka selama ini.Bab kata  pepatah,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata.....
Dalam isu ini,UMNO mungkin tahu  dan semestinya mereka tahu bahawa kenyataan Chua Soi Lek itu salah sama  sekali dan isu ini tidak sepatutnya didendangkan oleh rakan kongsi  mereka,MCA.Tetapi akibat mereka gagal memberi didikan kepada MCA dan  Gerakan dalam hal tatakelola keagamaan menyebabkan MCA dan Gerakan makin  jauh dari ajaran Islam.Malah mereka kelihatan seolah-olah menghina  pengamalan sesebuah agama yang tulen.Menghina atau mencerca pengamalan  agama yang lain adalah melampau dan ekstrim.Ini ekstrim yang sebenar!
Maka,salah siapa di sini?
Mungkin UMNO boleh menjawab dan membela kesucian Islam dalam isu ini,tetapi mereka akan kelihatan menyokong PAS!
Ini tidak boleh.Sudah melanggari  sempadan akal pemimpin UMNO untuk membela calon PAS.Dunia sudah  terbalik jika mereka sanggup melakukan sedemikian rupa.Saya sendiri  tidak mampu membayangkan bagaimana rupa apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin  terpaksa membuat satu sidang media untuk membela calon PAS dalam isu  bersalam dengan bukan mahram dan mengatakan bahawa tindakan Cikgu Mala  untuk tidak bersalam dengan bukan mahram adalah betul dan bertepatan  dengan ajaran Islam yang sebenar.Dan pastinya dia mesti mengecam  kenyataan tidak bertanggungjawab Chua Soi Lek itu.
Benar,saya tidak mampu membayangkan keadaan itu akan berlaku.
Membela tindakan calon PAS  ketika saat yang begitu genting dalam keadaan semua media tertumpu di  Tenang adalah satu tindakan terbodoh yang mungkin di ambil oleh Tan Sri  Muhyiddin Yassin dalam usaha menyelamatkan imej UMNO di mata rakyat!
Tidak mungkin sama sekali untuk  sebuah parti yang berjuang di atas nama kebendaan untuk melakukan  tindakan sebegitu.Terbukti UMNO gagal membela Islam.
Malah,jika dia sanggup melakukan  sedemikian rupa,alamak periuk nasinya pasti akan bergetar ketakutan  kerana memikirkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri akan  tergugat.Betapa tidak jika isteri Perdana Menteri,Rosmah Mansur pun  nampak HALAL dan bebas untuk bersalam dengan sesiapa sahaja terutamanya  memeluk Lee Chong Wei dengan penuh mesra!!
Arghh,tidak mungkin.Tindakan yang akan menggerudi akal setiap pemimpin UMNO.Gila!
Tidak mungkin sama sekali!
Jadi,untuk menyelamatkan diri  UMNO cuba pendekatan untuk senyap dan membisu dalam isu ini.Jelas,tiada  sebarang kenyataan di akhbar tentang isu ini dari lidah-lidah pemimpin  UMNO bermula dari pemimpin atasan sehingga pemimpin bawahan mereka.
Senyap tidak mampu mengubah  keadaan.Membisu bukan alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah  yang sedang membuak.Bersuaralah!
Jika UMNO terus membisu dalam isu ini,maka akan nampak begitu ketara betapa UMNO GAGAL MEMBELA ISLAM!
Sedang pada masa yang sama,PAS  bertungkus lumus membela kesucian amalan agama tersebut.Rakan-rakan NGO  lain termasuklah PERKASA mampu bersuara membela tindakan Cikgu  Mala.Mereka bersuara bukan atas kepentingan politik!
Mereka bersuara kerana isu ini  adalah isu yang menghina ajaran Islam,tetapi,UMNO terus tidur.Gagal  membela Islam secara total.Membisu bukan caranya.MCA dan Gerakan tidak  akan faham ajaran Islam dengan membisunya UMNO dalam isu ini.
Seingat saya,UMNO lah selama ini juara dalam TV bahawa mereka adalah pembela Islam yang sebenar!
Kering air liur mereka berteriak di dalam Perhimpunan Agung UMNO untuk membela Islam.
Bergegar pentas PWTC dengan jeritan Hidup Melayu,Hidup Islam!
Tetapi,sekarang?
Di mana Ulama Muda UMNO yang begitu hebat memperjuangkan Islam di dalam UMNO?
Maka,UMNO memilih untuk senyap.Sekali lagi mereka GAGAL membela Islam.Terbukti dakwaan saya benar dan berasas.
Mereka tersepit.Bersuara membela salah,tidak bersuara membela pun salah.Jadi apakah penyelesaian terbaik buat UMNO.
Kata saya,bersuaralah membela Islam.Jangan bersuara membela PAS tetapi bersuara membela Cikgu Mala dalam isu ini kerana Islam!
Kalau bukan rakan karib yang menasihati kita,siapa lagi yang mampu menasihati kita?
Jika selama ini UMNO adalah  rakan karib MCA dan Gerakan,maka UMNO lah bertanggungjawab memahamkan  mereka tentang ajaran Islam.Bukankah UMNO adalah pembela Islam tegar di  Malaysia selama ini??
Maka,bertindaklah!
Inilah masanya.Jangan kita  tunggu lagi.Marilah kita ubah sekarang.UMNO sudah tenat dengan penyakit  tuanya.UMNO sudah tidak mampu membawa apa-apa perubahan lagi di Malaysia  ini.UMNO sudah tiba masanya untuk bersedia menghadapi saat kematiannya.
Perkara utama yang sewajibnya kita semua sedar,UMNO bukanlah tempat untuk kita mengharapkan Islam itu akan terbela!
Saya ulang sekali lagi,UBAH SEKARANG,SELAMATKAN MALAYSIA!
Mungkin tika ini,pemimpin UMNO  sedang kelam kabut mencipta topeng baru bagi menggantikan topeng lama  mereka yang sudah terlondeh itu.
Maha Suci Engkau ya  ALLAH,sesungguhnya benarlah bahawa setiap detik anak Adam itu tidak akan  terlepas sedikitpun daripada perancangan-Mu yang Maha Angkuh!
Jika manusia mampu bersikap  angkuh dengan ajaran Tuhan,ingatlah betapa ALLAH lagi besar angkuhnya  berbanding manusia yang serba hina ini!
Maaf kerana tidak meletakan  gelaran Dr. di depan nama Chua Soi Lek kerana saya merasa jijik untuk  menyebut Dr pada mereka yang mengamalkan seks bebas.Tidak layak.
Sampaikanlah tulisan ini seluas  mungkin kepada sesiapa sahaja yang bergelar rakyat Malaysia.Saya  amat-amat menghargai sesiapa yang sudi menyebarkan tulisan kecil  ini.Tidak perlu kredit kepada tiMe t0 chAngE,cukuplah dengan tekad mahu membentuk sebuah pencerahan di negara kita.
Kepada pengundi di Tenang,pilihlah pemimpin yang mampu me"manusia"kan manusia.
Saya mahu kongsikan sebuah pencerahan dari seorang sahabat saya,klik di sini untuk membacanya.
ATA,
kefahaman tercerna apabila berlakunya pertembungan!
Sumber : http://ata-timetochange.blogspot.com

 

No comments:
Post a Comment