PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, June 29, 2012

Euro, Bola, Futsal dan Aku.....

 Sebelum korang meneruskan pembacaan :

PERINGATAN!! Artikel ini tidak memberi faedah untuk dibaca. Tapi kalau kome nak baca. Dipersilakan.... kahkahkah

Selesai menonton perlawanan Semi Final antara Italy dan German. Ternyata kelebihan yang dimiliki oleh ketajaman penyudah Super Mario telah membawa Italy ke pentas final. Walaupun aku menyokong German dengan tenaga "Orang Muda Geng Kitey" nye tapi melihat kepada permainan yang cantik dari Itali maka aku mengakui mereka layak untuk menang. Di tambah lagi dengan selautan pasifik pengalaman yang dipunyai oleh perancang utama Pakcik Pirlo dan kecekapan Pakcik Buffon..

Tapi takpe. pasukan feveret utama aku dah pun menanti kat final. Spain yang memang pasukan yang amat tenang dan pantas di jentera tengah yang semalam telah menewaskan Portugal dalam penetuan sepak penalti. game yang agak membosankan dan lama tu telah membuatkan aku menguap2 di site MRT. haha. Dengan corak permainan yang dikatakan "PAS dulu kini dan selamanya" (Passing bola je kojenye) di harap mampu menjadi formula menewaskan Itali nanti. Yeaah.... Cuma kena tambah sikit dengan ketajaman top striker deme yang agak kurang menyengat akibat ketiadaan David Villa.

Ok. Habis dah cerita tentang euro. Cerita tentang aku pulak. Sesiapa yang mengenali aku dengan rapat mesti akan tahu yang aku ni bukan jenis kaki bola yang suka tengok bola. EPL ke Champion League ke memang aku tak berapa nak layan pun. Yang aku suka hanya bermain bola dan futsal. Cuma kadang2 je aku ambik pot tentang dunia bola ni. Setakat benda2 biasa aku tahu le. Tapi kalau korang tanya aku sapa bek kiri pasukan Wigan memang aku tak tahu le...

Bola Malaysia pun layan sikit2 je.

Ni aku sengaja nak bercerita tentang aku dan bola. Ye la. sambil2 nak tunggu subuh kan. Sejak kecik dulu memang aku memang suka main bola. sejak tadika lagi aku main dengan abang2 besar. Kadang2 ada perlawanan persahabatan antara kampung yang tiang gol nya kami buat sendiri pakai buluh dan kayu bambu. Haha.

Kalau zaman sekolah dulu bila dapat jadi pemain bola sekolah ni macam femes sikit la kan. So atas usaha untuk femes maka aku pun jadi la jugak wakil sekolah sejak bawak 12 tahun di SKLLK dan seterusnya di SMKA Kerian pulak main untuk bawah 15 dan seterusnya bawah 18. Posisi aku mesti la selaku pemain tengah. Kira permainan aku persis gaya Xavi Hernandez la. Haha. Antara pertandingan yang agak terkilan adalah time aku main bawah 15 untuk SMKA Kerian. Time tu kami dapat masuk Semi Final. Tapi aku tak dapat main sebab time tu clash dengan pertandingan Sepak Takraw peringkat negeri. Atas sebab wakil daerah akan lebih femes dari wakil sekolah maka aku memilih untuk wakil daerah dalam sepak takraw. Haha. Pertandingannya juga di buat di daerah kerian ketika itu. Time tu aku dah siap mintak kebenaran dekat coach takraw lagi nak excuse pergi main bola. Tapi rupanya game nya pun bertembung la pulak. Keputusan Semi tu ternyata tidak memihak kepada kami. So nampak tak peranan aku kat pasukan tuh? haha.. Takde la. dah memang lawan kuat kooott...



Bawah 15 SMKAK.  Aku adalah pemain paling kecil dan lincah. Haha

Masuk je matrikulasi aku main bola petang2 dan just main untuk wakil kuliah je. Lagipun time tu aku lebih tumpu untuk Sepaktakraw untuk main kat KAKOM (Karnival Kokurikulum Matrikulasi).Time zaman matrik ni la aku first time main futsal. Tapi tu je la sekali sampai la habis matrik.

Kat Universiti la aku mula aktif bermain futsal. Baru je sehari habis minggu orientasi (MMP) aku dan jejaka kacak KIZ lain telah "dipaksa" untuk bermain futsal bersama senior. Dari situ bermula aktiviti malam aku yang kerap kali dipenuhi dengan futsal. Time 2nd sem 1st year tu yang paling giler. Setiap minggu paling kurang sekali. Kadang2 tu sampai 2 3 kali dalam seminggu.

Hingga lah sekarang aku masih aktif bermain futsal. At least seminggu sekali aku main futsal samada dengan kawan se G&P, SeGeologist UKM mahupun SeKIZ. Jadi la nak cari peluh. Paling tidak, aku dapat memantainkan berat yang ideal aku nih. haha.

Dengan geng Geo UKM time semua masih kurus

Dengan geng G&P. No 4 futsal anjuran MK Land

Cukup la cerita tentang aku buat kali ni. Lain kali aku cerita lagi ye. Cewwaahhh.. gaya macam ramai je yang nak dengar aku bercerita.. haha. Okeh... cabut dulu... adiossss....

p/s : Harap2 nanti dah tak bujang nanti. Bini tak marah kalau aku nak pergi main futsal. kahkahkah




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang