Kisah 1
Adoiii…
“Kucing mana pulak yang berak
kat laman rumah aku ni!!” Bentak Puan Ani apabila melihatkan ketulan najis
mutawassitah yang berada di depan matanya.
Marahnya semakin meruap
apabila sudah berkali-kali bau busuk itu menganggu saluran penafasannya. Kali
ini beliau pasti tidak akan melepaskan kucing yang disyakinya. Beliau
mengesyaki salah sekekor dari puluhan ekor kucing milik jirannya yang membuat
angkara. Paling disyaki ialah seekor kucing jantan hitam milik jirannya yang
berbangsa tionghua tersebut.
Tidak semena-mena ibarat
mencari nahas kucing tersebut lalu dihadapan rumah Puan Ani. Tanpa banyak
bicara Puan Ani terus menerkam dan menangkap kucing tersebut. Sangkar untuk
menjerat tikus milik suaminya menjadi “penjara” baru bagi kucing tersebut.
Kucing tersebut dibiarkan di dalam sangkar tersebut dengan makan dan minum yang
tidak terus bahkan kadangkala did era oleh Puan Ani untuk melepaskan geramnya
yang sudah terpendam lama.
Kisah 2
“Maafkan saya pakcik… Saya
benar2 tidak tahu siapa yang melakukannya” dengan penuh harapan Farid merayu.
“Ah!! Sudah la ko. Aku takkan
percaya dengan kata2 ko” Encik Hamid membalas dengan penuh benci melihat wajah
anak kampungnya itu.
Encik Hamid ditugaskan untuk
menjaga keselamatan di Kampung Mentata. Kampung yang sangat tegas dalam
melakukan hukuman terutamanya yang membabitkan keselamatan kampung tersebut.
Farid pula adalah seorang anak muda gelandangan yang setia bersama gitar
kapaknya terutamanya di malam hari. Terkenal dengan jaguh rempit kampung telah
cukup membuatkan nama beliau sentiasa menjadi sebutan sejak berlaku banyak kes
kecurian akhir-akhir ini.
Kini beliau telah ditangkap
oleh En Hamid dan JKKK kampungnya kerana disyaki melakukan kerja2 tersebut.
Tanpa banyak soal beliau telah diletakkan di dalam perigi sedalam 20m sebagai
hukuman buatnya. Farid pula langsung tidak diberi peluang untuk membela diri. Bahkan
rayuan ibu bapanya hanya dipandang sepi dek kerana Farid punyai perangai dan
penampilan yang dilabel sebagai “anak
muda bermasalah”. Hukuman tidak berhenti setakat itu. Farid juga akan diikat di
pokok rambutan yang dipenuhi kerengga kononnya ingin menjadikannya amaran
kepada penduduk kampung yang lain agar tidak melakukan perkara tersebut.
Namun masih ada juga
segelintir penduduk kampung yang merasakan tindakan En Hamid itu adalah suatu
kesalahan apabila mengenangkan Farid terus dihukum tanpa sebarang perbicaraan.
Mereka merasakan bahawa sepatutnya pihak JKKK patut menyiasat kes tersebut
terlebih dahulu dan bukan hanya melihat penampilan dan sikap Farid semata-mata.
Di tambah pula lagi apabila ada desas desus mengatakan bahawa kes ini ada
bersangkutan dengan sampul surat sulit yang ditemui oleh Farid di hadapan dewan
orang ramai ketika beliau melepak di senja hari. Mereka merasakan bahawa sampul surat itu ada
mencatatkan kesalahan salah laku yang dilakukan oleh En Hamid dan JKKK kampung
tersebut.
------End------
Fuhhh… Setel dah kisah merapu
aku. Aku tak tahu le kome faham ke tak. Tapi kisah ini sebenarnya berkait
dengan ISA. Korang mesti dah pernah dengar tentang ISA ni kan? Ianya adalah akta
yang zalim dan langsung tidak menepati undang-undang islam. Sebenarnya telah
pun diisytiharkan pemansuhannya oleh PM “tersayang” kita. Namun hakikatnya
tanpa kita sedar masih ramai yang berada di dalam sana dan terus dihukum tanpa
bicara. Diorang ni siap buat mogok lapar lagi untuk menyatakan bantahan mereka.
Bukan sahaja rakyat Malaysia yang ada
kat dalam tu. Malah banyak lagi rakyat asing yang ditahan atas banyak sebab
namun TETAP TANPA BICARA yang duk merana dalam tu. Macam2 kisah kezaliman yang
kita bileh dengar. Yang disuruh bogel, di liwat, dipukul dan macam2 lagi la.
Kome pergi la cari sendiri. Yang aku tahu aku nak kita sama2 menolak akta zalim
ni dan bersolidiriti bersama “banduan” yang ditahan di dalam Kem Tahanan
Kemunting itu.
Cerita banyak pun aku tak
berapa nak reti. Korang boleh tengok gambar yang berkaitan ni
Dan boleh sambung baca
tentang ISA ni kat Link di bawah
http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13213
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10302-tahanan-isa-lancar-mogok-lapar-suaram
http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13213
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10302-tahanan-isa-lancar-mogok-lapar-suaram
Sekian…
No comments:
Post a Comment